Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, October 14, 2014

Qaseh Gold

Bismillah...
Assalamualaikum...

Inilah Qaseh Gold keluaran Ana Edar...
untuk rujukan sahabat sahabat saya yang sedang mencari cari maklumat tentang Qaseh Gold ini... yang sangat
sesuai untuk seisi keluarga..
Qaseh Gold Kekanda
Qaseh Gold Adinda
Qaseh Gold Junior
Qaseh Gold Sole
4 jenis Qaseh yang so so sooolaris..

mengapa perlu pilih Qaseh Gold?

Kerana ianya Suci lagi bersih Bersih 
Kerana ianya Halalan Toyyibba
Kerana ianya buatan muslim tempatan yang sangat menitikberatkan soal kebersihan
Kerana ianya adalah Pemakanan Sunnah 
Kerana bahan bahan yang terkandung di dalamnya adalan bahan terpilih dan terbaik
Kerana ianya sumber pelengkap bagi tubuh badan kita
dan..... banyak lagi.. =D









Qaseh Adinda.. adalah untuk para para wanita, anak dara, ibu ibu semua pun boleh mengamalkan Qaseh Gold Adinda...
banyak sungguh khasiatnya... =)








Qaseh Gold Kekanda untuk jejaka jejaka di luar sana yang amat mementingkan kesihatan dalaman
ini lah pemakanan tambahan yang anda semua cari selama ini...
Khasiat yang terkandung dalam satu botol Qaseh Gold Kekanda cukup untuk memenuhi keperluan harian anda.



Qaseh Gold Junior untuk kanak kanak seawal 1 tahun dah  boleh mengamalkannya...
ajari anak anda mengamalkan pemakanan sunnah di usia yang paling muda..
namun, tidak pernah terlewat untuk mencuba sesuatu yang bagus ini.. =)




Jadi, lengkapkan pemakanan anda dengan pengambilan Qaseh Gold ini.
Sekeluarga pun boleh merasai kehebatannya Qaseh Gold.. 
Insya Allah.. dengan izin Allah semuanya..

=)

Thursday, September 25, 2014

SMILE

Assalamualaikum...

Lets smile..
Mari senyum...
Dan sebarkan kegembiraan untuk semua...
Senyumlah dari hati...
Dunia mu berseri. ..


Sunday, September 21, 2014

Tat Keju Beri Biru

Bismillah...
Ianya ialah Blueberry cheese tart...
Wajah cantik ramai tertawan
Mungkin kerana rasanya yg menawan
Namun hati hati semua kawan kawan
Jangan sampai kena sawan..
Astaghfirullah.... itu la akibatnya nk samakan yg belakang... pantun la konon.. maaf jgn ada yg terasa ya..

Sedang buat chese tart ni...
Tempahan dari sahabat..
Lama x kemaskini pasal cheese tart ni..
Boleh la kita kongsi gambar2 si gebu ni..


























Alhamdulillah..
Buat dari hati penuh kasih sayang ni..

Terima kasih..
Setakat ini dahulu..
Ada jiran tekan loceng...
Ni mesti nk kasi makanan..
Hahahaha... penuh harapan je.. huhuhu. .

Wassalam...

Friday, September 19, 2014

Terharu dan terima kasih...

Bismillah...
Terharu je.. bila buka belog tgok ada kawan2 komen
Belog ini masih lagi dikunjungi juga sebenarnya...
Zafira Nabilah... Rohani Hashim.. kak Zakie adalah orang lama yg aku kenali sejak awal aku bergelumang dgn belog... dr dulu hingga kini.. depa sentiasa ada..
Ya Allah... hubungan ini Allah jugalah yg rancang dan atur... syukur..
Ramai lagi kawan2 blog lain yg dari dulu kenal sampai skrg masih ada...
Kak ayu.. mimy, akak KA , bitt , miloais, kakcik, fara, uncle, GB, k munna,k liza, KT... dan ramai lagi.. kenal di belog sampai leh jumpa2 di luar pun ada
Itu la hubungan di belog yg blandaskan keikhlasan pasti berpanjangan. .
Tp diri sendiri tu kena pastikan la.. kena nanya kabo kawan2 juge.. tak reti2  hmm.. hihihi..

Ni nk kongsi resepi..
Kasi kawan2 rasa... famly.. semua ckp sedap plak..
Ishh harap2 betul la.. hehe..

resepi ini terilham kerana, aku kan buat chochip kukiss..lepas tu, ada kukis2 ni raya hari tu yang pecah2 hancur.. lebih.. so fikir2 apa aja yang boleh dibuat nih.. ingat nak buat kek..
tapi dah alang2 hari tu encik abi minta buat puding untuk tetamu datang.. so.. apa lagi.. idea terus datang.. buat puding letak kukis laa.. apa lagi.. heheh3..
eh... ramai plak suka...
syukurr...
Allah campakkan perasaan suka itu ke dalam rasa hati hati mereka..

Nah.. cuba ya...

Ok.. terima kasih pada kawan2 yg sentiasa sudi dtg singgah sini.. =)
datang la sokmo...
(kena update sokmo la jugop wehh... )
U're da best..

Friday, September 12, 2014

Hari Raya 2014 dah lepas...

Bismillah..
Assalamualaikum
Salam Jumaat sahabat sekelian..
Tgok tajuj atas..
Ye laa..
Mana boleh tiada cerita raya 2014 di belog ini..
Dah nak masuk raya korban dah..
Baru mau update kaa.. hehe
Alhamdulillah masih ada kesempatan..

Hari raya tahun ni bersederhana sahaja..
Dapat jumpa kaum keluarga dua2 belah pihak..syukur..
Masih diberi peluang dari Allah untuk menikmati kebahagiaan duniawi... bersama keluarga..

Di kala kita bergembira juga..
Terdapat rakan2 kita yg tidak bernasib baik..
Peperangan di Gaza cukup menyentap sanubari...
Kempen boikot di teruskan walau pun kini peperangan telah dihentikan..
Namun doa perlu diteruskan...

Di kala kita sebak mengenang nasib rakan2 di  Gaza dunia dikejutkan juga dengan berita pesawat Malaysia MH17 yg ditembak jatuh di Ukraine..
Masa tu aku dikejutkan oleh adik untuk persiapan sahur...
Buka tv.. mmg berita itu sedang hangat diperkatakan.. 
Seakan percaya atau tidak..
Pada mulanya aku berfikiran ianya berita yang tidak sahih!
ditembak jatuh??? jauh di negara yang sedang bergolak pulak tu?
mengapa, bagaimana, siapa.. kenapa..??? semua persolan bermain di minda ketika itu..
ya Allah.... sedih...
tidak selesai lagi tragedi HM 370..
timbul berita menggemparkan dan menyayat hati MH17
berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul..
Allah semestinya lebih mengetahui segala galanya..
Ujian buat kita keseluruhannya rakyat Malaysia sebenarnya...
Allah uji kita..
Allah buka mata kita..
Allah beri petunjuk..
suruh kita sedar..
suruh kita bersatu
suruh kita berfikir..
kerana..
Allah sayangkan kita..

In Sya Allah..
sama sama kita buka mata.. buka hati..
Semoga Allah berikan kita kebaikan dunia dan juga akhirat.
Aamiin.

yaaa.. raya aidilfitri dah lama abis... dah nak tiba raya haji dah pun..
=)




Wednesday, July 16, 2014

18 Ramadhan

Assalamualaikum,

Audit diri sebentar, Ramadhan dah hampir ke penghujungnya.
Ya Allah..sudahkah kita semua pergunakan Ramadhan ini sebaik mungkin??
Astaghfirullah...
baiklah..
kalau kita telah terlepas untuk pungut banyak2 pahala untuk 17 hari Ramadhan yang telah berlalu itu..
jom kita mula kan sekarang.. saat ini.. ketika ini.. masih sempat!
pergunakan sisa2 yang tinggal ini untuk lakukan segala kebaikan dan kebajikan.
Lakukan kerana Allah..
Allah.. Allah.. Allah..
tenang sungguh perasaan di Bulan ini..
selesa sungguh nikmati Ramadhan yang berkat ini..
hati terasa lebih dekat denganMu ya Allah..
tidak terbeban.. malah terasa ringan je..bila mulut ini sering dibasahi dengan ayat2 sucimu.. zikrullah..
tatkala ditimpa musibah dan ujian.. hati mudah memujuk diri untuk cepat tenang.. reda.. dan redha..
Allahuakhbar..
nikmat Ramadhan..
bersyukur lah kita semua dapat nikmatinya sekarang...
ayuh!
sama sama kita isi Ramadhan ini dengan segala macam perkara yang disukai Allah..

=)


Monday, June 30, 2014

Ramadhan 2014

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan buat kawan kawan semua...

Di kesempatan ini, saya mengambil kesempatan memohon ampun sekiranya selama ini terdapat kesalahan.. terkasar bahasa atau pernah mengguris hati dan perasaan teman teman semua.

Harap dengan tibanya bulan penuh keberkatan ini dapat kita sama sama membersihkan hati sesama kita, buang yang keruh ambil yang jernih.
Sama sama kita semua melakukan amal sebanyak mungkin di bulan yang telah dijanjikan Allah pahala yang berlipat kali ganda.. Subhanallah!
Ingatan untuk diri sendiri juga yang seringkali terkhilaf.

Semoga Allah panjangkan umur dan berikan kesihatan untu kita melalui sekali lagi Ramadhan yang penuh barakah ini hingga ke hari hari terakhir, In Sya Allah.

Akhir kalam, Salam Ramadhan.. =)




Rohani Hashim.... saya sudah update belog.. awak datang komen ok... hehehehe...

Tuesday, May 6, 2014

Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..
akhirnya dapat juga jari jemari ku ini menari nari lagi di keyboard ini untuk si Mathari ini..
fuhhhhhhh sekian lama...
kau sentiasa dalam ingatanku wahai Mathari...
cumanya jari jemari ni rasa berat amat nak menari2 kat sini...
Alhamdulillahh..
moga moga terhasil satu entri hari ini...

Seingat aku... semuanya bermula dengan telefon pintar..
bilamana aku dapat mengakses medan medan sosial lain yang lebih pantas sekadar petik di jari..
ketika itu pula.. rumitnya nak mengemaskini belog melalui telefon pintar..nak kemaskini melalui komputer pula tidak sempat..
kenal pula dengan instagram.. huhu.. memang hancusss.. tak dapat fokus dengan Mathari...
maaf kan daku...

Selepas ini boleh la pergi jalan jalan jenguk kawan kawan belog.. masih kah ada lagi mereka.. pasti mereka aktif sahaja.. bukan macam aku...
ada juga kawan2 lain yang memang aku ketemu di medan sosial lain seperti Zafira nabilah.. Mimy.. Kak Ayu CR... hanny...Cik Gadis Bunga.. Nadine... ha.. tu je?? hehee....

ok, boleh nak kongsi gambar gambar yang sempat di masukkan dalam instagram... =)
cerita ceritu.. ceritera..









































semoga berjumpa lagi lah kita ya..
mau rajin2 update.. sebab tengok2 ada ramai juga kawan2 yg singgah komen2.. tak berbalas lama sungguh la... huhuhu...

wassalam..

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker