Rasulullah Selalu Berlapar
Aisyah r.ha. berkata, "Tidak pernah keluarga Rasulullah s.a.w. kenyang makan roti gandum 3 hari berturut-turut sejak Baginda datang di Madinah sehingga Baginda meninggal dunia."
Satu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibn Asakir dan Ibn al-Njjar daripada Abu Hurairah r.a. dia berkata:
"Aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w. ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku bertanya kepadanya: 'Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?''
Jawab Baginda: 'Aku lapar, wahai Abu Hurairah!'
Mendengar jawapan Baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan Baginda itu. Baginda merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata:
'Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, kerana beratnya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup di dunia.'
Iring Jeling : Sebak datang lagi, setiap kali membacanya.. insafi diri..
Jawapan Cer Teka semalam... =)
-
Assalamualaikum,
tarrraaaaaaaaaaa...
inilah jawapan untuk 'cer teka' semalam.... =)
aku pun dah lupa dah apa nama spesifikasi nya tapi yang penting ianya...
2 days ago



0 comments:
Post a Comment