Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, August 20, 2013

Ulangtahun

 Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. 
16hb Ogos lalu.. hari kelahiranku yang keberapa tahun entah.. (;p )
umur ku meningkat sudah..
semakin menghampiri ke penghujung yang entah bila tidak kan ketahui..

 di tarikh yang sama juga turut sama memanjatkan kesyukuran atas ulangtahun perkahwinan yang ke5..
5 tahun telah berlalu..rasa macam sekejap je masa berlalu..
selama itu susah senang diharungi bersama..
pahit getir dilalui bersama..
Alhamdulillah..

sehingga kini, ikatan ini masih utuh dan diharapkan berkekalan hingga ke Jannah..
semoga diriku dapat menjadi isteri solehah yang diredhai olehmu wahai suami..
dan semoga dikau wahai suami.. sentiasa membimbing dan membawa ku ke jalan Allah..
kamu sahabatku
kekandaku..
kekasihku..
suamiku..
imamku..
segala yang terbaik dan terhormat hanya untuk mu...



Segala puji bagimu ya Allah atas segala kurniaan.. 
kebahagiaan, kesenangan, ujian dan dugaan yang diberikan menjadikan aku lebih mengenalimu dengan mendekatkan diri padamu.

terima kasih ya Allah..

=)

Friday, August 16, 2013

Perkongsian Jumaat : Prof Muhaya

Assalamualaikum,

nak berkongsi dengan rakan rakan semua apa yang sempat ku dengar pagi tadi dari Prof Muhaya..

Apa yang sempat aku tangkap..
katanya kita perlu amalkan doa ini hari hari kalau boleh.. sentiasa berdoa..

" Ya Allah ya Tuhanku.. kurniakan ku keberkatan waktu dan ketenangan jiwa"

supaya katanya masa kita itu tidak berlalu dengan sia sia..dan kita tidak berada dalam kerugian tapi mendapat keberkatan Allah.. bila berkat.. jiwa kita pun tenang..
sentiasa berniat untuk buat sesuatu pekerjaan ini kerana Allah. melangkahkan kaki sahaja.. terus berniat kerana Allah..
" Ya Allah ya Tuhanku.. kurniakan ku keberkatan waktu dan ketenangan jiwa"


~ kita ini merupakan tempat lalu rezeki..Allah jadikan kita ini laluan untuk sampaikan rezeki kepada orang lain.. 

~orang yang tenang adalah orang yang mengingati Allah.. orang yang bahagia adalah orang yang sentiasa mengingati Allah..

~3 perkara yang perlu buat ; Aqidah mesti kuat
Solat perlu cukup
dan akhlak juga mesti bagus..

~katanya.. antara tanda tanda ramadhan kita di terima Allah ialah..
- Akhlak baik dari Ramadhan kita bawa sehinggalah ke syawal..dan seterusnya..
- hati lebih tenang
- senang mengawal nafsu
- Hati sentiasa mengingati Allah..
(ada lagi lain lain.. tapi tak sempat ku take note...)

~ jangan kita menjadi 'Ramadhans Muslims' sahaja...

semoga aku dan teman teman semua mendapat manfaat dari semua ini..
peringatan untuk diri sendiri dan juga teman teman semua..

Wallahua'lam..

Wassalam..


Tuesday, August 13, 2013

Selamat Hari Raya 2013 ~ Syawal 1434H

Assalamualaikum,

Salam Aidilfitri dari kami untuk semua teman teman di luar sana..
Ampun maaf di pinta atas segala keterlanjuran baik disengajakan atau tidak..
semoga kita merayakan kemenangan ini dengan penuh keinsafan dan kesederhanaan..



Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.. (^_^)


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker