Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Showing posts with label THOMAS. Show all posts
Showing posts with label THOMAS. Show all posts

Monday, May 17, 2010

Seperti Sudah Sebati Dengan Diriku...

saje je nak uat entry pasal ni suka suka..
pasal badminton..
hehehe..
tahu.. Malaysia dah kalah ngan China..
walau apa pun, mereka telah berikan yang terbaik untuk Malaysia..
apakan daya China lebih hebat..
akur kerana itu...
aku takda lah frust sangat, sebab tengok cara China main, memang mantap, konsisten.
Malaysia juga hebat, tapi masih belum dapat tandingi China!
takpe lain kali ok! mesti balas!

ohh.. terbabas pula..
aku nak cerita pasal sukan ini..
sukan badminton yang kurasakan dah sebati dalam diriku.. sukan kesayangan!

ada apa dengan badminton dan diriku?

aku mula berkecimpung dengan dunia badminton dari sekolah rendah lagi..
menurun dari Papa...
aku tidaklah hebat mana pun dalam sukan ini...
cuma suka main..
dari awal aku main 'single'
tapi bila di sekolah menengah, kdgkala tukar2 main 'double' juga..



~ ini adalah di zaman sekolah menengah! aku penah sampai peringkat sekolah, daerah, zon hampir2 mewakili negeri, tapi jatuh sakit pd saat2 akhir.. huhuhu.. ada rahmat di sebalik segala yg berlaku.. kalau tak tentu sekarang aku yang berada di tempat Wong Mew Choo! hehehe...;p wekkk... perasan! hihihi

Masa di Kampus pula?
ada cerita best disebaliknya!

aku di Uitm Perak masatu..
aku sebenarnya mmg teringin sangat nak main bdminton masa kat kampus, pastu kebetulan masa tu Perak jadi tuan rumah, aku tertanya2 tentang pemilihan pemain bdminton, samada telah dibuat atau tidak.. biasalah, mereka dah tentu2 ada orang2 lama.. yg dah biasa main...
nasib baik kwn baikku Joesiffer Farah ( yg juga wakil uitm tahun sebelumnya) ajak aku ke sesi pemilihan! dia tak penah tengok aku main pun, tapi aku yg dok bising2 bgtau dia, kalau ada pemilihan jgan lupa aku! aku teringin sangat! aku tahu aku tidaklah hebat, tapi boleh cuba2.. lepas gian beb.. sepanjang di kampus lansung tak main bdminton! gian giler!

Disesi pemilihan.. dlm dewan..
waa.. aku nampak ramai 'otai2'...
waa.. nampak semua hebat2..
aku sedapkan hati sahaja.. takpa la aku cuba2..
ramai juga budak2 segar (fresh) yg ingin cuba2 seperti aku..
lansung joesiffer kenalkan aku pada 'otai2' itu..
biasalah budak baru..

pastu tibalah time aku nak beraksi! (chewah)
datanglah seorang 'otai' ni..
bawa aku ke gelanggang..
dengan cara/lagaknya yg tegas..
memberitahu aku tentang gelanggang! basic..
garis ini adalah 'out', jika ini pula 'in' jgn servis ke luar garisan ini dan itu..
bla..bla..bla... kiraan markah bagaimana.. servis harus pada kotak gelanggan yg betul.. bla..bla..bla.. katanya, nanti jgn buat silap pula!
ohhh... aku anggukkan sahaja seperti budak baru belajar main... hehehe walaupun sebenarnya aku tahu itu semua..tapi tak perlulah menunjuk.. down to da earth.. aku lebih suka mereka menilai aku daripada apa yang ditonjolkan sebenar..
mula2 mereka yg di luar gelanggang, tidak ambil perhatian sangat, kerana mereka sudah pasti dengan nama2 yg mereka telah ada sebenarnya..
tapi bila aku main.. mereka mula menarik minat pula.. hihihi..

dipendekkan cerita shj..
aku layak mewakili pasukan itu,
dan pemilihan aku mengundang byk pula kontroversi..
joesiffer farah yg bawa aku ke pemilihan itu, tak dapat main! sebab.. aku masuk.
seorang kakak otai juga menjadi pemain simpanan ..
ummmm...
mula2 mmg tak best je rasa..
tapi kerana semangat juang atas satu pasukan. semuanya selesai dengan baik..



~ Jadi aku dapat main wakil Uitm Perak! seronok tak terhingga, terus telefon papa, nanti nak balik rumah, nak amik reket papa yang best tu! pinjam!~


~ masa ni baru lepas main.. sebenarnya baru lepas terguling2 kerana sangat frust! kalah juga akhirnya! masa ni aku main bergu! aku yakin sangat boleh menang sebab mata memang mendahului pesaing masa tu! yakin mesti boleh! jika diingatkan kembali, situasi yang sama seperti Malaysia lawan China, Thomas hari tu! bermain di tempat sendiri! semangat nak menang memang merajai! tambah lagi sorakan teman2 yang sudah tentu memonopoli! tapi apakan daya, terkandas jua.... masa tu, aku cam takleh terima aje! rasa cam boleh menang je! tapi semua tu dah lepas... so close.. yet so far..~


~ bergambar dengan budak terer... wakil Uitm Shah Alam ( 3 orang dari kiri berdiri) .. diorang memang teror habis.. tak terkejor yop! pengalaman yang best!~


~ bergambar kenangan ngan bebudak sabahan... sengit sangat masa pasukan lelaki kami lawan ngan diorang! psiko tak ingat.. tuan rumah lah katakan...~

Dan sekarang?
zaman bekerja?
uhhh.. semangat nak main bdminton tetap ada..
segar je..
selama 2 tahun dah tak main..
tapi baru2 ni 'company' ada buat 'tournament'.. mencari wakil...
disebabkan dapat green light dari Mr B,
so aku main,
tapi mmg diakui.. semput beb... stamina zero!
ketahanan tiada!
oh.. tidak seperti dulu lagi...
badan pun dah naik bagai di pam2! tak fit lansung..
what d u aspect? huhuhu...
selepas perlawanan tu aku terpilih juga untuk mengikuti sesi latihan pemilihan...
latihan sahaja, ok lah..
suka-suka..
Aku main badminton suka2... minat... tapi tidaklah hebat pun... suka suka je.. :)
IringJeling: main hari tu pakai sniker yg jalan2 punye, kasut bdminton mana ada dah.. reket pula pinjam reket orang.. hehehe.. ingatkan nak gantung reket dah... huhuhuhu...

Friday, May 14, 2010

PIALA THOMAS 2010: Malaysia vs China, Malam Ini!



Mari ramai- ramai pakat tengok pasukan kita lawan China jam 7.30 malam ni, Live di Stadium dan live juga di TV1 dan TV9!


~sumber gambar:http://www.thomasuberkl2010.com~

IringJeling: Jangan lupa sembahyang Maghrib dulu! badminton2 juga... sembahyang2 juga.. baru dapat berkat.. boleh doa2 sikit untuk kejayaan mereka.. dak gitu?

Thursday, May 13, 2010

Terima Kasih Hafiz Hashim, Tahniah Malaysia!!

Piala Thomas itu sedang melambai-lambai..

Berkobar2 pula nak buat entry ini pagi ini!
Terima kasih tak terhingga dan tahniah kepada Muhammad Hafiz Hashim kerana menjadi wira Malaysia semalam!
Kemenangannya melayakkan Malaysia ke peringkat separuh akhir bertemu dengan China, Jumaat ini! nantikan!
Tahniah kepada semua pasukan Malaysia!
nampak.. ya aku nampak mereka telah melakukan yang terbaik demi negara tercinta Malaysia ini!
Harap semangat mereka terus berkobar membara untuk terus berjuang menjulang Piala Thomas! sesungguhnya kami peminat di luar ini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk pasukan kita!



~ Hafiz Hashim hero of the night! bravooo..~

~ kemenangan Chong Wei yang pertama membangkit semangat!~

~ Tan Bon Heong, sangat ceria semalam!~
~Koo Kien Keat & Tan Boon Heong, kemenangan yang menambahkan lagi spirit!~
~ Wong Choon Han, tidak mengapa.. kekalahannya bermaruah..~

~Aksi Jongensen dari Denmark, suka la tue...~
~ pasangan Mohd Zakry Abdul Latif / Hoon Thien How- bergu kedua Malaysia memberikan saingan yg sangat sengit! rasanya pasangan ini lebih baik dari yang sebelumnya, cuma kesefahaman sahaja yg perlu di cari.. namun semangat perlawanan mereka melebihi segala-galanya! syabas !~


~Denmark; Lars Paaske / Jonas Rasmussen,menang.. namun.. bukan menang senang...~

~ Hafiz Hashim sekali lagi! memang itu cara dia bermain sebenarnya, selamba je.. tapi semalam nampak kesungguhan dan semangat mahu menangnya! tahniah bro! i know u can do it!
Perlawanan dengan China Jumaat ini pasti sangat mengujakan!
Semoga Malaysia mampu kekalkan prestasi yang konsisten.
mari tonton ramai-ramai, bagi yang tiada tiket, boleh tonton di TV1 dan TV9!
Doakan kemenangan mereka... untuk Malaysia!

FAKTA:

Thomas Cup Quarter Finals Result
Peter Hoeg Gade vs Chong Wei Lee : 17-21, 17-21 (49mins)
Carsten Mogensen / Mathias Boe vs Kean Keat Koo / Boon Heong Tan : 17-21, 19-21 (41mins)
Jorgensen vs Choong Han Wong : 22-20, 16-21, 21-18 (72 mins)
Lars Paaske / Jonas Rasmussen vs Mohd Zakry Abdul Latif / Thien How Hoon : 24-26, 21-12, 21-19 (74mins)
Joachim Persson vs Mohd Hafiz Hashim : 12-21, 10-21 (31mins )


IringJeling: semangat semacam pula hari ini.. :D

sumber gambar dari: PROTON BWF- THOMAS AND UBER CUP 2010 thomasuberkl2010.com

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker