Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, April 21, 2010

Cubalah untuk setia jika kau juga mahu dia setia..


~gambar en Googles~
Apa yang kau harapkan dari padanya jika kau sendiri membuat onar di luar?
Pening aku melihat gelagat.. mendengar cerita seorang teman ku yang mengadu damba mengenai masalah rumahtangganya... masalah yang tak pernah2 selesai!
bukan tak pernah aku dan kawan2 ku yang lain memberi pendapat dan nasihat, tapi..
ibarat mencurah air di daun keladi...
tetap sama..
kau tak mampu berubah, mana mungkin dia juga berubah..
kau kata dia tak setia, selalu saja dapat menghidu skandal sana sini..
eh.. kau pula asyik melayan bekas kekasih lama tu.. itu diklasifikasi sebagai apa pula?
pandai pula kau marah amat padanya walhal kau juga melakukan perkara yg sama??
oh.. itu tidak dikira, itu cuma berbalas2 sms, berbalas emel, bertentang mata, bersenyum-senyum.., berkejar kejaran untuk pulang ke rumah kemata2 ingin bertembung dengannya...
errrr?!!??.............. oh.. itu tidak dikira...
ishkk.. pelik aihh!

hmmm....
Pokok pangkal nya niat kita..
bak kata kakak ku yang sorang tu,
jika niat dan matlamat kau mula2 nak kahwin tu adalah semata2 kerana nafsu/kecantikan/cinta semata-mata.. maka ianya tak kekal lama..
nafsu? selagi ada kudrat, selagi boleh berseronok, tentu kau akan gembira, kau puas,
Kecantikan? selagi masih muda, bergetah.. munggil.. kau tentu bahagia dengan kebanggaan..
Tapi sedarkah.. semua itu tidak kekal lama..
sekiranya diragut segala itu dari kau..?
maka hilang segala matlamat perkahwinan itu?

hmmm... aku bukan pandai nak bersoal- jawab mengenai perkahwinan ini..
kerana aku juga masih setahun jagung..
masih banyak yang perlu diperbaiki.. masih byk rintangan yang menunggu..
namun aku cuba sedaya upaya..berpegang pada matlamat dan niat berkahwin..
ingat semula masa mula2 nak akad nikah tu..
apa yang kau janji?

senang citer aku pada teman ku ini, segalanya tidak berakhir lagi..
Allah sentiasa Ada, sujud la padaNya, Ikhlas la padanya, menangisla padaNya.. mengadu padaNya...Dia Maha Mendengar.. Dia yang menentukan...

Bukan mcm aku, jika kau bercerita pada ku.. aku cuma mampu menjadi pendengar, yaa... boleh terus memberikan kata2 semangat , cuma kadangkala ada juga tercalit bosan mdengar cerita yang sama.. tidak berubah2.... tapi, tidak pula lah aku tunjukkan pada kau!
ya...aku tidak sempurna..


IringJeling: aku tujukan pada aku suami isteri juga.. semoga kami sentiasa ada untuk saling lengkap melengkapi kekurangan masing2.. tipulah jika kukatakan kami tidak pernah bertengkar.. pasang surut kehidupan..pasti ada, tinggal kita untuk menanganginya dengan berhemah..

2 comments:

Mimy Hamid said...

alamakkkk dah la skrang tengah gaduh ni...ko tulis wat camni buat aku renung renungkannn

kella said...

ngape mimy.. ko gaduh ngan megat? biasalah tu.. dkt nak kawin makin tertekan, makin byak hal yg timbul. InsyaAllah..segalanya boleh diselesaikan dengan baik..


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker