saja nak kongsi ngan sesape sahaja yang sudi baca blog aku nih
Rupanya semacam satu perasaan gembira kan bila tengok orang datang kat blog kita dan tinggal kan komen! uhhh... gembira semacam je.. tersengih2 jer...
berbunga2 je! hehehe..
oh.. ini rupanya perasaan itu..
lewat kusedari! amat lewat!
hmm patutla ramai orang suka berblog kan..
dengan komen2 tu.. kita dapat penilaian..
dapat ramai kawan..
dapat kongsi maklumat..
dapat kongsi idea..
dapat byk info..
dapat byk menda la..
coz kita tahu ada gak orang sudi baca hasil tulisan kita!
walau aku tahu ada byk juga komen2 pedas, hot dan bikin naik darah..
seperti sebilangan kawan2 aku hadapi..komen2 dari si 'anon' yang amat melampau!
ahh.. pedulikan saja si 'anon'2 yang melempar batu dan sembunyikan tangan itu di sebalik nama 'Anon'
ya.. betul..susah nak gembirakan semua orang! bukan senang nak puaskan hati ramai pihak,
terpulang masing2 nak tentukan mana arah tuju blog masing2..
haaaaiii... boleh tengok komen2 yg aku dah terima setakat ini, boleh dikatakan, hari2 entry aku ada komen walaupun sebutir..namun ia tetap berharga!
Chewah!
mesti korang kata setakat komen1-2 pun nak kecoh?! hahaha... ya lah, aku hargai weh..
dari dulu tu.. lansung takde komen pon... leh tengok kat bwh ni..
~ ini yang terkini.. walau sebutir 2 pun, aku tetap gembira.. lalala...
ini adalah hasil aku terjah menerjah dan sesi penjelajahan Bro Ben~
~kalau tgok ada 2 komen je selalu kan? si mimy tu je selalu sudi untuk komen aku! dan aku akan balas setiap komen itu... masa ni aku tak mulakan usaha menerjah lagi..
Sepanjang baru2 ini aku menjengah dan menerjah kesana kesini, aku dpt byk info2 berguna untuk mantepkan lagi blog nih! byk blogger2 yang tak lokek ilmu.. yang sudi berkongsi maklumat2 yang best.. tak 'kupik'! kupik tu kedekut... hhehehe...
Maaf la jika aku ter'over' gembira..
aku cuma kongsi apa yang aku rasa...
Aku tahu.. korang pun begitu kan?
IringJeling: Terima kasih kerana sudi sudian.... :)
6 comments:
best kan bila ada org komen..
terasa dihargai sikit..hehe
keep up the good work k
kella,
aku pun mcm kau dulu.
ada tu sebulan wat entry. komen 1-2 jek..
sbb tu aku faham apa yg ko rasa ni. mula bila dapat komen 3-4 komen pun dah cukup teruja...
good job!
InsyaAllah.. kawan2 akan bertambah kalau kita rajin menjenguk dan menyapa org lain. tak selalu pun x pe..
Rajin menulis okey?
:)
walaupun kadangkala entri kita sekadar luahan tapi bila ader org baca dan komen memang rasa teruja..
ada juga orang yang sudi berkongsi cerita
k.mas still malas ko nak nerjah blog owg..tak sempat beb...kojer manyak...plak 2 minggu nie final sem exammm..lagikk laa kucar kacirr..what ever..good job k
Hasrol: tengkiu! itulah perasaannya, :)
Tedi: jadikan ko mentor aku buleh? hehehe..
Cikgu: memang rasa teruja semacam je...
K mas: hehehe.. kesempatan yang ada kita balun cukup2, curik2 masa sket2..
Post a Comment