Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Showing posts with label Morning Talk. Show all posts
Showing posts with label Morning Talk. Show all posts

Monday, February 21, 2011

Mari Kongsi Morning Talk hari ini, 21b Feb 2011

Assalamualaikum,

baru habis Monday Morning Talk nih.. dari jam 0845- 0955
fuh.. lama sungguh hari ni...sejam 10 minit tu..
banyak pula yang diperkatakan.. maklum lah salah seorang AGM kami di sini akan pencen tak lama lagi.. maka berkongsi cerita mengenai pengalaman bekerja dia selama ini..

tapi sini , aku nak kongsi salah satu cerita dalam morning talk tadi;

Kisah Pendayung dan Seorang Professor:

Alkisahnya, seorang pendayung membawa seorang proffesor menaiki sampan untuk ke sebuah destinasi yang tidak diketahui..

kemudian proffesor ini memulakan perbualan dengan bertanyakan pada si pendayung ni..
" pakcik... pakcik ni tahu membaca atau menulis tak?"

jawab pakcik itu..
" tidak ... saya memang tidak pandai membaca dan menulis.. saya tidak pernah bersekolah.."

maka proffesor itu menyambung..
" sedarkah pakcik bahawa pakcik telah kehilangan separuh dari kehidupan pakcik!"

pakcik itu mendengar dan membisu.. dan terus mendayung sampan..

selang seketika, proffesor bertanya lagi..
" pakcik, adakah pakcik mempunyai simpanan kewangan yang disimpan setiap bulan untuk simpanan masa hadapan?"

pakcik itu terus menjawab..
" manalah saya sempat menyimpan.. hidup saya hanya kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang..."

dan professor itu terus menyambung..
" oh.. kalau begitu , pakcik kehilangan separuh lagi kehidupan pakcik!"

menjadikan tiadalah lagi kehidupan.. sebab kesemuanya telah hilang!

pakcik terus membisu dan teruskan mendayung...
tiba tiba, perahu yang dinaiki mengalami kebocoran! air mula memenuhi setiap ruang di dalam perahu ini, dan perahu ini tidak dilengkapi segala peralatan keselamatan lansung, mereka menjadi panik

tiba tiba pakcik itu bertanyakan kepada professor tersebut..
" Prof... adakah professor tahu berenang?"

prof itu menjawab dalam panik...
" tidak! saya tidak tahu berenang!"

dan pakcik si pendayung itu lantas menjawab..
" oh, kalau begitu, professor akan kehilangan SELURUH kehidupan professor!"

haaa...
moral of the story..
walau siapa pun kita, walau apapun pangkat kita,
masing masing telah dikurniakan kelebihan dan kekurangan masing masing..
tidak perlulah kita mencari kelemahan orang lain kerana diri kita juga mempunyai kelemahan tersendiri..
begitu jugalah keupayaan kita yang berbeza beza...
setiap orang yang lahir mempunyai keupayaan tersendiri yang mungkin tak dipunyai oleh orang lain..
maka.. marilah kita sama sama menghormati sesama kita..
'respect each other' kata omputih..
memberi dan menerima..
'give and take' dalam bahasa inggeris..


kita hidup di dunia ni sementara sahaja.. entah esok lusa kita akan dijemput Allah...
apa ertinya mengejar duniawi jika akhirat dilupakan..
apa ertinya kekayaan melimpah ruah jika amal ibadah kita miskin...
ini juga peringatan untuk diriku juga yang masih mahu memperbaiki diri..
ya Allah.. aku juga sedang memperbaiki kelemahan diri..
tetapkanlah imanku..
bukakanlah mata hati ku..

Tuesday, November 30, 2010

Sibuk? Menyibuk atau buat buat Sibuk?

Aku pilih sibuk!

tiada masa untuk menyibuk..!

dan

aku bukan rajin sangat nak buat buat sibuk!

cuma aku betul betul sibuk...

belog belog.... tolong beritahu kawan kawan, nanti aku singgah rumah mereka, sekarang,  'masa' sedang merenung tajam pada ku! hanya memberikan aku beberapa minit untuk melepaskan rindu dendam pada mu belog! nah sekarang dia sudah cemburu!
baik aku segera berhenti, jgn lupa sampai kan salam ku pada kawan2 belog ku yang lain ya! katakan aku rindu... :)

Monday, November 22, 2010

Ucaplah..

Ucaplah.. terima kasih..
tanda kita merendah diri.. tanda kita menghargai...

kalau sekali kita berterima kasih...
tidak pula akan menjadi rendah darjat kita!
sedikit pun tidak!
malah.. kita telah berjaya mengangkat martabat kita..
kita berjaya menceriakan seseorang..
kita berjaya menggembirakan seseorang..
kita berjaya menaikkan semangat seseorang..
tak rugi pun!

Ucaplah.. perkataan maaf..
bila melakukan salah atau melukakan hati seseorang..
tidak perlu bimbang..
dengan meminta maaf, tidak akan sedikitpun terjejas martabat seseorang itu..
malah.. kita akan dihormati dan diterima oleh orang sekeliling dengan hati yang terbuka..InsyaAllah..
dan,
ianya bisa melembutkan hati seseorang..
bisa menenangkan hati dan perasaan yang amarah..
bisa memulihkan perhubungan...
tak rugi pun!

marilah kita mengucapkan 2 'magic word' ini dalam seharian hidup kita...
hargailah orang lain..sebagaimana kita inginkan orang lain juga menghargai kita..

again,

what you give you get back..

*********************************************

terimalah pantun ini dariku..

Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi

Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati

cheerss... :)

iringjeling: ini ialah morning talk yg dikongsi bersama di pagi hari ini.. :) semoga mendapat manfaat darinya.. :)

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker