Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, April 7, 2010

Kenapa Berkata Begitu..tidakkah kau sedar ku juga punya perasaan?

Mungkin kau tidak pernah merasa apa yang aku rasa...
kerana itu mulut kau begitu ringan bersuara..begitu tenang mengukir sinis..

Tapi aku dah janji pada diri sendiri tak mahu menangis lagi..
tapi tatkala saat ini, hati tebal menahan sebak!

ketahuilah aku tidak punya kuasa untuk menentukan segalanya!
aku cuma boleh berusaha..berharap.. memohon pada yang Esa, makbulkan permohonan itu..
tapi Tuhan lebih mengetahui mana yg terbaik untuk ku!

Tak perlu kau datang untuk memerli ku! ketawakan ku! menunjuk-nunjukkan kehebatanmu yg bakal menjadi ibu lagi! manakala aku, bila lagi?
soalan demi soalan, cerita demi cerita..
seperti kau tahu aku yang tentukan segalanya!?

kata mama..Bersabar, Tuhan yg menentukan segalanya..Dia lebih tahu yang terbaik..
kata Alang pula, be strong ok.. ini semua dugaan Allah.. Dia tahu kekla mampu menerima ujian ini!
kata Achik.. ala..baru je.. tak perlu risau la.. adalah tu.. anggap saja belum rezeki lagi..
kata Nor.. buat apa nak sedih-sedih! kau sedang tunggu yang terbaik dari Dia! apa salahnya tunggu kejap..untuk dapatkan yang terbaik dari terbaik! kan? :)
kata kak Azi.. ala.. kalo ada org tanya lagi, ko cakap je.. " dah order.. tapi belum sampai2 lagi! biasalah tempahan luar negara eksklusif..lambat sket sampai" tengok mesti dia terdiam!

hahaha.. apa pun, aku tetap aku yang akan sentiasa tenang hadapi segalanya....
terbuka hati..
menerima ketentuan dari Illahi..
"Kaulah Maha Mengetahui"

2 comments:

Mimy Hamid said...

yer sabar yer..rezeki dtg dari Allah bukan dari mulut manusia...ada sebab kenapa lambat..hikmah pun ada...honeymonn lagi key :))

kella said...

haha.. itulah terlebih sudah, ko tgok, emosi punya pasal.. dah tersilap tulis "yg bakal menjadi ibu lagi" betul ke ayat tu? hehehe
dah jadi ibu nak jadi ibu lagi? heheh.. bila emosi menguasai..


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker