Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, May 31, 2010

RALIT


Dia dengan tool SKIL nya..
sambil tengok tv sambil cuba test try n error..

Kejutan yang tidak berapa terkejut, namun dihargai sepenuhnya!

Dah lama aku nak keluarkan entri ini sebenarnya,
sebab nak survey tanya kat korang semua tentang cordless screwdriver ni, yang mana satu yg best! tapi tak berkesempatan.. sebab dah beli pun..
pemberian untuk Si dia!
Dia memang suka bertukang.. ala ala 'Do It Yourself' ni..
aku tahu dia suka ini dan ingin memilikinya!
ingatkan nak buat surprise, tapi tak dapat,
menda2 mcm ni kalau nak beli kena betul2 tahu..
aku takut dia tak berkenan pulak kalau dah beli, so better dia sendiri kata nak yang mana..

so mula lah operasi survey ke kedai2 hardware! sikit punya lama tau dia nak buat keputusan nak beli yang mana.. dekat ngan sebulan lah jugak!

Mula-mula mmg dia berkenan jenama Black N Decker ni, sebab ada lampu, ada pelaras.. tempat pegang nya pun kemas katanya.. warranty 2 tahun, tapi tidak semua 'part' di'cover'


RM !^(


Kemudian, aku kata alang2 nak beli..beli terus jenama Bosch , beza RM 10 je dengan yg atas tu, jenamanya pun dipercayai! aku tunggu keputusan darinya dulu, baru buka dompet amik duit! tapi.. masih belum ada keputusan.. Bosch ni warranty 6 bulan shj..tapi kualiti nya kan diakui..

RM !&(


Kemudian, jenama Black Decker lagi, tapi yang ini pakai baterry.. dia tak begitu berkenan..

RM !)(

Dan yang ini adalah sedang promosi! harganya pun jauh lebih murah dari jenama di atas,
SKIL, adalah jenama dari syarikat BOSCH juga, jaminan dari BOSCH, waranti 6 bulan juga! kelebihan yg ini adalah dia bagi ekstra mata pemutar skru, hingga lebih 30 jenis! beza sangat dengan jenis yg di atas yg mempunyai tak lebih dari 10-15 jenis mata.

RM ((

pilih punya pilih, survey punya servey, akhirnya keputusan dibuat untuk dia memilih untuk memiliki jenama Skil sahaja, atas alasan, murah, praktikal, friendly user, dan yg penting, mata skrewnya yang banyak! katanya untuk permulaan amik yg ini dulu, lagipun dia guna bukan untuk heavy pun lagi, nanti panjang umur murah rezeki beli lagi power!


Nyata Si dia sungguh gembira dan bahagia! aku gembira melihat dia gembira.. rasai kegembiraan bersama itu.. terima kasih kerana tersangat sudi terima pemberian yg tak seberapa ini.. :)

IringJeling: aku jugak dapat hadiah darinya selepas itu.. satu ciuman penuh makna..hehehe..

"huh..!!! menangis konon..jantan tak tau malu!..menikah satu sen tidak kluar uang, malah harta anakku kao kikis sampe habis!!.. kemdian kao seksa pulak anakku sehingga dia mati..! pergi kao main muzik di sana buat apa kao menangis di sini!!!!"



"huh..!!! menangis konon..jantan tak tau malu!..menikah satu sen tidak kluar uang, malah harta anakku kao kikis sampe habis!!.. kemdian kao seksa pulak anakku sehingga dia mati..! pergi kao main muzik di sana buat apa kao menangis di sini!!!!"

IringJeling: baca dengan nada2nya sekali.. sekali ngan muka2 nya sekali.. sekali ngan 'action'nya sekali, kalau boleh pakai baju sama pun ok! erkk!
ok ce teka.. citer apa? :)

Keletihan di Malam Pertama...

memang di akui sungguh memenatkan!
akhirnya segalanya berakhir juga..

ohh...
Aku berpindah rumah baru la,
jadi, hujung minggu yang lalu aku dan si dia berhempas pulas, pulun angkat barang ! letih beb.. kami berdua sahaja, tambah seorang lagi kawan. bertiga. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, setelah sebulan lebih, 'packing' barang, kemas-kemas, siap-siap..akhirnya kami berjaya memindahkan barangan dari rumah lama ke rumah baru sepenuhnya! Alhamdulillah.. (sampah pun terbawa sekali! aduiiyai..)

Hujung minggu lalu ialah pertama kali kami tidur di rumah baru!

Malam pertama kami di rumah baru, nyata amat memenatkan! jadi.. malam itu, tidur dalam keadaan rumah yang masih tunggang langgang! namun kepenatan mengangkat barangan rumah melebihi segalanya! aku dah tak mahu peduli, habis semuanya, letak je badan, terus tido... 
kroh.. siuuuu...kroh.. siu... ntah dengkuran siapa la..! :)

IringJeling: malam pertama itu... Alhamdulillah..

 
* gambar di ambil dari hasil gugelan

Blogger Award Friendship from Lya




1. COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY , APA PERASAAN ANDA ?
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Puan Lya, kerana sudi memberikan award ini, saya juga tidak sangka saya akan menang lagi untuk kali ini! terima kasih banyak.. ;p saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada keluarga saya, suami serta rakan2 yang selama ini banyak memberikan sokongan dan harapan untuk terus berjaya dalam bidang ini! ;p saya tahu saya tak boleh nak buat ucapan lama sangat jadi saya ringkaskan sahaja, kepada sesiapa yg namanya tak disebut di sini, harap jgn berkecil hati.. kerana siapalah saya tanpa anda semua.. terima kasih sekali lagi..
(clap..clap..clap..)

2. BERITAHU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI
LYA - Cahaya Hatiku

3. NAME THAT PEOPLE CALL YOU:-
Silla, Kak Ella, Mas, Kay la, Kella, Yong

THING YOU DONE YESTERDAY:-
*Cuti semalam! kepenatan bawa ke semalam, dek penangan pindah rumah! tak dayo dah..
kemas brg, susun atur mana yang patut.. uhhhh.. letih.. sampai ke hari ini terasanya.. adusss...

5. FIVE WAYS TO BE HAPPY...
- Solat
- Senyum
- Dicintai
- Mencintai
- Menggembirakan hati orang lain.. :D yeah!

6. APA DALAM FIKIRAN ANDA , BILA ANDA MENJADI KAYA ?

Nak sangat pergi Mekah ngan hubby , nak bawa mama n papa pergi sana juga.. senangkan keluarga dan mereka yg memerlukan.. Amin..

KAWAN-KAWAN YANG KENA TAG:
Kak Zie,Kak Mas, Mimy, Nadine, Kak Ayu, Siti, Azila, Cikgu Isza, Dni, Tedi, MSR, Ben, Kak Lynn, Ika, Amieynna, Liessa, Nabilah, Haniyisterizuki, roronoa Zoro, asfaliza, dan semua yg sudi...
sudi sudikan..

IringJeling: abis satu utang ngan Lya, ada 1 lagi utang ngan Lya ni, sabo ya Lya! tima kasih kasi ini award! amat menghargainya! :)

Seindah Sinar Mentari

Assalamualaikum,


Selamat Pagi..


*pinggan ni dari rumah en Googles.. trimassih kasi pinjam.

Tujuan aku melayangkan titipan ini adalah kerana ingin memohon maaf, kerana beberapa hari tidak mengemaskini blog kesayangan ini.

Aku tahu blog ini tidak lah begitu ramai pengunjungnya, tapi masih ada sebilangan kecil yang sudi membaca dan singgah di sini, maka dengan itu kemaafan dipohon. Anda di luar sana, tentu tahu siapa anda..
terima kasih tak terhingga kerana sudi memberikan sokongan terhadap blog kesayangan ku ini.

Sehingga kita bertemu lagi di lain episod.

Wassalam..

IringJeling: Aku SKEMA hari ini. (titik)

Thursday, May 27, 2010

"Aku rasa nak cilikan mulut dia"

dialog di atas tu dialog sorang akak kat opis aku ni, tadi dia pakai ayat tu masa masuk sini tadi, melepaskan geram terhadap si polan binti si polan , luahkan padaku..., bila dia sebut cili je, terus ku teringatkan pokok ciliku yg di tanam kat rumah dah membuahkan cili! (ayat apo kah..)
sabar kak ya... cili dah ada belum? kalau tak.. boleh amik cili kita nih..;p


~ itu tangan ku dengan 3 biji cili padi tu.. haa.. menatang nampak..~

IringJeling: menatang minyak yang penuh..

Kontroversi di Alam Maya juga, panasnya boleh tahan!!

*gambar di gugel~

siapa kata hanya berinternet tidak mengundang bahaya? barangkali bahananya lebih hebat..
kalau tidak, takkan ada yang saman menyaman , turun naik mahkamah, masuk penjara, caci maki sesama sendiri, semuanya adalah kerana tulisan.. tulisan yang di taip menggunakan jari jemari di papan kekunci ...
kerana kebebasan menulis.. tidak perlu mengeluarkan suara.. tidak perlu bersemuka..tidak perlu berjalan berpenat lelah.. cuma sediakan komputer, line internet, jari jemari menderas laju menaip apa yg difikirkan.. cuma itu..
terlintas sahaja, terus di taip, (mcm aku sikalang looo.. ) segalanya di hujung jari!

"kamu ni jari .. suka benar berdansa di atas keyboard itu! rancak pulak tu!"
kata jari.. "eh.. tidaklah.. aku mengikut apa yg tercetus di kepala otak itu... "
oh.. kata kepala otak pula.. "eh.. hati yang berniat dulu...dia yg berkeinginan, maka ku turuti sahaja.."
kata hati pula? hmm...

Aku terlintas tulis ni sebab aku ada baca byk juga blog2 orang lain sekarang.. yelah.. korang pun tahu baru sekarang aku ingin berjalan2.. keluar dari tempurung! suka pula mendapat ramai kawan.. dapat byk info, komen2 membina, ilmu2... tak rugi dikongsi bersama..
bila dah jauh berjalan mestilah terjumpa macam2 kan...
melihat perang siber, caci makian macam biasa sahaja,
ohh.. baru ku tahu.. dunia 'virtual' ini, diamnya.. diam berisi..

fokus untuk blog..
dek kerana tulisan yang sepatah, dek kerana gambar yang sekeping, dan dek kerana keluar entry terkebetulan sama tajuk baru sekali, dan dek kerana macam2 lagi.. jika manusia itu cepat melatah, maka terhamburlah kata2 yg tak 'best'... aku kata kau.. kau kata aku... yeah.. mari kita main kata kata ya! :)

terbaru, mase jalan2..aku terbaca blog yang di 'copy' entry dan gambarnya sekali! mak aihhh... byk lak tu gambar2 dan entry2 yg sejibik, yg terang2 milik tuan empunya blog A, tapi di cilok 100% oleh si blog B! dan tidak pula di kreditkan kpd blog 'A' tapi, di'claimn'nya pula itu adalah empunya diri ! melompat lah tuan punya nya!!... mungkin Si 'B' beranggapan si 'A' tidak akan tahu tentang itu..
tapi sepandai2 tupai melompat kan... akhirnya jatuh kemana ya anak-anak.....? ya... jatuh ke tanah juga.... Hehehe.. ;p

eh..serius ke entry ku kali ini? bukan ape, sebab peringatan untuk aku juga, aku dulu kan tak faham sangat ilmu bab2 blog, berinternet untuk kerja, info, emel.., tapi baru ku sedari bila dah terjerumus di alam blog ini, aku telah turut serta memasukkan diri aku ke alam siber dengan bertiket, aku post entry entri aku dan gambar gambar ku ini.. dan 'mereka' sedang berkeliaran di alam maya sekarang ini... (apa aku cakap ni? errr..) jadi risiko apa apa aku kena tanggung sendiri! kan? aku pun nak ingat2 balik.. ada ke aku terpernah buat salah, dulu.. memang keja aku tekan je 'search' dapat info terus pakai guna, mana lah tahu dulu aku terpernah amik info2 kengkawan, gambo ke apa ka.. sebab bila ingat 'search' je, jumpa dan terus leh pakaiguna je, tak pernah terfikir kot hak orang ke ape ke.. kotlah aku pernah terambik tu.. mintak maaf minta halal .. jgn marah2.. kita kawan2 takmo gaduh..
entry ini aku buat sendiri tidak niat ingin kenakan sesiapa tau..tidak mahu dikaitkan dengan sesiapa, cuma aku! hihihi... bacalah ia dengan terbuka dan penuh kusyuk! ;p
marilah kita sama-sama berbaik antara satu sama lain..
lebih positif, lebih awet muda kata orang.. :D
jom!

yeah..moral of da story.. untuk ku dan sesiapa yg sudi baca..
sentiasa berhati-hati bila jari jemari rancak menari..
takut menari yg bukan-bukan je..
menari tradisional pun ok gak...

IringJeling: errr... tiger show pun jenis tarian gak kan.. ? aummm!!

Monday, May 24, 2010

Kerana Dirimu Begitu Berharga.. :)


Sekuntum bunga untuk semua teman yang sudi singgah di sini.. :)

Maaflah tak sempat untuk berkunjung balas dan ziarah.. kerana faktor2 yang tidak dapat dielakkan.. ( alasan skema je..!)
sebetulnya, line down lagi..
Entah apa masalahnya.. datang bulan kot... ;p

apapun.. sudilah terima sekuntum bunga di atas.. bunga itu.. tak tahu lah nama apanya, aku 'snap'nya masa di cameroon dulu.. kalau sesiapa tahu boleh share di sini..

Semoga hari-hari anda semua sentiasa ceria, harum dan suksesss...... (^_^)

IringJeling: tetiba ku jadi minah bunga pula...? hehe sekali sekala memaniskan diriku dan anda sekelian... huhu..

Saturday, May 22, 2010

Akhirnya Aku kecundang Jua..

Akhirnya aku terpaksa menjatuhkan air muka aku kepada si Mee Megi jenama Mamee 'pedas berapi' ini!
uhhh... akhirnya dia yg menjadi santapan aku hari nih! huhuhu...
aku mmg sebolehnya tak mahu sentuh ia lagi..
demi kesihatan.. ;p
tapi bila keseorangan ini...
nak masak nasik malas pula..
nak bungkus makanan luar takde selera pula..
nak mkn sedap sedap seorang pula..
tak syiokk!

huuu... dari aku kelaparan amat!
baik bedal aje lah menda alah ini..
senang di masak.. sedap? hmmm boleh lah...


~ megi kosong je...~


~ separuh jalan dah macam tak lalu.. so tambah daun bwg/sup kasi selera naik sikit.. huhuhu~

IringJeling: B mesti makan yg enak enak kan kat hotel tu.... hmm

Friday, May 21, 2010

Colek Malas ? ? ? heh ? ?

Gara-gara semalam tengok Lya tunjuk skill ngan "jeput udang' nya tu.. teringin pula nak makan, takkan nak minta Lya poskan? expired bila dah sampai nanti!

hehehe.. so semalam mmg niat nak buat juga, dan terkebetulan Mr B sound..

" hmm hari tu ada orang kata nak buat cucur.. "

hehehe mmg dah niat aku nak buat pun.. bagus sangat la B nak makan... dia mmg suka ngan cucur aku nih.. bukan aku kata ok.. dia yg kata..

Ini ialah resepi arwah nenek @ka Mek aku.. 'Colek Malas' namanya.. mungkin tak ramai yg penah dengar.. sama je ngan cucur udang , mungkin yg bezanya cuma sos.. original 'colek malas' ni sos dia sbnarnya kaler coklat gelap, sedap giler! tapi aku belum reti buat lagi.. mama pandailah.. so aku pakai sos merah aje.. huhuhu..

layan gambar la ..

~ bahan2 asas.. tepung mesti ada kan.. udang juga penting.. baru sedap!!~

~ itu di atas, setelah di campur segala sayuran dan garam sikit gaullah hingga sebati, tak perlu cair sangat..~


~Tarraa.... dah siap, sejat minyak tu.. penting tu.. uhh.. dah siap goreng, potong kecil2.. waahhh.. kasi nampak dia punya udang!! yehh...~


oh ya, kalau mahu resepi boleh klik sini 'COLEK MALAS'


untuk rakan2 yang sudi singgah sini.. mari lengkapkan petang anda dengan Colek Malas aka Cucur Udang... panas2.. ;p jgn marra aaa...


IringJeling: Orang pantai timur panggil COLEK itu = SOS.. sama je..

update: aku buat cucur ni mlm semalam sebelum B aku pi outstation! line down takleh nk kuar entry ni.. hari ini baru buleehhh....hrp maklum! :) cheerss..

Line sungguh buruk 2 hari...

Ni baru leh update blog!

line 2 hari tak betul...

grrrrrr sabar jela...



~ motif gambar: tiada.. ini system of a down , dowh...

Wednesday, May 19, 2010

Oh Tidakkk ! ! ! ! ! ! esok ya ? ? ?



bila berjauhan..
rindu semakin kuat..
hari hari berlalu terasa kosong pula..
mula teringat saat saat manis bersama.. (eceeeh..)
kalau tidak, hari hari macam tak kisah sangat..?
hari hari nak carik gaduh je ;p
mengada-ngada.
bila berjauhan.. rindu rindu pula..
ternanti-nanti kepulangannya..
tertanya tanya keadaannya..
dan bila bertemu kembali..
senyum mula menguntum mesra..
seronok tuhan saja yang tahu..
mula mengada-ngada kembali..
mula usik-usik kembali..
mula gaduh2 manja kembali..
Kamu nih?!! ...
huhuhu...

Moral of the story: hargailah pasangan dan orang tersayang anda.. tak kira waktu.. bila bila masa.. dan ketahuilah bila kejauhan itu sebenarnya lebih mendekatkan lagi, dan ia akan menjadikan kita lebih menghargai..

IringJeling: katanya...
"sayang isteri tinggal-tinggalkan.."
memang betul aku rasa..

Santapan Di Raja..




Santapan kuning.. lantas di raja jadinya!
tu.. untuk raja yg bertahta di hati....
balik keja terus tengok apa yang ada, stok telur puyuh ada lagi! terus masak Gulai Puyuh dan Goreng Kacang je! simple dan boleh mengenyangkan...
b kata sedap... ya.. itu sudak cukup buatku tersenyum semewekk...

IringJeling: dari tadi aku dok upload gambar ni! baru sekarang buleh! iskh! sakit ati dibuatnya..
takpe... cool.. cool.. cekodok pisang ade ni...


Selamat Pagi, Salam Rabu..

Assalamualaikum,
dan selamat pagi!
Jangan lupa mulakan pagi anda hari ini dengan bersedekah Al-fatihah untuk ibu bapa anda samada yang masih hidup atau pun telah meninggal..
Semoga hari ini diberkati olehnya..
dimurahkan rezeki..
dipermudahkan segalanya...


Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu
( tak kira masih hidup @ telah tiada )".........
nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidakmeninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith: - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada ) - Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah) - Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2) - Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

IringJeling: Alhamdulillah.. hari-hari buat.. tapi kadangkala.. terlupa jua..

(tengok aku lupa hari ini Rabu lah! tapi dah update kat atas tu! tulis selasa pula! hihihi... maafkan hamba...)

Tuesday, May 18, 2010

JELAJAH BLOG versi 4.0 BEN ASHAARI

Oh... Ben...Ben.. ada versi baru pula...
kamu mahu Murai, Merak atau Helang?
ohh.. aku pilih Helang lah.. helang tangkas dan pandangan matanya tajam! heheh..
boleh ke Bro?

Harus lah aku nak join jugak dengan sesi jelajahnya yang kali ini.. walau telah pernah dijelajah dulu tapi rasanya Ben belum jelajah abis la bro...
apa kata jelajah sekali lagi?



1 ) Header BEN ASHAARI BLOG
dah memang ada dlm folder.. senang klik aje..

2) Berikan nama samaran anda dan nama blog anda ... Ceritakan latar belakang blog anda .. Lagi panjang lagi bagusssss ...
senang dengan nama Kella dan blog kesayangan ku >>> MATHARI..
latar belakang blog ku? aku ada tulis entry mengenainya.. marilah baca di sini, MATHARI

Terkini? Ben Ashaari... dia dah pun jelajah blog aku hari tu?
hasilnya? yup! gara-gara dia, sekarang belog ini menjadi bersinar..
dari zero komen, ke beberapa komen pula..
syukur..
dapat kenal ramai kawan2 yg best! gembira... :D
daripada itu.. terus dapat belajar byk info berguna untuk tingkatkan lg kualiti blog ini!
terima kasih!
bila lihat nama ku ada dalam bloglistnya 'PINK' itu..
rasa terharu.. ngeh..ngeh.. ni nak masuk dalam list beburungnya tu pula!
hihihi boleh ke? ;)

Apa pun.. welcome to new Mathari..
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah tolong Jolokkan,
Saya budak baru belajar..
Kalau salah tolong tunjukkan..

Peace All..

3) Dari mana anda tau mengenai Segmen ini
dah tentu2 Ben ada kat dalam listblog, dengan kuasa di hujung jari, klik sahaja, dah boleh tahu segala perkembangannya, apatah lagi segmen ini.. hehehe...


IringJeling: tengok betul2 ya Bro Ben.. peace.. :)

Ulang Tayang Sekali Lagi, Untuk Kamu semua..

IringJeling: Di Kuala Lumpur sahaja ada..

Damai Yang Tenang..





IringJeling: Tarik nafas panjang panjang........ dan lepas....

Monday, May 17, 2010

KADANGKALA DIAM ITU ADALAH LEBIH BAIK.. TAPI?

tapi kali ini lama betul kamu mendiamkan diri?
biasanya entry nya selalu berada di top 5!
pagi tadi aku tercari-cari ..kali ini tidak di atas.. tetapi di bawah..
eh? tidak dikemaskinikah?
lantas melihat tajuk 'Rest in Peace Dak Kimo: Kamu Telah Kembali Ke Sisi Pencipta'
terkejut! adakah?

ohh.. betul rupanya! dak Kimo telah tiada lagi!
aku terkejut juga dengan berita ini, kerana memang diketahui Dak Kimo sedang sakit, si Tedi sedang berusaha mengubatinya!

Tedi, kamu telah berusaha mengubati nya sedaya mungkin..
tiada kekesalan untuk itu..
Semestinya saat dan ketika pemergiannya adalah yang dikehendaki tuhan..
ku harap kamu pasrah dan redha..
sesungguhnya, nilai murni dan niatmu melebihi segalanya..
ku percaya, niatmu itu..Tuhan sahaja yang mengetahuinya dan ku pasti balasannya tetap ada!



Iring Jeling: Tedi si pencinta kucing,
katanya.. dia adalah seorang yang kejam!
tetapi hatinya lembut dan baik pula! Dia pembela kucing2 dan jika diberi lebih kuasa.. mungkin boleh jadi superwoman! menyelamatkan kucing2 yg tak terbela..

Walau di mana pun kau sekarang Tedi, ku harap kau tenang tenang sahaja...
matamu sudah pasti bengkak ku tahu.. tu pasal kau masih tak keluarkan entry terkini lagi kan? mata sudah bengkak.. tak mampu tengok skrin lptop lama2.. hhehee..
take ur time.. and take care :)
Dak Kimo juga sedang berehat setenangnya... jika dia boleh bercakap.. tiada ucapan lain selain setinggi terima kasih tak tehingga kerana jasamu menjaganya selama 5 tahun tak mungkin dia perolehi dari orang lain selain kau Tedi
Dia juga telah berbahagia selama bersama kau Tedi..

Seperti Sudah Sebati Dengan Diriku...

saje je nak uat entry pasal ni suka suka..
pasal badminton..
hehehe..
tahu.. Malaysia dah kalah ngan China..
walau apa pun, mereka telah berikan yang terbaik untuk Malaysia..
apakan daya China lebih hebat..
akur kerana itu...
aku takda lah frust sangat, sebab tengok cara China main, memang mantap, konsisten.
Malaysia juga hebat, tapi masih belum dapat tandingi China!
takpe lain kali ok! mesti balas!

ohh.. terbabas pula..
aku nak cerita pasal sukan ini..
sukan badminton yang kurasakan dah sebati dalam diriku.. sukan kesayangan!

ada apa dengan badminton dan diriku?

aku mula berkecimpung dengan dunia badminton dari sekolah rendah lagi..
menurun dari Papa...
aku tidaklah hebat mana pun dalam sukan ini...
cuma suka main..
dari awal aku main 'single'
tapi bila di sekolah menengah, kdgkala tukar2 main 'double' juga..



~ ini adalah di zaman sekolah menengah! aku penah sampai peringkat sekolah, daerah, zon hampir2 mewakili negeri, tapi jatuh sakit pd saat2 akhir.. huhuhu.. ada rahmat di sebalik segala yg berlaku.. kalau tak tentu sekarang aku yang berada di tempat Wong Mew Choo! hehehe...;p wekkk... perasan! hihihi

Masa di Kampus pula?
ada cerita best disebaliknya!

aku di Uitm Perak masatu..
aku sebenarnya mmg teringin sangat nak main bdminton masa kat kampus, pastu kebetulan masa tu Perak jadi tuan rumah, aku tertanya2 tentang pemilihan pemain bdminton, samada telah dibuat atau tidak.. biasalah, mereka dah tentu2 ada orang2 lama.. yg dah biasa main...
nasib baik kwn baikku Joesiffer Farah ( yg juga wakil uitm tahun sebelumnya) ajak aku ke sesi pemilihan! dia tak penah tengok aku main pun, tapi aku yg dok bising2 bgtau dia, kalau ada pemilihan jgan lupa aku! aku teringin sangat! aku tahu aku tidaklah hebat, tapi boleh cuba2.. lepas gian beb.. sepanjang di kampus lansung tak main bdminton! gian giler!

Disesi pemilihan.. dlm dewan..
waa.. aku nampak ramai 'otai2'...
waa.. nampak semua hebat2..
aku sedapkan hati sahaja.. takpa la aku cuba2..
ramai juga budak2 segar (fresh) yg ingin cuba2 seperti aku..
lansung joesiffer kenalkan aku pada 'otai2' itu..
biasalah budak baru..

pastu tibalah time aku nak beraksi! (chewah)
datanglah seorang 'otai' ni..
bawa aku ke gelanggang..
dengan cara/lagaknya yg tegas..
memberitahu aku tentang gelanggang! basic..
garis ini adalah 'out', jika ini pula 'in' jgn servis ke luar garisan ini dan itu..
bla..bla..bla... kiraan markah bagaimana.. servis harus pada kotak gelanggan yg betul.. bla..bla..bla.. katanya, nanti jgn buat silap pula!
ohhh... aku anggukkan sahaja seperti budak baru belajar main... hehehe walaupun sebenarnya aku tahu itu semua..tapi tak perlulah menunjuk.. down to da earth.. aku lebih suka mereka menilai aku daripada apa yang ditonjolkan sebenar..
mula2 mereka yg di luar gelanggang, tidak ambil perhatian sangat, kerana mereka sudah pasti dengan nama2 yg mereka telah ada sebenarnya..
tapi bila aku main.. mereka mula menarik minat pula.. hihihi..

dipendekkan cerita shj..
aku layak mewakili pasukan itu,
dan pemilihan aku mengundang byk pula kontroversi..
joesiffer farah yg bawa aku ke pemilihan itu, tak dapat main! sebab.. aku masuk.
seorang kakak otai juga menjadi pemain simpanan ..
ummmm...
mula2 mmg tak best je rasa..
tapi kerana semangat juang atas satu pasukan. semuanya selesai dengan baik..



~ Jadi aku dapat main wakil Uitm Perak! seronok tak terhingga, terus telefon papa, nanti nak balik rumah, nak amik reket papa yang best tu! pinjam!~


~ masa ni baru lepas main.. sebenarnya baru lepas terguling2 kerana sangat frust! kalah juga akhirnya! masa ni aku main bergu! aku yakin sangat boleh menang sebab mata memang mendahului pesaing masa tu! yakin mesti boleh! jika diingatkan kembali, situasi yang sama seperti Malaysia lawan China, Thomas hari tu! bermain di tempat sendiri! semangat nak menang memang merajai! tambah lagi sorakan teman2 yang sudah tentu memonopoli! tapi apakan daya, terkandas jua.... masa tu, aku cam takleh terima aje! rasa cam boleh menang je! tapi semua tu dah lepas... so close.. yet so far..~


~ bergambar dengan budak terer... wakil Uitm Shah Alam ( 3 orang dari kiri berdiri) .. diorang memang teror habis.. tak terkejor yop! pengalaman yang best!~


~ bergambar kenangan ngan bebudak sabahan... sengit sangat masa pasukan lelaki kami lawan ngan diorang! psiko tak ingat.. tuan rumah lah katakan...~

Dan sekarang?
zaman bekerja?
uhhh.. semangat nak main bdminton tetap ada..
segar je..
selama 2 tahun dah tak main..
tapi baru2 ni 'company' ada buat 'tournament'.. mencari wakil...
disebabkan dapat green light dari Mr B,
so aku main,
tapi mmg diakui.. semput beb... stamina zero!
ketahanan tiada!
oh.. tidak seperti dulu lagi...
badan pun dah naik bagai di pam2! tak fit lansung..
what d u aspect? huhuhu...
selepas perlawanan tu aku terpilih juga untuk mengikuti sesi latihan pemilihan...
latihan sahaja, ok lah..
suka-suka..
Aku main badminton suka2... minat... tapi tidaklah hebat pun... suka suka je.. :)
IringJeling: main hari tu pakai sniker yg jalan2 punye, kasut bdminton mana ada dah.. reket pula pinjam reket orang.. hehehe.. ingatkan nak gantung reket dah... huhuhuhu...

Friday, May 14, 2010

PIALA THOMAS 2010: Malaysia vs China, Malam Ini!



Mari ramai- ramai pakat tengok pasukan kita lawan China jam 7.30 malam ni, Live di Stadium dan live juga di TV1 dan TV9!


~sumber gambar:http://www.thomasuberkl2010.com~

IringJeling: Jangan lupa sembahyang Maghrib dulu! badminton2 juga... sembahyang2 juga.. baru dapat berkat.. boleh doa2 sikit untuk kejayaan mereka.. dak gitu?

Ini Cara dia.. cara anda pula?

so, dah lunch ke belum?
untuk kaum adam.. mesti dah ke solat Jumaat kan?
eh.. ada yang tertinggal ke?
uppss!

jom Lunch KFC jom!
Jom Jimat KFC!

aku layan KFC ngan boss besar belanjer ritu.. hehehe.. tengkiu b!

mama selalu pesan, jgn selalu mkn fastfood.. tak elok untuk kesihatan...
baik lah ma.. lama tak makan ni ma.. kempunan puleekk.....

tengok cara si b aku makan roti kat bawah nie..

~Belah 2 roti, taruk coleslaw, lapis dengan kentang putar.. dan sosnya di atas..~


~Kemudian, letak crunchi dan isi ayam sedikit... dan, Siap!!! sedia untuk di ngapp!! itu adalah cara si b aku.. sedap juga rasanya! hehehe...~


~set Mr B.. (takda la byk sgt lada hitam nye! dlm tibi macam banyak sahaja.. urmm....)~

~ Set Jom Jimat aku.. aku mesti kena ada nasi punye! perut dah sebati denganmu wahai nasi... telan ayam pun mau ingat nasi jugekk..~


IringJeling: Licin hingga menjilat pinggan jari! b aku outstation ke JB dah.. rindu pula...

NASI LEMAK Penambah Berat Badan


Selamat Pagi untuk semua!!
Mari lah rasa nasi lemak buatan air tangan si Kella nih!
di jamin bersih, halal.. sedap hingga menjilat jari !
rasa sekali mesti nak lagi!
hahahaha... masuk dalam bakul angkat sendiri nampak?
ohh.. larat ke...? tidak akan pernah la.. lalalala...


Nasi Lemak ni ku tujukan untuk kawan2 ku semua yang datang ke sini! jemput la rasa ya.. kata orang.. melihatnya lama2 sahaja, boleh jadi kenyang juga!
cubalah!

IringJeling: lemak2 yg sedia ada entah bila nak dibakarnya.. hmm...

Thursday, May 13, 2010

Edisi Istimewa Hari Ibu!

Kisah jalan-jalan bersama Si dia..

terjumpa Glo istimewa ini! aku mmg menggunakan jenama ini untuk cuci pinggan, so aku teruslah rembat 3 untuk wanita2 ku yg bertahta di hati..
wahh... ada banyak lagi rupanya..
Ada Axion, GLO, Ajax dan Softlan.. semua edisi istimewa hari ibu!




yang buat aku nak snap gambar ini kerana ada gambar budak comel loteh tu..
pelakon adamaya kan?




IringJeling: suka sebab kaler merah!!

Terima Kasih Hafiz Hashim, Tahniah Malaysia!!

Piala Thomas itu sedang melambai-lambai..

Berkobar2 pula nak buat entry ini pagi ini!
Terima kasih tak terhingga dan tahniah kepada Muhammad Hafiz Hashim kerana menjadi wira Malaysia semalam!
Kemenangannya melayakkan Malaysia ke peringkat separuh akhir bertemu dengan China, Jumaat ini! nantikan!
Tahniah kepada semua pasukan Malaysia!
nampak.. ya aku nampak mereka telah melakukan yang terbaik demi negara tercinta Malaysia ini!
Harap semangat mereka terus berkobar membara untuk terus berjuang menjulang Piala Thomas! sesungguhnya kami peminat di luar ini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk pasukan kita!



~ Hafiz Hashim hero of the night! bravooo..~

~ kemenangan Chong Wei yang pertama membangkit semangat!~

~ Tan Bon Heong, sangat ceria semalam!~
~Koo Kien Keat & Tan Boon Heong, kemenangan yang menambahkan lagi spirit!~
~ Wong Choon Han, tidak mengapa.. kekalahannya bermaruah..~

~Aksi Jongensen dari Denmark, suka la tue...~
~ pasangan Mohd Zakry Abdul Latif / Hoon Thien How- bergu kedua Malaysia memberikan saingan yg sangat sengit! rasanya pasangan ini lebih baik dari yang sebelumnya, cuma kesefahaman sahaja yg perlu di cari.. namun semangat perlawanan mereka melebihi segala-galanya! syabas !~


~Denmark; Lars Paaske / Jonas Rasmussen,menang.. namun.. bukan menang senang...~

~ Hafiz Hashim sekali lagi! memang itu cara dia bermain sebenarnya, selamba je.. tapi semalam nampak kesungguhan dan semangat mahu menangnya! tahniah bro! i know u can do it!
Perlawanan dengan China Jumaat ini pasti sangat mengujakan!
Semoga Malaysia mampu kekalkan prestasi yang konsisten.
mari tonton ramai-ramai, bagi yang tiada tiket, boleh tonton di TV1 dan TV9!
Doakan kemenangan mereka... untuk Malaysia!

FAKTA:

Thomas Cup Quarter Finals Result
Peter Hoeg Gade vs Chong Wei Lee : 17-21, 17-21 (49mins)
Carsten Mogensen / Mathias Boe vs Kean Keat Koo / Boon Heong Tan : 17-21, 19-21 (41mins)
Jorgensen vs Choong Han Wong : 22-20, 16-21, 21-18 (72 mins)
Lars Paaske / Jonas Rasmussen vs Mohd Zakry Abdul Latif / Thien How Hoon : 24-26, 21-12, 21-19 (74mins)
Joachim Persson vs Mohd Hafiz Hashim : 12-21, 10-21 (31mins )


IringJeling: semangat semacam pula hari ini.. :D

sumber gambar dari: PROTON BWF- THOMAS AND UBER CUP 2010 thomasuberkl2010.com

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker