Seperti biasa morning talk pada setiap hari isnin, dan hari ini kami sama sama berkongsi maklumat mengenai Solat Dhuha... MasyaAllah.. begitu indahnya dan besarnya kebaikan melakukan solat Dhuha..
Terima kasih pada Nana yang sudi berkongsi maklumat ini..
walaupun sebenarnya kita sememangnya telah maklum dengan kelebihannya
namun kadangkala kita semua sebenarnya memerlukan peringatan selalu..
dan sebagai teman2..aku juga ingin berkongsi memperingatkan sesama kita..
sama sama kita hayati kelebihannya..
Solat Dhuha
Solat Dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih hingga maksimanya 12 rakaat sahaja.
Dilakukan pada waktu matahari sedang naik - anggaran antara jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.
1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )
2. Rakaat Kedua
++ Baca Alfatihah
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
++ Tahiyyat akhir & Beri Salam..
3. Doa
++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
++ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
++ Bahasa melayu, jawa, nogori, iban apa saja semua boleh, Doalah.
(sumber di sini )

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaanitu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikanMu. keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
lagi kelebihan dan fadhilat dhuha yang boleh dikongsi di sini
semoga sama sama kita amalkan dhuha selagi mampu dan selagi sihat.. selagi masih bernyawa..
jom kita gi solat!!!
apa tunggu lagi, sekarang masa tengah sesuai ni!
jom jom!
=)
>




