Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Thursday, December 31, 2009

Thursday, December 17, 2009

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1431H

Petikan emel dari sahabat..
Sempena permulaan tahun baru Islam ni, marilah kita sama2 berdoa..
dan mendapat manfaat darinya...
InsyaAllah

Pada 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam.Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam.
Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara berlebihan-lebihan tahun baru Masihi (1 Januari) baru-baru ini termasuk dicemari perbuatan songsang lantas mencemarkan kemuliaan Muharam.

Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji Rasulullah - satu amalan yang diperintah Allah.Kita alunkan nasyid-nasyid seperti Talaal Badru Alaina bagi mengingati kembali betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama Muhajirin di Madinah.

Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.

Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.

Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi, apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini bolehlah dimulakan sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat mereka.

Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.


Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu ‘Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”.


Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H






Tuesday, December 8, 2009

Berat kehilangan ku.. berat lagi kehilanganmu..

Ingat balik kesedihan yang aku alami, dek kerana hp kesayangan ku hilang! lupus.. pupus...
sebenarnya.. aku kehilangan hp tu sejurus balik dari melawat sepupu ku yang berada di Hospital Putrajaya, dia kena tahan di ICU! melihat padanya.. tiada apa yang dapat kuberikan melainkan memanjatkan doa, memandangkan dia tak sedarkan diri ketika itu!
Masa on da way balik dari hospital itu lah, aku kehilangan Hp ku tue..
sejenak terlintas dek fikiran..
Tuhan berikan ujian ini kepadaku yang baru sahaja melawat orang sakit!?
mencari2 juga kesalahan yg telah aku lakukan..
namun, aku berperasangka baik pada Tuhan... dan anggap ini sebagai ujian.. walau pada mulanya..aku menangis gak kehilangan Hp tu! Tiada rezeki. titik.

sehari selepas itu, aku mendapat berita dari papaku..
mengatakan yang sepupu yg baru ku lawati itu dah meninggal dunia!
Innalillahhi Roji'un..
Sungguh ku tak sanggka!
Ralatla aku jika aku tak sempat melawatnya! sehari sebelum tu, ntah mengapa hatiku memang beriya benar ingin pergi melawatnya pada hari itu juga, taknak tunggu2 esok atau hari minggu! mesti pergi!
sebab sebelum ni, masa dia tengah sihat, bkali2 dia menjemput ku ke rumahnya, tapi atas masalah yg tak dpt dielakkan, aku tak pernah dapat jejakkan kaki kerumahnya..
sehinggalah di hospital haritu..
Arwah kak Ida, sakit ketumbuhan dalam kepala.. arwah dah 2 kali operation, tapi masih tak dapat diselamatkan...
Tuhan lebih sayangkan dia..

Umur arwah pun tua 3 tahun dari ku je.. muda belia je lagi..
Arwah telah meninggalkan seorang suami dan 4 org anak! kecik 2 semuanya! masa aku bercakap dengan suaminya tu, dapat dengar dari getar nada suaranya yang sedang hiba dan sebak..
tinggalla kini.. suaminya yg perlu menyusuri hari2 akan datang menjaga anak2 sendirian.. tanpa arwah Kak Ida di sisi...

Ya Allah...!
kehilangannya lagi besar berbanding kehilangan ku!

Kehilangannya adalah seorang isteri dan ibu kepada anak2nya.. yang tidak boleh dicari ganti serupa dengannya!!
Bukan itu sahaja! ibu bapanya, kehilangan anak sulong dalam keluarga! adik2nya.. kehilangan kakak tersayang....
oh...
Manakala kehilanganku? sebuat henset yang masih boleh kucari ganti, serupa seperti yang hilang!

Ya Allah...
Susungguhnya...
kau berikan penjelasan.. pengajaran.. pedoman.. buat diriku ini yang seringkali mencari-cari jawapan, buta dengan kerakusan emosi dan perasaan yang sentiasa mengawalku..

Doa ku panjatkan untuk arwah Kak Ida ku...
semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman..
Al- Fatihah...

Wednesday, December 2, 2009

Bad Hair Day..


yesterday was my very bad hair day!


mula2...

tumit kasut 1 1/2 inci patah! ( huh berat sangat dah ke aku ni? sampai patah?)


pastu,

mase tetengah potong puding roti dengan pisau, tak semena-mena hulu pisau tu patah 2!

what?? kuat sangat ke aku tekan? its just a puding roti??.....

*&%&$$*&^%^!

huh!!!??


lagi,

mase tengah basuh pinggan, tetiba je tertuang/tertumpah air basuhan tu atas lantai!

banyak? yaa.. memang byk!

then..

perkara yang paling2 tak disukai!

my HP! tercicir! mase naik moto dgn Mr Bee! aku letak kat dalam poket baju tebalnya masa naik moto tuh! aku memang dah terlintas di fikiran, aku tak leh letak dlm ni, nanti terjatuh!

tu pasal aku pegang je .. tapi tak tahu di mana2 ia dah tercicir! cuak bin panik la aku!

kena marah tak henggat dengan bee... ''im sorry... i tak sengaja!''

dan Hp tu..

yang aku sangat la sayang....

pulak tu,

pemberian darinya....!

takdek rezeki aku....


uhhhh....

what a day....

sigh....

Salam AidilAdha!



Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker