Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Showing posts with label TAT. Show all posts
Showing posts with label TAT. Show all posts

Sunday, September 21, 2014

Tat Keju Beri Biru

Bismillah...
Ianya ialah Blueberry cheese tart...
Wajah cantik ramai tertawan
Mungkin kerana rasanya yg menawan
Namun hati hati semua kawan kawan
Jangan sampai kena sawan..
Astaghfirullah.... itu la akibatnya nk samakan yg belakang... pantun la konon.. maaf jgn ada yg terasa ya..

Sedang buat chese tart ni...
Tempahan dari sahabat..
Lama x kemaskini pasal cheese tart ni..
Boleh la kita kongsi gambar2 si gebu ni..


























Alhamdulillah..
Buat dari hati penuh kasih sayang ni..

Terima kasih..
Setakat ini dahulu..
Ada jiran tekan loceng...
Ni mesti nk kasi makanan..
Hahahaha... penuh harapan je.. huhuhu. .

Wassalam...

Monday, May 16, 2011

projek makan makan

Assalamualaikum,


macam huru hara je blogspot baru baru ni? blogspot under maintenance kita semua pun turut kalut kan..
mahu tak, abis komen2 macam hilang je? kan? frust!

penangan blogspot sungguh!
tapi kelihatannya semuanya dah kembali ok!

so aku nak sambung balik citer citer yang dah terbengkalai hari tu..
ingat tak aku penah taip tentang projek2 yang memenuhi jadual harian.. salah satu nya ini lah..

projek makan makan..
**************************************************



Bawah ni ialah projek 250! eh bukan, 300 sebenarnya.. projek 300 tat buah!

buat ni untuk teman sepejabat abbi, untuk majlis kesyukuran..

buat ni hari Jumaat, petangnya nak kami nak balik kampung



namun, Alhamdulilah.. sempat siap seperti yang dikehendaki..





~ so apa tunggu lagi, tempah la sekarang! sementara stok masih ada! huhuhu... ~



*****************************************************



Ahad tu, balik je dari kampung pula, memang ingat esoknya hari isnin kena sediakan spagetti ni!

ingat nak buat pada malamnya, tapi dek keletihan aku tidur awal dan bangun awal pagi untuk siapkan semuanya sebelum ke pejabat! mula2 dah risau jugak, takut tak sempat, tapi Alhamdulullah.. sempat! =)

buat ni atas permintaan ramai, untuk majlis suka suka meraikan kenaikan pangkat teman sepejabat iaitu Kak Ummi yang juga akan berpindah ke tempat bertugas yang baru..



All da best kak ummi..




~ siap tabut 'parmeesan cheese' lagi kat atas tu..~



*************************************************



ini pulak citer lama, aku tak sempat nak keluarkan entrinya,

tentang Ameen, budak praktikal di pejabat kami yang telah berakhir praktikalnya hujung bulan lalu..

budak ameen ni memang bagus, walaupun ada sedikit nakal, hehe..

Ameen ni banyak menglibatkan diri dalam aktiviti dan program yang pejabat kami jalankan, dah macam staff kami pula..



gambar bawah ni adalah antara aktiviti makan makan bersamanya sempena hari terakhir beliau..



Ribuan terima kasih untuk Ameen sebab dah banyak membantu masa kat sini, harap harap ameen tak ambil hati atau terasa seperti dibuli pulak semasa disini.. hehe

Selamat maju jaya dalam semua bidang yang diceburi.. =)





Itu sahajalah dulu serba sedikit cerita yang ingin ku kongsikan dari hari tu lagi! hmm..

reputasi berbelog semakin menurun nampaknya nih!

ishh..



Selamat menghadapi hari Isnin dengan penuh bersemangat! :D





tak lupa nak ucapkan Selamat Hari Guru juga buat semua pendidik ! =)

Friday, January 14, 2011

Tart telur lah pula!

hari minggu lepas mencuba membuat tart telur..
lebihan shell dari blueberry cheese tart dan fruit tartlet! tapi frust sangat sebab dua dua tart yang itu aku lupa snap gambar rupanya! tapi sama je macam kat bawah lebih kurang, tu yang pernah di buat dulu.. 
buat ni semua masa jamuan untuk hari lahir jiran di sini.. jamuan bbq.. :)

~blueberry cheese tart~

~fruit tartlet~

kalau nak tengok resepi yang ini boleh klik sini


tart telur ni pula pertama kali aku buat, sebab tengok resepi ni kat blog Kak Ina KL!
Kak Ina saya ambil resepi ni! :)


sini aku postkan resepi original dari kak ina..

Bahan pastri (aku pun buat 2 kali ganda dari ini pastrinya.. so darab 2 la semua bahannya..)
125gm butter
40gm gula icing
1 biji telur
220gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila

Cara-cara
Semua bahan diatas diadun menjadi doh.
Bentukkan doh dalam acuan tart, cucuk-cucuk dengan garpu.
Bakar selama 8-10 minit atau separuh masak pada suhu 175'C.

Bahan Kastard Telur
1 cawan susu segar(akak guna susu kotak)
1 cawan gula halus
4 biji telur
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastad
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara
1. Pukul telur dengan gula dan masukkan semua bahan yang lain dan kacau sebati.
2. Masukkan adunan ini ke dalam kulit tart yang separuh masak tadi dan bakar selama 8-10 minit pada suhu 175'C.
3. Sejukkan sebelum dialihkan dari acuan.
terima kasih kak Ina


aku cuka cheese lagi..
yang lemak2 je suka!
chee..


Monday, June 14, 2010

Tat buahan untuk sepupu





Hujung minggu lalu..
ada sepupu yang melansungkan perkahwinan..
jadi aku buat ini! kali ni letak tambahan buah kiwi pula! ada buat peach, anggur dan kiwi!
warna warni!
ya.. suka! :D

kalau nak resepi, boleh la klik sahaja kat labels 'tat' di sebelah itu!
kalau nak aku buatkan pun boleh.. :)

IringJeling: buat dengan sepenuh hati gembira, hasil pun menggembirakan! :D

Friday, April 16, 2010

Kesibukan Semalam dengan Fruit Tartled

Sibuk-sibuk pun masih sempat berblog..

Buat ni untuk mesyuarat kat opis semalam!

kastad dan buah aku isi kat opis aje, coz nak makan petang kan..
isi awal2 nanti takda tempat nak simpan lak, peti sejuk tak muat...

Marilah menjamu mata dengan hasilnya yang dah pun di telan abis semalam..



kalau korang nak resepi leh la eh.. klik kat-->> sini
atau Klik je Kat kategori 'TAT' tu..


Saturday, April 10, 2010

Lama tak Makan Fruity Tartlet nih!


~ yeah.. akhirnya berjaya buat! Buat semalam..
bawa ke opis.. nak bagi kengkawan rasa!
tapi sayang tak byk yang boleh di rasa mereka,
sebab kastad abis... pastri kosong adalah..
Mr Hubby suka ratah...
dia peminat utama tat ni!
ya.. sebelum kasi orang lain makan..harus ku bagi dia dulu rasa!
sebab komen dia amat penting untuk menentukan kualitinya bagus ke tak..
dan setiap komennya memang betull...
jujur...
dan aku percaya..
kalau nak resepi, boleh ke sini.. dan sini

Wednesday, October 14, 2009

Fruity Tart with Peach..







Buat ni untuk jamuan Hari Raya ofis semalam..
tengkiu untuk sesape yang kata sedap tu... nnti boleh ler order lagi eh...

Thursday, October 8, 2009

Wiii... Blueberry Cheese Tart!

Semalam buat blueberry cheese tart ni plak.. ritu kan dah buat fruity tart..
cuba yang ini pula..
Bluberi cis tat ni memang feveret aku! dolu2 mase time keja hari2 dok pulun ini lah bila lunch time.. kedai kek dekat je.. skang nak mkn kena pi cari ntah mana2 jer..
Rasa cam best je dapat resepi dia n try buat pastu menjadi pulok! best..best.. rasa cam keterujaan yg melampau lak bila dapat hasilkannya! cheewah!

Lihat la Blueberry Cheese ku.. cantik kan... (konnon)

Resepi , nak buat pastri nya sama je , sila rujuk Fruity Tart.. cuma filling nya kat atas tu je yang lain.

Filling
250g Philadelphia cream cheese
60g gula caster ( aku pakai gula aising pun boleh)
20g butter
1 'B' egg
1sk jus lemon ( tak buh pun takpe )
1sk esen vanilla ( tak buh pun takpe )
blueberry / strawberry pun boleh

Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg. Picitkan cream cheese di dlm tat shell & kemudian bubuhkan 1/2 sudu kecil blueberry keatasnya.

~ ini pastry yang telah di bakar- tunggu sejuk dulu, pastu baru masuk filing cheese tu, kemudian letak 1 sudu blueberry atas cheese, then anukan dengan lidi untuk corak2 tu.

bakar sekali lagi dengan api slow je, n sekejap je, kalau lama cheese tu akan berkerepot lak!

selamat mencuba ya! anda pasti teruja dengan hasilnya nanti!

resepi dari: MkLang (tengkiu)

Wednesday, October 7, 2009

My 1st Born Yummy Fruity Tart



Minggu lalu my hubby request untuk bawa sesuatu untuk majlis jamuan hari raya di ofisnya.. so dia suggest buat pudding .. hmmm... jenuh pikir apa la pudding yang special sket aku nak uat nih... hmm...pudding yg aku tahu tu cam biasa2 je.. cam sgt simple..
so tetiba datang la idea nak uat nih! so terusla aku mencarik resepinya...
tengok2 semua bahan separuhnya dah ada kat umah... so lagi mudahkan kerja aku.. cuma nak cari bebuah tu jer..

so jadila ia walaupun tidak cung..



Thanks to Kak Nor Marlida dari FP for da recepi: so resepi aku sama je cam dia .. cuma diolah sedikit2 mengikut kemampuan ku..

jom share resepi..

Bahan-bahan:
250gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
120gm icing sugar
2 biji kuning telur
440gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara:
1.Adun semua bahan sehingga menjadi doh. Gelek di atas papan sehingga setebal 5mm.
2. Susun acuan tart di atas dulang dan tebarkan doh yg digelek tadi ke atasnya. Tekan ke atas
acuan utk mendapatkan bentuk dan memotongnya.
3. Cucuk-cucuk dgn garpu dan bakar selama 20min atau sehingga kulit tart agak brownish
pada suhu 175 drj cels.
4. Keluarkan dari oven dan tanggalkan pastri dari acuan dan biarkan sejuk.
(sebenarnya tat ni memang ada acuan, tapi aku memang takda acuannya masa tu, so aku just letakkan nya dalam paper cup aje..)

CASTARD
Bahan-bahan:
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung castard
8 sudu makan gula
2 cwn (500ml) susu segar (Aku tukar 2 sudu besar susu tepung+2 cawan air)
2 biji telur
2 sudu makan mentega

Cara-cara:
1. Campurkan tepung gandum, tepung castard dan gula dlm satu mangkuk. Campurkan 2
sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan terus kacau lagi.
3. Masukkan selebih susu dan kacau sebati.
4. Masukkan dalam microwave dan masak dengan suhu tinggi sehingga pekat.
Sesekali buka microwave dan kacau bancuhan supaya tidak berketul. (Aku tak masak dalam microwave, aku masak atas dapur je pun boleh gak...tapi kacau jgn berhenti, nanti jadi bergentel pula kastad tu.)
5. Apabila sudah likat..keluarkan dan masukkan mentega. Terus kacau hingga sebati.

then, boleh letakkan castad tu tadi di dalam pastri tu tadi, tauk juga buah buahan yg disukai sebagai hiasan di atasnya...

Bila siap tu, aku try la test tat tu dengan kastad je bg kat my hubby rasa la, (of coz) Memula Bismillah la jugak nak bagi dia rasa! takut kena reject je.. maklumla.. bab rasa merasa ni dialah juri ku yg boleh dipercayai..
" b, inilah dia yang me nak buat untuk jamuan u tu! err.. cuba u rasa dulu!" tula ayat aku.. pastu cecepat aku ke dapur semula

hmm.. aku dok dapur je, tunggu ape reaksi dia! hehehe bila dia datang tersenyum2... n minta lagi! katanya sedap!! fuh.. lega rasa hati nie..hehehe cukup la dengan komen dia shj, baru aku berani bagi orang makan..
tapi b tak suka plak letak buahan tu, cukup tat tu dengan kastad je..

hmm.. aku bawa juga kat opis aku yg ada lelebih tu, akak2 ku yang rasa tu semua puji jer.. sedap! diorang kata aku buat sendiri ke pastri tu? hmmm aku bagi ler resepi tu, bagi diorang cuba buat lak! yelah bukan resepi aku sendiri.. aku biasalah.. down to da earth kan... but anyway... thanks for da all da compliment.. ni nak kena buat lagi ni.. untuk jamuan raya ofis aku plak..


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker