Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, April 30, 2010

Allah Memberi Untuk Kita Memberi

terlintas untuk menulis mengenai ini, sebab teringat perbualan semalam dengan En Suami mengenai seorang makcikku ini yang pada mulanya sangat menjadi tanda tanya oleh En Suami.. tertanya tentang kesenangan yg dilihat pada keluarganya apabila ku katakan yang makcikku adalah bekerja di kilang manakala suaminya membawa lori, tapi keluarga mereka nampak gembira..punya rumah sendiri.. cukup segalanya..

Aku cuma tersenyum, aku mungkin tahu jawapannya.. dan ceritakan padanya

Semenjak dulu lagi, makcikku ini sangat lah pemurah orangnya.. walaupun dia sendiri pun susah, tapi selagi dia boleh tolong org tu, dia akan tolong, dan sebab itu ramai orang suka padanya..
dia memang suka memberi.. paling2 dia suka beri orang makan.. buat jamuan.. panggil orang makan..
ya.. dia memang tak lokek... itu baru yang aku nampak la, yang tak nampak tu hanya Tuhan yang tahu..
mungkin sebab itu.. dia begitu murah rezeki...
ada sahaja rezeki dari mana-mana
ramai orang pun senang dengannya..
segala perjalanan hidupnya menjadi mudah..

sebenarnya memang begitu... setiap rezeki yang Allah beri kpd kita sebenarnya ada hak orang lain di situ..
mama pun selalu berpesan pada ku, jangan 'kudukut' harta... dan bila kita memberi jangan pula mengharap balasan...

memang benar kita yang bersusah payah, memerah keringat.. penat bekerja siang dan malam.. tetapi sedari sesuatu, segala kudrat dan keupayaan itu datang dari mana? tangan, kaki, mata, telinga, mulut... milik siapa dan dengan izin siapa? hakikatnya semua datang dariNya..diberi pinjam olehnya.. jika disedari lagi.. Allah memberikan kita sebegitu banyak nikmat dengan hanya yang di badan kita sahaja.. begitu sempurna.. cukup cantik..

Dengan segala nikmat yang ada..Apalah salahnya memberi apa yang termampu pada yang memerlukan



" Jika kita banyak memberi kita akan meningkatkan kualiti jiwa. Jika kita banyak menerima kita hanya akan miningkatkan kuantiti harta. Kualiti jiwa itu matlamat, kuantiti harta itu cuma alat. Jangan tertukar antara matlamat dan alat..."
~solusi~



IringJeling: senyuman itu juga adalah sedekah.. marilah sama2 kita memberi senyuman... senyumm.. senyum.. senyum sekarang... haaa.. senyum kat monitor eh..! ;p

5 comments:

RedLife2Love said...

muhasabah untuk diri ika jugak.. terima kasih kak kella for sharing this.. =)

kella said...

sama-sama lah kita perbetul diri.. terima kasih kerana sudi membaca.. :)

FatinNad said...

mendalam sekali..huhu..
boleh buat panduan utk btulkan diri sendiri :) tQ~

maisarah lani said...

memang betul , i suka entry ni ^^

kella said...

miss Nafa: terima kasih kerana sudi membaca.. yang baik dijadikan panduan.. sama-sama kita..

msrh's: terima kasih juga.. kerana suka..
terima kasih singgah sini...
Yang baik datang dari Allah..


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker