Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Showing posts with label Artis Itu. Show all posts
Showing posts with label Artis Itu. Show all posts

Friday, April 8, 2011

Ziana Zain | way to go !

Aku amat jarang atau boleh dikatakan tak gemar sangat menceritakan tentang dunia hiburan ni, namun malam ni terpanggil untuk menulis tentang penyanyi kegemaran ku.. tak lain tak bukan ialah Ziana Zain, sepintas lalu bila membuka TV tadi aku melihat dia di wawancarakan.. nampak seperti ada kontroversi.. aku tak tahu hujung pangkal pun, tapi jelas dia nampak tenang  dan matang.. semasa menjawab soalan soalan panas tentang kontroversi yang melandanya itu
apa lagi aku pun menyiasat le ape ke halnya diaorang buat kakak aku cam ni nih...
ooooo.. rupa rupanya pasal Ziana taknak pakai baju yang diorang sediakan untuk shooting majalah tutt... eh! tut pulak.. eh!.... ;p


Ziana pastinya punyai alasan tersendiri untuk menolak, namun, dengar apa kata pihak majalah tersebut;


"Apabila kita terlalu emosional kita akan hilang pertimbangan dan bertindak di luar profesionalisme. Masih banyak cara untuk mengatasinya. Soalnya Ziana tidak memberi ruang untuk warga kerja Eh! berbuat demikian. Ada bertanya, antara keempat-empat Diva ini, siapa yang lebih kertu, tetapi kami tidak anggap Ziana yang sudah 43 tahun itu kertu (kecuali dia meletakkan dirinya kertu). Justeru itu, kalau kita lihat majalah tidak pernah menuakan Ziana (kecuali Ziana sendiri). Ketika warga kerja Eh! mencari kedudukan yang sesuai untuk setiap seorang (ini penting kerana Ziana dan Ning berkulit gelap manakala Erra dan Fauziah cerah), tiba-tiba Ziana berlalu meninggalkan set sambil berkata “this is wrong”. Dia membuatkan warga kerja Eh! yang sedang mengatur kedudukan terpempan."

cuba baca bait bait perkataan atas tu, nampak sangat kan.. macam tak ikhlas je...macam nak pekena je... hmmm

bawah ni pula salah satu kata kata penerangn dari kak Ziana Zain ..

"Saya idola kepada masyarakat, jadi saya kena jaga pemakaian saya. Saya rasa sungguh tidak berpuas hati. Pertama kali dalan seumur hidup, saya tak pernah buat kerja bodoh ini kerana saya hormat semua orang. Saya tak nak imej yang saya bina selama ini jatuh macam itu saja. Hidup saya memang ada prinsip. Saya betul-betul kecewa tapi tidak marah. Cuma saya agak terkilan. Gelaran diva yang orang beri kepada saya merupakan tanggungjawab besar yang perlu digalas. Selama 20 tahun, tak pernah saya kena macam ini. Isu ini paling menguji kesabaran saya. Dunia ini kecil, jadi saya tak nak sengketa ini berpanjangan."


semua ini ialah,ehhsan di petik di Beautiful Nara, terima kasih, kita tumpang ya.. :) 
jom baca seterusnya di Beautiful Nara atau boleh baca di Harian Metro 
 



sejujurnya aku menghormati pendirian Kak Ziana Zain yang tegas dalam menjaga imejnya, betul la kan, takkan dia nak jatuhkan reputasi imej yang dia jaga selama 20 tahun semata mata pada pakaian 'bareback' yg mendedahkan bahagian belakang beliau! Dia empunya badan semestinya lebih tahu apa yang baik dan sesuai untuk diri sendiri! kalau tak dia sendiri nak jaga, siapa lagi?  betul la, tak perlu menjadi hamba kepada fesyen yang kadang kala menjengkelkan..
yela.. buat apa, nanti disebabkan satu pakaian itu sahaja, rosak identiti, rosak segala yang telah dibina dari dulu lagi! yang tanggung siapa? diri sendiri jugak kan...? (masa tu seronoklah, larisla media2 ni sebab kontroversi meletup letup! yang kesianya artis tu juga... hmmm)
jadi? lebih baik la dia menolak dahulu sebelum nasi menjadi bubur.. ni la orang kata.. berfikir ke hadapan.. bagus!

tahniah pada Kak Ziana ku.. :D


Apapun, sebenarnya kita seharusnya hormat pada pendirian seseorang, tak kira artis atau sesiapa pun, sebab kita sesama manusia sama sahaja.. sekejap di depan sekejap di belakang.. hidup ni tak lama..
di harap permasalah ini selesai dengan amannya antara kedua belah pihak.. tak perlu persengketaan yang berpanjangan..jangan ada benci...


ok, peace no war.. :)


layan gambar ziana zain..




~ aku suka dia dari dulu hingga sekarang, cuma aku je dari dulu sampai sekarang bila nyanyi lagu dia tak lepas lepas.. pitching asyik lari je! ;p ~

 ~ Ziana bersama suami tersayang... so sweet.. ~

~ si kembar yang bertuah.. ~

ok moga kita bertemu lagi... peace.. (^_^)

Thursday, March 31, 2011

Mesti Baca! : Cara Wardina Safiyyah Latih Anak lekat Solat 5 Waktu...

Assalamualaikum,
aku mendapat kiriman emel dari sahabat tentang cara wardina safiyyah melatih anak nya solat..
hati ini sangat tersentuh dengan ceritanya ini... rasa terharu..
terus aku cepat cepat mahu kongsi dengan kamu semua!
insyaAllah....
kalau aku ada anak pun aku nak latih dia sebegini... hm

Semoga semua mendapat manfaat..
 


















bERBALOI PENAT LELAH KU...

by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all
my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th
birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi
dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat
since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is
SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very
important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong
signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun
lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau
tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu
Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) -
lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and
say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her
never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik
cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni
melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik
cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how
we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita,
bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK
solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua
kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat!
I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will
NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask
her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do
it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak
tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love
her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3
kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar
dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau
TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna
solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for
her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i
wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy
and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi
cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im
sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims
that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the
world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as
how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak
boleh diajar berjalan terus...fahamkan?


Syurgalah tempat bagi orang orang yang beriman....


Sunday, January 30, 2011

American Idol 10

Aku jarang menonton rancangan American Idol ni,
bukan jarang, tapi memang takda tengok pun.. tahu tahu dah ada pemenangnya je.
sekarang dah ke sepuluh dah pun...
kalau aku tengok pun, mesti tengok yang awal2 masa pemilihan tu...
sebab dapat tengok berbagai bagai ragam manusia yang punya cita cita yang sangat tinggi untuk jadi penyanyi!

huh! ramai sungguh yang merasakan mereka boleh nyanyi.. baik di Amerika atau di Malaysia sekalipun!
kadangkala tu aku kesian juga tengok mereka yang memang sah sah tak boleh menyanyi, tapi bila ditolak tak dapat terima hakikat pula! sampai menyumpah seranah!
eii.. mereka ni tak cermin diri dulu ke sebelum uji bakat.. orang2 sekeliling tu, takkan lah tak dapat beza kan? isshh tu yang kadang kala aku pelik tu..

kalau yang terima hakikat tu tidak mengapalah..
mereka pun cuma nak 'test power' boleh diterima ke tak..
kalau tak diterima,  mereka boleh terima dengan positif..
oklah tu.. sedar diri kan..

ok ler..
aku tertarik untuk menulis tentang American idol 10  ini atas 2 sebab
pertama,
sebab ada JLO! iaitu jeniffer lopez...
cantiknya dia weh.. :)
abbi aku dok puji je manjang..
takpe le b.. aku pun ngaku dia memang cantik..

pastu ke dua!
sebab gadis yang bernama Lauren Alaina! 15 tahun.. muda lagi..
Peserta ujibakat dia ni..
kebetulan dia pula adalah peserta terakhir di situ..
kebetulan aku pun sempat tengok dia je.. ;p
tapi .... hmm sangat sedap suara dia la..
sangat manis pula..
sangat baik hati pula..
heheh..
puji lebih lebih ke?
ala.. takleh undi pun.,

sekian lama tak tengok american idol, tetiba terus terpaut pada dia ni pula...
hehehe.. kella... kella...

marilah kongsi perasaan bersamaku dengan menonton video ini...
Layannnzzzz...




baiklah, aku pertaruhkan dia je sebagai juara! hehehe...
dah dia je yang aku sempat tengok pun..
Good Luck then!

"Alaina, kalaulah awak buka blog saya.. awak jangan lupa tinggalkan komen ya!"
harap harap dia faham le bahasa Malaysia...
:)

Thursday, December 23, 2010

Snek Petang: Asal Usul Nama Kumpulan / Ahli Musik!

Salam... Sekadar gurauan..di petang hari... :)

1)Kumpulan Rock yang telah mengerjakan Haji / Abang-abang
Haji.....KUMPULAN BAJI
2) Kumpulan yg minat kat sheilawati...SHEILA ON 7
 3) Penyanyi yang paling demand banyak duit.....HETTY COST ENDANG
4) Kumpulan yang berasal dari Bukit Gasing.....KUMPULAN SPIN
5) Penyanyi yang paling berat dalam sejarah.....ABOT (dalam  bahasa jawa
bermaksud berat)
6) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya.....O.A.G (Orang Asli Gombak)
7) Kumpulan yang paling murah menerima bayaran.....SCOIN (pakai syiling jer)
8) Kumpulan Nasyid yang terdiri dari orang jawa.....AL-JAWAHER
9) Kumpulan Rock yang Paling wangi.....MAY (Bau Sabun)
10) Kumpulan Rock Paling Bahaya.....AMUK
11) Kumpulan Rock Yg Terdiri dari Bomoh Professional .....MANTERRA
12) Kumpulan Rock yang takut mandi pagi.....GIEGIEL
13) Kumpulan Rock yang selalu kena migrain.....HEADWIND
14) Kumpulan yang telah mengkormersialkan Roti
Benggali Pedas.....GINGERBREAD
15) Kumpulan yang mudah berpecah.....KRISTAL
16) Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri .....LEFTHANDED
17) Kumpulan yang ada power..... KEMBARA (sebab ader DVVT)
18) Kumpulan yang terdiri dari pesawah.....PADI
19) Kumpulan yang paling popular di pagi raya.....TOO PHAT  (Ke-too-phat)
20) Penyanyi kesukaan David Beckam.....SITI SARAH
21) Kumpulan yang kejap cantek kejap hodoh.....PRETTY UGLY
22) Kumpulan yang takleh nyanyi kat Europe.....METALASIA
23) Kumpulan yang boleh lihat tapi tak leh pegang.....4U2C
24) Penyanyi yang tak pernah kena speed trapppp.....MELLY GO-SLOW
25) Kumpulan yang sentiasa menyambut 'HARI GURU'.....TEACHERS PET
28) Kumpulan yang susah nak sakit.....MEDICINE
29) Kumpulan yang berkerjaya tapi pendek umur.....DR. KRONIK
30) Kumpulan pertama yang buat show kat everest .....IKLIM
31) Kumpulan yang kena sertu apabila di sentuh.....BLACK DOG BONE
32) Kumpulan yang paling bengap walaupun dah kaya.....PAK PANDER
33) Kumpulan yang paling di hormati .....KUMPULAN DEWA
34) Kumpulan yang memperkenalkan Roti Boy di Midvalley.....NEW BOYZ
37) Kumpulan yang tak akan buat show pada bulan lain kecuali
bulan 9.....SWEET SEPTEMBER
38) Kumpulan Paling berani.....KAMIKAZE
39) Kumpulan yang selalu gi konvoi.....XPDC
41) Kumpulan yg ada sayap tapi tak boleh terbang macam ayam.....WINGS
42) Kumpulan yg suka amik gambar & autograf.....FOTOGRAF
43) Kumpulan yg selalu dapat cari orang (macam along/ceti).....SEARCH
44) Kumpulan yg sering kemarau / kekeringan / horny.....GERSANG
45) Kumpulan yg selalu banteras rasuah tapi beri rasuah untuk buat
album.....B.P.R (Bumi Putra Rockers)
46) Kumpulan yg suka dera kucing.....Alleycats
47) Kumpulan yg banyak taik mata.....E.Y.E
48) Kumpulan yg suka tanam dan jual bunga ros hitam.....BLACKROSE
49) Kumpulan yg selalu adakan jualan karnival beli belah.....MEGA
(Mega Sales)
50) Kumpulan yg ada daya tarikan bumi.....GRAVITY 
 51) Kumpulan yg ada macam2 bau (bau wangi, bau busuk, bau kentuttttt)..BAU
 52) Kumpulan yg banyak berfikir sampai terangguk2 & tergeleng2 &
tergolek-golek...AHLI FIKIR *

tapi aku tak faham satu je!
kenapa beckham suka siti sarah?
kenapa siti sarah beckham! kenapa?

Thursday, April 29, 2010

Tengok Achik Spin Dalam 'Jangan Tidur Lagi'

Semalam, berkesempatan tengok 'JTL' di TV3! rancangan yang tak pernah ku layan sebelum ini..En Suami yang tertekan punat Tv tu..

Melihat keletah Arwah Achik sebelum dia menemui ajalnya!
sangat sihat walafiat..
Kalau Anak Isterinya tengok, mesti sangat2 la terharu!
terutama 'part' dia bercerita tentang isterinya tu...
katanya, isterinya banyak mengubah dirinya..
badan pun dah naik katanya.. berisi..
(sambil gelak tawa...)
pastu ada beberapa slide gambarnya bersama isterinya..


Ahhh.... betapa isterinya pasti begitu rindukannya...






Untuk isteri Achik, tabahlah menghadapinya... Setiap kita pasti akan pergi jua..
Sama-sama kita sedekahkan AlFatihah untuk arwah Abdillah Murad Md. Shari (Achik Spin)

Friday, April 2, 2010

Semoga Roh Meor Ahmad Fuad Meor Badri dicucuri Rahmat olehNya


Agak terkejut mdengar berita Din Beramboi telah pergi ke Rahmatullah..
2 hari lepas dengar cerita semakin pulih..
Tapi apakan daya, Tuhan lebih menyayanginya..

Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah padanya..
moga sedekah, doa kita sampai kepadanya...


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker