Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Thursday, December 31, 2009

Thursday, December 17, 2009

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1431H

Petikan emel dari sahabat..
Sempena permulaan tahun baru Islam ni, marilah kita sama2 berdoa..
dan mendapat manfaat darinya...
InsyaAllah

Pada 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam.Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam.
Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara berlebihan-lebihan tahun baru Masihi (1 Januari) baru-baru ini termasuk dicemari perbuatan songsang lantas mencemarkan kemuliaan Muharam.

Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji Rasulullah - satu amalan yang diperintah Allah.Kita alunkan nasyid-nasyid seperti Talaal Badru Alaina bagi mengingati kembali betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama Muhajirin di Madinah.

Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.

Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.

Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi, apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini bolehlah dimulakan sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat mereka.

Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.


Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu ‘Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”.


Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H






Tuesday, December 8, 2009

Berat kehilangan ku.. berat lagi kehilanganmu..

Ingat balik kesedihan yang aku alami, dek kerana hp kesayangan ku hilang! lupus.. pupus...
sebenarnya.. aku kehilangan hp tu sejurus balik dari melawat sepupu ku yang berada di Hospital Putrajaya, dia kena tahan di ICU! melihat padanya.. tiada apa yang dapat kuberikan melainkan memanjatkan doa, memandangkan dia tak sedarkan diri ketika itu!
Masa on da way balik dari hospital itu lah, aku kehilangan Hp ku tue..
sejenak terlintas dek fikiran..
Tuhan berikan ujian ini kepadaku yang baru sahaja melawat orang sakit!?
mencari2 juga kesalahan yg telah aku lakukan..
namun, aku berperasangka baik pada Tuhan... dan anggap ini sebagai ujian.. walau pada mulanya..aku menangis gak kehilangan Hp tu! Tiada rezeki. titik.

sehari selepas itu, aku mendapat berita dari papaku..
mengatakan yang sepupu yg baru ku lawati itu dah meninggal dunia!
Innalillahhi Roji'un..
Sungguh ku tak sanggka!
Ralatla aku jika aku tak sempat melawatnya! sehari sebelum tu, ntah mengapa hatiku memang beriya benar ingin pergi melawatnya pada hari itu juga, taknak tunggu2 esok atau hari minggu! mesti pergi!
sebab sebelum ni, masa dia tengah sihat, bkali2 dia menjemput ku ke rumahnya, tapi atas masalah yg tak dpt dielakkan, aku tak pernah dapat jejakkan kaki kerumahnya..
sehinggalah di hospital haritu..
Arwah kak Ida, sakit ketumbuhan dalam kepala.. arwah dah 2 kali operation, tapi masih tak dapat diselamatkan...
Tuhan lebih sayangkan dia..

Umur arwah pun tua 3 tahun dari ku je.. muda belia je lagi..
Arwah telah meninggalkan seorang suami dan 4 org anak! kecik 2 semuanya! masa aku bercakap dengan suaminya tu, dapat dengar dari getar nada suaranya yang sedang hiba dan sebak..
tinggalla kini.. suaminya yg perlu menyusuri hari2 akan datang menjaga anak2 sendirian.. tanpa arwah Kak Ida di sisi...

Ya Allah...!
kehilangannya lagi besar berbanding kehilangan ku!

Kehilangannya adalah seorang isteri dan ibu kepada anak2nya.. yang tidak boleh dicari ganti serupa dengannya!!
Bukan itu sahaja! ibu bapanya, kehilangan anak sulong dalam keluarga! adik2nya.. kehilangan kakak tersayang....
oh...
Manakala kehilanganku? sebuat henset yang masih boleh kucari ganti, serupa seperti yang hilang!

Ya Allah...
Susungguhnya...
kau berikan penjelasan.. pengajaran.. pedoman.. buat diriku ini yang seringkali mencari-cari jawapan, buta dengan kerakusan emosi dan perasaan yang sentiasa mengawalku..

Doa ku panjatkan untuk arwah Kak Ida ku...
semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman..
Al- Fatihah...

Wednesday, December 2, 2009

Bad Hair Day..


yesterday was my very bad hair day!


mula2...

tumit kasut 1 1/2 inci patah! ( huh berat sangat dah ke aku ni? sampai patah?)


pastu,

mase tetengah potong puding roti dengan pisau, tak semena-mena hulu pisau tu patah 2!

what?? kuat sangat ke aku tekan? its just a puding roti??.....

*&%&$$*&^%^!

huh!!!??


lagi,

mase tengah basuh pinggan, tetiba je tertuang/tertumpah air basuhan tu atas lantai!

banyak? yaa.. memang byk!

then..

perkara yang paling2 tak disukai!

my HP! tercicir! mase naik moto dgn Mr Bee! aku letak kat dalam poket baju tebalnya masa naik moto tuh! aku memang dah terlintas di fikiran, aku tak leh letak dlm ni, nanti terjatuh!

tu pasal aku pegang je .. tapi tak tahu di mana2 ia dah tercicir! cuak bin panik la aku!

kena marah tak henggat dengan bee... ''im sorry... i tak sengaja!''

dan Hp tu..

yang aku sangat la sayang....

pulak tu,

pemberian darinya....!

takdek rezeki aku....


uhhhh....

what a day....

sigh....

Salam AidilAdha!


Tuesday, November 24, 2009

Cukup lah bertanya..

Cukup la bertanya..
jika sekadar menambah beban luka di hati..
walau sekadar ingin bercanda gurau

Tidak salahnya jika kau bertanya
jika benar kau benar ingin berkongsi
lansung memahami..
Aku juga senang.. tenang
jika niat kau bertanya adalah betul!

tapi kau bertanya kerana..
ingin menunjukkan kehebatan dirimu,
ingin melihat diriku terkedu!
ingin benar melihat reaksi dariku bukan?
Dan dari jauh pula.. kau memberi senyum sinismu?

Untuk apa?

apa yang kau harapkan jawapan dariku
bila kau sendiri
punya jawapan..punya tanggapan sendiri
dan sebetulnya kau juga tak harapkan jawapan dari mulutku?

Jadi, untuk apa kau bertanya?

Cukup la bertanya
jika kau tidak tahu apa isi hatiku yang sebenar..

Sehari Sebelum Cabaran!

LRT Corner! tempat favorite kami berdua!
lambchop dia sungguh sedap berbaloi2
nasi Goreng Kerabunya memang cukup wallaa!
tapi..... semua itu dulu!
tempat yg selalu mjadi sasaran kami ni kini tinggal kenangan jer!
tak tahu ape yg terjadi, mungkin tukang masak yg dulu dah takdek!
bmula dgn hari tu, kami datang, menu dah tinggal ciput je!
Nasi Goreng kegemaran takde dlm senarai!
hmm.. takpela
Minggu lpas dtg lak, menu dah byk, tapi,
kami tunggu rasa dulu apa yg kami order tu!
ternyata bila order kami sampai : lamb chop dan Nasi Grg Kerabu, rasanya dah tak sama macam dulu! hadoi.. NGK tu, failed la! rasa tawar je! plus, isi ayam nye 4 ketoi je? aduss.. dulu meriah tau! berselera..
Lamb chop lak! hmm.. my hubby kata sos tak sama mcm dulu.. tapi still leh dikategori sedap, walaupun tak sesedap dulu! plus, dlu ada roti n butter! mungkin sb nk kekalkan harganya (yg agak murah) so, no roti2 ya...!
kami saje je tanya kat waitress situ..
dia kata memang tukang masak yg lain..yg dulu dah takde..
ooohh.. patut la..
my hubby ni, kalau dia dah suka satu tempat tu, memang situ je la..
loyalty punya orang la katakan...
aku pun dah terjatuh cinta dengan LRT Corner ni.. semenjak diperkenalkan olehnya...
tapi skang dah tak semangat la macam dulu..
My b kata, hmm.. lambat lagi la kalu nak datang lagi..
hmmm.. bygkanlah, pelanggan tetap dah kurang 2 orang nih!
ya, mungkin tidak mberi impak yg bsar, mungkin cuma kami yg berperasaan begitu,
tapi,
bagaimana kalau...
pelanggan lain juga merasa sama seperti kami?
eh...
dah kurang ramai gak pelanggan tu!
tapi apa pun, kami cuma komen tang 2 menu ini sahaja...
mungkin yang lain ok kot..
tepuk dada tanya selera..

~ muka cool jer, tapi dalam hati sebenarnya tak sabar nak makan menu kegemaran! dah lama tak rasa.. kempunan...~
***************************************
~ pose istimewa ke ni b?~
*****************************

~ ouuuhhh.. harap2 sedap ler lambchop nih! ~
******************************

~ ini lah lambchopnya! dulu ada roti dan butter! lagi best! lambchop LRT Corner memang sangat best la dulu! plus murah jugak! skang, kurang sikittt je best dia dari dulu.. boleh laa...~
**************************************
~ makan aje la.. rezeki di depan mata.. kena bersyukur... ALhamdulillah...~

' CABARAN TANPA NASI '

Wah... sebenarnya cabaran ini telah bermula semalam!
begitu berkobar2 lak kami nak memulakan cabaran nih!
eh... bukan sebab malas masak eh.. *teeettt*
tapi disebbkan my hubby dah bersuara! dia dah mula merasakan perutnya itu makin besar dan perasaan dirinya tentang badannya yang makin berisi! hohoho.. jgn salahkan ibu mengandung! dan aku? yah...semestinya mahukan berat badan yg ideal! semua jeans ku yg best2 semua dah tak muat! baju kebaya tu pun asyik tersangkut takleh nak pakai2 lagi... kotat nak mamp....
so, bermulalah cadangan ini! hihi.. cabaran ni bermula semalam hinggala akhir tahun ini ajer..
tak lame pon kan? tak le macam Cik mimy n da geng -cabaran 99 hari.. (oh tidak.. ku tidak mampu!)


n u know what??!??


AKU DAH BERJAYA!!!..... UNTUK TIDAK MAKAN 1 HARI SEMALAM..!!

errr.. yeah.. walaupon sehari, itu sudah cukup memberi peransang pada aku yang memang betui2 'rice addict'! aku lemah kalo tak mkn nasik sebenarnya! penah cuba sebelum ni taknak makan nasik, tapi sb mulut ni tak sedap rasa, sanggup aku masak nasik tetengah malam! lantak dengan telur dadar pun jadik! (gullp! aku dah terindu kat nasik dah pulak nih!)


ape per pon, aku n my mr b, akan terus cuba lagi untuk hari ini! hehehe..

Ini makanan kami semalam! Roti n superb saladish! tambah le sosej seketoi..penambah selera..
unbelievable sangat! kenyang..



Monday, November 23, 2009

Kek Simple












Kek yang sangat simple, khas untuk Encik B saya! hehehe.. My Mr b!
haritu makan kek kat carefour sangat sedap katanya, so aku cuba buat,
walaupun tak sama dengan yg itu, yg itu lagi sedap..
takpe, nanti aku cuba carik lagi resepi untuk kek sedap.. spesel untuk babe..
aku suka kek choc sesangat! tapi dia tak suka sangat la pulak.. tu yang dah lama tak buat kek choc! kalu buat pon aku makan sengsorang je.. bawak pi ofis gak..
Kek ini buat 1 adunan je, so, lagi satu tu aku pelbagaikan, koko n kuning, cam boring je kuning semata, yg kuning tu khas untuk suami tersayang..
apa lagi selebihnya bawa pi ofis.. diorang kata sedap? heheh tengkiu..
b kate? b pun kata best... hmm ok lah tuh...
resepi mudah je
1 buttercup
2 cwn teppung (tepun kek lagi bagus)
1 cwan gula ising
4 biji telur
1 sk esen vanila
1/2 sk baking powder
1/2 sk soda n cream of tartar
cara:
pukul mentega n gula ( b tolong pukul mase ni, hehe tengkiu..)
masuk telur setelah adunan tadi kembang,
pukul lagi ( asyik memukul aje! hihihi)
masuk segala nya..
pukul lagi! (kesian..)
so, bila dah sebati, masuk dalam acuan lah..
Untuk kek belang tu pula,
asingkan 1 mangkuk untuk perisakan coklat, kemudian masukkan selang (bertindih) 1 sesenduk ke dalam acuan, adunan coklat dan kuning tu tadi..
so jadilah belang2.

sekian resepi kali ini. (ayat poyo)

"selamat mencuba''

Friday, November 20, 2009

Alkisahnya '2012' kami!

Semalam.. kami tengok wayang 2012!
tapi ada cerita disebalik tu yang lagi syiok!

Kami berdua mati2 la ingatkan tiket tu kul 11mlm.. sebab pompuan jual tiket tu yg konfem kata tiket kul 11 je ada, yang kul lenlain tu ada, tapi seat depan sekali! so adalah tiket yg kul 11 ni, tapi seat dia? jeng..jeng..jeng.. seatnya satu depan, satu belakang! hahaha..maknanya bukan sebelah menyebelah la...! errr... memula tu pikir gak.. hmm.. camano nih! my mr hubby dah cam taknak, tapi, aku kate.. "ok jer!" ala.. kita tengok wayang tu bukan nak bckp2 pong.. ala.. nanti kita mintakla tukar seat ke hape ker...
so, setuju lah kami untuk berpisah seat! pukul berapa?? pukul 11...
hahaha..ok! tanpa periksa tiket tu pun, kami meronggengla jalan kesana sini...

tetiba , jam dah pukul 10 mlm.., my mr hubby tetiba nak tengok tiket tu..cheee... kenkonon dia nak blakon, kenakan aku la yg.... 'alamak... tiket kul 10 laa...' konon nya....
so aku pun, tngokla... biar betul dia nih... aku pun saje ler bebuat cuak jer..(aku tahu dia saje nak kenakan aku)
tapi ada yang lebih memeranjatkan, bila kami tengok tiket tu betul2 sebenarnya wayangnya kul....

9.30!!!

what?!!

biar betul.... ( kami memang betul2 terkena plak! bukan lawak!)
kami pun apa lagi.. terus la berlari.. meluru ke panggung! chesss.. sambil blari tu, mengomel ngomel.. itu ini... chessss..... chesss...!
memasuk tu panggung dah penuh! chess... dah la dok asing2! chesss... hmm.. takda chan plak tu nak tukar, sebab semua pun couples...

hehehe... 1st time dok berasingan tengok wayang dengan b!
hohohoh... itula ceritanya! tapi kami memang terlepasla 1/2 jam wayang tu...
takpe ler.. nanti beli dvd je...

nasib baik cerita tu, kung kang2...havoc giler..trailer gempak! so kami layan je movie tu.. tak le boring...

bila dah abis... kami memasing berpandangan dan tersenyum....

heheh... our 2012 story..

Wednesday, November 18, 2009

An Evening With Tun Dr Siti Asmah



~ Hujung minggu lalu.. aku attend Hi Tea dengan Tun Dr Asmah.. anjuran Tiaranita TM!
hmm.. lame tak beraktiviti sebegini! aku sejak2 dah kawin ni, memang dah jarang beraktiviti..
aktibiti dengan Mr Hubby je memanjang! hohoho..
~ Aku memang minat dengan beliau! bila dapat tahu je ada program dengan dia, aku terus aje taruk nama! tak kira nak pegi jugak! of course la aku dah dapat green light dari Mr hubby..


*************************************************


~ shes so stanning... wonderful women.. full wit inspiration.. always smile and so sweet...!~
~ Sepetang bersama Tun.. walaupun sekejap, tapi byk juga info2, motivasi, ceritera, tip2, yang berguna dikongsi bersama!


~ semuanya berkisar tentang kehidupannya dari awal.. sebelum kenal Tun Mahathir, bkahwin, kehidupan isteri seorang PM, punya anak.. dan sehingga lah kehidupannya sekarang.. sempat dia ringkaskan semuanya!


~ antara yang dia selalu tegaskan mase talk tu..ialah.. " be humble to everyone" tak rugi..


~ tip hubungan suami isteri pun, katanya.. saling mempercayai dan berterus terang tu sangat ler penting
~ada juga beberapa cerita2nya yg lucu.. rasanya sepanjang dengar talk dia tu, memang tak kering gusila dibuatnya! sememangnya banyak garam yang pernah dia makan..
************************************************



~ air tropika ni memang sedap... kalernyer pon cantik..

***********************************************

~ ouwwh... semestinya goodies la yg paling ku suka... hehehe... siap tauk dalam kotak lagi.. jgn jeles.. apala yg ada dalam tuh!

~tarraa.. inilah yg ada didalamnya! uhhh.. i like very..very..
************************************************


~ tak sempat ler aku nak mensnap heavy meal aku tuh! lapo beb... plus, malu gak nak amik2 gambo, sumer orang tengok jer... erk! so gambar desert ini je yg sempat ku snap!

char kuew teow, spagetti, murtabak, soto.. semua dah habis yer... hihihihi... kata hi tea... tapi melantak cam mkn tgahari jer! memang pong...
*******************************************


~ chumil kuih nih! aku amik gambo... sample.. idea ni.. idea untuk resepi aku yg lain! hehehe
***********************************************

~ hiburan semasa.... asyik jumpa je kita ni kan, noreen? (aiiyyaaiii.. kembangnyer muka akuh!!)

~ haa... ini Misbah, kawan baru ! hehehe... baru je kenal masa hi tea tu laa... hhahaha... dah macam lama kenai plak! maklumlah.. terlebih peramah aku nie...
~huuuuu... pose istimewa dari ku... (kalo perasan la... sebenarnya aku memang tak suka nak menyiarkan pose2 istimewa aku di dlm mana2 entry dlm blog nih! kali ni je plak terasa ingin berbuat begitu! hisshhh!)
****************************
~ Aduyaii...sekali muka tak nampak daaaa.... takpe ler... nampak tangan jer ler... muka ku tak laku...
~ape pe pun, i bet that shes always da first lady in every heart of malaysia women.. rite?


Thursday, November 12, 2009

Marilah kita berSushi lagi...


lama betul tak buat sushi!
mr B plak dah sound byk kali..
so last few day..aku pon buatla.. bukan taknak uat sebenarnya..
sebetulnya bhn2 tak mencukupi dan tak memberansangkan.. so cam tak syiok2 la sket..
plus dgn Mr B yg sangat menginginkan si sushi nih..
so terhasillaa...sushi yg simple2 je...
seronok tengok dia makan.. dok berulang je..
tapi sorry la berasnya bukan yg ori.. jadi.. lainla rasanya sket..
"takpe, nanti kita pi beli lain, me buat byk2 aneka untuk u ya!"
tahanla jugak 2-3 hari sushi ni, letak dalam peti sejuk!
resepi sushi? disini
lagi sushi? naaa...

Kenapa Nak Baca Al-quran Sedangkan Tak Tau Makna?

Mari kongsi satu cerita ni, yg memang akan mbuatkan tersentuh jiwa rohani...

Kenapa Nak Baca Al-quran Sedangkan Tak Tau Makna?

Email : Wan Sanusi Wan Ali

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya.
Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu.. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.

“Tak ada gunaya” bentak si cucu. :sad:

Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.
Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.

Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”

Moral: Bacalah Al-Quran walau tak tau maknanya... kerana ia kalam Allah yg boleh membersihkan hati kita. Wallahua'lam

p/s- Jika kita faham maknanya... lagi banyak pahala yang kita akan dapat! Cintai lah Al-Quran...sentuhinya..peluknya erat.. basahi lidah dengan setiap ayatnya.. nescaya mendapat ketenangan yg lain dari yg lain... owhh...Indahnya Islamku...

Monday, November 9, 2009

Ayam Masak Lomak Cili Padi versiku


My babe kate... unexpectation sedap!


tgok muka dia pada mulanya cam nak tak nak jer mkn..
siap dengan 'senyum misteri'nya yg macam senyum sinis tuh!
yelah.. mesti dlm fikiranya tu, cam hampeh2 je mskn aku nih..
hmm.. tapi Alhamdulillah..
berkat baca Bismillah..doa bagai.. jampi serapah bagai..

jadilah Masak lomak nie..
Alhamdulillah... syukur...


buat ni dengan sayur kangkung goreng cili!
Alhamdulillah.. habis semuanya, takdek ler membazir...



Resepi untuk Masak Lomak:

-Ayam
-bwg putih seulas je yg kecil
-bwg merah/besar 4-5 ulas
-cili padi yg merah /hijau 5-7 tgkai (aku siap buang bijik nya jugak! takmo pedas2)
-kunyit idup / kunyit serbuk 2 cm
-serai 4 btg
-halia siiikiiiittt je!
-santan
-Air

senang je caranya!
tumbuk semua bwg, cili, kunyit, halia dan juga serai di ketuk,
gaulkan bersama2 dgn ayam tadi (dlm periuk dgn api perlahan)
serasi-serasikan ayam bersama bahan tadi atas dapur, tambah sedikit air, kemudia tutupkan, biar selama 5-10 minit..
Bila agak2 ayam tu dah pejal.. masak..
masukkan santan
garam secukup rasa...
dah siap!

Alhamdulillah...


Thursday, November 5, 2009

Sandwich Chicken Ham for Dinner!






Menjamu di rumah MakcuMah ku..

Hujung minggu lalu...
Makcumah ku buat Nasi Kerabu, Kelantanist speciality...
dah lama tak makan...
orang dah jemput, so apa lagi..
rezeki jgn ditolak lah...



~ lauk2 untuk Nasi kerabu yang memang best! ada ulaman, ayam goreng, telur asin, keropok, haa.. yang paling susah dapat tu.. bawang putih jeruk!
eh! sipi2 tu nampak macam tat jer? macam kenal jer...
hehehe... saje je nak bagi MakCu aku plak rasa..~


MakCu n Paksu ku..


~ heheh.. cian b, "makan nasik kerabu ada caranya tau... kasi gaul sama dia!"


~Menikmati Oren Twister..~
Terima kasih ya Makcumah ku yang tersayang!
nasi kerabu tu memang sedap!
Lenkali masak nasi dagang pulok!
mesti terangggkaaatttttttt..........
Love ya!

Tat untuk Kak Ina n Kak Ummi





Buat lagi Tat Buah Peach dan Blueberry Cheese Tat, kali ini untuk kak Ina n Kak Ummi..

Serang umah Ibunya Nab!



wah..wah.. wah...
mase di tunggu2 ialah masa menyerang rumah kak Nab untuk mentedarah!
huuuu..... best...
tima kasih kakNab! saaaaaayang kak Nab sangat!
nanti bebila boleh panggil lagi!
hehehe..




~ huu... tengok lah... ada Laksa Johor...
huh, aku memang tak pernah makan laksa johor nih! mak... sekali kena, pehhhh... memang sedap betol! pandai kak Nab masak...~



~hehehe... kak Anna.. senyum ada makna tuh...
sebenarnya dah sabo2 nak menyentap!...~


~ Nasi putih pun ada.... siap ada ayam masak merah!
sedaaaaapppp.......~


~tempe+daging tetel+udang+soohun= SEDAP!~


~Menu UTAMA! untuk di santap dengan nasi putih panas2...
apa lagi... ASAM PEDAS la... ini memang speciality kak Nab!~

~pas makan nasik baru makan laksa! nasi dah berpinggan2, tapi, masih mampu untuk makan ini lagi....~

~ hmmm.. tak cukkup dengan makan kat situ! siap tapau lagi!
huh! kenyang kami 2 hari Kak Nab!~



APa pun.. tima kasih tak terhingga ke kak Nab sebab bagi kita makan sedap2 nih...
nnti bebila.. kitorang plak yang kena panggil kak Nab try masakan kami plak!
EMmmuah!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker