Yeah.. aku buat tag ni, sebab aku pemegang lesen keta yang sah ya..
thanks ya Mimy, kasi aku tag ini.. ada satu tag lagi aku utang ngan ko kan?
1st time aku naik keta ngan si Mimy ni, memang salute..berani! dan dia mmg tahu jln kat kl ni! sebut je, walaupun aku taklah menjelajah satu kl dengan nya, tapi sebut je kemana2 dia tahu je shortcut mana2..lari dari jem...
tagnya..:
1. Adakah anda mempunyai lesen memandu?
•yes la.. tu yg kena tag tu..
2. Bilakah anda mengambil lesen memandu?
• hahaha citer benar, mase nak jawab ni, aku belek la lesen aku balik dalam beg, saje nak tengok lesen lama aku! tengok2 lesen aku tamat 22hb April ni lah! ayoyo.. sib baik aku perasan nih! kalo tak 'selamat' lah aku kalo pak polis check lesen!
ok jwb soalan, bila ambil lesen? citer benar lagi, tahun 2005 lesen L, peram setahun, dong dang dong dang, tahun 2007 baru aku sah ada lesen! selama itu? aku jadi pemandu haram! tu yg byk menda jadi tu, tak halal...
3. Berapa lamakah pengalaman memandu anda?
• kalau dari haram adalah..6-7 tahun, tapi kalau yg sah nye baru 4 tahun maa..
4. Pengalaman pahit ketika memandu?
• kejar mengejar ngan mamat2 racing! bergetar kepala lutut! bergegar stereng! sib baik aku dapat meloloskan diri di celah2 jem2 tuh! fuhh lega!
5. Pengalaman manis?
• tatkala dapat bawa family jenjalan, aku sah bawa kereta, sb ada lesen! bukan takut2 lagi..
6. 3 tabiat ketika memandu?
•Selalu pun tabiat aku mesti kena baca kursi dulu, pastu baru aku nak nyanyi2 ke hape je baru rase selamat je
• Aku kena pakai spek mate kesayangan aku tuh! aku ada rabun silau, so kalau tak pakai spek aku akan problem memandu, kalo malam takyoh laa..
• 1 tabiat ketika memandu, jika hubby ada disebelah, aku suka sebelah tangan nak pegang tangannya.. rasa cam spirit spirit of da world je.. ngeh..ngeh..ngeh..
7. 3 pantang time aku memandu bila...
•Bila orang lain bagi hon tak tentu pasal, sikit2 hon!2 bingit lahh...
•Bila orang tu buat bodo je bila potong Q! aku sikit punya tertib beratur, ko boleh selamba badak jee.. signal pun tak bagi! bengang jugak bila orang depan2 dok bagi je keta-keta tu potong diorang, itu yg menyebabkan diorang naik lemak tu.. ishk!
•Bila orang paking tengah2, paking tengah jalan! benti paking tetiba tak bagi signal! membuatkan jalan jem! pastu muka tak bersalah je dlam kereta! kebanyakkan teksi camtu! wahhh.. pantang betul diorang ni main suka2 je nak benti.. arrghh tensi..!
8. Aku tag pada pemegang lesen kereta.. tag goes to:
•sesiapa sahaja yang ada lesen kereta dan baca tag ini! mari lah buat tag ini.. buatlah ya!nanti boleh kita jengok korang punya tag pula! marilah.. marilah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment