Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Showing posts with label Kesimpulan. Show all posts
Showing posts with label Kesimpulan. Show all posts

Monday, January 3, 2011

Berfungsi lagi di tahun 2011

Assalamualaikum,
rasa lama betul tak bermesra dengan blog..
sempat masuk pun curi curi je..
blog kawan kawan apatah lagi..
jangan ada yang terasa hati..
kamu kamu smua tetap tersemat di hati.. :)
apa khabar semuanya?
harapan semoga semuanya sejahtera dan bersemangat di tahun baru ini..
selamat 'berfungsi' dengan baik di tahun 2011 ini..

~dari tingkat 22 Magnaville~
seminggu bercuti..
banyak perkara terjadi..
banyak perihal yang membuak buak minta aku ceritakan..
pasang surut kehidupan menjadi lumrah sebagai manusia..
seperti pusingan roda persamaannya..

apa erti kemenangan jika tiada kekalahan..
apa erti kebaikan jika tiada kejahatan
apa erti kesihatan tanpa kesakitan



**************************************

tahun berganjak lagi..
umur pula semakin meningkat..
tahun baru, yang sebenarnya bukannya baru lagi..
sedar tak?
Bumi ini sudah tua dan uzur.
Cuba kita renung kembali peristiwa isra` dan mi`raj
Rasulullah pada malam 27 rejab.
Ketika perjalanan menaiki bura` itu
nabi dilihatkan dengan seorang perempuan tua yang bongkok dan baginda bertanya
"gerangan siapakah perempuan tua itu."
Maka Malaikat jibril menjawab
"itulah usia bumi yg sudah tua dan uzur."

Itu usia bumi pada zaman Rasulullah.
Bagaimana pula usia bumi pada zaman kita?

Renungi


Friday, August 27, 2010

Honda putih & kisah tersimpul-simpul hingga terbelit sendiri!

Dulu... kau marahkan aku! kau kata aku curang?!

curang? curang atas dasar hubungan apa? bukankah kita bersahabat sahaja?
dan curang yg bagaimana?
kata kau aku menipu, mengelak dari berjumpa kau kerana aku ingin 'dating' ngan teman lain?
ok, ayat itu memang betul , boleh dikatakan curang jika benar aku berstatus kekasih kpd kau..
tapi!?
dan lagi, aku tiada 'dating' ngan sesiapa pun? curang apanya nih?
hah? aku tanya berkali2 apa salah aku sebenarnya, kau minta aku fikirlah sendiri apa salah aku..
puas aku fikir.. takkan sebab aku taknak naik kereta dengan kau kot...
kau tinggalkan aku terkontang kanting memikirkan apa masalah sebenarnya?
aku hubungi kau berkali2.. tapi kata kau hati telah tertutup?
tak boleh terima?

astaghrfirullahal a'zim..
atas dasar apa ni?
atas sesuatu yg aku tak buat lansung?

aku hubungi kau untuk kali terakhir, niat nak minta balik semua hutang2 kau padaku..
tapi aku terkejut, bila kau jawab..
duit tu, kira halal, kau tak mahu bayar, sebab tebus balik semua yg kau dah abiskan pada aku! sebab kau kata kau dah banyak berabis untuk aku!

apa??? biar betul! apa yg kau habiskan untuk aku?

Aku tak pernah minta kau belikan kasut Bonia yang aku tak pernah pakai, sebab tak padan saiz aku! lalu aku beri pada orang lain, alasan kau, mahu aku nampak lebih feminin.. nak tergelak aku melihat sepatu tinggi itu..auuuu gua rock beb, kalau kau letak sniker adidas ke nike ke..mahu aku rembat! haha

Aku tak pernah pakai minyak wangi yg kau beli sebab aku tak suka bau itu, namun kau minta aku pakai atas dasar kau suka bau itu, aku terus terang aku taknak..

Aku tak pernah pakai rantai silver yang kau kasi, aku tak boleh pakai, kulit aku allergik ngan silver, kau degil, kau beli jugak! (silver2 tak main la beb.. orang pkai emas laa.. hohoho..)

Bila kau tengok aku pakai beg aku, nampak buruk kata kau, lantas kau beli beg kulit LV! giler ke ape weh.. beg aku bukan buruk ah.. sezen sezen tu biasalah! so aku taknak! giler la nak pakai beg2 stok mak mak datin! so aku tak terima, tp kau pergi pos pula kat opis aku! kau kata kalau taknak buang la sendiri..

astaga.. untuk makluman, dulu manelah..aku tahu jenama LV Lv nih, tak pernah dengar aku! lalu aku beri kat makcik aku, melompat dia kegirangan! dia kata ori ni... well.. who care? sekarang baru aku tahu beg jenama tu mahal sebenarnya kalau yang ori lah..

gaya dan lagak kau persis orang ada adaan..
kau nak beli cinta dengan uang ya?

awal2 aku dah terus terang aku tidak boleh berkomitmen sebagai kekasih dengan kau,
samada kau nak atau tidak, aku hanya boleh berkawan,
lalu, kau terima.. kau dan aku hanya kawan...
so tak perlu la layan aku lebih lebih la aku tak minta!

kau boleh cakap yg kau nk claimn balik? ish..ish..ishh...
tu smua yg kisah kisah sedih masa nak pinjam duit tu kira lakonan semata mata ke?
yg aku ni kesian.. bmurah hati kasi pinjam.. huuuu. sikit2 kau pinjam sampai cecah rm 800!

byk tu beb..

hmmmmmmm... (tarik nafas panjang...)

tak perlu pening2 lalu aku teruskan shj hidup aku yang penuh berharga ni, tanpa kurang apa2 pun walau tanpa kau.. hahahahaha... aku sayang diri aku!

**Intermission**

ehh... sekarang kau datang balik?
jumpa aku kat fb! aduuiii...
kol aku pulak tu?
siot je kawan aku kasi no tu kat kau!
kau tipu dia, kau katakan kau dah hilang nombor aku, dan kau nak hantar buku2 aku dulu sebelum kau berangkat ke luar negara! cheh! dasar..
ok, aku positif, aku sambut panggilan kau elok2..

namun?

eeehhhhhh kau ungkit kisah dulu pula?
masih salahkan aku lagi pulak tu!
kau kata kau jadi begitu sebab aku tipu, tak mahu jumpa kau tapi jumpa orang lain!
aku tanya siapa?
oooo.. ok, rupanya, dia maksudkan pd seorang lagi sahabat lelaki aku, si samsul yg berkereta honda putih..
lalu dia bcerita.. bla..bla..bla..

laaa... pasal itu ke???

kalau itu aku memang ingat..

imbas kembali..

aku sedang berjalan ke stesyen bas untuk balik dari kerja!
dia berkali2 telefon untuk hantar aku pulang! aku tak mahu! aku tak mahu berkereta dengannya balik ke rumah, aku boleh balik sendiri! titik!
mana tahu rupanya dia ekori aku! (psycho betul!!)

kebetulan lepas aku melintas jalan, kedengaran suara orang menjerit nama aku..
aku toleh, eh.. dia! sambil dia menguis2 tangannya minta aku kesana! (dia di seberang jalan!)
ohh..sorry la brader.. aku nak balik ni.. aku pantang betul orang paksa2 aku ni, mula la timbul benci! uhh!

dan kebetulan pula masa yg sama tu, sebuah kereta honda putih mbunyikan hon! betul2 depan aku! aku tengok, dia melambai lambaikan tangan pada seorang temannya kat stesen bas mini di situ, lalu dia berlalu.. pastu aku pun nak teruskan pjlanan aku lah, sebab bas stand aku jauh lagi! tetiba aku dengar orang jerit lg,

wehh.. dia dah melintas dengan kereta nya ke seberang sini!
aku tengoklah dia sambil geleng kepala tanda taknak juga balik dengannya,
tapi dia buat muka marah sambil terangguk angguk (mcm cakap...."takpe takpe...") sambil tangannya juga menuding nuding arahku..

ahhh.... aku terus berjalan menerusi kedai kedai untuk ke busstand!

aku dah mula benci,
sebenarnya, bibit2 benci dah ada sedikit sebanyak sebab tak tahan dgn sikap dia yang suka paksa dan cemburu buta, hellloo.. aku bukan kekasih kau pun yg kau nak jeles2... paksa aku untuk 'declare' dia sebagai kekasih! (hello..KPI pun tunggang langgang camne aku nk luluskan? ;p )

ohh.. rupa2nya selama ini dia ingat aku tipu dialaaa..
ingat tak kereta honda putih yang kasi hon kat seorang temannya kat bustand tu tadi?

yaa.. dia kata aku taknak balik dengan dia sebab aku nak balik ngan mamat berkereta honda putih tu! dia kata dia nampak kereta tu hon kat aku! dia kata aku tak balik rumah pun, tapi dating ngan mamat tu! (yelah sebelum ni aku memang ada cerita kat dia tentang si samsul kawan aku yg berkereta honda putih kat dia, dia memang jeles giler..aku kata aku kenal samsul tu lagi lama dari dia.. lagipun kita kan kawan2... sejak dari itulah dia jeles aku ngan kawan honda putih aku ni...)

dan kebetulan pulak mamat tu hon kat depan aku! so dia ingat aku dah terkantoi la ngan mamat tu depan dia.. pastu aku buat muka tak tahu pulak...

ish..ish..ishhh.......

kau yang membuat kesimpulan sendiri dan kau hidup dlm tersimpul selama ini...

sekarang...

bila dia salahkan lagi aku sekarang, aku tegaskanlah yg dia salah.. dan tanggapan dia lansung tak betul...
tapi, hmm tapi nampaknya dia masih ingin menegakkan benang yang basah!
( nak marah jugak sebenarnya.. tapi aku cool aje, tak luak ape pun dah...)

di akhir perbualan, dia saje tanya soalan tricky..

"anak dah berapa orang?"
(mula2 aku nak je jawab anak dah sedozen! biar dia takyah ganggu aku lagi! aku tahu dia sebenarnya nak tahu status aku sekarang.. hahaha...)

" anak? ishhh.. mana ada anak lagi laaaa...." (mmg aku belum ada pun..tak tipu..tak tipu..)

"ooohh.. ingatkan dah kawin... kita pun belum kawin!"
(ehh..aku tak cakap pun aku blm kawin! see! tersimpul lagi kamu! haha)

" takpelah i got to go.. boss panggil" aku mencelah..

" nanti malam i kol u lagi ya!"

aku terus letak!

huh, kau ingat aku apa? masa kau nak.. kau datang, masa kau taknak.. kau buang?
huh!
sorry buddy, im taken!
di ulang , im taken already!
hahaha!

IringJeling: hahhahaa tetiba terlintas di kepala aku nak kenakan dia..
nak ayat dia baikk punya.. biar dia terharap harap kat aku.. biar dia tertagih tagih kat aku, pastu aku tinggal dia! hahahahaha (gelak setan! walau setan takda bulan ni!)
Bolehtak aku buatnya begitu? korang rasaaa?...

(entri ini dibuat pada tarikh 4 hari lepas, tapi tak post! dan hari ni,sebelum aku nak post entri ni, ada kemaskini cerita..sambungan.. )

kelmarin dia kol aku lagi,
aku angkat!
dia katakan dia teringat..
dia rindu...
dia mahu kembali seperti dulu..

pada mulanya aku teringin nak melayan! melayan sebab nak kenakan dia sahaja!
nak kasi dia rasa sakit bila terjatuh!
(pastu ada harapan nak minta duit hutang balik, kena cakap baik2 kang dia lari, tukar nombor phone.. macam dulu.. )

mujur tiba2 teman sepejabat datang dan terus aku minta diri darinya..

fikir fikir sejenak..

Astaghfirullah..
kalau aku buat begitu aku adalah sama seperti dia!
dan tidak mahu jadi sepertinya..

balik..

aku cerita pada habibi...
dia mendengar.. namun senyap aje..
ku minta maaf pdnya..jika bertutur dengan lelaki itu tadi mendatangkan dosa padaku..
jika niatku juga telah tersimpang..
maafkan aku..
redhai aku..
belailah aku (ciss.. suka sangat nak kena belai.. :p)

syurgaku terletak padamu..
akhir sekali aku katakan dialah my hero yg sentiasa dihati..
tiada ganti..
tiada yang sama..
sayang sangat..
ketahuilah..
tak mungkin ada yang dapat meragut perasaan ku ini padamu..
erana kau yang pertama..
dan ku ingin kau juga yang terakhir..
kerana hanya kau yang mampu membuka hatiku..
kau yang pertama sayang..
Semoga Allah mberkati hubungan kita hingga keakhirnya..
semoga Allah merahmati hubungan kita..
emoga kebahagiaan sentiasa ada..


Dia ada kol berkali kali semalam tapi aku tak angkat! pastu dia mesej ;

"takpe lah.. orang dah taknak kawan ngan kita.. tahu.. mesti dengan lelaki lain kan, tu yang takboleh angkat fon!"

dlm hati aku: isshhh! engkau ni?? hmmmm biarlah... tersimpullah kau buat selama-lamanya... aku, Alhamdulillah bahagia setakat hari ni.. kau? ada? dok main simpul simpul sendiri ler weehhh....

panjang ceritera aku kali ni!
tak pasal-pasal nak kena ulang cerita pulak!
korang faham ke cerita aku ni weh... tak paham takpe.. hehehe
tiada tersurat.. semua telah tersirat..
:) syukur


buat ni minggu lepas, hari nak buat lagi, sebab ada orang tu suka sangat makan.. :D

Thursday, July 29, 2010

Petua Murah Rezeki

(lokasi gambar: tasik Putrajaya)


Saja aku mahu kongsi juga bersama anda semua..

baru2 ni aku sempat borak ngan Bos aku aka Tn Hj, saje je tanya dia..
apa petua Tn Hj ni murah rezeki ? aku cam saje je nak tahu... selain mmg tahu dia tu cam alim2 orgnya.. hati baik.. kot2 la ada petua apa2.. sebab aku yg selalu dengan dia ni, mmg tahu la, dia selalu je cam murah rezeki.. ada sahaja rezeki yang datang..

katanya senang sahaja!
petua murah rezeki ialah.... memberi!
berilah tanpa alasan, nescaya rezeki itu akan kembali..
ianya ialah cost and effect!
apa yang diberi, insyaAllah kita akan dapat balik!

byk cerita yang dikongsikan, segala pengalaman nya memberi, bukan niat untuk takbur,
dan cabaran untuk aku, katanya, cabar diri untuk memberi tatkala diri kita kesuntukan! contohnya, jika dalam beg duit cuma ada rm 50, lantas ada orang meminta, lansung apa tindakan kita? cabar diri untuk memberi! percaya lah! rezeki yg berganda akan datang!
"percaya lah.." kata tn hj aku sambil tersenyum! (sib baik tak bunyi cam sore siti nurhaliza! percaya laaa..... )

maka ini cerita aku!dalam beg duit aku cuma ada RM 3.70 haritu! duit lain dah takda, dlm bank pun tinggal ciput aje! cukup hingga dpt gaji! sengkek giler mase tu! so aku bajet nak beli nasi ayam RM 3.50 kat pasar malam! n aku bersama temanku bjln lah ke pasar malam mencari sesuap nasi (ayat kesian!)
masa b'jln sepanjang pasar mlm tu, adalah aku terserempak 3-4 orang peminta sedekah, ada yang mengaji, ada yang jual tisu..
lantas aku teringat cabaran tn hj aku tu! memberi tanpa alasan tatkala kesuntukan!
isk! aku memang keadaan kesuntukan wang sekarang ini.. ini yang tinggal untuk beli nasik!
hmmmmm....
ahhhh! ok aku sahut je cabaran itu! aku pegi kat makcik tu sorang, aku letak singgit dan amik tisunya.. begitu juga kepada 2 orang pakcik tu, sorang singgit! pastu di simpang terakhir ada sorang lagi makcik! alamak duit singgit dah abis..! so aku habiskan semua 0.70 sen yang aku ada tu!
so? licin la dlm dompet aku! tapi rasa best je.. tersenyum aje!

aku tahu mesti korang kata ala.. setakat singgit kan? tapi korang tahu ke keadaan aku mase tu yg betul2 tinggal rm 3.70 aje dlm tgn! itupun abis berjimat aku! betul2 bkira2 sblm masuk gaji! kalo org byk duit mmg takkan faham situasi org takda duit nih.. takpe...
dan tahu apa? tetiba aku dapat kol dari makcikku! marah2 kenapa tak datang lagi kerumahnya! parti harijadi anaknya la! alammak! bergegas lah aku kerumahnya! waaahhhh... bukan sahaja dapat makan nasi ayam, nasik kambing, itik semua ada! ya Allah.. syukur...
:)

esoknya perkara tak di duga berlaku!
masa tengah mengemas baju2 dan seluar2 lama untuk di let go, aku saja menyeluk poket seluar,..... terasa seperti kertas2,..... lalu diseluk,
dan! MasyaAllah.. duit!!
tahu berapa tak? RM 37 hengget!
korang tahu tak? korang rasa tak apa aku rasa?
masa tu aku rasa magic giler sebenarnya! yela walaupun duit tu sebenarnya duit aku pun sebenarnya! tapi yelah.. tetiba tetengah sengkek, jumpa duit kat dlm poket seluar, dan yang pasti duit tu dah lama berzaman kat situ!

terus aku teringat yang aku sedekah smlm! RM 3.70 aje, tapi aku dapat balik RM 37 hengget! can u imagine! weh.. ini bukan cerita rekaan, ini kisah benar..
tersenyum sendiri aku bila memikirkannya..

walau apa apa sahaja...
what u give u get back...
:)

Monday, July 19, 2010

Ramai Yang Sayang.. (^_^)

mana-mana aku jalan2 ke blog hari ni, byk terjumpa entri tentang Lya!

terdetik di hati.. ramainya orang sayang Lya.. betapa dia sangat disenangi ramai... :)

Orang baik memang disayangi ramai.. bila ianya melibatkan hati.. tak siapa boleh menghalangnya.. syukur..

ramai yang mendoakan Lya semoga cepat sembuh.. Alhamdulillah...
tak kurang juga yang memberikan kata kata semangat mengharapkan kesihatan Lya seperti sedia kala..

Lya sungguh bertuah..
dan juga aku salah seorang yang sayang Lya .. :)

sama sama kita terus menerus doakan untuk Lya dan keluarganya.. moga segala simpulan kesulitan terlerai jua..

untuk ketahui lagi tentang perkembangan terkini Lya, boleh ke link:

ASHA

Kak Ain

ZATY

IringJeling:Buat baik di balas baik.. :)

Wednesday, April 21, 2010

Cubalah untuk setia jika kau juga mahu dia setia..


~gambar en Googles~
Apa yang kau harapkan dari padanya jika kau sendiri membuat onar di luar?
Pening aku melihat gelagat.. mendengar cerita seorang teman ku yang mengadu damba mengenai masalah rumahtangganya... masalah yang tak pernah2 selesai!
bukan tak pernah aku dan kawan2 ku yang lain memberi pendapat dan nasihat, tapi..
ibarat mencurah air di daun keladi...
tetap sama..
kau tak mampu berubah, mana mungkin dia juga berubah..
kau kata dia tak setia, selalu saja dapat menghidu skandal sana sini..
eh.. kau pula asyik melayan bekas kekasih lama tu.. itu diklasifikasi sebagai apa pula?
pandai pula kau marah amat padanya walhal kau juga melakukan perkara yg sama??
oh.. itu tidak dikira, itu cuma berbalas2 sms, berbalas emel, bertentang mata, bersenyum-senyum.., berkejar kejaran untuk pulang ke rumah kemata2 ingin bertembung dengannya...
errrr?!!??.............. oh.. itu tidak dikira...
ishkk.. pelik aihh!

hmmm....
Pokok pangkal nya niat kita..
bak kata kakak ku yang sorang tu,
jika niat dan matlamat kau mula2 nak kahwin tu adalah semata2 kerana nafsu/kecantikan/cinta semata-mata.. maka ianya tak kekal lama..
nafsu? selagi ada kudrat, selagi boleh berseronok, tentu kau akan gembira, kau puas,
Kecantikan? selagi masih muda, bergetah.. munggil.. kau tentu bahagia dengan kebanggaan..
Tapi sedarkah.. semua itu tidak kekal lama..
sekiranya diragut segala itu dari kau..?
maka hilang segala matlamat perkahwinan itu?

hmmm... aku bukan pandai nak bersoal- jawab mengenai perkahwinan ini..
kerana aku juga masih setahun jagung..
masih banyak yang perlu diperbaiki.. masih byk rintangan yang menunggu..
namun aku cuba sedaya upaya..berpegang pada matlamat dan niat berkahwin..
ingat semula masa mula2 nak akad nikah tu..
apa yang kau janji?

senang citer aku pada teman ku ini, segalanya tidak berakhir lagi..
Allah sentiasa Ada, sujud la padaNya, Ikhlas la padanya, menangisla padaNya.. mengadu padaNya...Dia Maha Mendengar.. Dia yang menentukan...

Bukan mcm aku, jika kau bercerita pada ku.. aku cuma mampu menjadi pendengar, yaa... boleh terus memberikan kata2 semangat , cuma kadangkala ada juga tercalit bosan mdengar cerita yang sama.. tidak berubah2.... tapi, tidak pula lah aku tunjukkan pada kau!
ya...aku tidak sempurna..


IringJeling: aku tujukan pada aku suami isteri juga.. semoga kami sentiasa ada untuk saling lengkap melengkapi kekurangan masing2.. tipulah jika kukatakan kami tidak pernah bertengkar.. pasang surut kehidupan..pasti ada, tinggal kita untuk menanganginya dengan berhemah..

Tuesday, March 2, 2010

Kesimpulan Februari

What happen on February?



4hb Feb - Umah makcumah- hantar strawberry yg beli kat Cam..

11hb Feb - Umah Makcumah - ambil brg darinya yg nak kirim kat orang kampung

12hbb-16hb Feb - Cuti CNY- balik Kg...

26hb Feb - jln2 Negeri Sembilan - Ulu Bendul, Seri Menanti, Seremban, Sek Ren Keb Dato Klana Maamor

Thursday, February 25, 2010

KESIMPULAN januari

.Aku nak kena uat jugak, walaupun Februari pon dah nak abis..

Kesimpulan Januari:

2nd Jan- Outing time wit Mr Hubby at Damansara (1Utama, Tesco, Ikea) and Dataran KL
9th-11th Jan- Outing with Honey
12th & 13th- Ma n Pa, Ayu, Adik came to ma house
14hb- Mizan n Wife came- ayus lappy
23th-24th- Outing wit sis n bro, Ayu, Abg, Alang
28th-Bought lappy for Abang RM 2399
29th-31- Home BG- Cameron.....

what a fully January.

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker