Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, August 27, 2010

Lovable Blogger Award di Ramadan Ini.


Assalamualaikum,

ini adalah entri ke 3 ku hari ini! (gigih nampak? ye.. gigih sebab byk kerja dah setel..)
kalau ada yang ketinggalan ikutilah entri pertama dan kedua di sini..

oh ya! lupa, perkara asal ialah! meraikan award yang diterima oleh
terima kasih kerana bermurah hari paskan award ini ! terima kasih kerana mengingati diri ini! hehehe
dah lama tak dapat award ya... sila maklum..

untuk award ini tiada apa-apa perlu dibuat!
jadi dengan ini aku ingin pula serahkan pada 20 org..
Kak Masrida, MimiHamid, Kak Ajilawati, LYAfarina, LynnHamzah, NabilahApaKataHati, Ammieynna, Dni, Maksu, Cikgu Isza,K Ain, Ika, Nadine, Liessa, Kazaztan, HannyMz,ENa, Tedi, Farid, Nain, Alvin, Lumut,Asfaliza, Azila..

yang lain yang nak buat pun boleh.. ambil sahaja..

terima kasih... kerana dirimu begitu berharga..

:D

IringJeling: Selamat Berbuka Puasa... :)

Bukan Taknak Komen

Entry Khas untuk puan Lynn Hamzah..
hehehe.. puan, merujuk pada perkara di atas, ingin saya jelaskan di sini, kedudukan sebenar..
saya telah hampir setiap hari akan membaca blog puan, dan memanglah amat teringin sekali meninggalkan komen-komen yang berkaitan, namun, malang sekali saya tidak berjaya untuk meninggalkan komen di ruangan komen puan.
ini adalah disebabkan saya tidak dapat mencari ruangan komen yang biasanya tersedia di bawah entri. Puas sudah saya mencari di setiap pelusok blog puan, tapi tak juga jumpa!

berikut saya sertakan sekali bukti-bukti di mana ruangan komen tidak kelihatan.

di harap pihak puan memahami situasi yang saya hadapi..

saya ada rasa macam blog puan tak suka saya je...
;p :D jgn mara aaa..

hehehe.. ayat skema giler ye kat atas tu! hahaha..

jangan marah eehh.. kita gurau gurau menskemakan diri je..

tapi tulah masalahnya, tak tahu nape ler.. im sure that other bloggers mesti boleh komen kan?
(aku yang bermasalah je ni! hihihi nak kena mandi bunga ke apa... ;p )

waaaaa... nak komen!!

Honda putih & kisah tersimpul-simpul hingga terbelit sendiri!

Dulu... kau marahkan aku! kau kata aku curang?!

curang? curang atas dasar hubungan apa? bukankah kita bersahabat sahaja?
dan curang yg bagaimana?
kata kau aku menipu, mengelak dari berjumpa kau kerana aku ingin 'dating' ngan teman lain?
ok, ayat itu memang betul , boleh dikatakan curang jika benar aku berstatus kekasih kpd kau..
tapi!?
dan lagi, aku tiada 'dating' ngan sesiapa pun? curang apanya nih?
hah? aku tanya berkali2 apa salah aku sebenarnya, kau minta aku fikirlah sendiri apa salah aku..
puas aku fikir.. takkan sebab aku taknak naik kereta dengan kau kot...
kau tinggalkan aku terkontang kanting memikirkan apa masalah sebenarnya?
aku hubungi kau berkali2.. tapi kata kau hati telah tertutup?
tak boleh terima?

astaghrfirullahal a'zim..
atas dasar apa ni?
atas sesuatu yg aku tak buat lansung?

aku hubungi kau untuk kali terakhir, niat nak minta balik semua hutang2 kau padaku..
tapi aku terkejut, bila kau jawab..
duit tu, kira halal, kau tak mahu bayar, sebab tebus balik semua yg kau dah abiskan pada aku! sebab kau kata kau dah banyak berabis untuk aku!

apa??? biar betul! apa yg kau habiskan untuk aku?

Aku tak pernah minta kau belikan kasut Bonia yang aku tak pernah pakai, sebab tak padan saiz aku! lalu aku beri pada orang lain, alasan kau, mahu aku nampak lebih feminin.. nak tergelak aku melihat sepatu tinggi itu..auuuu gua rock beb, kalau kau letak sniker adidas ke nike ke..mahu aku rembat! haha

Aku tak pernah pakai minyak wangi yg kau beli sebab aku tak suka bau itu, namun kau minta aku pakai atas dasar kau suka bau itu, aku terus terang aku taknak..

Aku tak pernah pakai rantai silver yang kau kasi, aku tak boleh pakai, kulit aku allergik ngan silver, kau degil, kau beli jugak! (silver2 tak main la beb.. orang pkai emas laa.. hohoho..)

Bila kau tengok aku pakai beg aku, nampak buruk kata kau, lantas kau beli beg kulit LV! giler ke ape weh.. beg aku bukan buruk ah.. sezen sezen tu biasalah! so aku taknak! giler la nak pakai beg2 stok mak mak datin! so aku tak terima, tp kau pergi pos pula kat opis aku! kau kata kalau taknak buang la sendiri..

astaga.. untuk makluman, dulu manelah..aku tahu jenama LV Lv nih, tak pernah dengar aku! lalu aku beri kat makcik aku, melompat dia kegirangan! dia kata ori ni... well.. who care? sekarang baru aku tahu beg jenama tu mahal sebenarnya kalau yang ori lah..

gaya dan lagak kau persis orang ada adaan..
kau nak beli cinta dengan uang ya?

awal2 aku dah terus terang aku tidak boleh berkomitmen sebagai kekasih dengan kau,
samada kau nak atau tidak, aku hanya boleh berkawan,
lalu, kau terima.. kau dan aku hanya kawan...
so tak perlu la layan aku lebih lebih la aku tak minta!

kau boleh cakap yg kau nk claimn balik? ish..ish..ishh...
tu smua yg kisah kisah sedih masa nak pinjam duit tu kira lakonan semata mata ke?
yg aku ni kesian.. bmurah hati kasi pinjam.. huuuu. sikit2 kau pinjam sampai cecah rm 800!

byk tu beb..

hmmmmmmm... (tarik nafas panjang...)

tak perlu pening2 lalu aku teruskan shj hidup aku yang penuh berharga ni, tanpa kurang apa2 pun walau tanpa kau.. hahahahaha... aku sayang diri aku!

**Intermission**

ehh... sekarang kau datang balik?
jumpa aku kat fb! aduuiii...
kol aku pulak tu?
siot je kawan aku kasi no tu kat kau!
kau tipu dia, kau katakan kau dah hilang nombor aku, dan kau nak hantar buku2 aku dulu sebelum kau berangkat ke luar negara! cheh! dasar..
ok, aku positif, aku sambut panggilan kau elok2..

namun?

eeehhhhhh kau ungkit kisah dulu pula?
masih salahkan aku lagi pulak tu!
kau kata kau jadi begitu sebab aku tipu, tak mahu jumpa kau tapi jumpa orang lain!
aku tanya siapa?
oooo.. ok, rupanya, dia maksudkan pd seorang lagi sahabat lelaki aku, si samsul yg berkereta honda putih..
lalu dia bcerita.. bla..bla..bla..

laaa... pasal itu ke???

kalau itu aku memang ingat..

imbas kembali..

aku sedang berjalan ke stesyen bas untuk balik dari kerja!
dia berkali2 telefon untuk hantar aku pulang! aku tak mahu! aku tak mahu berkereta dengannya balik ke rumah, aku boleh balik sendiri! titik!
mana tahu rupanya dia ekori aku! (psycho betul!!)

kebetulan lepas aku melintas jalan, kedengaran suara orang menjerit nama aku..
aku toleh, eh.. dia! sambil dia menguis2 tangannya minta aku kesana! (dia di seberang jalan!)
ohh..sorry la brader.. aku nak balik ni.. aku pantang betul orang paksa2 aku ni, mula la timbul benci! uhh!

dan kebetulan pula masa yg sama tu, sebuah kereta honda putih mbunyikan hon! betul2 depan aku! aku tengok, dia melambai lambaikan tangan pada seorang temannya kat stesen bas mini di situ, lalu dia berlalu.. pastu aku pun nak teruskan pjlanan aku lah, sebab bas stand aku jauh lagi! tetiba aku dengar orang jerit lg,

wehh.. dia dah melintas dengan kereta nya ke seberang sini!
aku tengoklah dia sambil geleng kepala tanda taknak juga balik dengannya,
tapi dia buat muka marah sambil terangguk angguk (mcm cakap...."takpe takpe...") sambil tangannya juga menuding nuding arahku..

ahhh.... aku terus berjalan menerusi kedai kedai untuk ke busstand!

aku dah mula benci,
sebenarnya, bibit2 benci dah ada sedikit sebanyak sebab tak tahan dgn sikap dia yang suka paksa dan cemburu buta, hellloo.. aku bukan kekasih kau pun yg kau nak jeles2... paksa aku untuk 'declare' dia sebagai kekasih! (hello..KPI pun tunggang langgang camne aku nk luluskan? ;p )

ohh.. rupa2nya selama ini dia ingat aku tipu dialaaa..
ingat tak kereta honda putih yang kasi hon kat seorang temannya kat bustand tu tadi?

yaa.. dia kata aku taknak balik dengan dia sebab aku nak balik ngan mamat berkereta honda putih tu! dia kata dia nampak kereta tu hon kat aku! dia kata aku tak balik rumah pun, tapi dating ngan mamat tu! (yelah sebelum ni aku memang ada cerita kat dia tentang si samsul kawan aku yg berkereta honda putih kat dia, dia memang jeles giler..aku kata aku kenal samsul tu lagi lama dari dia.. lagipun kita kan kawan2... sejak dari itulah dia jeles aku ngan kawan honda putih aku ni...)

dan kebetulan pulak mamat tu hon kat depan aku! so dia ingat aku dah terkantoi la ngan mamat tu depan dia.. pastu aku buat muka tak tahu pulak...

ish..ish..ishhh.......

kau yang membuat kesimpulan sendiri dan kau hidup dlm tersimpul selama ini...

sekarang...

bila dia salahkan lagi aku sekarang, aku tegaskanlah yg dia salah.. dan tanggapan dia lansung tak betul...
tapi, hmm tapi nampaknya dia masih ingin menegakkan benang yang basah!
( nak marah jugak sebenarnya.. tapi aku cool aje, tak luak ape pun dah...)

di akhir perbualan, dia saje tanya soalan tricky..

"anak dah berapa orang?"
(mula2 aku nak je jawab anak dah sedozen! biar dia takyah ganggu aku lagi! aku tahu dia sebenarnya nak tahu status aku sekarang.. hahaha...)

" anak? ishhh.. mana ada anak lagi laaaa...." (mmg aku belum ada pun..tak tipu..tak tipu..)

"ooohh.. ingatkan dah kawin... kita pun belum kawin!"
(ehh..aku tak cakap pun aku blm kawin! see! tersimpul lagi kamu! haha)

" takpelah i got to go.. boss panggil" aku mencelah..

" nanti malam i kol u lagi ya!"

aku terus letak!

huh, kau ingat aku apa? masa kau nak.. kau datang, masa kau taknak.. kau buang?
huh!
sorry buddy, im taken!
di ulang , im taken already!
hahaha!

IringJeling: hahhahaa tetiba terlintas di kepala aku nak kenakan dia..
nak ayat dia baikk punya.. biar dia terharap harap kat aku.. biar dia tertagih tagih kat aku, pastu aku tinggal dia! hahahahaha (gelak setan! walau setan takda bulan ni!)
Bolehtak aku buatnya begitu? korang rasaaa?...

(entri ini dibuat pada tarikh 4 hari lepas, tapi tak post! dan hari ni,sebelum aku nak post entri ni, ada kemaskini cerita..sambungan.. )

kelmarin dia kol aku lagi,
aku angkat!
dia katakan dia teringat..
dia rindu...
dia mahu kembali seperti dulu..

pada mulanya aku teringin nak melayan! melayan sebab nak kenakan dia sahaja!
nak kasi dia rasa sakit bila terjatuh!
(pastu ada harapan nak minta duit hutang balik, kena cakap baik2 kang dia lari, tukar nombor phone.. macam dulu.. )

mujur tiba2 teman sepejabat datang dan terus aku minta diri darinya..

fikir fikir sejenak..

Astaghfirullah..
kalau aku buat begitu aku adalah sama seperti dia!
dan tidak mahu jadi sepertinya..

balik..

aku cerita pada habibi...
dia mendengar.. namun senyap aje..
ku minta maaf pdnya..jika bertutur dengan lelaki itu tadi mendatangkan dosa padaku..
jika niatku juga telah tersimpang..
maafkan aku..
redhai aku..
belailah aku (ciss.. suka sangat nak kena belai.. :p)

syurgaku terletak padamu..
akhir sekali aku katakan dialah my hero yg sentiasa dihati..
tiada ganti..
tiada yang sama..
sayang sangat..
ketahuilah..
tak mungkin ada yang dapat meragut perasaan ku ini padamu..
erana kau yang pertama..
dan ku ingin kau juga yang terakhir..
kerana hanya kau yang mampu membuka hatiku..
kau yang pertama sayang..
Semoga Allah mberkati hubungan kita hingga keakhirnya..
semoga Allah merahmati hubungan kita..
emoga kebahagiaan sentiasa ada..


Dia ada kol berkali kali semalam tapi aku tak angkat! pastu dia mesej ;

"takpe lah.. orang dah taknak kawan ngan kita.. tahu.. mesti dengan lelaki lain kan, tu yang takboleh angkat fon!"

dlm hati aku: isshhh! engkau ni?? hmmmm biarlah... tersimpullah kau buat selama-lamanya... aku, Alhamdulillah bahagia setakat hari ni.. kau? ada? dok main simpul simpul sendiri ler weehhh....

panjang ceritera aku kali ni!
tak pasal-pasal nak kena ulang cerita pulak!
korang faham ke cerita aku ni weh... tak paham takpe.. hehehe
tiada tersurat.. semua telah tersirat..
:) syukur


buat ni minggu lepas, hari nak buat lagi, sebab ada orang tu suka sangat makan.. :D

Thursday, August 26, 2010

Aksi Ramadan

Berjaya!
tengok gambar di atas? tiada frame kan...
huhuhu.. rentetan entri semalam..
akhirnya dah dapat penyelesaian..
BloggerUniversity  yang tolong.. :)

so sesiapa yang  nak tahu pun boleh klik bloggerUniversiti kat atas tu ya!
macam2 ada.. :)

cara lain pun ada juga, di mana cara itu bolrh digunakan hanya untuk post2 imej yang diperlukan sahaja.. bukan keseluruhan..
tapi dah berpeluh cuba tadi tak dapat pun...
takpa.. cuba lagi.. usaha tangga kejayaa! :D

terima kasih atas cadangan kawan2 semua... :)

IringJeling: anda yang mana ? satu? dua? atau tiga? (^_^) selamat menjalani ibadat puasa dengan jayanya...
wassalam..

Wednesday, August 25, 2010

Sesiapa yang baik hati boleh tolong ajarkan.

Assalamualaikum,

nak tanya, mcamana nak buat, nak hilangkan 'frame' (bingkai) pada gambar dalam blog?
mesti ada ramai yg tahu kan? dah explore gak tapi masih tak berjaya? boleh kan?

Pastu boleh ke buat kalau kita nak gambar itu sahaja, background nak sama ngan background kita.. errrr... itu boleh buat jugak tak?

Balik kerja main kejar-kejar
kemudian pula menari salsa..
saya budak baru nak belajar..
sudi sudilah luangkan masa..

Selamat berpuasa.. :)

Tuesday, August 24, 2010

Bila Tangan dah mula gatal

Bila tgn aku dah mula gatal..
mula lah nk melukis lukis..
rentetan dari lukisan yg aku lukis untuk entri kat bawah tu..
saje je tgn ni gatai nak lukis lukis lagi..
dah lama dah aku tak mlukis.. lama giler..
ala bukan reti pun.. saje suka2 minat nk mlukis..
hehehe...

maka terhasillah lukisan seperti di bawah

konon konon je...


yang bawah ni memang tak jadi lansung! giler lama tak melukis! hilang skil doh!
Kuna, kurus jadinya!
hahahahaha...


Selamat petang dan selamat menjada ibadat puasa hingga waktu berbuka nanti..

IringJeling: korang kalau nak kutuk lukisan aku nih, simpan2 je la ye.. bulan posa nih.. tak baik, huhu.. :p

Astaghfirullah..

Assalamualaikum,
salam Ramadan untuk semua..
puasa macamana setakat ni?
:)
semoga Allah terus memberikan kekuatan dan kemudahan untuk kita menjalani ibadat di bulan ini..
jgn lupa solat tarawih juga..
aku pun Alhamdulillah masih ada upaya untuk laksanakan tarawih..
sebut pasal terawih ( memang tunggu masa nak sebut pun dari tadi.. hehehe..)
kejadian ni 2-3 hari lepas,
aku ke surau dekat rumah,
berjalan bersama habibi.. sambil azan sedang berkumandang..
tetiba adalah sekumpulan 2-3 orang perempuan bertelekung sembahyang, melintas depan kami!
mulanya aku takda la perasan pun!
b aku yang nampak! (nampak aje matanya! ishk)
dia mjueh2kan mulutnya, ngan mata2nya meminta aku melihat pada matanya yg terarah di depan kami! matanya bulat terkejut..
Aku pun tengok la...

Astaghfirullah...
biar betul!
aku saling berpandangan dengan b!
budak pompuan tu pakai telekung sembahyang dengan kakinya berbogel!
aku tengok ada seluar yg sangat pendek dalam telekung tu..
lalu dia masuk ke surau..
bila masuk kesurau je, dia terus sarung kain sarung kain sembahyang..
maka tertutuplah kebogelan betisnya itu!

aku terkedu di situ..
mulut terkunci pula..walau hati berkata2..

aku tunggu nak tegur budak tu nanti masa balik,
tapi lepas habis sembahyang tu aku nampak dia.. keluar dengan kawan2nya tanpa membuka kain sarung sembahyang... hmm.. mesti dah ada orang tegur lah tu..

untuk gambaran lebih jelas, sila lihat lukisan aku kat bawah ni.. dari belakang..


Pastu semalam pulak!
dah lepas habis sembahyang, lepas makan kuih moreh..
terserempak pula yang macam ni!

adussss.....

bajet apa kah ini..hah!


selidik2..Rupanya mereka ini golongan Indon, pekerja2 kilang yang menyewa berdekatan rumah kami.. patutlah lain benar! hey! kamu ingin membawa budaya apa kat tempat kami?
maaflah..aku tahu tidak semua indon adalah begini.. namun segelintir ini jika dibiarkan akan membawa virus pula..

IringJeling: lansung tiada adab sopan..

Monday, August 23, 2010

Hantu Berselubung Putih di Bulan Puasa!

hahahaha..
satu kisah lucu zaman kecik2 dulu...

al kisahnya...

taibb....

aku ada sorang adik lelaki ni, kami panggilnya abang, sebab dia lelaki sulong!
kat kawasan rumah kami ni ada beberapa org budak nakal yang suka sangat nyakat abang! senior dia gaklah kiranya! mama aku cukup geram ngan diorang ni,
kengkadang tu abang balik sekolah dalam keadaan kasutnya kotor sangat! bebudak nakal ni la pijak! pdhal baru hari pertama sekolah! abang ni jenis baik budaknya.. (kembang semangkuk le kalau dia baca..) aku ada gak puas ngajar dia! balas balik, lawan balik! (aku memang gangster dulu2! hehe) abang bukan taknak balas.. tapi diorang ramai.. diorang ni dengki ngan abang, abang pandai main bola, orang amik dia main.. jadi bebudakni cam tak puas ati kot.. lgpun kami baru je pindah setahun 2..
ala.. masa tu dia baru sekolah rendah, tak ingatlah darjah berapa!

alkisahnya.. bulan posa... kami masa tu baru balik terawikh, jalan le ramai ramai..
aku, mama dan adik2 yg lain.. biasalah dah sampai rumah tu saje dok depan tu sebelum masuk..
kan biasa orang pompuan kalau g semayang kat masjid, kita terus pakai telekung semayang kan.. balik pun tak tanggal telekung tu, sampai rumah baru tanggal..
tetiba abang ni balik, tercungap cungap! citer kat kami yg bebudak tu kejar dia kat belakang! abang ke masjid naik beskal pula mlm tu, tak naik motor sekali ngan papa.. so, ada kesempatan bebudak tu nyakat dia!
mama masa tu tetiba je hot!
nanti kau!! kata mama.. (hehehe)

bebudak tu nanti akan lalu kat depan umah kami!
tetiba aku nampak mama menyusup masuk ke dlm taman mini depan umah kami..
menyorok disitu!
keadaan memang gelap masa tu..
yg kami tahu, mama tunggu budak2 tu lalu.. dlm fikiran..apalah yg mama nak buat..!

sedar2 je kami dengar suara bebudak menjerit jerit.. berlari lintang pukang..!

dan tak lama lepas tu....
mama pun keluar dari taman tu dengan muka tersengih sengih!
mama suruh kami semua masuk rumah!

kata mama,
dia sergahnya bebudak tu!!! angkat tangan gaya macam antu! (masa tu kami dah pecah perut melihat gaya mama lakon semula...) waaarrghhh... warrrrrghhhhh...!! yelah..masa tu kan mama masih pakai kain telekung.. putih...memang nampak real la..
tambahlak gelap gelita kat depan tu!

mama kata dia sempat tarik tangan sorang budak tu,
buat suara kasar,
kata, lain kali jgn kacau abang lagi!! (ntah apalah yg mama ckp, agaknya dimarah2nya budak tu!)
pastu mama tanya nak kacau abang lagi tak?
"taknak..taknak...taknak.." jerit dia!
pastu mama lepas tangan dia.. berdessup lari...kwn2 lain dah kemana mana dah..

hahahahahaha... sesekali teringat aku tergelak sengsorang!

lepas dari itu.. diorang dah tak kacau abang lagi!
dan, dah jadi kawan baik pulak lepas tu.. hehehe..

diorang ada ckp kat abang, tentang kelibat hantu depan rumah kitorang, yg sorang tu siap mak dia pergi ke lokasi, kata yg bulan puasa mana ada hantu..
hihihi...

pastu tersebarlah seanteroo....
kata, aku ngusik bebudak! maklumlah mmg muka aku muka wanted! so tak lain tak bukan? aku...jugak yg dapat nama! yelah depan rumah aku.. pakai kain semayang pulak! sape lagi kalo bukan aku!
mama? huh! mati idup balik pun diorang takkan percaya yg mama adalah dalang disebaliknya! hahahaha..


mama..mama.. :)


itu sahaja cerita petang ini untuk dikongsi bersama..
kenangan kat Pantai Rantau Sayang, Marang Terengganu..

Persoalan di Bulan Ramadhan 8, 9, dan 10

Assalamualaikum... :)
hari ni dah masuk hari keberapa kita puasa anak anak?.....

hari ke 13, ustazah....
ya...bagus....

:D

mari kita kongsi bersama lagi..persoalan ini..


Dari Unit Hal Ehwal Islam tempat aku kerja..

Selamat beramal.. :)

Friday, August 20, 2010

Lain dulu Lain sekarang

Sekali aku terkenang daaa...

yeah.. sudah tentu kenangan berpuasa banyk bersama keluarga.. dan byk perkara yang sangat2 aku terkenangkan... yelah.. lama aku membesar dan menghadapi puasa aku bersama keluarga..
menghadapi puasa bersama habibi baru je lagi kan... :)
ya.. sedang membina kenangan yang indah...


Kalau dulu aku berpuasa..segala masak memasak serahkan pada mama! tak perlu nak fikir fikir apa menu nak masak...siap!
tapi sekarang? sekarang mana boleh nak tunggu siap kalau aku tak siapkan!

kalau dulu, masa sahur, di kejut!
sekarang masa sahur, aku mengejut! haha
terkedip kedip mata aku pepagi nk siapkan sahur..

kalau dulu bila taim terawikh.. berjalan beramai2..pakai kain sembahyang ke surau aku adik beradik.. pastu semayang sebaris ..semua pakat dok berebut nk dok sebelah mama! bukan apa.. senang nk tanya rakaat keberapa dah..dah witir ke belum! (sampai dah besa panjang pun camtu gak!)
sekarang bersama teman sejiwa ke terawih..namun sembahyang asing2..sendiri mengingat..

kalau dulu masa moreh (makan lepas terawih) aku n adik2 akan sibuk tolong mama buat moreh bila time kitorang kena. banyak kena buat tu.. tapi kadangkala ada juga orang minta tolong mama buatkan bagi pihak diaorang , tempahla kiranya tu..
tapi sekarang time aku sendiri pulak buat moreh! can u imagine? huhuhu.. bila aku telefon papa bgtau yg aku nak buat moreh, dia gelakkan aku, he he he!
ehh.. lawak ke pa? yelah.. dia pun mesti rasa apa yang aku rasa.. aku telefon nak minta idea/ resepi dari mama nak buat kueh..

sebenarnya sedikit sebanyak aku rasai apa yang mama aku rasa... susah payahnya seorang isteri.. mama lagilah.. ada 6 orang anak!
insaf aku sekejap..

betul, hidup ni macam roda, sekejap atas kejap di bawah, kalau dah nama wanita, mesti akan tetap merasa juga jika ada rasa tanggungjawab tu, kalau dulu aku tak faham, sekarang aku faham sedikit sebanyak, sebab aku merasa..aku belajar dan akan terus belajar untuk jadi terbaik! (yeah!! muka penuh semangat.. terharu! chaiyok!)
semakin kita menginjak dewasa, semakin byk dugaan dan rintangan, dan tanggungjawab juga akan menjadi lebih besar pada orang yang ada rasa komitmen tu la.. sebab kalau tak rasa, boleh je buat tak kisah je.... apa ada hal!? kan? :)

apapun aku sangat bersyukur dengan apa aku hari ini..
Kenangan akan tetap terpahat di minda memori..dan cuma boleh dikenang..
namun hari ini adalah yang perlu dihadapi! Hadapi dengan jaya! :D





IringJeling: dulu dapat duit raya, wlaupun dah besar pun adalah juga orang ngulur.. tapi sekarang aku yg kena ngulur.. hehehe...


Dah besar2 dah adik2 aku.. hmm
dah tak boleh nak main kentut kentut! ! upss..! :p
miss all

Thursday, August 19, 2010

air di padang pasir..

dah 9 hari puasa...

tetiba pagi tadi aku termenung panjang..
merenung 9 hari perjalanan Ramadhan ku

Seperti kosong aje!

ahh.. aku tak tahu kenapa aku selalu je ngantuk!
sebelum Ramadhan dah tanam niat mahu bersungguh kali ini..
mahu dapat lebih pahala..
masa tarawih, awalnya aku dapat mengkusyukkan diri, tapi last2 mengelamun pula! astagfirullah..
bila tenang dirumah.. mahu sekali mengaji Quran..
Awal hari pertama sempat baca sedikit.. namun seterus harinya..mcm2 alasan..
dan kebanyakkannya mengantuk! mengantuk, mengantuk! asyik mahu tidur aje..
dan tidurnya enak sekali pulak tu!! musykil!

" tak perlu musykil, memang la tgh, ngantuk, letih, lapar.. tidur akan jadi lebih best!!"
ntah sura mana dtg menyampuk!

Bila tengah kesuntukan masa, niat nak buat itu nak buat ini...
bila kelapangan, asyik dengan alasan, letihla.. tak laratla.. ngantukla.. tunggu jap la.. layan tv dulu la..
last2.. masa berlalu begitu tanpa diisi..

kesal

ntah kenapa aku nampak seperti tidak diizinkan!
tetiba aku terfikir.. adakah aku tidak layak? adakah Tuhan tak mengizinkan?
Astagfirullah.. istighfar..istighfar.. mengucap panjang aku!
kenapa boleh terfikir begitu?

dan kedengaran suara itu menyampuk lagi.. ( suare cam suara aku je.. ;) )
"maka ini ialah ujian untuk kau..
kau telah berniat mahu bersungguh bukan?
maka Tuhan berikan sedikit ujian padamu,
untuk melihat sejauh mana kekuatanmu melawan ujian ini!
betapa kesungguhan mu untuk ya Ramadhan setakat mana?
ataupun kau adalah yang mudah berputus asa..?"



yelahh selama ni beramal cukup cukup makan je..
tiba time Ramadhan barakah ni nak buat semuanya..
kenalah amik ujian dulu.. ye tak? (aku menempelak diri sendiri..)
yang penting yakin diri niat kerana Allah...

niat.

pagi ni aku lewat bangun pula! terkejut tatkala terdengar azan sedang sahut menyahut..
ahhhh... terlepas untuk sahur laaaa, masuk ni dah 2 kali! iskh!
kenapa nih?! apa nak jadi dengan aku nih.. ishkk....
dan
kedengararan lagi suara itu berbicara..
"sekurang-kurangnya kamu telah dikejutkan dengan azan! makanya Subuh, insyaALlah tidak terlepas bukan? naaahhhhh.....tu apa tu?! "

Alhamdulillah ya Allah...

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, Padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”.
(Ali Imran:139)

Terselit bahagia sebenarnya... :)


samada sedar atau tidak je..

***

dah lama tak buat sushi, berbuka ngan sushi hari ni pun ok jugak kan? hmmm idea..idea.. ;)

Persoalan di Bulan Ramadhan 5,6 dan 7

Assalamualaikum..

Dari Unit Hal Ehwal Islam tempat aku kerja..
Sampaikan walau satu ayat.... :)

"selamat menjalankan ibadah puasa"

update, Persoalan no 2 yang lalu..air 'Geleme' itu ialah = KAHAK

Wednesday, August 18, 2010

cerita zaman cikedis di bulan puasa

Tadi sesambil tengok gambar, tertengok kat gambar kuih pisang sira! lansung membawa aku mengimbau semula kenangan lalu..

aku memang suka ngan pisang sira buatan mama..

minda aku dah terset, asal bulan puasa je mesti mama akan buat pisang sira.. asal pisang sira je mesti bulan puasa.. :)

kisah masa aku darjah 1.. masa tu, mama n papa kata boleh puasa separuh hari dulu.. budak kecik tak apa..
tapi aku takmo.. aku nak puasa jugak! aku dah kata ngan papa aku nak pose penuh juga.. sebab ramai kawan2 yg puasa jugak, orang kata, kalau puasa orang tu kuat! so aku nak jugak jadi orang kuat!

nak di jadikan cerita, masa balik sekolah, aku nampak mama kat sebelah rumah jiran, aku terus masuk rumah je..

hari tu ntah kenapa rasa tak larat sangat, pastu ntah macamana aku ke dapur dan buka peti sejuk!

waaaaaaaa... masyaAllah.. mataku terus terbuka luas! wah! pisang sira la!!! waa.. mata aku terus bersinar sinar seperti pisang sira yang dalam pinggan tu!

dalam hati dah berkata-kata...

alamak, lapar pula makin menusuk2!
ishh! tak boleh jadi nih...
sempat aku pi mengintai, tengok mama masih lagi kat rumah jiran sebelah!

hmmm..

aahhhh tak boleh tahan! apa lagi....!!
terus aku pun ngappp!!! le pisang tuuu.....
sodakallahula'zim... (lupa ntah aku baca bismillah ke tak!)

masyaAllah masa tu rasa nikmat teramat! pisang sira..sejuk pula tu.. feveret..feveret..
ingatkan nak amik satu je, tapi tak bleh tahan beb... dek kesedapan melampau, aku pi semula kat peti sejuk tu..

huuuhhh ntah berapa byk aku dah mkn!

sejak dari itu, acapkali aku menjenguk peti sejuk lepas balik sekolah.. tapi make sure line clear.. untung2 jumpa pisang sira lagi! mata bersinar lagi.. huhuhu.. tak pose....

aku ingat lagi , masa buka malam tu, papa tanya aku puasa ke..
aku angguk ala2 kadar.. rasa takut pun ada sangat!


tapi dek rasa bersalah,
masa raya tu aku citer la kat diorang.. hahahahaa.. diorang gelak je.. mama kata diorang dah tahu dah...

pastu papa pesanlah kat aku, nanti dah besar tak boleh camtu lagi.. puasa ni wajib, tak puasa berdosa..

hm.. hmm.....

(kisah ni memang aku ingat sangat, sebab nikmat rasa pisang sira sejuk masa tu, perghhh!lagi, mungkin rasa bersalah... takut.. mbuatkan kisah ni sentiasa dikenang....)

bawah ni gambar masa Ramadhan tahun lepas kat kampung, itu pisang sira buatan mama...
rindu nak makan masakan mama.. belum sempat lagi nak balik kg.. berbuka kat sana..




IringJeling: aku dah bosan makan makanan buatan ku sendiri! nak makan masakan ibu... waaaaa....

Inilah dia rahsia 13 rukun Solat

Assalamua'laikum wr wb......... ...

Untuk renungan bersama ... :)


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai
peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang
baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita
dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat
meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang
menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di
dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga
al- kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi
titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita
didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang
Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang
dikemukakan oleh Munkar & Nankir di
dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam
kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.T..

Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,
Rasulullah S. A. W. bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu
sebab mengapa orang Yahudi /
Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga
Hari Jumaat.. Itulah sebab mengapa mereka
mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu
" FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang
perasan!!!"
Wassalam.

"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu
ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka
yang memberi manafa'at kepada manusia
lain...
tempat: Masjid Shah Alam

Tuesday, August 17, 2010

2 dalam 1

Semalam memang hari yang sangat bermakna buat aku! 16 Ogos.. :D

Jatuh pada bulan Ramadhan..

Terima kasih tak terhingga kepada mama yang telah melahirkan ku pada tanggal ini..

terima kasih papa kerana dgn restumu, tarikh ini juga aku telah berjaya masuk ke alam baru dan dengan berat hati kau melepaskan segala tanggungjawab mu ke atas ku..

lalu terpikul pula di bahu dia..

terima kasih dia yang telah..sepenuh hati melafazkan akad...mengesahkan aku sebagai suri hidup mu..hingga kini..

Selamat ulangtahun sayang..


Semoga Allah merahmati hubungan kita..




Syukur..

masih bahagia..


IringJeling:
Semakin meningkat usia... semakin pendek pula jangka hayat usiaku.. semakin dekat dengan kematian... Ya Allah..

semoga aku akan jadi seorang isteri solehah, Amin.

Monday, August 16, 2010

Restoran Malaysia Negara Ku! , Aku Tabik!!!

Teruja aku bila tahu tentang restoran ini! semua aku suka! murah tu satu hal, lagi dengan konsepnya iaitu tunjuk MyKad (kad pengenalan!) yang menunjukkan warganegara Malaysia! itu sangat aku suka! :D secara tak lansung memupuk semangat patriotik! ohhh.. i like!

tambah lagi bulan Ramadhan ni, mereka buat amal dengan cara begini, murni sungguh niat mereka..
Alhamdulillah.. semoga Allah memberi limpah rahmat kepada Restoran ini..

kalau nak tahu lebih lanjut lagi korang baca kat bawah, emel kiriman sahabat...


Dengan RM2 buka puasa di Malaysia Negara Ku
Oleh Syed Mu'az Syed Putra
August 13, 2010

Dengan hanya RM2 pelanggan boleh menikmati tiga jenis lauk dan makan sepuasnya.



SHAH ALAM, 13 Ogos - Ketika adanya aduan bahawa harga makanan dan juadah berbuka puasa mula naik di kebanyakan tempat sejak dua hari lalu, di restoran Malaysia Negara Ku di Shah Alam, anda boleh makan sepuas-puasnya dengan hanya membayar RM2.

Syaratnya, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara Malaysia.

Dengan harga RM2 seorang, pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan tiga atau empat jenis lauk dan segelas air.

Restoran Malaysia Negara Ku beroperasi di Seksyen 7 di sini, memulakan operasinya sejak hari pertama Ramadan kelmarin.

Pengurus restoran, Azahar Samat, konsep restoran Malaysia Negara Ku sebenarnya adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang amalan kebersihan diamalkan serta semangat cintakan negara.

"Konsepnya macam orang dulu-dulu kerana apa yang uniknya restoran ini pelanggan yang datang perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara," katanya.

Restoran ini menggunakan konsep layan diri.




Antara mereka yang berbuka puasa dengan hanya RM2.

"Selepas selesai makan, pelanggan perlu membasuh pinggan yang mereka gunakan... ini sama seperti kita kecil dulu yang mana mak pasti akan suruh kita basuh pinggan selepas makan," kata beliau ketika ditemui The Malaysian Insider.

Beliau berkata konsep restoran Malaysia Negara Ku lebih kepada tempat makan, bukan restoran.

"Ini kerana semuanya dilayan sama sahaja tiada siapa yang istimewa.

"Lagipun kita membuka restoran ini adalah supaya semua orang tanpa kira latar belakang sama ada kaya atau miskin dapat sama-sama menikmati masakan di sini dengan hanya RM2.

"Kita juga sebenarnya bukan nak mencari keuntungan besar, tetapi lebih kepada untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan," katanya.

Restoran Malaysia Negara Ku dimiliki oleh Datuk Zainal Abidin Awang Kechik yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri makanan dan mempunyai lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara.

Beliau dikatakan merancang untuk membuka 220 cawangan Malaysia Negara Ku di seluruh Malaysia.

"Semenjak harga barang naik banyak restoran yang menaikkan harga makanan mereka tapi kita tidak kerana kita mahu beri peluang kepada semua orang termasuk yang kurang berkemampuan.

"Ini yang kita mahu lakukan kerana kita tahu ramai rakyat negara ini tidak berkempunan untuk berbelanja besar tapi di sini dengan hanya RM2 mereka boleh makan sepuasnya," kata Azahar.

Tambahnya, pelanggan yang tidak membawa kad pengenalan dan bukan warganegara akan dikenakan bayaran RM6 seorang.

"Kalau nak makan RM2 mesti kena bawa kad pengenalan jika tidak kena bayar RM6.

"Melalui cara ini ia secara tidak langsung dapat menanam semangat cintakan negara dan juga patriotisme," katanya.

Azahar berkata semenjak dibuka pada hari pertama Ramadan sambutan yang diterima semakin menggalakkan.

"Pada hari pertama kita sediakan untuk 100 orang tapi hari ini (semalam) kita sediakan untuk 300 orang.

"Setiap hari kita akan masak lauk yang berbeza kerana kita mahu pelbagaikannya selain tidak mahu pelanggan muak dengan lauk yan sama," katanya.

Pelanggan dikehendaki membasuh pinggan yang digunakan selepas makan.
Restoran Malaysia Negara Ku boleh menampung kira-kira 150 orang pada satu-satu masa.

"Saya rasa ini restoran yang pertama di Malaysia yang mengamalkan konsep seperti itu.

"Selain itu, kita juga bercadang untuk membuka restoran ini sehingga sahur, mungkin pada minggu hadapan," Azahar lagi.

Ia juga menggunakan sukarelawan untuk melakukan kerja-kerja memasak.

Aspek-aspek ini dilihat dapat mengurangkan kos operasi, dan menyediakan makanan dengan harga RM2 seorang.

Menurutnya, walaupun harga makanan murah, namun kualiti penyediaan makanan tidak diabaikan malah menggunakan bahan masakan berkualiti dan memberi kepuasan kepada orang ramai yang singgah.

"Kita amat menitikberatkan kebersihan di sini kerana ini adalah tempat makan, jadi semua aspek itu perlu dijaga.

"Selain itu, bahan masakan seperti beras, ayam, daging, sayur dan sebagainya semuanya bersih dan berkualiti," katanya

Aku doakan semoga restoran ini akan lebih maju dan maju lagi, walaupun mungkin akan ada perubahan dari segi harga, namun diharap konsep seperti ini dapat dikekalkan...

oh, ya restoran ni katanya di Seksyen 7 Shah Alam!

pi serbu!! tunggu masa berbuka yaa.. :)

IringJeling: mahu pergi shah Alam.. rasai sendiri..

Persoalan di Bulan Ramadhan 3 & 4

PERSOALAN HUKUM BERPUASA DI BULAN RAMADHAN


Dari Unit Hal Ehwal Islam tempat aku kerja..
yang baik untuk dikongsi bersama..

"selamat menjalankan ibadah puasa"

Friday, August 13, 2010

Moreh Pertama ku




Minggu depan hajat di hati nak turut serta menyumbangkan moreh..
semalam kata ajk surau, hari Jumaat, Sabtu , Ahad belum ada orang untuk buat moreh, makanya aku berhajatlah untuk buat!
tapi nak buat apa ya?
tetiba buntu pula!

hadoiiii...

tolong aku dengan idea2 bernas sikit! boleh?

tengkiu..

IringJeling: perumahan masih baru, surau pun baru lagi, penduduk pun belum penuh sepenuhnya, tapi alhamdulillah, penuh surau tu.. :)

Persoalan di Bulan Ramadhan 2

Assalamualaikum,

mari sama-sama kongsi.. :)

PERSOALAN HUKUM MENGENAI MEMASUKKAN SESUATU KE DALAM RONGGA PERUT

Seronok Puasa atau Puasa Seronok..



Assalamualaikum,

semalam sempat ikut Ustazah Siti Nor Bahyah n suaminya punya ceramah kat tv9, semanis kurma.. tentang tentang tajuk di atas tu,
mulanya aku pun konfius ngan tajuk tu..
dan kesimpulan yg dapat ku buat.

Seronok puasa;

seronok menantikan bulan Ramadhan penuh berkat.. Penghulu segala bulan!
di bulan ini amal ibadat di gandakan pahalanya! bulan dimana inilah masanya yang ditunggu2 untuk banyakkan pahala untuk bekalan di hari akhir.. Subhanallah!
syaitan2 di rantai.. Pintu2 neraka di tutup dan pintu2 syurga di buka.. MasyaAllah..
Bulan dimana sembahyang Sunat terawikh dapat dilakukan.. pahala lagi!

Pendek kata gembira menanti Ramadhan kerana bonus pahala yang berganda yg Allah berikan adalah tidak terhingga! setiap kebaikan dihitung berganda-ganda.. dan kesedihan akan terasa tatkala Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya..

bertuahlah kepada mereka yang masih hidup, sedar akan nikmat yang tak terhingga dari Tuhan ini! entah kan ketemui lagi atau tidak di tahun hadapan? maka tika, saat dan kesempatan yang ada ini gunakan sebaik mungkin..

Puasa Seronok;

seronok bila memikirkan nak ke bazar Ramadhan, beli juadah berbuka.. macam2 ada..teringin itu teringin ini! (beli semua, tak abis mkn pastu membazir.. aww!)
seronok bila memikirkan nak shopping baju raya baru, langsir baru, biskut raya.. jualan murah sana sini.. huhuhu..
seronok nak pulun sebulan berpuasa dengan berniaga di bazar ramadhan.. duit...duit.. mari..mari.. masyuk ooo..

pendek kata, mereka tidak memikirkan sangat intipati Ramadhan itu sebenarnya, malah cuma memikirkan keseronokan yg sementara shj.

“Orang yang seronok berpuasa, Ramadan ditunggu dengan kegembiraan dan sedih apabila tamat. Orang yang berpuasa seronok, terseksa jiwanya kerana kedatangan Ramadhan dan merasa lega dan gembira apabila ianya tamat...”

wallahua'lam


IringJeling: yang puasa seronok tu boleh.. cuma jangan keterlaluan dan berlebih2 kearah itu..
anda pula bagaimana?

Wednesday, August 11, 2010

Persoalan di Bulan Ramadhan 1

Emel dari Jab Hal Ehwal Islam syarikat aku,
jadi mari kita kongsikan bersama rakan-rakan semua..

Selamat Berpuasa! :)

Assalamualaikum,

selamat pagi.. bulan puasa ni kerja masuk awal, sebab balik pun awal! :)
kul 7.05 lagi aku dah sampai opis... yeah...
waktu kerja kul 8 pg!
takda sapa lagi kat opis ni..
sunyi..
sepi..

Alhamdulillah.. pagi tadi sempat bersahur.. gagah pula aku bangun masak nasik! mkn ngan brokoli n ayam goreng! huhuhu..
kena sahur..
ada hadis Nabi bermaksud: Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

maknanya paling2 sahur seteguk air pun takpe..

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud:
Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani)

korang sahur apa pagi tadi? (mesti dalam blog2 lain pun tanya cam ni gak kan? saje aku mahu meramaikan lagi org yg menanya... ;p)

Tuesday, August 10, 2010

Aku sangat mengalu-alukanmu...Ramadhan!


Seharusnya ianya di sambut dengan cara yang amat terbaik..kerana,
ianya dikasihi oleh Allah s.w.t., Nabi Muhammad s.a.w. dan sekelian umat Islam yang beriman.. (Subhanallah..)
tetamu yang satu ini datangnya membawa bersama segala kerahmatan dan keberkatan dari Allah di siang dan malamnya.. tetamu ini ialah Bulan Ramadhan yang mulia,
bulan untuk berpuasa dan bertilawah al-Quran,
bulan untuk menghasilkan bekalan di hari Akhirat,
bulan bertahajud dan qiamullail,
bulan kesabaran dan ketakwaan,
bulan mbersih dan menyucikan diri,
bulan gandaan pahala untuk segala ketaatan dan kebaikan yg dilakukan..
bulan keampunan bagi mereka yg benar2 ikhlas dan bulan di mana pintu2 syurga dibuka dan pintu2 neraka ditutup! syaitan2 juga dirantai (Subhanallah..!) ,

kata ustaz pagi tadi ( masa dengar kat tv) -lebih kurang bunyinya..
walaupun syaitan2 dah takde, tapi kawan2 karib dia masih ada di sini! tu pasal yang masih ada kes orang mencuri, contohnya mencuri kasut di masjid, kes2 samun, bergaduh, bunuh, ponteng solat dan puasa..dan sekecil2nya pun seperti pembaziran, mengumpat.. dan katanya lagi, syaitan tu sms aje kat kawan2nya kat sini...

hmmm moga kita sama2 dapat tahan segala dugaan dan cooobaan...InsyaAllah..

Ramadhan..
sayu.. luluh hati mendengar perkataan itu..
tak sabar menunggu kehadirannya sekali lagi..

aku pohon pada Allah
moga kali ini aku sempat juga melaluinya!
lalui dengan sempurna mungkin.. InsyaAllah..
tanam tekad dalam hati, moga kali ini aku bersungguh!
tarawikh kena pegi! ( selalu aku mengantuk je bila terawikh! teruk betul!)

Marilah kita sama2 menyambut Ramadhan yang mulia ini dengan penuh kesyukuran..
semoga amal ibadat diterima Tuhan..

aku juga mahu mohon ampun maaf pada semua teman2 kat luar, kalau selama aku menulis terdapat kekasaran, kesilapan yg tidak disengajakan.. kot ada yang pernah terasa hati.. maafkan aku ya! :)

(lain macm je kesungguhan ku kali ni! moga sempatla aku melaluinya.. atau mungkin yg terakhir..? wallahua'lam.. :)

iringJeling: Didalamya terdapat 1 malam yang paling terbaik dari seribu bulan yang lain.. iaitu LailatulQadar.. hanya yang bertuah dapat menemuinya..

Selamat Menyambut Ramadhan, Selamat Berpuasa Penuh! ( aku sah2 takkan cukup puasa sebulan! jgn kau pertikai!)

:)

Friday, August 6, 2010

kena demam panas ke ni!?

Teman sekatil demam panas.
panas giler badan dia! telefon tadi suara tenggelam timbul je!

Iskh!
nak balik sekarang!
nak bawa pergi klinik/hospital.

Risau!

Thursday, August 5, 2010

Tanah Tumpahnya Darahku..

Hai Slamat Petang!

tadi aku nak ke kedai, sedang jalan nak ke kedai, kena lalu di sebuah kawasan taman..
ada ramai orang kat situ.. lalu lalang.. duduk2.. rehat2.. pastu ada juga terdapat 2-3 orang lelaki, nampak cam pendatang je.. dari jauh aku lihat mereka makan-makan.. sampah bertaburan! (ishkk!)
dan semasa balik dari kedai tu, nampak mereka lagi, dan kebetulan masa aku melalui mereka aku nampak mereka membuang sampah tengah jalan,
lalu ku tegur..

" encik, jgnlah buang sampah mcm ni, kan tong ada disebelah tuuuu je!"

lalu terus dijawab

" eh pedulik apa kamu, suka hati aku mahu buang di mana!"
ehhh... kerek pula kau ya?

" tapi encik, tercemarlah tempat ni, sayangilah.. bumi kita" nada dah tinggi sikit tapi cam skema..

"loooohhhhhh.. ! ini bukan tempat kami! bukan tanah kami, jd kami tidak akan mahu peduli tentang pcemaran alam di sini...hahahaha.." terus mereka gelak beramai-ramai! (bunyinya lebih krg camtu lah, aku tak dpt pickup sgt bahasa mereka!)

" kurang hajar ko ya? datang merempat tempat orang! bila dah dapat kesenangan ko tak reti bersyukur lak ya! tak kenang budi punya orang! dasar **d*n! ntah pendatang haram ke ape ke, nanti kau.. aku report sekarang!"
aku dah jerit! sesambil aku amik hp tekan2.. (konon nak tekan no polis ko..)

"sialan!!" diorang jerit dan mara ke depan, cam nak sepak aku je!

tetiba datang sekumpulan bros...

" hei..hei..hei ni apa kecoh2 ni!?"
(tetiba baru aku perasan, kat sekeliling aku di taman tu ramai yg sedang memerhati, muka2 mereka cam bengang je ngan mamat pendatang tu! mungkin suara aku telah menarik perhatian mereka!)

pastu tahu pulak diorang sangap bila bro-bro tu sound tadi! terus diorang nak beredar.....

pastu bro sound lagi!

" eh..eh.. nak kemana? aku nak,korang kutip balik semua sampah2 korang ni buang dalam tong, kalau tak aku cepuk sorang-sorang..! ohhh.. datang tempat orang nak tunjuk samseng ya!"
( tetiba aku rasa mcm aku dikelilingi brader-brader tuff ala ala bodyguard plak! hihihi..)

dan mereka saling berpandangan, muka cam berat hati nak pungut semua sampah tu, tapi, tertunduk2 juga..haaaaa... kau.. tahu takut..

pastu bro tanya lagi, "eh, korang ni kat sini ni sah ke ni? ada pengenalan ke?"

tetiba nampak muka salah sorang dari mereka sangat cuak! pastu sepantas kilat seorang dari mereka melarikan diri! laju betul dia lari! 'haram' la tu...
dan 2 org lagi terpinga pinga di situ...

aku pula dah lewat, lansung aku minta blah dari bro-bro tu.. say thanks n got to go.. mereka minta aku hati2.. (gaya cam nak minta no tel je! hehehe perasan aku nih! ;p)dan aku biarkan bro-bro tu ngan mat mat pendatang tu.. ntah apa dibasuhnya lg..

mase aku dok dlm keta tadi terfikir fikir sendiri..


bygkanla.. kalau setiap mereka (pendatang) berfikiran begitu!

mereka tak kesah akan negara kita!

mereka tak sayang negara kita

mereka tak pedulik! they dont give a damn at all!!! ( ha ko.. marah terbahase BI lak )

ok, fine, we cannot count on them lansung dalam hal ini, ok fine, but then, kita? kita sebagai rakyat Malaysia? adakah ada rasa tanggungjawab itu? atau kita sekadar menambahkan lagi bilangan seperti mereka itu?



oh... teruklah... berapa ramai pendatang di negara kita..

ramai tau..

semuanya bukan kisah pun ttg kebersihan negara tercinta kita ni..

apa kesah.. janji tiap bulan dapat duit hantar kampung halaman..



hmmm... emo aku bila fikir tentang ini



pulak tu, mereka mendapat hak yang lebih kurang sama dengan kita kan?



kenapalah negara kita tak pergunakan sepenuhnya MYKAD kita tu, hak istimewa untuk warga Malaysia! kalau kau takde MyKad, bukan warganegara, yess kena bayar lebey!



oh.. negaraku..

kata mereka, Malaysia best, senang dapat kerja.. untung2 boleh berlaki ngan orang M'sia, ala ko buat muka ala2 kesian sikit, goda2.. hembus2 sikit.. dapat la..

berbini pun boleh... ayat baik sikit.. boleh lawak lari ke Lombok..



oh negaraku..

Betapa ramainya rakyat pendatang ke negara kita ni kan? Indonesia, Bangladesh, Vietnam, Myanmar, Nepal, Afrika, ... bilangan mereka dah terlalu byk kan?

perasan tak kebanyakkan pendatang dari sebilangan di atas tu boleh kita cam, melalui rupa, kaler, bahasa...

tapi perasan tak? kalau pendatang dari negara China dan India pula, kita takkan cam sangat kan? dah sah2 kaum cina dan india adalah rakyat Malaysia. tapi sebenarnya dah berapa byk juga pendatang dari China di seludup masuk ke sini!

kalau yg scra sah nya, asalnya pas pelajar la, pas pelancong la..

tapi lama2 terus menetap di sini.. huhuhu..

believe it or not je..



panjang pula aku ngomel petang ni...

sebenarnya masih panas ngan adegan kurang hajar tadi tu...



hmmm...



(mahu carik pasal di tanah tumpah darahku? huh..!)

IringJeling: bila dah tangkap masuk jel, nak kena bagi tempat duduk, makan pakai! nak berantar bagai pulak! huh! pastu datang balik! menyusahkan! itu semua kos tu tau tak? kos, kos... ( isshk3 belum abis lagi aku membebel.. )
+ aku sayang Malaysia wehh.. korang pun kan?




Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker