Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, April 30, 2010

Laporan Polis Sahabat Arwah Aminulrashid

Aku terima emel ini dari sahabat, aku ikuti juga kes ini dari mula sejak 3 hari lepas, tapi bila dapat emel tntang laporan ni aku rasa sangat panas.. geram semacam je rasanya!
tak boleh nak cakap lebih2..
Takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk AminulRashid.

Pengadu menyatakan:-

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...
(tak tahu nape ayat tu terberhenti di situ, itu yang aku dapat dari emel..)


IringJeling: Semoga Tuhan membantu memberi petunjuk yang benar..

Panas-panas begini belasah Luo Han Guo!!



Musim2 panas begini sesuai sangat minum Air Luo Han Guo nih!
hahaha.. belasah air la wehh..
pertama kali rasa semasa makan kat restoran Al-Munawarah di Shah Alam, beli 3-4 botol..!
dan habis.
yang ini dikirim pula dgn rakan..! hahaha.. sudah mengidam ke tanya mereka..
hehe, bukan kot..belum tanda pun lagi.. hmmm..

sangat suka dengan rasa air ini, minum ketika sejuk.. ahhhh... mengalir sejuk dalam kerongkong..uhh.. lega..
Air ini adalah dari buah Lou Han Guo dengan campuran Buah Kundur dan Longan..
resepi istimewa mereka, tanpa bahan pengawet! sebab tu 'xpired date' nya tak lama..
sangat sedap!!

Antara khasiatnya di botol tu;
-melegakan batuk
-Membuang kahak
-Menyegarkan badan dan menghilangkan panas badan
-Minuman tradisi yang sangat berkhasiat
kalau nak tahu lagi kelebihan LuoHanGuo, klik di sini

Untuk tempahan pula boleh hubungi;
Ustaz Daud Lin : 012-3321397 (ada kat botol)

IringJeling: sedap la air ni, sangat suka!

Allah Memberi Untuk Kita Memberi

terlintas untuk menulis mengenai ini, sebab teringat perbualan semalam dengan En Suami mengenai seorang makcikku ini yang pada mulanya sangat menjadi tanda tanya oleh En Suami.. tertanya tentang kesenangan yg dilihat pada keluarganya apabila ku katakan yang makcikku adalah bekerja di kilang manakala suaminya membawa lori, tapi keluarga mereka nampak gembira..punya rumah sendiri.. cukup segalanya..

Aku cuma tersenyum, aku mungkin tahu jawapannya.. dan ceritakan padanya

Semenjak dulu lagi, makcikku ini sangat lah pemurah orangnya.. walaupun dia sendiri pun susah, tapi selagi dia boleh tolong org tu, dia akan tolong, dan sebab itu ramai orang suka padanya..
dia memang suka memberi.. paling2 dia suka beri orang makan.. buat jamuan.. panggil orang makan..
ya.. dia memang tak lokek... itu baru yang aku nampak la, yang tak nampak tu hanya Tuhan yang tahu..
mungkin sebab itu.. dia begitu murah rezeki...
ada sahaja rezeki dari mana-mana
ramai orang pun senang dengannya..
segala perjalanan hidupnya menjadi mudah..

sebenarnya memang begitu... setiap rezeki yang Allah beri kpd kita sebenarnya ada hak orang lain di situ..
mama pun selalu berpesan pada ku, jangan 'kudukut' harta... dan bila kita memberi jangan pula mengharap balasan...

memang benar kita yang bersusah payah, memerah keringat.. penat bekerja siang dan malam.. tetapi sedari sesuatu, segala kudrat dan keupayaan itu datang dari mana? tangan, kaki, mata, telinga, mulut... milik siapa dan dengan izin siapa? hakikatnya semua datang dariNya..diberi pinjam olehnya.. jika disedari lagi.. Allah memberikan kita sebegitu banyak nikmat dengan hanya yang di badan kita sahaja.. begitu sempurna.. cukup cantik..

Dengan segala nikmat yang ada..Apalah salahnya memberi apa yang termampu pada yang memerlukan



" Jika kita banyak memberi kita akan meningkatkan kualiti jiwa. Jika kita banyak menerima kita hanya akan miningkatkan kuantiti harta. Kualiti jiwa itu matlamat, kuantiti harta itu cuma alat. Jangan tertukar antara matlamat dan alat..."
~solusi~



IringJeling: senyuman itu juga adalah sedekah.. marilah sama2 kita memberi senyuman... senyumm.. senyum.. senyum sekarang... haaa.. senyum kat monitor eh..! ;p

Rindunya Pada Mereka Berdua Ini



Semalam papa menelefon.. lama dah tak cakap sebegitu lama..
katanya lama tak dengar cerita.. lama tak telefon..
aku membalas yang aku sengaja menunggu mereka yang menelefon ku..

"papa yang tak 'call' sini... kla je yang 'sokmo' kol papa.."
dia diam je...

mendengar suaranya yang agak ceria.. ku tahu dia sihat..
mama..di bilik air.. mereka sedang bersiap nak ke masjid katanya..
adik juga begitu..! oh iya?
papa kata, sekarang ni, boleh dikatakan hari2 adik ke masjid untuk maghrib dan isya'
Alhamdulillah..
aku minta papa puji dia bagi pihak aku..
....
papa kata dia tersipu-sipu! helleehhh....

Rindu rasanya, lama tak bertemu mereka!
dulu sebelum kawin, hampir setiap minggu, sabtu dan ahad aku akan balik kampung!
di KL hujung minggu? bagi aku boring aje.. selain menghabiskan duit...
baik lah aku balik.. lepak rumah.. jenjalan ngan family, habiskan duit dengan mereka..
tak apa..

Tuhan, semoga ahli keluarga ku sentiasa berada di dalam lindungan mu.. Amin

IringJeling:kalau nak balik kampung ni, nampak gaya mcm lama lagi laa.. sibuk nak masuk rumah lagi ni...hmm..

Thursday, April 29, 2010

Gambar Menarik Di Petang Ini

Hhak! Bukti Positif ya!
IringJeling: petir dah kedengaran dari kejauhan, kejap lagi nak ujan ni, mesti lebat giler...
mesti jalan raya jemm teruk ni..
buat semua yang di KL terutamanya, ( sebab aku tahu KL je nak ujan) samada bawak keta atau moto.. berhati-hati.. kalau bawa motor, dinasihatkan berhenti di tempat berteduh dahulu..
Peace All..

AIZ! TOLONG CANTIKKAN BLOG SAYA!



Aiz, ku mahu kamu untuk cantikkan blog saya.. (ups ter'saya' hik..)
Kerana apa?
Kerana blog ini panoramanya kelihatan seperti suam-suam kuku aje.... kabut dalam kekeliruan.. kehilangan identiti? ah..sudah...
so, mungkin pendapat dari Aiz si GraphicDesigner ini akan membuatkan ramai akan tertarik bagai magnet untuk ke blog ku inih... hehehe...

Amacam Aiz? sudi ke tak? kalau padi katakan padi, tidak saya tertampi-tampi, kalau sudi katakan sudi, tidak saya ternanti-nanti...



IringJeling: takpe.. boleh je..ku nantikan aje..

Tag dari Dak Sarah Chumel

Wah..sekali kena tag ngan budak chumel Sarah ni.. nanti kalau Aunty Kella (oh, aku dah jadi aunty ke? ohh tidak..) dapat beby, chumel juga cam sarah yee...

1. Go to your photo files. Select the 8th photo folder.
ok dah!


2. Select the 8th photo in that folder.
dan ini lah gambar yang ke 8 itu! lohh.. gambar bebudak nih! hisshh.. asik gambo deme je yang penuh kat lam folder nih!




3. Post that photo along with the story behind it.
Masa ni 'deme' berdua tengah bersanding kat Bt Gajah Perak ni.. masing2 muka gumbira je, tiada nestapa...
harapnya perkahwinan mereka berdua dirahmati Allah selalu.. sentiasa bahagia, gembira, jika ada perselisihan dapat diselesaikan dengan bijak... saling memahami, saling mempercayai.. dan saling melakukan yang terbaik untuk pasangan masing2 dan,
semoga juga dikurniakan zuriat sebagai pengikat kasih sayang..penyejuk hati..
Amin..

4. Then challenge 8 blogging friends to do the same !

I callenge u! Mimy, Ika, Tedi, Cikgu Isza, Siti, Kak Lynn, Aiz, Kak Mas...


Buat yer..! saje suka mengetag! kerana aku ada kamu..

hohoho..

TAG-Kasut Pilihan

Lama dok peram tag dari Mimy nih!

hari ni aku setel ya mims..

Ini adalah antara kasut/selipar yang aku ada..
Kalau di tanya pilihan aku, semestinya adalah sniker Adidas dan kasut Crocs yang mudah dipakai kemana2 mana sahaja! kalau nak berjalan semestinya aku pakai diorang ni lah.. senang nak berjalan..
tapi sebetulnya, yang paling suka ialah yang kaler silver, No 3 tu, aku amik gak gambar dia, sebenarnya dia telah tidak boleh digunakan.. sebab dah koyang rabak! ini pemberian suami ku! mase dapat kasut ni belum kawin lagi.. dan 3 tahun berjasa tuh! sayang pula nak buang.. sedap pakai..flat kan..
kasut yang no 1 tu aku pakai tika ada apa2 majlis je, tapi pasti-pasti aku akan bawa juga slipar sebab aku tak tahan pakai kasut tinggi2 nih.. 'tak koso den' ada 2 lagi kasut tumit tinggi aku tak sempat nak snap, itu je la kasut yang pakai di tika tika je.. bukan selalu..
dan selipar merah tu, mama yang kasi, tebal tapak tu..
senang nak jalan, tinggi, tak kena kotor.. buat pakai 'sehe' kat rumah je..
itu sahaja..
nak kena tag juga pada 8 orang, Kak Lynn, Liessa, Siti, Kak Ain, Kak Mas, Azila, Kak Rohayu, Cikgu Isza, Dni, dan sesiapa suka tag kasut ni.. silakanlah..

Tengok Achik Spin Dalam 'Jangan Tidur Lagi'

Semalam, berkesempatan tengok 'JTL' di TV3! rancangan yang tak pernah ku layan sebelum ini..En Suami yang tertekan punat Tv tu..

Melihat keletah Arwah Achik sebelum dia menemui ajalnya!
sangat sihat walafiat..
Kalau Anak Isterinya tengok, mesti sangat2 la terharu!
terutama 'part' dia bercerita tentang isterinya tu...
katanya, isterinya banyak mengubah dirinya..
badan pun dah naik katanya.. berisi..
(sambil gelak tawa...)
pastu ada beberapa slide gambarnya bersama isterinya..


Ahhh.... betapa isterinya pasti begitu rindukannya...






Untuk isteri Achik, tabahlah menghadapinya... Setiap kita pasti akan pergi jua..
Sama-sama kita sedekahkan AlFatihah untuk arwah Abdillah Murad Md. Shari (Achik Spin)

Wednesday, April 28, 2010

Ahh.. Seminar semalam ya?

Semestinya aku akan bercerita tentang seminar yang aku pergi semalam hari nih!
'Sesi ngantuk-ngantuk' entry semalam tu? kan...tak ngantuk jadinya wehh...!
mula2 memang ada bau2 nak ngantuk masa sesi 'adamaya'.. tapi jadi cerah kembali setelah di 'ESQ' aku sangat suka! menyentap rohaniah dan batiniah!
lepas ESQ je, lansung tak ngantuk dah.. hehehe.. kena 'cuci'..
tapi pengacaraan! Failed!! walau aku akui mmg 'emcee' suka uat joke, buat ramai tergelak! tapi.. ntah byk tak kena lah..

hehehe..

nanti sambung cerita lah, aku betul2 tak sempat nak kongsi lagi nih!

Tuesday, April 27, 2010

Hari Ini Ada Sesi Ngantuk-ngantuk!

Dari pagi hingga ke petang hari ini, aku akan hadir ke Seminar!
semestinya 'part' boring ialah mendengar syarahan! uhh...
tapi tang yang best mestinya masa ada artis.... uuhhhh..uhhhh... (meleleh plak air liurnya....)
dan paling best cabutan bertuah! hohohoho.. wang besar.. wang besar...
moga ada tuah di hari ini...

so takleh nak ziarah rerakan di alam maya hari ini ya..

Ok, Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim....

Semoga seminarku ini mendapat keberkatan..

Amin..

Monday, April 26, 2010

Kenapa BM perlu terus digunakan di Sekolah!

aku dapat ni dari emel seorang kawan..
korang tengoklah nih! kongsi sama-sama..


~ tonggang langganggg..~


~ boli..boli.. pengarauh bollywood kot..~



~ very d ez..~


~tidak hidup dan tidak kuat isap?~



~ aduiiyaaiii.... lu tatak expillian ka ata ni...?

~ eh... di dakwah terus..~
IringJeling: nak tergelak pula..

Entry Khas, Bravo Untuk SiDia

rentetan dari entry sebelumnya ini..
So kami hubungilah En Rafi, untuk tujuan pemasangan dan lain2..
tapi katanya hari Ahad tak boleh buat..
jadi alang2 kami ke rumah sekali lagi hari Ahad tu,
SiDia nekad nak cuba sekali lagi! kali ni kena cari mata drill lain, so kami melurulah ke kedai hardware! sesambil tu dok usha menda lain jugak! uii.. banyak menda nak buat oo...

~ dan dia beli yang Jenama Bosch punya! kaw punya! kalau tak jalan jugak! tak tahu la.... uhhh....~

~ tengoklah peralatan SiDia.. ini sebahagian baru.. masih banyak yang merata-rata..~

sebelum buat, sembahyang dulu, doa2 ngan tuhan, moga diberkati.. moga dipermudah..
pastu, aku tengok dia asyik dok buat kerja lain..
saje tanya dia taknak cuba buat sekali lagi ke?
buat lah...cuba guna mata drill baru tu..

"malas!!" katanya..

tapi sejurus lepas setengah jam, tetiba nampak dia pegang drill n isi mata tu...
ok cubalah! dia cuba buat untuk lampu dapur je dulu, test je.. yang lain? serah pada yang pakar..

dan Alhamdulillah.. Boleh tebuk! hehehe.. berkat..
katanya, rupanya semalam dia dah tersilap cara penggunaan drill!

so sekarang tiba time nak pasang lampunya pula!
uhh.. naik krem, kepala aku dok dongak dia 'ngadunkan' lampu tu!
dia apatah lagi.. lenguh tangan segala..
pertama kali pasang lampu!
amatur..

dan tibalah masa untuk menekan suisnya!
tengok samada nyala ke tak!!?
jeng..jeng jeng.. suspen je! kami saling berpandangan je,

dan....

tarraa!!!!

~ MENYALA LAAA!!!~
wah.. terus aku menerkam dia! uhh.. perasaan gembira semacam je! dari semalam dok usaha nak pasang... heheh.. ya.. walaupun hanya lampu itu sahaja, tapi untuk yang tak penah pun pasang lampu, kiranya satu kebanggaan juga! aku bangga dengan kamu!
~ saje aku surun dia berposing di situ!~

~ b kata.. nak kena cabut ni nanti.. nak pasang itu.. nak pasang macam itu dan ini.. hmm...~

Semalam , kami juga panggil kontraktor untuk plan2 proses seterusnya untuk rumahtu.. nak bujet juga berapa nak disediakan..
nak pasang drill..
nak pasang cabinet..
memang banyak nak pakai duit nih!
oh.. kalau duit takda?
tutup cerita lah..
hahaha..

IringJeling: kata b, pasang 1 lampu pun dah berjam-jam?!

Peluh bercucuran, Semua basah melekit, tetap digagahi juga..

Sabtu dah Ahad lalu.. memang sangat2 memenatkan..
Apa taknya hari itu sahaja lah yang kami ada untuk luangkan masa untuk rumah yang satu lagi tu!

Sabtu tu selesai beli lampu dan kipas! rasanya amat berbaloi-baloi kot.. sebab setelah 'survey'2 banyak tempat, kat kedai tu paling berpatutan dan murah sikit dari kedai lain! itupun sebab di sarankan oleh Makcumah dan Paksuman ku.. tengkiu very2 much to them, sebab byk membantu, kalau tak kami dok terkapai-kapai lagi.. pening2 lalat ...
kau pandang aku.. aku pandang kau.. hehehe..

Alkisahnya kami memang lah dah carik orang untuk pasangkan lampu dan kipas tu,
tapi atas semangat En Suami, dia nak pasang sendiri itu lampu lah!
nak cuba buat sendiri katanya! rasa2nya dia mampu buat!
khas untuk rumah sendiri nih!
so drill dah ada!
tangga dah ada!
barang dah ada!
Bermula lah sesi drill mendrill...

uhhh... sengsara jiwa raga plak tengok dia drill konkrit tu!
tak mahu berlobang lah pula!
puas aku di bawah ni ( tolong pegang wayar ) tgok si suami kat atas tu mendrill tak mahu jadi! puas dilakukan.. itu dah ini!
penyudahnya? mata drill tu.... bengkok!!
hahh?? biar betul! itu memang betul mata drill untuk konkrit la...
aduussss....
tukar mata lain pula! pun, tak mahu juga...

Akhirnya.. b surender...
dia kata sendiri dia surender lah...
ok, esok panggil orang untuk pasangkan!

Kesian aku tengok kesayanganku itu berpeluh-peluh..
termenung sendiri apa yang tak kena
Drill ke yang tak kena?
Mata tak cukup kuat ke..
ntah la..
Aku pula sarankan, tak mengapalah kita suruh mereka yang pakar yang buat ni semua, kita kena fikirkan faktor2 lain juga, faktor2 keselamatan, ketahanan,
dia pun menggangguk setuju...
Jauh dilubuk hati aku percaya yang dia mampu sebenarnya!

IringJeling : baru aku perasan, tajuk entry tu macam boleh menimbulkan kontroversi je! isk!

Blog Mathari yang tak puas hati dengan ku!

"Selamat datang kembali kepada blog kau!"

blog ku berkata begitu pada ku? kasar je bunyi nya?

" yelah.. kau kata nak 'update' hari2 blog kau.. 2 hari kau menghilang ntah kemana? .."

oh ya ka 2 hari? rasa semacam lama jer..

" oh.. tahu tak apa..!"

Aku sibuk la.. berulang alik ke rumah yang satu lagi..
melengkapkan mana yang patut..
berkira-kira mana yang perlu..
Membeli dan belah setakat yang mampu..
memunggah barang sikit2..sebelum sampai waktunya nanti..
ohh.. penat sungguh! sekarang pun masih terasa...

" boleh percaya ke ni..?"

kau tak percaya ya, nanti ku ceritakan di sini apa yang ku buat, sepanjang ku meninggalkan kau..
banyak cerita nanti.. aku takut kat yang muak, terjeluak pula! hehehe..

"yaa.. kita tunggu dan lihat.. aje.. kau jangan omong kosong..."

isk, kau ini...

Friday, April 23, 2010

Baru Keluar Dari Bilik Bos? Lamanya? Apa Kau Buat Didalam?

buat apa??.. banyak menda yang aku dapat masa di dalam sana!
Semua yang aku dapat ni nak kena selesaikan hari ni!
gila dah tghari nih..

1- Hubungi Hj Anuar- minta hadir mesyuarat jam 2.30 ptg ni, remind penganjur.. OK DAH SETEL
2. Minta remind pada orang yang uruskan parking kat Annexe, kasi warning pada itu orang yang selalu parking kat tempat bos tu! berani dia! (aku lak marah lebih.. bos suruh pesan je..) DIA PERGI TAKLIMAT, JAP AGI KONFEM BALIK
3- Follow up ngan En Hamid Kadir, napa tak reply emel.. nak buka francise TM baru cam susah je.. DAH FOLLOW TO THE UP!
4-Untuk 'meeting' 26hb ni- single installer, forward emel untuk wakilkan boss sebab 'meeting clash' ngan mtg lain, carik wakil sesuai!
5-Tolak meeting di atas, dan terima meeting NO Workplan! segera! OK SEMUDAH A B DAN C! (BLAGAK DE..)
6- untuk 27hb pula- hantar 'meeting invitation' pada semua kepala 'head' untuk Mesyuarat 'Re-Org', hari ni ya cik.. DAH HANTAR EMEL INVITATION
7- Untuk 28hb Sila tukarkan masa Mesy ANI2 ke sebelah petang 2.30 dan maklumkan pada setiap 'kepala'. Jangan lupa tukar masa untuk booking bilik mesyuarat! nanti takde bilik mesyuarat, aku yang 'mampossss!!' OK DAH MAKLUM, BILIK PON DAH!
(upss! terbenti jap, sebab tetiba En Bos Besar jenguk kepala kat bilik aku dan pergi! ishk! cepat2 aku minimizekan tab ini! terporanjat den!)
sambung balik..

8- Untuk 29hb- sila pastikan dengan penganjur, untuk 'check-in' Hotel untuk mesyuarat Management Retreat, boleh tak nak chec-in pada belah malam sebelum mtg.

dan tadi si Boss Besar masuk dan bagi lagi 2 tanggungjawab..

9- Tolong 'invite' sekali en Zamri untuk mtg pada 27 ni ya! cc pada VP ya!
10- dan pastikan dengan pihak ITD, mengenai emel yang di 'volt' tu, macamana cara nak kembalikan pada yang asal...

sesambil tu, dia dok depan ni, tadi, bcakap ngan staff lain... sambil aku memainkan peranan menaip ini di blog!

Yess Boss..

yes bos jela keja aku!
dah tengahari pon bosss.. nak pegi semayang Jumaat kan?!..

IringJeling: blog2 juga.. kerja2 juga...

Aduh..Bila Gaji Baru Masuk

Lewat sampai ke pejabat hari ni!
hmmmm....
tiba2 pagi tadi, kereta buat hal pula!
mula-mula 'start' kereta tu, tunggu la dalam 2-3 minit, kasi panas enjin..
tapi baru perasan yang bunyinya makin kuat, tengok2 kat RPM ishk! kat angka no. 3?
biar betul ni, sepatutnya makin menurun!
tapi apsal makin naik, macam aku sedang tekan minyak pula!
bila matikan suis kereta, dia mcm ada gegar2 sikit!
isk! mesti ada sesuatu tak kena nih!
Nasih baik suami belum lagi gerak, mintanya tengokkan, tapi dia pun ' blur ' semacam, tak pernah pula terjadi sebegini! dia 'start'enjin dan matikan.. perkara yang sama berlaku!
uhhh... gegar kuat lagi bila matikan enjin tu!
tak berani lah aku bawa kereta!
'ramp- it' la aku pagi ni ngan suami..
ohhhh...
apakah masalahnya nih?
terukkah?
Korang pernah ke terjadi begini?
IrinJeling: semacam teruk je gayanya! uhh.. duit lagi lah ni!baru nak gembira hati dapat gaji.. tapi... hmm..

Thursday, April 22, 2010

COK COK KENDONG, KENDONG MENARI NARI

AHHH!! TENSEN PULA!
TADI PAGI AKU BUKA RADIO KLASIK NASIONAL!
DENGAR LAGU DI ATAS TU!
TAPI SETELAH DI CARI2 DLM GOOGLE TIADA PULA LIRIKNYA!
LAGU TU SANGAT SEDAP DAN RASA NAK MENARI2 BILA MENDENGARNYA!
TOLONG SESIAPA YANG TAHU MENGENAI LAGU INI..
AKU INGIN TAHU LIRIKNYA!
ADA KAH SESIAPA TAHU LAGU INI?
sebab lagu ini lagu lama...

IringJeling: bila aku terjungkit2 dalam kereta pagi tadi mengikut lagu ini, tak sedar ada kereta disebelah sebenarnya tengah asyik tengok aku kot? sebab bila aku menoleh ke arahnya dia angkat '2 thumbs up'! ehh.. dia nampak ke? uhhhh.. malu.. aku buat 'dono' je, menyelinap terus menghilangkan diri... huhuhu..

Apa ada dalam paper beg itu?

Semalam ku janji mahu kerobek dan tunjuk apa ada isi kat dalam paper bag itu?


~ ini lah sebahagia barangan nya.. ada t-shirt, notebook, pen, pendrive (itu hadiah cabutan bertuah! yes.. no 7!) pen, sweets.., beg dan mug yang nampak seperti istimewa? apa tulisnya? hohohoho.. empunya siapakah?


~ empunya budak di atas itu... gambar glamer je lebih!~


~ disamping itu dapat pokok kecik ini juga! sempena earth day!~

sayang my Tn Hj (bigboss) tak dapat turut serta semalam, kalau tak mesti lagi best!

IringJeling: makan banyak.. ilang diet!

Blog List Ben Ashaari

ya.. sekali lagi! ia adalah Ben 10 Ashaari! oh.. begitu berpengaruh dia terhadap diriku?
jangan kamu tak tahu ya En Ben!
tak percaya ?
percaya lah!
memang ini yang selalu aje aku tanyakan kat dia diruangan komen tu, mcmana nak dok dalam blog list nya, hehehe..


Nak berada dalam BLOG LIST BEN ASHAARI ? Sangat mudah jer ..

Buat satu entri ...

1 ) HEADER BEN ASHAARI BLOG ..
-ok telah siap!
2 ) Kenapa anda rasa anda patut berada dalam blog list BEN ASHAARI ?
-Kerana blog hebat seperti blog ku ini seharusnya berada dalam listnya! hahahaha... hebatkah? tidak la.. ayat di atas sebagai pemangkin semangat sahaja..

'kerana' yang sebenarnya ialah.. kerana ingin mencabar kewibawaan diriku di persada blogging ini, sebab dengan meletakkan diriku di dalam 'BL' Ben, secara tak lansung, aku kena aktif bersukan berblog, update hari2 (motto baru tu!) dan perkemas rapikan lagi penulisan setiap entry!
kenapa? sebab dah tentu2 orang yg datang blog kita tu harus tertarik, menarik untuk terus ikut blog aku..dan yang paling penting, mrk suka akan blog ini..
melalui itu juga akan ada byk info2 berguna,cadangan, teguran atau nasihat yang boleh dikongsi bersama.. kan aku telah keluar dari bawah tempurung.. jadi, bagilah peluang untuk si katak,.. err..si katak yang itu.. Meneroka...!
waaahhh....
3 ) Sehari , berapa kali update blog ?
Jujur, sekarang ni ... paling sikit 1, paling bayk 3-4!

ok, Bro Ben, jika layak, masukkan sahaja diriku dalam list mu itu.. jgn tunggu lama2.. nanti lama2..

Mari BerHijau-hijauan..

~ tinggal kami bertiga bergambar sakan! mereka yang lain pulun mesyuarat! geeee~

Seronok berhijau-hijauan..
segar..
tapi ada pulak tadi tak semena-mena dengar suara sumbing..

" gua takkan pernah layan hijau.. gua layan biru je!"

dah pulak... ishk..ishk..ishk.. kesian ke dia!
apa2 je la labu..

yang penting aku dan semua orang yang berhijau hari ni punya matlamat sama..
menyokong supaya bumi kita sentiasa sihat, kuat, dan hijaunya akan sentiasa segar..
kasihanlah bumi kita.. penat dah dia.. tua dah dia..dah banyak ia berjasa pada kita..
sekarang tiba kita pula memainkan peranan penting bagi mengekalkan kehijauan asli bumi..
Dengan cara apa? ada caranya.. buata mana termampu! sikit2 lama2 jadi bukit!

tips ini adalah dari emel-emelan.

1. Gunakan bola lampu jenis flurosen alias Fluorescent Lights (CFLs).

Kajian membuktikan bila lampu CFL menyerap energi 75 % lebih sedikit daripada lampu kuning terang benderang biasa. Dalam setahun CFL mampu mengurangi produksi karbon dioksida hingga 500 pon. Ini setara dengan pencemaran yang dihasilkan 17 kereta di jalan raya selama satu tahun!

2. Penjimatan elektrik di rumah.

Padamkan lampu di siang hari. Matikan suis ketika ruangan tak dihuni. Asal kita tahu rata-rata setiap rumah menghasilkan emisi gas rumah kaca dua kali ganda dari yang diproduksikan sebuah kenderaan. Jadi jangan disebabkan tidak mengeluarkan asap hitam dari kenderaan anda maka Anda sudah merasa sebagai adiwira penyelamat!

3. Jangan Gunakan plastik.

sebolehnya hindarilah pemakaian plastik. memang kebanyakkan di pasaraya dan kedai2 biasa juga penggunaannya sangat meluas!. Tapi ada baiknya kita membawa beg kertas sendiri dan menolak penggunaan plastik ketika membeli. Mengapa? Plastik bukan bahan yang dapat hancur dengan sendirinya di pembuangan sampah. Sejumlah kandungan dalam bahan tersebut akan merosakkan kesuburan tanah.

4. Maksimumkan penggunaan komputer.
Sememangnya kita ketahui era sekarang jarang orang berkirim surat melalui pos, tapi untuk pengetahuan, masih banyak syarikat-syarikat yang lebih suka cara penyimpanan tradisional dengan mencetak di atas kertas dan memfail. Tapi selagi kita boleh menyimpan sesuatu dokumen itu dalam komputer, simpankan sahaja, tak perlu di cetak, kerana kertas yang kita pakai adalah hasil dari penebangan pokok pokok dalam hutan yang berleluasa untuk mendapatkan bahan membuat kertas.

5. Beli produk tempatan.
Kerana ia dapat menjimatkan tenaga dan mengurangkan pencemaran, kerana barangan import memerlukan tenaga yang banyak yang sudah tentu menghasilkan pencemaran yang berterusan. Beli sahaja barangan tempatan yang tak kurang juga hebatnya.

6. Praktikan prinsip 3 R

Reduce, Reuse, Recycle. .

7. Perlahan-perlahan singkirkan tenaga yang tidak diperlukan.

8. Bunuh produk penghisap elektrik
Tanpa disadari, kita terus menerus membeli dan mengngunakan produk yang menghamburkan tenaga. Television (TV) adalah salah satunya. Tanpa sedar sebuah keluarga kerap menghidupkan TV tanpa henti 24 jam walau tidak ditonton. Begitu juga komputer, DVD player dan charger ponsel yang terus terhubung penggunaan elektrik.

9. Kurangi pemakaian bahan kimia.

10. Hijaukan rumah Anda!

Banyak di antara kita yang mengaku cinta lingkungan, cinta penghijauan, namun faktanya hampir semuanya tak pernah menanam apapun di halaman rumahnya. Ok jika Anda tak punya halaman rumah. Setidaknya usahakan untuk memberi kesempatan bagi tumbuhan untuk hidup di sekitar. Tanaman gantung atau hidroponik cukup membantu bagi Anda yang tinggal di apartmen, atau flat.

IringJeling:seperti budak di atas itu..pokok apa lah agaknya tu! oh ya, dirumah buah cili telah membuak-buak tumbuh! sayang pula nak gunakan!

Today is Earth Day!!


Pakai Hijau untuk BumiKu....
wah... hari ni semuanya pakai hijau ya!
Mari berpakaian HIJAU pada Hari Bumi!

Hari Bumi, yang disambut di seluruh dunia pada 22 April setiap tahun, telah diperkenalkan pada 1970 untuk meningkatkan kesedaran tentang perlunya pemeliharaan bumi bagi generasi yang akan datang.

Pada tahun ini, marilah kita sama-sama menyambut Hari Bumi dengan memakai pakaian berwarna HIJAU sebagai tanda sokongan. Marilah kita bersatu sebagai 1TM dan 1 Malaysia, dalam kita menyumbang walau apa jua cara yang kita mampu, untuk menyelamatkan BumiKu.


Ingat, apa sahaja yang anda lakukan adalah satu usaha yang memberikan kesan. Walaupun kelihatan kecil, namun ia boleh berubah menjadi suatu yang besar dan bermakna.

Selamat menyambut Hari Bumi!

Mulakan Hari Ini, Untuk Hari Esok


~ gambar dan artikel dari group corporate~

IringJeling: aku semangat pakai baju hijau hari ini, kecewa pula dengan mereka yang memperlekehkannya.. huhh...

Wednesday, April 21, 2010

Murah Rezeki..Panjang Umur

Pagi tadi baru sempat ku buka bungkusan lewat petang semalam!
hadiah dari Kak Lynn...
terima kasih kak! akhirnya sampai juga dia! ingatkan dah tak merasa dah.. huhu.. risau gak akak kata dah hantar.. ilang kemana2 ke?
Alhamdulillah.. lagi murah rezeki akak..semoga panjang umur juga.. kita doakan...


Dan, untuk bungkusan di bawah ni pula..
adalah door gift ni!
dapat ni masa tengahari tadi,
Lucheon istimewa untuk Gadis di Bulan April...
Bulan April memang gadis-gadis ini amat diraikan...




~ cerita selanjutnya? tunggu esok sahaja lah.. ku mahu pulang... kerja juga telah selesai...~
vroom.. vrooo.... race jom? ada bran?

IringJeling: kalau jalan jem, tak merasa la nak drift! ishk!

Cubalah untuk setia jika kau juga mahu dia setia..


~gambar en Googles~
Apa yang kau harapkan dari padanya jika kau sendiri membuat onar di luar?
Pening aku melihat gelagat.. mendengar cerita seorang teman ku yang mengadu damba mengenai masalah rumahtangganya... masalah yang tak pernah2 selesai!
bukan tak pernah aku dan kawan2 ku yang lain memberi pendapat dan nasihat, tapi..
ibarat mencurah air di daun keladi...
tetap sama..
kau tak mampu berubah, mana mungkin dia juga berubah..
kau kata dia tak setia, selalu saja dapat menghidu skandal sana sini..
eh.. kau pula asyik melayan bekas kekasih lama tu.. itu diklasifikasi sebagai apa pula?
pandai pula kau marah amat padanya walhal kau juga melakukan perkara yg sama??
oh.. itu tidak dikira, itu cuma berbalas2 sms, berbalas emel, bertentang mata, bersenyum-senyum.., berkejar kejaran untuk pulang ke rumah kemata2 ingin bertembung dengannya...
errrr?!!??.............. oh.. itu tidak dikira...
ishkk.. pelik aihh!

hmmm....
Pokok pangkal nya niat kita..
bak kata kakak ku yang sorang tu,
jika niat dan matlamat kau mula2 nak kahwin tu adalah semata2 kerana nafsu/kecantikan/cinta semata-mata.. maka ianya tak kekal lama..
nafsu? selagi ada kudrat, selagi boleh berseronok, tentu kau akan gembira, kau puas,
Kecantikan? selagi masih muda, bergetah.. munggil.. kau tentu bahagia dengan kebanggaan..
Tapi sedarkah.. semua itu tidak kekal lama..
sekiranya diragut segala itu dari kau..?
maka hilang segala matlamat perkahwinan itu?

hmmm... aku bukan pandai nak bersoal- jawab mengenai perkahwinan ini..
kerana aku juga masih setahun jagung..
masih banyak yang perlu diperbaiki.. masih byk rintangan yang menunggu..
namun aku cuba sedaya upaya..berpegang pada matlamat dan niat berkahwin..
ingat semula masa mula2 nak akad nikah tu..
apa yang kau janji?

senang citer aku pada teman ku ini, segalanya tidak berakhir lagi..
Allah sentiasa Ada, sujud la padaNya, Ikhlas la padanya, menangisla padaNya.. mengadu padaNya...Dia Maha Mendengar.. Dia yang menentukan...

Bukan mcm aku, jika kau bercerita pada ku.. aku cuma mampu menjadi pendengar, yaa... boleh terus memberikan kata2 semangat , cuma kadangkala ada juga tercalit bosan mdengar cerita yang sama.. tidak berubah2.... tapi, tidak pula lah aku tunjukkan pada kau!
ya...aku tidak sempurna..


IringJeling: aku tujukan pada aku suami isteri juga.. semoga kami sentiasa ada untuk saling lengkap melengkapi kekurangan masing2.. tipulah jika kukatakan kami tidak pernah bertengkar.. pasang surut kehidupan..pasti ada, tinggal kita untuk menanganginya dengan berhemah..

Sekali dapat cekodok laa....



Harus la terliur tngok cekodok nih! ini mmg feveret!
jalan2 tadi jumpa lak cekodok ni kat rumah Ben dari Lyafrina, tapi baik hatinya nak kongsi ngan semua.. disebabkan aku suka blog kamu dan aku memang sudi.. maka aku buat ya!

kena jawab semua tag ini:



1. Sila copy gambar cekodok di bawah
ok dah copy!

2. Sebutkan nama Penghantar Sarapan cokodok
- BEN

3. Bagi tahu kenapa cekodok pisang menjadi sarapan pilihan anda.....
- hehe.. tak penah dapat sarapan ngan cekodok pisang, tp kalau dapat, best! suka makan panas2.. lemak berkrim disukai ramai..

4. Tag game ni hanya boleh di post kan pada waktu pagi sahaja.. 'before noon'
- yes... 10.05 pagi
5. Last sekali,pass kan tag game ni kepada 4 rakan2 anda yang lain..
Mimy, Syarifah, Tedi, Kak Lynn,
dan pada semua penggemar cekodok pisang...


IringJeling: lama tak makan n buat ni, coz Si Suami tak gemar ini, harus aku beli je, tapi beli selalu dapat yang tak sedap je..

Tuesday, April 20, 2010

Ini Rupanya Perasaanya Bila Terima Banyak Komen Ya!

hehehe.. tajuk entry ikhlas tau..

saja nak kongsi ngan sesape sahaja yang sudi baca blog aku nih
Rupanya semacam satu perasaan gembira kan bila tengok orang datang kat blog kita dan tinggal kan komen! uhhh... gembira semacam je.. tersengih2 jer...
berbunga2 je! hehehe..
oh.. ini rupanya perasaan itu..
lewat kusedari! amat lewat!
hmm patutla ramai orang suka berblog kan..
dengan komen2 tu.. kita dapat penilaian..
dapat ramai kawan..
dapat kongsi maklumat..
dapat kongsi idea..
dapat byk info..
dapat byk menda la..
coz kita tahu ada gak orang sudi baca hasil tulisan kita!
walau aku tahu ada byk juga komen2 pedas, hot dan bikin naik darah..
seperti sebilangan kawan2 aku hadapi..komen2 dari si 'anon' yang amat melampau!
ahh.. pedulikan saja si 'anon'2 yang melempar batu dan sembunyikan tangan itu di sebalik nama 'Anon'
ya.. betul..susah nak gembirakan semua orang! bukan senang nak puaskan hati ramai pihak,
terpulang masing2 nak tentukan mana arah tuju blog masing2..
haaaaiii... boleh tengok komen2 yg aku dah terima setakat ini, boleh dikatakan, hari2 entry aku ada komen walaupun sebutir..namun ia tetap berharga!
Chewah!
mesti korang kata setakat komen1-2 pun nak kecoh?! hahaha... ya lah, aku hargai weh..
dari dulu tu.. lansung takde komen pon... leh tengok kat bwh ni..
~ ini yang terkini.. walau sebutir 2 pun, aku tetap gembira.. lalala...
ini adalah hasil aku terjah menerjah dan sesi penjelajahan Bro Ben~

~kalau tgok ada 2 komen je selalu kan? si mimy tu je selalu sudi untuk komen aku! dan aku akan balas setiap komen itu... masa ni aku tak mulakan usaha menerjah lagi..



~ ha.. ini lagilah.. lansung tak ada komen.. aku pun, masa ni aku berblog sendiri2 je..~
Sepanjang baru2 ini aku menjengah dan menerjah kesana kesini, aku dpt byk info2 berguna untuk mantepkan lagi blog nih! byk blogger2 yang tak lokek ilmu.. yang sudi berkongsi maklumat2 yang best.. tak 'kupik'! kupik tu kedekut... hhehehe...
Maaf la jika aku ter'over' gembira..
aku cuma kongsi apa yang aku rasa...
Aku tahu.. korang pun begitu kan?


IringJeling: Terima kasih kerana sudi sudian.... :)

Cerita Pasal Makan-Makan di Hari Ahad Pula..

Tadi dah cerita pasal makan2 hujung minggu hari lepas hari Sabtu, ni nak citer hari Ahad ritu.. hehehe..
Mula2 nak masak nasi biasa je, tapi tetiba Mr Zule 'request' taknak nasi putih, nak makan sedap, tapi nasi lain.. disebutnya pula.. " buatlah nasi minyak ke, nasi beriani ke, nasi tomato ke.."
hamboi Encik yg sorang ni berselera sungguh!
belek2 dapor..
cari resepi..
mana yg senang, mudah, yg penting cepat siap!
Haaa.. dah jumpa!!

so menu hari ni ialah; Nasi Tomato, Sotong Masak Kuzi, dan Acar Rampai!

Untuk lauk2 ni semua aku ikut dalam resepi majalah 'Wanita', nanti aku 'update' resepinya, share..


~Berapa nak cas sepinggan ni? kasi free saja lah..~


~ Sotong Masak Kuzi Palembang~


~Acar Rampai Kuzi Palembang~

hmm.. kul 11. 45 masak, kurang kul 1 dah siap kome.. pantaskan?
rahsianya? untuk nasi, aku guna yang segera je, nasib baik ada,
takyah la aku sesusah buat rencah nasi tomato secara manual mcm sebelum ini!
pakai yg auto je.. hhuuhuhu...



~ Gunalah Rempah Nasi Tomato jenama IMAN, Sedap, Mudah, Cepat! ewah... bukan promosi ni, tapi sebab telah diuji kesedapan nya, lulus dgn cemerlang! sedap!~

Aku Yang Keseorangan!

huhuhu..
tinggal aku seorang je..
semua dah takde..
semua dah pegi mentedarah nasik!
tinggalla aku sorang2 kat opis nih!
bukan taknak pi makan..
tapi, tadi pagi dah makan byk sangat,
then,
fikir2 balik karang balik keja nak kena masak...
so simpan perut la... dapat save pitis jugak!
order buah aje kat Kak Kin tadi.. Buah Betik,
baik untuk penghadaman.


hmmm dok diam2 jaga opis la..
jgn ada barang ilang suda..


aku nak penuh kan ngan entry makan lah!
yang mana lepas2 yg tak sempat nak publish..
heheheh.. idea..idea..

Tag Apa Ada Dalam 'Handbag'

hmm.. tag dari Mis mimy lagi nih! takpe2 aku suke..
leh tunjuk beg baru..
hehe

~ beg baru nih, Mr Zule belikan! baik hati belanja si isterinya yang dah kelusohan beg!
beg ni beg galas belakang, aku suka jenis beg gini, naik moto pon senang, nak jengjalan pon senang, tak le risau yang galas2 atas bahu tu, aku asyik kepit je kat ketiak, peragut ramai wooo..sekarang.. hmmm~


~ jom geledah, kat poket kecil kiri kat depan, harus aku simpan segala kekunci kira-kira , kunci rumah, opis, kereta.. segalanya..


~ poket kecil kanan pula, ada bodak miyami, pas semayang asar, nak balik kena touch up sikit, nak jumpa suami kan.. pastu calit lipstik Nutrimetic sket, ada juga sanitizer, dan tisu!



~ oh ya! terjumpa gardenia dalam beg la! leh isi perut tika lapar, cicah milo pon sedap!


~ya.. ini spek kena ada, sebab aku rabun silau, panas kalu.. pakai spek..


~ selebihnya, beg duit aku, buku catatan dan pen.. tulis belanjawan dan idea2 untuk tulis blog! hehehe... pastu ada external drive, dan.... ups! yg terselit putih comei nyorok kat bawah tu....pssst... tuala mini ekstra kecil wanita ! modesto! kena ada, kot2 terrrr ke, atau kengkawan terrr ke.. leh kasi pakai..~
ok. tiba giliran nak tag, sesiapa pun boleh buat, Si Tedi, Kak Mas, Liessa, K Siti, Kak Lynn, CguIsza, marilah sesiapa sahaja yang rasa teringin buat ni, buat aje..

Restoran Cina Muslim Al Munawwarah Shah Alam!

Ini cerita hujung minggu lalu! Kebetulan aku perlu hadir ke satu mesyuarat di Shah Alam, jadi kesempatan berada di Shah Alam digunakan sebaik mungkin!
hahaha.. walaupun aku dok kat dalam bilik mesyuarat tu, tapi hati ku dah melayang ke kedai makan ini! sanggup aku tak makan/minum pagi mase mesyuarat tu, semata-mata nak tunggu lunch di sini!
Apa tak nya, kami dah pernah sekali datang hari Jumaat, tak tahu pulak tutup.. ohh.. kecewa sangat.. balik dalam keadaan hampa!
Tapi kali ni, kami mmg tak sabar lagi, yelah.. dengar kata Restoran Cina Muslim ni sangat best kan.. so nak try la..
Bila dah sampai tu, aku menjerit keriangan penuh kesyahduan kat suamiku..
" oh.. akhirnya kita berjaya sampai ke sini laling.. oh... syukur.."
En Suami menoleh kearahku seraya mengangkat sebelah kening..
"poyo!"

...................................................................................................

Menggeletik aje aku bila dapat menu tu!
Mula2 nak order nasi putih ngan lauk! tapi tengok menu mskan goreng2 cam byk pilihan sangat!
so stlh ditimbang tara.. inilah yang kami order..


1. Nasi Goreng Seafood Istimewa Al-Munawwarah
Best, nasi dia byk sangat! udang dan sotong penuh sarat dlm nasi..
satu set ngan sup ikan tu RM 7.90
2.Nasi Putih Masak Cendawan
Lauk dia isi, cendawan, daging, dan sesayur ! meriah!
tapi bab rasa je dia kata tawar kurang masin, tapi bagi aku ok je rasanya..
dia mmg suka masin.. datang se set ngan sup ikan juga.. RM 5.90
3. Sup ikan- memang best makan panas2.. sebenarnya aku tak pernah mkn sup ikan..
ini pertama kali..
4. Sayur ni aku lupa nama la.. nama Cina- shen Zhuo ke ape ke..ntah lupe ler..
tapi meriah ngan sayur-sayuran juga.. lazat...

kami ingatkan nak side order juga, tapi kekeyangan teramat membataskan segalanya..


~ Jus Kedondong asam boi- marvelous! cedap nyeee...
boleh try cuba air nih! sedap sungguh! perrrghh...

Perut kenyang sudah... lain kali kami akan datang lagi untuk makan menu lain pula!
korang semua nak datang sini? mmg di rekemenkan..

alamat dan info:


Restoran Cina Muslim Al-Munawarah
No.28, Jalan Tengku Ampuan Zabedah K9/K,
Seksyen 9,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Waktu Perniagaan :
Isnin - Ahad dari 11.30pg ~ 11.30mlm
Jumaat - Cuti

Sebarang Petanyaan, sila hubungi :
Ustaz Hj Muhammad Yusuf Ong Abdullah - 012 264 2889

lokasinya : Belakang Hotel Concord Shah Alam sederet dengan Restoran Cili dan bersebelahan dengan Restoran Nasiking!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker