Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Showing posts with label Hari Lahir. Show all posts
Showing posts with label Hari Lahir. Show all posts

Friday, December 30, 2011

Selamat Hari Lahir Acik aka Migha

Assalamualaikum,

Salam Jumaat, Salam penuh keberkatan..
Entri istimewa ini ditujukan pada adik kecilku
Acik!

Selamat Hari Lahir di ucapkan untuk beliau pada..
27hb Disember yang lalu..
disebabkan ianya istimewa, so baru hari ni buat entri tentangnya.. ;p

Selamat Hari Lahir cik...
semoga beroleh kesejahteraan,
kesihatan yang baik,
 keberkatan dari Allah..dan dipermudahkan perjalanan hidupmu..

Jadilah  wanita dan anak solehah..
untuk mendapat keredhaan Allah dunia dan akhirat..



dulu dulu masa kecik dia ni nakal!
suka menjerit meraung!
buli abang dan kakak2nya yg sentiasa kena beralah..
yela masa tu lama dia jadi yg bongsu..
dah besar..
suara pun sayup2 je..
susah nak dengar dia menjerit, (kecuali jerit kat adik lelaki bongsunya pula!)
jadi mangsa buli kakak2 abang buat kerja
actually bukan buli la.. kami nak mengajar.. supaya dia pandai buat kerja.. ;p

Oh lupa, gadis kampung ini dah datang bandar..
dia dah tinggal dengan aku sekarang ni
senang la nak buli!
Alhamdulillah.. rezekinya di sini.. syukur, sekurang kurangnya dah dapat kerja..

banyak nak citer tentang gadis ini,
next entri lah..

available ke tak?
selagi belum kawin selagi itulah dia available kot.. kan?
sekarang tanggungan papa dan mama lagi..
amanah papa pada aku.. memang panjang lebar..
InsyaAllah pa..
tak dengar cakap kasi 'piat' aje..!


Selamat Hari Lahir Dear Sistah...
Lots of love.. =)



buat kejutan di hari lahirnya, dia ingat kami semua tak ingat! terkujatt juga dia, hehehe..

Monday, November 14, 2011

Angry Bird Merah


Assalamualaikum,

semoga kawan kawan semuanya sihat sejahtera hendaknya..
hari ni sangat sibuk! banyak yang perlu diselesaikan di pejabat nih!!

tapi update kejap ya..

jadi..
 silalah menatap gambar Si burung merah pemarah ini,
angry bird merah ini tempahan dari Diana.. untuk bday boy Aisy.. =)
Selamat hari lahir sayang.. =D
dan sehari sebelum nya tempahan dari Sarry.. AB merah dan kuning..
terima kasih atas sokongan dan kesudian kalian..

~ macamana lah Burung Burung ni tak marah.. abis.. korang asyik lempar diorang kat bangunan.. mesti lah diorang marah.. hehehe.. ~

Friday, October 7, 2011

Kek dan Hari Lahir Beliau

Selamat hari Lahir diucapkan pada beliau!
belated birthday dah.. baru nak tayang ni.. hehe


sayang sangat kat beliau nie..
penghibur hati suka dan duka..
muka macho tapi hati lembut..
muka garang tapi dalam hati ada taman..
penuh bunga bunga..
kuat cemburu, tu pasal selalu berpeluh di hidung!
(ohh.. aku memang tak sanggup tengok bila dia cemburu! rupa lain terus! menakutkan.... hehe)

kek untuk beliau yang ku sayangi!
nasib baik sebelum  jam 11.30 dah siap.. tu pun nyorok nyorok!
pastu siap minta tolong b tolong jemur kain kat luar plak tu! hehe sorry ya..
memalam buta potong kek ya! hhahaa
dah masuk 30 ya sayang..



























Selamat hari lahir sayang!
Semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah..
Semoga apa yang dihajati menjadi kenyataan..
Semoga Allah makbulkan doa kita berdua.. =)
Semoga Allah memberkati dan merahmati sayang..
Semoga menjadi seorang Anak, Suami dan inyaAllah seorang Ayah yang terbaik didunia seterusnya di bawa ke akhirat kelak..
Ya Allah..
berikanlah kemudahan dan kekuatan pada dirinya 
dalam setiap langkahnya
dalam mencari keredhaanMu
dalam perjuangannya mencari rezeki yang telah Kau takdirkan buatnya
dan dalam perjuangan untukku dengan cintanya pada Mu ya Allah..
Ya Allah.. 
sesungguhnya aku bersyukur dengan pendamping hidup pemberianMu ini
Semoga diriku diizinkan menjadi bidadari untuknya di Syurga yang hakiki nanti..
Amin Amin ya rabbal Alamin...


Tuesday, August 16, 2011

2 dalam 1

Assalamualaikum,

Selamat pagi.. semoga hari yang ke 16 kita berpuasa mencapai pembentukan jiwa yang dikehendaki oleh Allah..

Bersyukur kerana masih lagi dipanjangka umur pada hari ini..
hari yang penuh makna tersendiri..
pada tarikh hari ini.. mama telah melahirkan aku..
terima kasih tak terhingga kepada mama yang telah menyabung nyawa melahirkan aku ke dunia ini..
Terima kasih atas kasih sayang mama dan papa melahirkan aku ke dunia ini..
jasamu itu tidak mampu ku balas.. kerana tiada apa yang setanding dengan kasih sayang mu ..
Allah jualah yang menentukan segalanya..
Alhamdulillah... syukur ke hadrat ilahi..


dan hari ini juga.. tarikh keramat di mana aku telah menamatkan zaman bujang ku..
di mana terlepas semua tanggungjawab orang tua ku..
dan telah pergi kepada seorang lelaki yang bergelar suami..
terima kasih abbi yang telah selama ini bersama susah dan senang.. suka dan duka..
semoga kita masing masing dapat menjadi yang terbaik untuk masing masing!
terima kasih kerana telah meletakkan diriku dalam hatimu sejak dari dulu lagi!
walau cuma aku yang lambat memahaminya.. =)
but apa pun.. u're so sweet!
i love u b..
Semoga Allah merahmati perkahwinan kita ini..




Alhamdulillah... terima kasih..Ya Allah.. atas segala rezeki ini.. atas segala kenikmatan yang Kau berikan..

Thursday, April 21, 2011

Selamat Hari Lahir En Bad!

Selamat Hari Lahir Kepada En Bad,
Semoga En Bad sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah..
panjang umur dan murah rezeki selalu hendaknya..
Amin..

kata en Bad, dia tak pernah sambut hari lahirnya di pejabat, tambah lagi sambutan secara kejutan seperti ini... terharu katanya...

Ini semua aturan dari Ezura.. beli kek dari secret resepi..choc indulgent gitu...
wah..wah..wah... penuh krimm..
yummy..

~ tu eju yang comel loterh tudung pink tu, sebelah tu kak kin dan en wan.. ~

~ Pian yang ceria! always ceria pun.. dia yang pegi beli kek tu...~

~ Kak Ummi dan Kak ina.. menikmati indulgent sepenuh hati.. :) ~

~ dari bilik pejabat, beralih ke pantry pulak.. hehehehe.. bos pun turun padang.. ~

Selamat Hari Lahir diucapkan sekali lagi kepada en Bad!
semoga apa yang diinginkan dapat dicapai dengan keberkatan Allah..

Friday, March 18, 2011

adek




Yo Bro!
Lupa lak wa nak buat entri tentang lu punya hari lahir!
sorry arr bro!
tapi wa dah wish kot sms dan kol hari tu kan?
gembira je wa dengar suara lu bro..
lu dah besar sekarang ni!
suara pun dah garau semacam dah..
tinggi toksah cakap ah.. papa pun lu dah lepas..
badan lagi la toksah cakap ah.. besar punya!

wa tak lupa hari lahir lu bro..
wa ingat lagi masa lu lahir, papa kena pergi hospital..
wa yang kena jaga adik adik yang lain..
masa tu dapat kol dari hospital kata... mama telah lahirkan 'baby boy'
lu lah tu dek!
wa ingat lagi masa tu, ada makcik tu suruh kami pegi umah dia nak jaga kami,
tapi wa tetap nak dok umah juga, biar wa je jaga adik adik, tunggu je kat rumah, sementara mama dan papa bawak lu balik

bro..
lu lahir pada 12hb Mac 1995
wa ingat lagi masa lu kecik lu comel giler..
putih..
wa memang suka tolak lu dalam kereta sorong bayi tu..
wa bawak lu jalan jalan ke taman..
semua orang suka tengok lu! geram dengan lu..
selalu nak cium dan cubit pipi lu yang gebu tu!

kami adik beradik bergilir gilir jaga lu tau..
tolak buaian lu sambil menyanyi nyanyi lagu 'laillahaillallah....Muhamaadarrasulullahh...'
sampai kami pun tertido tido la jugak!
kenkadang tu lu memang liat gila nak tido..
kena paksa lu tido.. kalau tak kami takleh gi main.. huhu..

mama cukup jaga pemakanan lu masa lu masih bayi..
mama selalu rebus nasi dengan 'carrot', kentang dan ikan bilis
lepas tu mama lenyek guna penapis bagi lebih halus, senang untuk lu makan..
kadang kala tu wa yang tolong mama buat semua tu,
tapi bila wa dah mahir, terus mama suruh wa yang buat pulak..
la hai..

papa pulak memang suka bawa lu jalan jalan naik moto kan..
habis se'round' se 'round' papa pusing kawasan perumahan bawa lu..
papa pun suka je beli mainan baru untuk lu...
lu ingat tak, masa lu kecik lu suka main mainan laga laga..
lu main sorang sorang je pun boleh..
lu kalau main memang macam dok kat dunia lain...
tak hirau sekeliling dah...
kami tengok je sambil gelak gelak..
penuh perasaan beb! :)

wa rasa sampai sini jela dek,
wa kalau cakap pasal lu wa takleh lama lama..
wa rasa sebak, wa rasa sedih.. macam nak nangis..
jiwa wa halus dek..
wa bukan apa, wa tengok lu dah besar dek
macam sekelip mata je lu dah pun besar..
dah tak boleh dah wa nak luku kepala lu!
kalau main lawan lawan sekarang ni sure sakit sekali lu sepak wa dek,
dulu asyik wa je menang! haha..
sekarang wa kena main tipu kalo nak menang! eh dulu pun wa main tipu gak! hoho
wa memang suka buli lu dulu kan..
hmmm...

tukar versi


kekla yang pertama dan adek yang terakhir..
kekla tengok adek membesar di depan mata kekla..
dan semestinya kekla nak yang terbaik sahaja untuk adik!
kekla marah marah bukan sebab benci
kekla membebel bebel bukan sebab tak suka
tapi kekla nak adek jadi yang terbaik!
papa, mama, kakak2 dan abang mu tetap menaruh harapan yang adek boleh melepasi walau apa jenis kepayahan dengan bijak..
kami hanya mampu memberikan kata kata semangat dan dorongan..
tapi yang mampu merubahnya ialah..
adek sendiri...
( membebel lagi kekla kat sini! huh, i cant stop la if its about u dek.. hehe )

Jadi,
Selamat Hari lahir untuk adikku 'adek'!
semoga menjadi anak yang soleh, selamat di dunia dan di akhirat..
love u so much!
=)

jangan lupa berterima kasih kat mama, sebab pada tarikh itu, dia yang bertarung nyawa melahirkan kamu dek..

lots of love..
peace!
(^_^)v

Thursday, February 17, 2011

Selamat Hari Lahir Puan Azizah!

~ ini aku curi tangkap gambar mama berdoa di masjid shah alam~

Dia seorang yang baik hatinya..
dia seorang yang lembut hatinya
dia seorang yang berjiwa kental..
dia seorang yang sangat memahami
dia seorang wanita
yang telah melahirkan 6 orang cahaya mata yang bertuah melihat dunia..
pelengkap hidup seorang lelaki..
dialah mamaku!
Azizah Abdullah

Mama.. Selamat hari lahir pada 16hb Feb 2011.

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan mamaku..
Allah selamarkan kamu..
Semoga mama diberkati dan dilindungi oleh Allah..

semoga mama diberikan kesihatan yang berpanjangan dan umur yang panjang, untuk sama sama mengharungi suka duka hidup bersama kami.. kerana kami mahu mama sentiasa ada di setiap detik perjuangan hidup ini...
semoga kekuatan mama melahirkan , menjaga dan mendidik kami akan menjadikan kami juga insan yang kuat dan kental dalam mengharungi hari hari mendatang.



semoga mama beroleh keredhaan dari papa, untuk beroleh syurga yang di idam..
sedang syurga di telapak kaki mu pula diharap harapkan oleh anak anakmu..

ketahuilah mama...
walau tidak pernah kan dapat ku membalas jasamu mama..
namun, mamalah insan yang sentiasa berada seiring dalam ingatan dan doaku..

teruslah mekar mama,
menjadi kebanggaan suamimu dan kami anak anakmu..
teruslah menjadi yang terbaik kerana yang terbaik itu ialah dirimu mama!

" Ya Allah, Kau berkatilah hidup kedua orang tuaku, sempena kelahiran mama ku ini, berkatilah dan berilah kemudahan dalam hidup mereka suami isteri, semoga mama menjadi isteri yang solehah dan terbaik untuk suaminya dan juga ibu yang mithali untuk anak anaknya, menuju ke jalan yang diredhai oleh Mu. Aku tahu anugerah terindah ini adalah pinjaman sementara di dunia, namun tunjukkanlah jalan yang benar semoga dapat kami bertemu di syurgaMu, yang kekal abadi..
tetapkanlah hati kami...semoga takkan pernah kami melupakan segala jasa orang tua kami yang melahirkan dan membesarkan kami.. sesungguhnya aku amat bersyukur atas kurniaan sementara yang telah Kau berikan ini, terima kasih atas nikmat perasaan mempunyai ibu seperti mama.. semoga syurgalah tempat ibu dan bapaku.. amin ya rabbal a'lamin..

Thursday, July 8, 2010

Lapan haribulan tujuh 2010

Hari lahir lelaki di bawah ini!



Selamat hari lahir buat papaku tercinta!

semoga papa sentiasa diberi kerahmatan, kebahagian dunia akhirat oleh Allah..



Semoga papa sentiasa sihat dan kuat, untuk mendidik dan membimbing kami adik beradik..

walaupun kami telah dewasa,

namun kami masih memerlukan perhatian darimu..

semoga papa sihat selalu juga, supaya boleh papa datang ziarah ku di sini! :)

semoga papa sayang mama selalu dan semoga ikatannya makin teguh dan kuat..

semoga kasih sayang papa terhadap kami tidak akan pernah pudar walau kita berjauhan!



Ketahuilah papa,
kasih sayang ku pada mu tak pernah hilang..
malah makin bertambah!

tatkala tika sendiri, ku mengenangkan mu..
mata akan mula bergenang, terkadang airmata juga bercucuran..
kerana rindukan saat bersamamu, terimbas kenangan sedari kecil hingga dewasa!

walau kini aku telah berjauhan dengan mu..
ku tahu dikau tak pernah melupakan ku kan pa?




kami adik beradik semua mendoakan kesejahteraan dan kebahagian untuk papa, kita sekeluarga.. semoga papa senyum sokmo

........................................................................................

IringJeling:(entri ni dari tadi dok taip, tapi tak publish2 sb tak tahan sebak! taip, brenti, taip, berenti... aku tak bolehkalau ngenangkan papa.. mata mula nak bergenang..)

........................................................................

tentang papa:
-seorang pegawai kerajaan yg tinggal 3-4 tahun nak pencen
-anak sulong dari 5 adik beradik
-ada seorang isteri 6 orang anak
-zahirnya nampak garang.. tetapi hatinya lembut, selalu kalau ku ajak kawan2 datang rumah mereka takut bila melihatkan misai papa! tapi bila telah berkenalan, mereka kata papa kelakar.
-tapi kalau dia marah memang betul2 nampak garang! sesiapa pun akan takut!
-papa tahu menjahit, kami dari kecik baju semua papa yang jahit!
-papa pendiam, tapi bila dia senyum sangat manis.. :)
byk lagi tentang papa.. tak perlu bagitau semua kat sini.. :)

..................................................................

sempena hari lahir papa, kami adik beradik pakat duit, belikan hp ni Sony Ericson C903 ni kat papa! hp papa dah sangat usang! asyik mati je batterynya!
semoga papa suka dengan hp ini, ini aja yang termampu! ianya ada 3g! senangla kami nk ber3g ngan orang di kampung nanti!
kata papa;
" terima kasih lah.. semuanya, sudi bagi ni, buat apa beli canggih2nya papa bukan tahu guna pun ni, nak kena belajar dulu! nanti nak suruh alang ajar lah!"
pastu papa terus test hantar mms ! dapat.. :))

(ayu bahagian kekla belum kasi ya..nanti kasi ok..)


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker