Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, April 20, 2010

Restoran Cina Muslim Al Munawwarah Shah Alam!

Ini cerita hujung minggu lalu! Kebetulan aku perlu hadir ke satu mesyuarat di Shah Alam, jadi kesempatan berada di Shah Alam digunakan sebaik mungkin!
hahaha.. walaupun aku dok kat dalam bilik mesyuarat tu, tapi hati ku dah melayang ke kedai makan ini! sanggup aku tak makan/minum pagi mase mesyuarat tu, semata-mata nak tunggu lunch di sini!
Apa tak nya, kami dah pernah sekali datang hari Jumaat, tak tahu pulak tutup.. ohh.. kecewa sangat.. balik dalam keadaan hampa!
Tapi kali ni, kami mmg tak sabar lagi, yelah.. dengar kata Restoran Cina Muslim ni sangat best kan.. so nak try la..
Bila dah sampai tu, aku menjerit keriangan penuh kesyahduan kat suamiku..
" oh.. akhirnya kita berjaya sampai ke sini laling.. oh... syukur.."
En Suami menoleh kearahku seraya mengangkat sebelah kening..
"poyo!"

...................................................................................................

Menggeletik aje aku bila dapat menu tu!
Mula2 nak order nasi putih ngan lauk! tapi tengok menu mskan goreng2 cam byk pilihan sangat!
so stlh ditimbang tara.. inilah yang kami order..


1. Nasi Goreng Seafood Istimewa Al-Munawwarah
Best, nasi dia byk sangat! udang dan sotong penuh sarat dlm nasi..
satu set ngan sup ikan tu RM 7.90
2.Nasi Putih Masak Cendawan
Lauk dia isi, cendawan, daging, dan sesayur ! meriah!
tapi bab rasa je dia kata tawar kurang masin, tapi bagi aku ok je rasanya..
dia mmg suka masin.. datang se set ngan sup ikan juga.. RM 5.90
3. Sup ikan- memang best makan panas2.. sebenarnya aku tak pernah mkn sup ikan..
ini pertama kali..
4. Sayur ni aku lupa nama la.. nama Cina- shen Zhuo ke ape ke..ntah lupe ler..
tapi meriah ngan sayur-sayuran juga.. lazat...

kami ingatkan nak side order juga, tapi kekeyangan teramat membataskan segalanya..


~ Jus Kedondong asam boi- marvelous! cedap nyeee...
boleh try cuba air nih! sedap sungguh! perrrghh...

Perut kenyang sudah... lain kali kami akan datang lagi untuk makan menu lain pula!
korang semua nak datang sini? mmg di rekemenkan..

alamat dan info:


Restoran Cina Muslim Al-Munawarah
No.28, Jalan Tengku Ampuan Zabedah K9/K,
Seksyen 9,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Waktu Perniagaan :
Isnin - Ahad dari 11.30pg ~ 11.30mlm
Jumaat - Cuti

Sebarang Petanyaan, sila hubungi :
Ustaz Hj Muhammad Yusuf Ong Abdullah - 012 264 2889

lokasinya : Belakang Hotel Concord Shah Alam sederet dengan Restoran Cili dan bersebelahan dengan Restoran Nasiking!

1 comment:

Mimy Hamid said...

jangan sebut pasal nasi...aku tension..leh gitu..hehe


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker