Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, April 7, 2010

Pertama kali: Masak Sayur Peria Udang



Peria memang terkenal ngan kepahitannya kan?
Aku mmg tak pernah masak pun sayur ni, tapi dek kerana petang semalam dah
ketandusan idea nak masak apa,
masa pun dah suntuk,
kalau boleh nak masak 2 dalam 1 (sayur n lauk)
kebetulan pula,teringat penah makan peria masak dgn udang ni kat umah MakCumah hari tu! sedap!
dan kebetulan ternampak ada plak peria kat kedai tu...
gamble aje la...

aku pernah tanya pada makcik ku, kalau nak hilangkan rasa pahit nya kena rendam ngan air garam! (boleh la.. kurang sikit rasa pahitnya, ada sikit2 je..)

resepi mudah aje;
- sebiji peria (kecil, potong 2 potong mengirin, rendam air garam)
- Udang hidup (ikut suka byk mana)
- lobak merah (potong nipis)
- buah tomato sebiji

(bhn di tumbuk- tumbuk 1-1 asingkan)
- Bawang putih - 5-6 ulas
- Bwg merah sikit
- udang kering
- cili padi 2 tgkai je (ku tak tahan podasss)

- sos tiram

cara;
-Tumiskan udang kering - garing
-tumis pula bwg putih - agak kekuningan
-tumis bwg merah & masuk cili padi

tumis semuanya hingga naik bau..
kemudian masukkan semua bahan utama, sayuran dahulu.. kemudian udang.. tomato pula masuk last sekali..
masukkan sos tiram sebagai perasa...

siap...

makan ngan nasi putih.. panas..panas...
uhhhh.... Selamat mencuba kalau nak cuba.. kalau tak nak pun tak ape.. ngeh..ngeh..ngeh.. ;p

3 comments:

Liessa said...

waahhh..cam sedap jer...lazat tul tgk...sy pun cam takut jek nk mkn peria nie mula2...sbb pahit...tapi bila rasa pria goreng...tak pahit sgt...bole la mkn...

Mimy Hamid said...

untuk diet buleh ngakkk??

kella said...

liessa: hehe..1st time pon buat ni, mkn bdua je ngan mr hubby! dia pon tak berapa gemar, tapi dah masak.. telah je lah.. hohoho..
(nak makan ke nak lapo?) ;p

Mimi: buleh sangat la beb.. sayor tu takyah buh minyak byk sangat! nak lagi best ko campur je apa2 sayur yg ko suka..


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker