Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, November 30, 2010

Sibuk? Menyibuk atau buat buat Sibuk?

Aku pilih sibuk!

tiada masa untuk menyibuk..!

dan

aku bukan rajin sangat nak buat buat sibuk!

cuma aku betul betul sibuk...

belog belog.... tolong beritahu kawan kawan, nanti aku singgah rumah mereka, sekarang,  'masa' sedang merenung tajam pada ku! hanya memberikan aku beberapa minit untuk melepaskan rindu dendam pada mu belog! nah sekarang dia sudah cemburu!
baik aku segera berhenti, jgn lupa sampai kan salam ku pada kawan2 belog ku yang lain ya! katakan aku rindu... :)

Monday, November 29, 2010

Natrah | Cinta, Perjuangan dan Airmata


*pic: kredit to manggaonline

Memang sudah lama aku nantikan peluang ini!
peluang untuk jejakkan kaki ke Istana Budaya!
Peluang untuk menonton teater!
dari zaman aku sekolah2 dulu lagi aku memang teringin sangat nak tengok teater!
dan
akhirnya peluang itu telah datang semalam!
Syukur,

ok,  cukup cukup dengan keterujaan aku!

~ tickets for 2 ~

~ wah.. saat ini ku menantikan sahaja teater bermula.. dan ada pengunguman kata tak boleh ambil gambar sepanjang persembahan! alaa.. spoil sungguh ler!! ~

Intro dia mula mula memang mengujakan.. pentas bergerak dari belakang ke depan! pentas yang dipenuh bebunga! cantik gila! sekali dengan pengcahayaan yang sangat sesuai.. ala2 biru.. ungu2..
disamping Sofea Jane bermonolog di atas pentas bunga2 yang bergerak itu!

apa yang boleh ku katakan, intronya pun sudah cukup membuatkan aku tidak sabar untuk melihat apakah kelainan yang seterusnya! :)

Perjalanan cerita yang tidak membosankan! tapi ada scene yang mana 3 orang Natrah bermonolog, natrah remaja, natrah belia dan natrah 40 an.. scene dimana mereka bercakap! lama jugak kot, rasa kuyu pula mata masa tu! tapi lepas tu ok balik!

sempat juga aku mengalirkan air mata sebenarnya! shhh...!
tersentuh hati dan jiwa kecilku ini bila menghayati dan memahami jalan cerita Natrah..

 Disamping itu.. sebenarnya..
dalam otak fikiran ku ligat berfikir..
wah.. besar sungguh la sebenarnya belakang tabir mereka ni..
props mereka hebat..
maklumlah, ini pertama kali aku menonton teater,
dengan latar belakang yang berubah ubah.. 
sekejap ke depan, kejap ke belakang..
sekejap dari belah kiri, sekejap dari kanan...
kejap lagi bangunan turung dari atas... pastu naik balik..
di tengah tengah pentas itu juga boleh menenggelamkan orang.. errr.. maksudnya, ada ruang pentas kecil yang boleh masuk ke bawah pentas.. underground..
best kan?
(kata kawanku, nampak pentasnya memang kecil, tapi dibelakangnya, sekelilingnya memang luas sangat, bawah pentas pun luas siap boleh masuk kereta.. ) oooo.....

sound? juga bagus sekali..
lagu dan muzik itulah juga yang memainkan peranan yang penting!
membuatkan penonton dapat menghayati setiap situasi persembahan yang diberikan
aku suka sekali dengan lagu.. "cantiknya si dia"
aku mahu lirik lagu itu!!

pelakon pelakon yang mantap sekali!
Maya Karin sebagai Natrah, dilihat begitu selesa dengan watak itu...
dia dan Remy Ishak, berjaya membawa penonton menghayati perasaan kasih dan sayang mereka...
yang paling best! tika melihat aksi Remy menari! wah! bukan senang tu!
bersemangat sungguh dia! syabass! :D

Sinopsis ringkas Natrah:
Natrah @ Huberdina Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang berusia 5 tahun ketika dia diserahkan oleh ibunya Adeline, kepada Che Aminah, di Indonesia pd tahun 1942. Keadaan ketika itu memaksa Adeline bertindak sebegitu memandangkan suaminya (bapa natrah) telah ditawan tentera Jepun.

Natrah kemudiannya di bawa ke Kemaman terengganu, kampung Che Aminah, dan membesar disana mengikut adat budaya Melayu dan ajaran Islam..dia di ajar mengaji, sembahyang..
kehidupan Natrah sangat bahagia disamping teman teman sekampungnya ,
sehinggalah pada tahun 1949, Natrah ditemui oleh wakil orang British ketika dia membuat persembahan di Sekolah Perempuan Melayu Chukai..
dan,
disinilah bermula lah episod duka Natrah..
~ketika inilah Natrah kantoi dengan omputih tu...membuatkan omputih tu tertanya tanya dan menyiasat latar belakang Natrah~ Pic,kredit to manggaonline


Sekaligus, 
kenaifan Mak Aminah dengan membawa Natrah ke Singapura (atas percaturan yang dirancang oleh pihak Belanda) memerangkap Mak Aminah dan.. memburukkan lagi keadaan.
(Kesian mak Aminah.. sigh...)
perebutan hak penjagaan berlaku antara ibu bapa kandung Natrah dan Mak Aminah..


~sedih je masa nih!.. :-(    *pic: kredit to manggaonline

Disember 1950, mahkamah akhirnya memutuskan Ibubapa kandung Natrah berhak ke atassnya sekaligus berhak menentukan agamanya
Kes menjadi semakin tegang apabila isu agama diperdagangkan..
Berlakunya rusuhan berdarah di Singapura demi untuk membela Natrah yang cuba dikristiankan dan membela Islam yang cuba dihina oleh akhbar propenjajah ketika itu.

tapi 'ending' nya aku tak berapa puas hati sangat, sebab dibiarkan begitu.. tanpa menceritakan bagaimana pula keadaan ibunya setelah sekian lama Natrah di bawa ke sana..
cuma yang ada, suaminya Natrah, Mansur Adabi telah berkahwin lain setelah 4 tahun berlalu..
sedih je Natrah masa tu.. aku pun sedih..
seakan aku dapat merasa perasaan Natrah ketika itu!
Dia menjadi mangsa keadaan..

Pengarah/ penerbit Natrah membiarkan penonton menilai sendiri..dan menjawab sendiri persoalan tentang kematian Natrah.. samada cara Islam kah atau Kristian kah..
dengan membuat 2 adegan di mana.. sebelah kanan ialah Islam- orang sedang bersembahyang berjamaah di dalam masjid,
dan di sebelah kiri ialah Kristian- paderi bersama rahib rahibnya di sebuah gereja, mereka menyeru nyeru Natrah kepada mereka..
dan pintu gerbang ditutup.. Wallahua'lam

(bila dah habis cerita baru boleh ku snap gambar.. skema kan aku? aku menghormati permintaan penganjur..)
~ antara pelakonnya, Pelakon utama; Maya Karin (Natrah), Remy Ishak (Mansur Adabi), Ummi Aida ( Mak Aminah), Aaron (peguam), Ziela Jalil (ibu Mansur), Nabila Huda dan lain lain.. ~

~ Sofia Jane (Natrah usia tua), Susan lankester ( ibu kandung Natrah), Sh Sofia (natrah di usia 40'an) dan lain lain lagi..~
~ dan ini dia pengarah Natrah! Eirma Fatima yang best!! best! best! ~

~ semua pelakon.. ~


~ di pengakhiran.. selesai sudah.. dah abis baru boleh snap gambar..~

Secara keseluruhannya, teater ini tidak menjemukan, kerana setiap adegan  mencetuskan berbagai perasaan yang berbeda, supaya penonton tidak 'boring'.
ala ala teater muzikal pun iya juga! :D

Tahniah untuk semua yang terlibat dalam Natrah!
walaupun terdapat kontroversi antara Pengarah Natrah dan Penerbit Buku Natrah,
itu tidak menghalang penonton untuk datang ke Istana Budaya melihat sendiri teater itu..

Natrah..
dalam dirinya hanya tahu erti kesetiaan, kasih dan sayang..

Sunday, November 28, 2010

Selamat Pengantin Baru Mimy & Megat

Sebelum ku sambung cerita entri di bawah itu, mari ucapkah Tahniah untuk Pengantin Baru, Mimy n Megat!
Selamat menjalani kehidupan sebagai suami isteri ya mimy! 
kawan se syarikat dan teman se blogspot!

Mimy! aku kecewa juga sebab tak sempat nak tunggu kau bersanding beb!
aku perlu bergegas ke tempat lain,
yang sebetulnya perlu menjemput pakcik yang baru pulang dari Mekah, dan Natrah!
tapi apapun! aku tetap datang beb! :)

~suka sangat idea ini! guest book yang perlu di tandatangan oleh setiap pengunjung yang datang! wah.. best best! aku pun ada tinggalkan jejak aku disitu! satu page lagi ko.. hehehe..

~ ini guest booknya! mimy, aku amik kat blog ko gambar ni, minta izin ya! tak sempat nak snap semalam!~

~ masa aku datang, mereka sedang berzanji dan bermunajat.. belakang tu pelaminnya! kerusi besar yang sangat cantik!!~

~ ibu pengantin! mak kau sangat2 la ramah orangnya!! errr.. mak kata ada orang tu pengsan masa lepas akad nikah?? is it true? uppsss! adakah aku telah terbocor rahsia ni beb? huhuhu.. mungkin keletihan menguruskan majlis kot ya mimy?

Ada dapat gift yang best!! ada choclate muffin yang sangat2 ler sedap! aku sebat yang adik aku dan abbi punya! sib baik mereka tak gemar kek kekni... :D ada kerepek pisang yang betul2 sedap juga! tak sia2 kan, dapat juga merasa... dan satu beg mengkuang yang dihias cantik bersama riben! sorry gambar pula tidak sempaat di snap!
nanti ku akan update kembali!

Mana muka pengantin kan? sory aku tak sempat tunggu pengantin, dan surely aku akan singgah ke blog mimy nanti, nantikan gambar yang pastinya da boomm darinya! namun, bawah ini ialah gambar pre weddingnya! mimy! aku tak boleh menahan diri dari mengambil gambar ini dari blog kamu! tolonglah izinkan! nanti tak pasal2 aku kena saman pula weh.. aku tak banyak duit  weh.. hehhehe.. tapi entri ini tidak bermakna tanpa gambar pengantinnya bukan.. :)

~ pre weddingnya.. kalau nak tengok yang lagi best, jgn lupa nanti singgah ke blog mimy pula, mungkin sekarang tengah berhoney moon tak sempat update lagi kot.. ~

again!


"selamat pengantin baru mimy!
Alhamdulillah, syukur pada Allah...
atas ketentuanNya korang berdua akhirnya sah menjadi suami isteri..
Aku doakan moga ikatan perkahwinan kalian terus dirahmati Allah,
dan sentiasa sabar menghadapi karenah masing masing..

tentunya, sekarang ianya tidak akan sama seperti dulu,
untuk Megat, tanggungjawab sekarang  makin bertambah..
dan Mimy, syurgamu kini terletak di telapak kaki suamimu..
sama samalah kalian berdua
saling memahami dan bertolak ansur untuk mengekalkan hubungan..
perlu ada kesetiaan,
perlu ada kepercayaan,
dan
perlu ada pengorbanan.."
:)

“Tidak terlihat di antara dua orang yang saling mencintai
(sesuatu yang sangat menyenangkan) seperti pernikahan.”
(Ibnu Majah).

With Lots of Love...
Kella.

 

Friday, November 26, 2010

Semenjak Dulu Lagi

Arrgghh... 'tention' nya! umur aku dah meningkat ni! tapi calon suami belum ada lagi!
aduhhh... aku taknak nanti di chop anak dara tua!
macamana ni, mana nak carik calon?

Samsul di arkitek tu? ishh 'anak emak' tu, maknya kata nak cari jodoh orang se negeri dan dia tak mahu menantu dari negeri selain negerinya sahaja.
maka hubungan itu setakat di situ sahaja, No heart feeling! tiada cinta.
Ayah bilang " tak payah lah berharap lagi, jika orang pun tak sudi, kita jgn terhegeh hegeh..petunjuk dari Allah..bukan jodoh kamu.."

hmm..

Khairul si jurutera tu?  duda lah pula, aku kenalnya sebagai 'client' syarikat ku.  Dari hari ke hari kelihatan lain benar layanannya pada aku, cara dia melayan pun sangat manis, rupanya baru aku tahu dia seorang duda.. oh.. patutlah...
Ayah seperti tidak berapa berkenan. "fikir masak2 dia tu duda, ada anak satu, nafkah semua kena bagi, tanggungjawab lain masih banyak tu, di kemudian lagi kita tak tahu.."
begitulah bunyi ayah, walaupun dia tak kata direct, tapi aku tahu dia tidak setuju jika aku serius dengan hubungan ini.
dont worry ayah, im not in love with anybody.. im just be friend... :)

Izuwan, engineer Petronas.. hmm... dia seperti aku, berkawan, suka, tapi tidak mahu beri komitmen..
teman tapi mesra, tergantung gantung di awangan.  Tiada cinta.  Cuma suka.

semua kawan kawan aku akan ku kenalkan pada Emak, aku akan ajak mereka datang rumah.  so mereka tahu aku berkawan dgn siapa, kwn2 peerempuan juga begitu..
mereka datang eebagai kawan..
Ya, sebagai kawan,  selama aku berkawan dengan semua lelaki, belum pernah aku 'declare' hubungan itu sebagai hubungan cinta, smuanya hanya teman sahaja.  Tidak mahu komitmen.  Ya, buat apa berkomitmen jika tidak sedia, nanti ada hati yang terluka pula! Sebetulnya tidak berjumpa yang benar-benar aku percaya.  Semuanya tidak memuaskan hati,
ada yang nak pegang pegang? huh sorry, you're out!
ada yang asyik nak pinjam duit, sekali dua boleh la bro.. apa kes asyik pinjam! get lost!
ada yang sikit sikit nak marah, eh.. aku belum apa apa dengan kamu, kamu boleh marah marah sebegitu? ini belum kahwin, kalau dah kahwin? ohh.. tidak sanggup, bye bye ler..

Ishk! aku tidak berjumpa yang betul betul sayang aku, semuanya ada kes tersendiri.
pernah aku buat buat terima, namun sepanjang itu aku merasa berat hati, tak tenang, dan bila dilepaskan rasa lega pula!
hmm.. orang kata aku terlalu memilih.  Ya, memang betullah kita kena memilih, takkan kot nak main rembat sahaja di tepi tepi jalan buat suami?  Kahwin bukan perkara main main, ini ialah perhitungan sepanjang hidup..

tiba tiba " always there when u call, always on time, give u my (all)..baby be mine.." jarule menyanyi nyanyi lagu 'always on time' di telefon bimbit ku! lamunanku terus terhenti di situ.

"Assalamualaikum, ganggu ke ni, aku ni Amy?"
"haah,ko... ko mmg suka ganggu aku kan?"
"sorry la.. saje je nak test nombor ni, kot kot masih guna atau tidak.."
" hehe aku masih guna, kau macamana sekarang ni? kerja mcmana? lama giler tak dengar citer ko kan"
"biasa je, weh, esok aku nak driving test, untuk kali ke 2 ni weh, ko doakan aku ya? aku nak kerja kat kl ni kena ada lesen."
"wooh.. ok ok aku doakan untuk kau nanti ya, insyaAllah lepas tu..."
" ko dah kawin ke?"
" aku? belum lagi.. kau? dah ada girlfren dah?"
" err.. belum lagi.."
" hmm aku pun belum weh, ntahla.."
" eh, aku ada cadangan, apa kata kalau la umur kita dah sampai 30 tahun, dan masing2 belum kahwin, belum ada teman, kita kawin je berdua nak?"
" hahahaha.... yelah tu kau.. hahahahaha ok, ok , boleh2.. ala.. tapi ko mesti ada awek punya nanti.."
" ok kita tengok, aku kol ko lagi nanti k!"
" ok chow"

itulah dia Amy, seorang kawan baik dari universiti dulu! dia pernah meluahkan rasa hati pada aku lepas habis belajar dulu! terkejut beruk masa tu, tapi aku tak boleh terima dia, 'cannot go' masa tu, sebab aku anggap dia kawan je..tidak boleh nak lepas lebih dari itu..yang sebetulnya aku tak mahu berkomitmen.
lagipun dia jauh, lepas belajar, dia balik ke hulu aku ke hilir... jarak kami jauh, dan aku tidak percaya dengan cinta jarak jauh...

si Amy ni selalu je 'call' aku, tapi aku tak save no dia, kenal nombornya yang angka 012 5 tu je kat depan, dia sorang je. Dia ada gak sms/kol.. dah dapat keja baru la, nak amik lesen la, gagal test la, selamat buka posa la, selamat hari raya la..  kadangkala tu , dia 'call' masa aku tengah minum/makan bersama kawan2 lelaki, selalu mcm tu, kebetulan agaknya, bila aku keluar dengan kawan lelaki, mesti aku akan terima panggilan telefon darinya, yang hanya ingin bertanyakan khabarku..
dan kawan2 lelaki tu pula wajib akan bertanya siapa? lalu aku memberitahu .. namanya Amy, kawan baik aku masa di universiti dulu, tak perlu cemburu, dia hanya kawan biasa... dan seringkali juga aku akan mencerikan perihal Amy ni pada mereka dalam sedar tak sedar! dan kadangkala menimbulkan rasa cemburu pula! la... aku dan Amy kawan baik ma.. dia jauh di sana dan aku di sini, hanya telefon menghubungkan kami.. lama dah tak jumpa... itu pun nak jeles? ish.. ish.. ish..

**********************************

masa berlalu, aku sibuk dengan kerja.. dan pergaulan rakan2 adalah seperti biasa. Status? masih solo, namun sedang berkawan juga.. aku sebenarnya ramai kawan lelaki, tapi sekadar kawan.
sedar tak sedar dah setahun pun berlalu..
aku makin merasakan diri ini semakin tua, dek kerana seorang demi seorang kawan kawan ku telah melangkah ke alam perkahwinan..

"isk! betul betul tak boleh jadi ni ' bentak hati ku!
rasa macam 'desperate' sangat ni!
wahh... tak laku sangat ke aku ni!!

tetiba fikiranku mencatur kembali senarai senarai calon yang ada! uh.. semunya tidak sesuai!
tiba tiba aku teringatkan seseorang!
Amy? entah dari mana munculnya namanya? dia sebetulnya tidak pernah tersenarai dalam list aku...
eh, lama benar tak dengar khabar dia! ohh... betullah,... aku dah tukar no phone! mestilah dia tak tahu..
emel emel darinya pun dah tak kelihatan lagi.. walaupun aku sebenarnya tak pernah peduli tentang emel emelnya itu! (teruknya aku nih!)
entah entah dia dah kahwin kot sekarang, tu yang senyap tu..
huh, tak boleh jadi ni.. mesti nak cari no telefon dia la!
mula la aku selongkar sana selongkar sini, mencari no telefon si Amy, minta minta lah jumpa..
cari punya cari terjumpa di dalam satu buku nota kecil zaman belajar dulu!
huh, minta mintalah dia tak tukar nombor! minta minta laaa......
aku terus mendail nombornya... dan,
seseorang mengangkat!
"hello?"
"hello boleh cakap ngan Amy?"
"ya saya siapa ni?" balasnya

" weh ... aku ni la!! As!" tetiba teruja pula

" laaaa... As ke??" nampak sangat keterkejutannya itu! dan dia menyambung..
" weh.. lama aku carik ko, aku kol no yg biasa tu tak dapat, jenuh dah mencari! aku ingat dah tak dapat contact kau lagi!"

" haa.. aku dah tukar nombor la Amy, sorry la aku lupa nak kasi tau.."

" lupa? dah lama pun weh.. ye lah ko bukan nak ingat kat aku , siapa lah aku ni.." nadanya rendah..

" sorry lah, nasib baik sangat kau masih pakai nombor ini kan? ha.. ko kata tadi kau mencari aku? kenapa?"

jeng jeng jeng.. adakah untuk memaklumkan yang dia telah berkahwin? ataupun sedang bertunang? ataupun akan melansungkan perkahwinan?
nantikan episod seterunya.. :)

Alhamdulillah di Malam Jumaat

Alhamdulillah..
semalam malam Jumaat,
kami buat Majlis doa selamat..
sebetulkan masa mula2 masuk rumah baru ni dulu, tak pernah buat kenduri kesyukuran doa selamat pun lagi, dan kebetulan atok datang KL ke rumah makcik, tujuannya untuk menyambut pakcik kami yang baru pulang dari mengerjakan Haji, jadinya kami ambil kesempatan, pinjam atuk untuk tujuan majlis ini.
Mendanya tak dirancang, jadi, semalam balik kerja awal sikit untuk sediakan apa apa yang patut! wa sorang je beb... nasib baik sempat! Alhamdulillah..

alah, panggilnya tak ramai pun, orang2 surau, dan makanan juga ala kadar aje, mana sempat disediakan aje,
menu ialah, beehon goreng dengan keropok, rendang dengan lemang ( ini nenek yang buat, lemang bakar kat kl tau.. caya lah!) pastu ada agar agar dan puding kastad kuah koktel..
itu aje yang mampu ku sediakan, ingat nak buat pulut, tapi mereka dah bawa lemang.. ok ler..
gambar memang tak sempat nak snap.. tuan rumah sibuk! tak tercapai kamera nya dalam bilik! hehe..

Alhamdulillah..
bila dah lepas buat doa selamat ni, lega la sikit..
Berkat Jumaat.

Thursday, November 25, 2010

Apa pendapat anda pula?

Tadi, aku temui seorang kawan lama!
kami berborak melalui telefon,
lama juga.
aku pun ada menyebut tentang  blog yang kupunya ini..
dan dia meminta linknya.. katanya boleh dia jenguk2 nanti..

tak berapa lama selepas itu, dia menefon kembali.
gelak kecil..
katanya.. belog aku ni simple sangat! ada ke latar belakang putih je?
orang letaklah kaler kaler..letak gambar2 ke.. kasi letopss sikit..
katanya lagi.. style belog aku old fashion!
tak uptodate..
lagi katanya..orang kalau nak berbelog kena pandai dari segala segi, bukan pakai hentam kromo.. katanya nampak sangat yang aku tak fikirkan tentang kualiti sesebuah blog kan?

errr... aku dah tak tahu nak cakap camana..
yelah kot, kataku.. heheh..
Efa (nama samaran, ;p ), aku rimas la weh dengan kaler2 lip lap liplap mcm belog ko weh..
belog aku ialah cuma belog personal shaja, bukan mcm belog kau yang cerita ceritu hot..hiburan sensasi.. hehehe.. belog dia memang kelihatanya cantik, yelah lagipun dia tak guna blogspot dah, ada domain sendiri.. :)
takpe la weh.. ok ok, nanti aku nak tanya kawan2 yang sudi singgah sini ni..

apa pendapat korang tentang belog aku yang kudus ini..
sila la bagi pendapat, kot2 kot mana2  yang perlu di ubah, di upgrade, di alihbahasa ke.
wah.. teringin nak dengar komen2 korang tentang belog aku nih! aku terima dengan rendah diri.. :)

aduiyaaiii.. berdebar debar pula! seriuss..!

Wednesday, November 24, 2010

Gambar di Petang ini: Bunga Taik Ayam ke ni?

Terima kasih, ada yang klik klik la tu.. :)

sana sini orang dok riuh tentang nuffnang diorang..
sana sini orang bergumbira tentang pendapatang nuffnang diorang..
hehe.. teruja mendengar cerita-cerita gembira mereka!
lantas aku pun saja nak check nuffnang aku tadi!
sebenarnya memang malas nak check pun, tak harap sangat sebab memang tahu, last aku tengok minggu lepas, tak berganjak2 pun dari... errr... nak tahu ke? err. dari RM 6 hengget! hahahaha.. sila lah ketawa berdekah dekah... saya tak kesah.. aiman pun tak kesah..

pastu! tadi! aku check le semula, sebab aku sebenarnya baru faham apa itu BE melalui blog seorang rakan ni, so aku pun buka la kan..nak tengok2.. nak faham2..
terkejut pula!! angka telah berubah maa! ohh! apakah?!!
haaa... jgn terkejut sangat tuan puan, angka berubah tidaklah banyak ketaranya..cuma tambah lagi RM 6 je..haa.. korang tambah le sendiri.. ;p

tapi bagi aku ni terkejut gak le kan.. lama dah dok kat 6 je..
hehe.. aku pun sekali sekala je jumpa ada iklan kat dalam blog aku.. kengkadang tu aku perasan tetengah malam baru ado.. huhuh..
tak kesahla, sebab aku pun tak mengikut tips2 untuk meningkatkan jumlah nuff tu..
entri pun kejap ada kejap takda..
ntah entri pula merapu rapu.. hiihi
camana nak naik ye tak?

so kesimpulan aku buat kat sini.. ada lah tu orang datang blog aku nih time iklan tu kuar.. ada lah tu orang yang klik klik kat situ ek... hehehe.. terima kasih diucapkan pd sudi klik2 ya..! korang buat mata aku bersinar sinar..

yang penting terima kasih untuk semua yang sudi sokong selama ini..
sudi komen2 ke blog picisan aku nih..
sekarang kawan2 dah bertambah derr...
kalau korang tengok aku dah start blogging dari 2008, tapi masa tu kawan2 pejabat je, sebab konon2 privasi punya blog la kan...
lama gak aku begitu..
aku jengah gak blog2 lain... tapi gitu2 je.. tak menaruh minat untuk melebarkan sayap..hehe..
tapi awal tahun ni,! tetiba rasa mcam best pulak bila ada orang walaupun sorang dua aje yang komen! mcm best je dapat komen ...haha

so tetiba rasa cam nak kawan kawan lah pula! cari kawan!
so aku tengok tips2 blogger otai.. camana kita nak tarik orang..
rata2 awal permulaannya memang aku yang menyapa orang dulu.. seterusnya di 'follow' dan mereka membalas kunjungan..  turut 'follow'.. dan membalas balas komen...
yelah tidak salah kita merendah diri kan.. kalau nak kawan dengan orang.. kalau nak dapat ilmu dari orang.. haruslah kita merendah diri, harus ikhlas.. harus telus.. berfikiran terbuka.. baru lemak berkrim disukai ramai! ;)
dan sehinggalah sekarang ni! :)
dan bila dah ada kawan2 tu, mantapkanlah lagi entri untuk dipersembahhkan pd kawan2 yg sudi jenguk kan..

aku bangga punya teman2 alam maya seperti kamu semua! :D
berbanggalah dengan diri kamu sendiri kerana ada orang di luar ini sangat2 menghargai kamu... :)
sungguh! (adakah aku kelihatan amat poyo sekali?)

cheers to all...

:D

(aku nak upload gamba kat sini tapi tak lepas2! post je la..)

Selamat Pengantin Baru- Wae dan Ati

Hujung minggu lalu kami berkampung di Teluk Panglima Garang...
Meraikan Pengantin Baru.. Sepupu belah abbi..
dah lepas pun, tapi baru boleh nak cerita.. :)

~cantik kan pelamin mereka.... dan mereka berdua pun sangat secocok... ~
Selamat Pengantin Baru untuk Wae dan Atie..
semoga aman dan tenang melayari bahtera kehidupan sebagai suami Isteri...


~ pengantin baru dengan pengantin lama.. ~


Tuesday, November 23, 2010

Ditarik balik, harap maaf

entri sebelum ini telah ditarik semula
atas nasihat penasihat blog tetap saya, abbi..
baik boss!!

katanya, biarkan aku sendiri dengan perasaan tidak mengerti itu..
biarkan.. tak perlu dikongsi.. ianya tak perlu..
blog ini kalau boleh jangan diisi dengan cerita2 orang lain, yang menyebabkan ada segelintir manusia diluar sana tersentuh hatinya..
nanti akan mengundang kedukaan..
maka.. dibuang sahaja!

biar malu dahulu, dari malu kemudian..

"Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman"

" ha tu! dia nyanyi miming kata malu?, tapi macam tak m........"
"shhhh!!!! dah dah,"
"haitt! yess boss!"

Terima kasih..

***********************************************************

eh, ingat tn hj tak? bos baru ku dulu! petang tadi dia singgah ofis la..!
panjang umur dia kan? baru pagi tadi dok sebut namanya dalam blog ni.. kat sini..
pastu, tadi pun aku tolong buatkan nescafe lagi untuknya.. hehhee..

tn hj ada mesyuarat kat HQ esok, so hari ini dia dah sampai sini.. saja singgah opis..

gembira melihat tn hj, yang dah makin berisi.. katanya pagi dia makan, tengahari pun, petang pun, malam pun, supper pun! maklumlah.. air tangan si isteri.. lama dah tak merasa begitu kan.. dulu2 hujung minggu je dapat jumpa keluarga.. sekarang Alhamdulillah.. dapat kerja kat kg sendiri.. tak perlu berulang alik lagi..
kita tumpang gembira.. :)

Minggu depan kata tn hj dia datang lagi.. ada meeting lagi.. huhuhu..

Labu Masak Lemak

Salam..
dah lama dah sebenarnya aku  mendapat permintaan dari abbi.. minta  aku  masak lemak labu!
OMG! aku tak pernah buat pun ni.. family aku pun kureng makan labu2 ni,
aku mantain cool sahaja dan tekad untuk mencuba membuatnya!
sebab aku tahu kat mana nak carik resepi masak lemak labu ni!
tak lain tak bukan, kat blog Cik Mat Gebu! syukur sangat sebab dalam blognya tu ada resepi ni!
Cik mat Gebu, kita minta untuk siarkan resepinya di sini ya!

~ini hasilnya...~

so Jumaat lepas aku buat ni! boleh tengok resepi kat bawah ni , copy dari blog Cik Mat Gebu!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji labu sederhana besar
1 cekak pucuk manis
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan (aku takda udang kering, maka ku gantikan dengan ikan bilis, ditumbuk)
700 ml santan cair (santan semuanya aku agak2 je)
250 ml pati santan
1/4 camca teh serbuk kunyit
2 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, dihiris
3 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Kupas labu, kerat, asingkan bijinya, potong dadu besar2 labu tadi. Pucuk manis diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. Udang kering ditumbuk kasar. Ketepikan.
2.Dalam periuk, masukkan labu, bawang besar, bawang putih, serai dan udang kering. Tuang santan cair dan jerang atas api hingga mendidih.
3.Masukkan serbuk kunyit dan daun pucuk manis (nak sedap, ramas daun tu sebelum dimasukkan dalam periuk), gaul rata dan biar mendidih.
4.Masukkan pati santan dan tambah secubit gula serta garam secukup rasa. Biar mendidih perlahan hingga labu empuk dan pucuk manis lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidang

Terima kasih sekali lagi untuk Pemilik Dapur Tanpa Sempadan.. CMG! resepi2 mu sungguh mengancam! jom la ramai2 jengah blognya untuk apa apa jenis resepi!

Teh Tarik VS Nescafe!

Tadi buat pertama kalinya aku tolong bos baru buatkan air untuknya!
sebenarnya aku yang gatai mulut bertanyakan padanya! nak minum apa?
ingatkan dia takda gamak nak suruh aku kot...

tapi dia terus cakap...

" boleh buat saya teh tarik tak?"

hah? erk! biar betul ni, teh tarik?
" teh susu la tu kan?" aku buat2 tanya pulak..

"ialah tu.. tapi saya nak teh tarik! pandai ke buat?"

huisshhh tak pernah dibuat2 aku teh tarik nih! errk tapi aku angguk2 slow.. tanda..boleh la..

hmmm teringat pulak kat bos lama aku! tn hj!
tn hj suka minum nescafe!
nak minum nescafe yang aku buatkan saja!
hmm.. mula2 tu aku ingatkan dia saja nak amik ati aku kot..
tapi selalu sangat dia dok suruh pun!
katanya nescafe aku buat sedap....
huhuhu.. malu ai! (cheeee...)

ada sekali tu, tn hj minta buatkan nescafe untuknya, tapi aku lambat sikit buat, dan kebetulan masa tu, ada teman lain yang buat nescafe lebih, lantas aku terusla offer kat tn hj, haa... ada nescafe lebih boleh la ambilkan sikit untuk tn hj!
tapi dia takmau.. kami bertegas untuk ambilkan untuknya.. tapi dia bertegas juga tak mahu.. takpe..takpe katanya, dia tak mahu minum... hmm... akur sahajalah...
Namun, 10 minit lepas tu, dia suruh aku buatkan nescafe untuknya!
dia kata, dia tak mahu nescafe tadi.. nak yang aku buatkan..
hohoho... aku tersipu sipu aje..! (wek)

masa last dia nak pindah pun dia minta aku buatkan nescafe untuk kali terakhir la..
hmmmm....






























so! balik citer bos baru tadi!
aku buatkan aje teh tarik! tarik punya tarik la...hinggalah dia berbuih buih... uhhhh...
























tak pernah2 aku buat teh tarik..

hmmm... bos lama nescafe.. bos baru teh tarik pulak...

memang jelas ketara perbezaannya!
dan jelas nyata memang cara mereka berdua bekerja sangat berbeza!
banyak bezanya oii...

bukan apa, cuma dah terbiasa dengan yang lama..

Nescafe vs Teh tarik?
hmmm bagi aku masing masing punya kelebihan tersendiri..

korang layan nescafe ke teh tarik? :)

Monday, November 22, 2010

Mari Menonton Wayang di Rumah!!

huhuhu..
korang pernah tengok wayang kat rumah tak?
minggu lalu kami melayan dvd  melalui tayangan wayang gambar!
hehehe...
yang sebetulnya, kami pakai 'projector' je!
tapi memang sangat layan sey..
puas hati je..
bagai menonton wayang 'gold ticket' je.. special for two! hehe.. bayar mahal ni..
tapi dalam bilik kami je... :D


macam LCD screen pun ada kalau kecikkan camnie... (maklumlah kami tiada LCD screen yg besar besar mcm kbyakkan orang pakai sekarang..)
ini masa kami layan cerita Stephen Chow Sin Chee...'legend of the dragon'

best best! nanti nak buat lagi!

korang pernah buat camni tak?

My Minute Survey from Fiverul (mata hati)

Terima kasih untuk matahati sebab tag kat mathari.. :)

Instruction : Once you are tagged, answer all the questions honestly. No lying or cheating.
Starting time : 1141

Name : panggil kella... ya!
Brother(s) : 2
Eye colour : brown Black
Shoe size : 7
Hair : straigh long hair
Piercings : yup
Height : 167cm^^
What are you wearing right now : hijab, blouse and long pants
Where do you live : Kuala Lumpur
Favourite number : 7
Favourite drink : sky juice
Favourite month : Augusto
Favourite breakfast : nasi goreng, nasi berlauk/kerabu, nasi lemak sambal ikan aye..

-Have you ever-
Broken a bone : nope
Been in a police car : nope
Fallen for a friend : yup
Fallen for a guy/girl in a short period of time : nope
Swam in the ocean : yes
Fallen asleep in school : yes
Broken someone's heart : he said so! so... yes la..
Cried when someone died : yes
Sat by the phone all night waiting for someone to call : yes
Saved e-mails : yes
Been cheated on : a few times

-What-
Your room look like : a hotel .. ;p
What is right beside you : my calendar
What is the last thing you ate : Biskut cicah air milo..

-Ever Had-
Chicken pox : yup,when i was 11 years old
Sore throat : yup
Stitches :nope
Broken nose : nope

-Do You-
Believe in love at first sight : well.... ..er.. yeah..
Like picnics? : yezzaa..

-Who-
Who did you last yell at? : a taxi driver?
Who was the last person you danced with? : my abbi.. :)
Who last made you smile? : my abbi..

-Final Questions-
What are you listening to right now? : maher zain.. InsyaAllah..
What did you do today? : boss is not around, so im blogwalking rite now..! ;p
Are you the oldest? : yup
Indoors or outdoors? : outdoors of coz..

-Today did you-
Talk to someone you like? : yes... my abbi..
Kiss anyone? : yes... my abbi.. :*)
Sing? : yes... when u believe-mariah carey..
Talk to an ex? : not at all... err.. do i have??! ;p
Miss someone ? : yup... every time..
Eat? : yup biskut kering je!! lapar nihh!! tolong laa...

-Last person who-
You talked to on the phone? : my papa..
Made you cry? : last nite on cerekarama 'Masyitah'
Went to the movies with? : my abbi... last 6th month ago..
You went to the mall with? : FIL
Who cheered you up? : today? my abbi, my collegue n blogger yg tinggalkan komen! :D

-Have you-
Been to Mexico? : nope
Been to USA? : not al all..

-Random-
Have a crush on someone? : yup
What books are you reading right now? : Solusi n Rapi
Best feeling in the world? : love of course..
Future kids name? : Dhia Sofea, Chempaka Alesya.., Johan , (belum ada anak.. ini cuma yg terlintas saja.. hehe)
Do you sleep with a stuffed animal? : nope
What's under your bed? : nothing
Favourite sport(s) : badminton, swimming,bowling..
Favourite place : tempat2 sejuk.. cam cameroon highlands.. dan pulau pulau...
Who do you really hate? : mouse (same with fivefrul!! heheh... i hate rat so much!!)
Do you have a job? : yes
What time is it now? : 1201

p/s : With however long it took you to complete this, post as "My _ Minutes Survey" and tag 15 people

Ok, maka dengan ini mangsa mangsanya ialah...

Siti Rohayu
Lyamamaasya
Mimylicious
Nadine
kak Mas
Maksu
Lynn Hamzah
Mama izya
CikguIsza
Nabilah
ArdiniHumaira
my little diary
Ammieynna
kak zakie
kazaztan team

hehe.. jawab jgn tak jawab.. bernasib baik ler sape tak kena tu.. next time kita tengok sapa yang kena pula.. hoho..

Ucaplah..

Ucaplah.. terima kasih..
tanda kita merendah diri.. tanda kita menghargai...

kalau sekali kita berterima kasih...
tidak pula akan menjadi rendah darjat kita!
sedikit pun tidak!
malah.. kita telah berjaya mengangkat martabat kita..
kita berjaya menceriakan seseorang..
kita berjaya menggembirakan seseorang..
kita berjaya menaikkan semangat seseorang..
tak rugi pun!

Ucaplah.. perkataan maaf..
bila melakukan salah atau melukakan hati seseorang..
tidak perlu bimbang..
dengan meminta maaf, tidak akan sedikitpun terjejas martabat seseorang itu..
malah.. kita akan dihormati dan diterima oleh orang sekeliling dengan hati yang terbuka..InsyaAllah..
dan,
ianya bisa melembutkan hati seseorang..
bisa menenangkan hati dan perasaan yang amarah..
bisa memulihkan perhubungan...
tak rugi pun!

marilah kita mengucapkan 2 'magic word' ini dalam seharian hidup kita...
hargailah orang lain..sebagaimana kita inginkan orang lain juga menghargai kita..

again,

what you give you get back..

*********************************************

terimalah pantun ini dariku..

Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi

Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati

cheerss... :)

iringjeling: ini ialah morning talk yg dikongsi bersama di pagi hari ini.. :) semoga mendapat manfaat darinya.. :)

Friday, November 19, 2010

Warna Warni Pasar Siti Khatijah



“ ha.. mari dik.. nok gapo tu..”

“ eh telo penyu pun ade lah..” bisik gadis itu kepada temannya..

“ ho.. ado belako.. nok gapo ada belako..telur penyu ado, telur itik ado.. telur aye ado... nok gapo mek.."
eh... dengar pulak akak tu..kita berbisik..getus hati gadis itu.. :p

" hmmm makcik, kasi lada hijau ni 5 ringgit"

" limo riya? ho..buleh.. go lain toksey ko.. ike bilis ni segar ni, hok baru sapa.. ubi stelo ni pun hok baru ni.. manih ni ubi ni.. toksey tra..?

"ho.. ado belako deh mokcik.." hehe.. tetiba tukar slang plak

" ho ado belako lah.. nak sayur ko , buoh ko.. ado belako.. ni nise ni hok baru jugok ni! nise kapung ni, sedak sungguh tok nawok, sakni baru kak jua dio amik 2 supik ni" sambil menunjukkan manisan di dalam plastik tu..

" ho sayo meme dengar nise kampung sedak"

" meme lah mek weh.. kalu wak gulla ko..masok tumis ko..bubuh siket, kalo wak bubur ko.. buh nise ni gak.. tok ingat gapo lah.. nok ko? amik hok kecik la.. tra.. kalu sedap mari beli lagi.."

" hehe.. buleh la .. hok kecik jah.."

" ho buleh.......... .... budu budu toksey ko dik, budu cap ni sedap jugok ni!"

"takpolah kak.. budu ado doh dumoh.. beli banyok ritu.. tok abis lagi.."

" ho takpolah.. go go lain kot2 nok gapo gapo lagi ko... "

tetiba teman si gadis ni menegur lah makcik ni, dah dia dok leka melihat gadis itu berspeaking slang begitu.. dia pun menyampuk la...

"kat sini semua ore betina yang berniaga ya makcik!"

erk!!?? gadis dan makcik itu melihat pada temannya itu serentak! sambil si gadis membulatkan mata dan makcik tu melihat tak cakap apa!

lantas si gadis menepuk lengan temannya itu sambil berbisik!
" eh... orang tak panggil betina lah! agak agak la weh..!"

" hah? setahu i memang org sini panggil pompuan 'tino' tu, bukan betina ke?"
berbisik!

makcik itu mendengar mereka berbisik lalu mencelah sambil tersenyum,
" ho lah meme di sini panggil tino ko orang perempuan, tu asal dari perkataan betina.. tapi orang takda lah panggil betina pun.. singkat 'ttino' ja.. kalo sebut betina lain macam pulak bunyi nya! " makcik tu tetiba terkeluar sikit2 bahasa baku pulak! ;p

" ohh.. maaf ya makcik saya tak tahu sangat, saya nak cuba kecek klate je.."

" haah, maaf cik.. kawan saya ni memang bukan ore sini, jadi dia tak tahu sangat.."

" ho takpo lah, fahe doh... doh... ado nok gapo lagi ko? sayur2 segar ni toksey?

" hmm cukup lah tu cik, berapa ringgit?"

" lape riya jah sumo.. takpolah wi tujuh riya jah cukup.."

" oh.. ok terima kasih ya makcik..

" ho, mokcik jual deh.."

" ya beli ya makcik.."

berlalu sambil tersenyum.. :)

" errrr.. ngapa dia panggil u mek? mek bukan untuk orang tua ke? u panggil nenek u pun mek kan?"
teman pada si gadis itu kemudian bersuara..

dan si gadis tu melihat pada temannya dengan hujung mata sambil mengetap bibirnya yang munggil itu..

" hu.. takpe nanti dalam keta i citer lagi ngan u k! sekarang jom pegi cari akok...! "

dan mereka pun berlalu pergilah berdua.. mencari si akok yang sedap dan tersohor itu..

:)

Thursday, November 18, 2010

Crunchie!

saya sedang ber'crunchie' sekarang!
sejak saya dikenalkan dengannya, saya terus menjadi ketagihan dengannya!
ini semua gara gara seorang wanita yang sukarela membelanja crunchie pada saya  ketika saya jatuh pengsan tempoh hari...
tiada tenaga ketika itu.. lantas dia memberiku ini!
dan sejak itu aku terus terikat dengan crunchie!

hahaha.. macam sesi membodek  cadbury crunchie je?
heheh.. kalo tokey crunchie tengok, kot la boleh dapat free berkaton katon!
hehehe...
bukan..ini bukan iklan cadbury crunchi ya..

~stok crunchie yg baru.. mkn sikit2 je, takleh byk2 nanti sakit gigi... ~
~lepas makan coklat mesti gosok gigi tau! pesanan ikhlas dari saya!~

Saya Datang ni..nak bercerita kat sini.. :)

Assalamualaikum,

tak tahu nak tulis tajuk apa sebenarnya!
hehe..

so? hari ni dah kembali bekerja.. setelah sehari berhari raya AidilAdha..
macamana dengan sambutan korang?
semestinya disambut dengan gembira kan..
ada yang mabuk lemang, rendang ke? atau mabuk daging?
hehe sebab kat opis ni dok ada kakak2 aku yang tengah berangin je perut.. pening kepala dek penangan makan2 di hari raya semalam..

untuk pengetahuan korang, tahun ini adalah kali pertama kami tak balik kampung! beraya di KL je! huh!
mula2 tu tak rasa apa, tapi tetiba bila dengar laungan takbir..
tetiba terasa..
teringat..
rindu..
:)hmmmm

tapi kan tak boleh sedih2.. ingat pengorbanan nabi Ibrahim a.s. hati kita akan jadi kuat! :)

Pagi raya bila solat raya AidilAdha.. tengok ramai jugak orang turun solat..
uii ramai jugak ler yang tak balik kampung! heheh... takda la sunyi sangat pun.. jiran tetangga ramai..

so! hari raya masak apa kella oiiii!
semalam sangat sibuk ler main masak2 kat dapur.. sehari sebelum raya dah berasap2 dapur sampai ke tengah malam!
malam tu buat Chocolat Moist Cake, buat puding Karamel, dan buat kuah kacang makan dengan nasi himpit!
Pastu awal pagi siapkan Nasi Ayam je..
so itu sahaja lah menu yg sempat aku buat pertama kali beraya kat kl nih.. huhu.. mestiler kena buat kan, kalo tak kami nak makan ape..
mula2 plan taknak masak gak, sebab ada sedara mara yg tak balik kampung dan sahabat handai yg jemput kerumah mereka.. ingat nak bertandang rumah makcik je..
b ada kata, tak payah la masak.. nanti mesti byk mknan punya!
tapi tak best la kan..
sekurang kurangnya bila bertandang rumah mereka adalah buah tangan masakan ku untuk mereka..

memang betul pun kata b,
aku pergi rumah makcik2 bawa makanan.. balik pula, bawa balik makanan juga! pergi rumah orang tu bagi sikit.. pergi rumah orang ni bagi sikit..
uihh.. sudahnya memang mcm2 ada..

ini macam situasi balas membalas lah ni.. tradisi dulu2 aku ingat lagi..
kalau dulu, mama selalu gak bila buat makan akan beri jiran2 terdekat rasa.. sepinggan sorang.. selalunya aku dan adik2lah tukang menghantarnya!
dan mereka juga akan membalasnya, paling2 pun kalau takda apa2 , buah atau biskut pun mereka balas, ada tu mama minta pinggan balik, tak payahla balas apa2, tapi dia minta simpan dulu pinggan tu esok lusa baru nak pulang! hisshh.. mama kata takpe la tak perlu la.. yang kawan ni berkeras juga taknak pulangkan, dia nak pulangkan nanti, kira nak balas dengan sesuatulah...
hisshh.. dah sudah macam berebut pinggan pula..! hehehe
(adus.. aku melalut2 panjang pulak!)

apapun semuanya..rezeki..
rezeki.. rezeki... Alhamdulillah..
dan dapat la juga merasa daging korban.. Alhamdulillah..

kawasan rumah aku ni pula, hari sabtu ni baru buat korban..
lambat sikit la dapat merasa..

hari ni pula kat ofis..
pakat ramai2 bawak makanan yang lebih2 semalam (yg masih elok la..)
menjamu di sini pula! ramai gak geng2 yang tak balik kampung.. cuti seharilah katakan..
so kami ada..
sate, nasi himpit kuah kacang, rendang daging, rendang ayam, lemang pulut dan leman pulut hitam..,kari daging
itu semua dah cukup menghidupkan suasana.. :)

ni baru pas makan ler ni!
burrrpp! Alhamdulillah..

kenyang..

korang punya cerita macamana pula? ada cerita best untuk dikongsi?
mesti la adakan..
kalau nak tahu, mesti kena jenguk korang punya blog kan? hahahahaha...


~baru je upload gambar ni, saja nak tunjuk yg kita beraya kat KL tahun ni..
 agak terlewat namun tetap ucapkan juga kepada kamu semuanya :) ~

Tuesday, November 16, 2010

|Falsafah Korban: Cinta Allah Mengatasi Cinta Makhluk | Salam AidilAdha 1431H

Mari hayati erti korban sebenar.. Tingkatkan pengorbanan, suburkan keikhlasan..

Rentetan daripada peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dengan anaknya, amalan ibadah korban telah menjadi sebahagian daripada syariat Allah s.w.t. yang dituntut terhadap umat Islam untuk melaksanakannya. Nabi s.a.w. menjelaskan lagi syariat tersebut dalam sebuah hadis yang bermaksud:

Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata:
Suatu hari sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya:
"Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?''
Jawab Rasulullah:
"Ia adalah sunah bapa kamu, Ibrahim.''
Mereka berkata:
"Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?''
Rasulullah menjawab:
"Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.''
Mereka berkata:
"Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?''
Rasulullah s.a.w. menjawab:
"Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.''
(Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)

Terdapat dua dimensi pengorbanan yang boleh dijadikan iktibar untuk renungan kita bersama. Pertama, pengorbanan seorang ayah yang begitu lama menantikan seorang anak, kemudian apabila sudah memilikinya terpaksa pula mengorbankan perasaan cinta dan kasih tersebut, demi kepatuhan dan keredhaannya terhadap perintah Allah Taala.
Kedua, ketaatan dan keyakinan penuh Nabi Ismail terhadap pengorbanan yang dituntut oleh ayahnya untuk dilakukan. Sebagai seorang anak, baginda sanggup pula mengorbankan kasihnya kepada ibu dan ayahnya dan zaman keseronokan remajanya, malah ke tahap sanggup mengorbankan nyawanya sendiri, semata-mata kerana ketaatan baginda terhadap perintah Allah s.w.t. dan perintah seorang ayah.
Kedua-dua pengorbanan ini sebenarnya berpusat daripada hubungan cinta sejati mereka kepada Allah s.w.t. yang tidak berbelah bahagi.

Dalam kes di atas, logik naluri kita akan bertanya, mengapa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sanggup mengorbankan cinta dan kasih sayang mereka demi perintah Allah Taala? Bukankah Nabi Ibrahim sudah lama mengidamkan seorang anak? Mengapa setelah dikurniakan anak, diperintahkan pula supaya menyembelihnya? Dalam keadaan itu, tentu baginda berdua boleh berdalih dengan pelbagai alasan. Tetapi mereka tidak berbuat begitu, kerana cinta mereka kepada Allah s.w.t. mengatasi cinta kepada makhluk.

Sambutan Aidiladha bukan sekadar mengorbankan binatang korban semata (Gambar Hiasan)

Sesungguhnya seandainya seorang Muslim itu apabila mereka mendahulukan cinta Allah daripada cinta makhluk, mereka pasti akan beroleh jaminan besar sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis yang bermaksud:
Ada tujuh golongan yang mendapat perlindungan daripada Allah pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan Allah s.w.t. iaitu
1. imam yang adil.
2. pemuda yang mengabdikan diri untuk beribadah kerana Allah.
3. lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid.
4. dua orang lelaki yang bersahabat, mereka bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah.
5. lelaki yang digoda oleh seorang wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan kemudian menolaknya lalu berkata: "Sesungguhnya aku takutkan Allah'’.
6. lelaki yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang tangan kanannya sedekahkan
7. lelaki yang menitiskan air mata, beribadah menyebut nama Allah ketika bersendirian. (Riwayat Muslim)

Sehubungan itu, Islam menjelaskan bahawa cinta seseorang hamba kepada Allah s.w.t. itu haruslah berlandaskan kepada ittiba' (ikutan) dan ketaatan sebagai bukti kecintaan mereka kepada Allah s.w.t. seperti mana yang diamalkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam cerita tersebut. Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. melalui firman-Nya yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah Aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Ali Imran:31)

Sesungguhnya sumber cinta daripada Allah Taala merupakan sumber cinta yang paling tinggi dan utama. Apabila berlaku pertembungan antara cinta Allah Taala dengan cinta makhluk, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memenangkan cinta mereka untuk Tuhannya tanpa ragu-ragu. Baginda mengetahui bahawa meletakkan cinta Allah pada tempatnya adalah satu kedudukan cinta yang tinggi yang hanya akan lahir bagi orang yang sudah cukup kenal akan Allah Taala.

Menurut Imam al-Ghazali bahawa ma'rifah (ilmu pengetahuan) itu akan mendahului cinta sebab, cinta tanpa ma'rifah tidak mungkin berlaku. Ini kerana manusia hanya dapat mencintai sesuatu yang dikenalinya sahaja. Pepatah Melayu ada menyebut, `Tak kenal maka tak cinta'. Ia seolah-olah membenarkan pendapat Imam Ghazali tersebut.

Oleh itu, Muslim yang benar-benar kenal akan Allah Taala sanggup menggadaikan harta dan wang ringgit. Mereka juga sanggup mengorbankan kasih mereka terhadap anak-anak dan keluarga sendiri, malah nyawa sekalipun semata-mata kerana mendahului cinta Allah s.w.t. Apabila cinta Allah Taala sudah memenuhi hatinya, maka barulah datang cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan makhluk-makhluk-Nya yang lain. Itulah kedudukan cinta yang betul yang menerbitkan kemanisan iman yang tiada taranya.

Oleh:AzmanAhmad




Kisah seorang wanita yang mengantuk di pejabat!

"uhhh...aku tersangat mengantuk tadi sampai tersengguk-sengguk!
agak sunyi pula pejabat hari ini..
maklumlah.. masing2 ada yang dah mula bercuti raya korban!

uhhh... takleh jadi ni! mata rasa amat berat sekali!
tadi juga hampir2 kepala aku tersembam atas meja ni!
nyaris2 yu.. kerja byk gak ni,
kalau tertido kang kena sound ngan bos lak nanti! bos sebelah bilik je nih!
masa pula tik tok tik tok.. macam lambat je bergerak..

arggh dah cuci mata pun, masih ngantuk lagi!
wahh...
apa nk buat nih!!
huh!

tetiba! toinggg! teringat yg aku ada MATHARI!
cepat2 aku terus buka ia,
dan...
surpriseeeeeeee!!!
aku dah tak mengantuk lagi! :D

laju je jari jemari ini menaip setiap butir perkataan di ruangan 'posting' ini!
hahahahahaha..
dasar seorang blogger!
dapat blog hilang ngantuk!
ngehhh.. ;)"

Sunday, November 14, 2010

Ayuh Berpuasa Sunat di Hari Wukuf kawan kawan!

mungkin aku agak terlewat untuk menyampaikan seruan ini! tadi aku menelefon mama.. dia yang ingatkan aku sekali lagi, ya.. sekali lagi .. tentang puasa sunat ini.. 3 hari lepas dia telah ingatkan aku, namun aku terusan saja lupa!nasib baik mama ingatkan kembali tadi! Terima kasih mama! mama sungguh2 minta aku untuk berpuasa sunat ini, kerana katanya ganjaranya sangat besar.. rugi kalau tak puasa..

Puasa hari Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah.
Maka Baginda bersabda:
“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:
Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah.

(Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha)

Cuma yang menjadi persoalan ialah 9 Zulhijjah dan jatuhnya hari wukuf sebenar tahun ini seperti yg diumumkan oleh Kerajaan Arab Saudi pada hari Isnin sedangkan bagi kita tanggal 9 Zulhijjah jatuh pada hari selasa, jadi mana satu kita nak ikut?

rata2 kedengaran ada kalangan Ustaz2 maklumkan bahawa puasanya ialah pada hari Selasa, 9 Zulhijjah..
tapi banyak juga yang bersetuju bahawa Isnin (iaitu esok) adalah masanya..kerana ketika itulah jemaah haji sedang berwukuf di Padang Arafah

Dan aku? insyaAllah akan berpuasa esok dan hari Selasa juga akan berpuasa..
ada juga yang menasihatkan agar puasa pada hari Isnin dgn niat puasa Isnin, dan puasa lagi di hari Selasa dengan niat puasa 9Zulhijjah.

Mudah-mudahan Allah terima.

wallahua'lam,

hanya Allah yang benar2 mengetahuinya..
apa apa pun, yang penting ialah niat kita..
mudah mudahan Allah SWT menerima solat kita, puasa kita dan permohonan kita kerana sesungguhnya Allah SWT adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Amin.

nota: kalau nak lafaznya ialah; "Aku puasa sunat hari Arafah esok hari kerana Allah"
tapi sebenarnya lintasan hati walau dengan apa sahaja bentuk caranya sebenarnya sudah memadai.. Allah Maha Memahami dan Maha Mengetahui..

Friday, November 12, 2010

Lasagna lagi...

Kali ni buat Beef meatball lasagna pulak...

banyak cheese tul kali ni! :p

Hot from oven! panas.. panas... tak sempat nak simpan pun, terus habis.. suka benar dia! request nak lagi nih! huu..

1 slice for u.. ! :)

nak resepi boleh klik sini..

are u a blogger?... please raise your hands up!

salam Jumaat..
salam penuh keberkatan..
pagi yang nyaman dan indah..
pagi ni... KL hujan kan..
best je, rasa cam terus terusan mahu sambung tidur..
tapi apakan daya, dek kerana tanggunjawab bekerja.. "bekerjalah kita sekueknyo"

tajuk entri pagi ni adalah rentetan perbualan telefon ku semalam bersama pemilik blogger Citarasa Rinduan.. :D tak sangka pula.. sebab melihat personalitinya yang ayu..(sesuai dgn namanya Ayu..) ala2 perempuan melayu terakhir gitu.. pastu mambaca kisah2 hidupnya yang penuh mencabar dengan kedainya yang sentiasa sibuk tu.. tak sangka orangnya adalah sangat periang! cam happening je pulak! aii.. tak sangka betul la! pastu kita takkan rasa kekok sebab ada sahaja modalnya nak bercerita.. mcm dah kenal lama pun ada, pdhal baru pertama kali mendengar suara, kalo jumpa tak tahu lah.. hahahaha... do keep in touch ya sis! tq..

dan sepanjang aku berada di dunia blog ni.. aku kenal ramai blogger yang baik2 semuanya!
walaupun, tidak bersua wajah, tapi melalui blog ni kita telah mencipta satu laluan lain untuk saling bersahabat..

ramai dah blogger yang aku kenal.. dan..
blogger yang aku sgt kenal dan pernah bersua antaranya ialah..

Mimy! of course la...sebab ini kawan aku, pulak tu satu kompeni je, dia yang banyak tolong aku dlm hal blogger ni, asal tak faham je, mesti kol atau emel! hahaha tengkiu so much! dia juga yg suruh aku join nuffnang! so aku baru je join nuffnang awal tahun ni kot tak silap aku..
dan dia dah nak kawin dah ni.. menghitung hari je nih.. 27hb November! welkam to da club babe..

Kak Azi, ni kakak aku sorang ni.. tersangat ler kenal, sebab kami sama2 buka blog! satu ofis lagi masa tu.. tapi sekarang dia dah kat opis lain, tengah sarat mengandung! dan lama gak tak update blog..
tak sabar nak tengok beby dia! semoga semuanya dipermudahkan.. Amin.. (sayang aku kat kakak aku sorang ni!)

Kak Mas, hahaha.. ini kalau kena masanya memang hari2 boleh jumpa! heheh.. sebab pejabat akak ni kat ground floor dan aku di tingkat 2, bole jerit2 je.. tp sekarang dia agak sibuk kot, tu pasal blognya tak update beberapa minggu.. tahu.. kak mas sangat sibuk.. kan kak mas kan? :)

Ika, ini baru sekali kot jumpa, satu kompeni juga.. dia satu pejabat dengan si mimy.. dia yang tolong setting nuffnang dalam blog aku.. hohoho.. cek tak reti ler.. tengkiu ya ika.. Ika ni bujang lagi.. cun! tapi tak tahu ler available lagi ke tak..? ;p

hahaha.. semua yang aku pernah jumpa adalah bekerja di bawah satu syarikat yg sama!

Blogger yang pernah berhubung melalui telefon pula..

MZhanny,aku pernah kol, dulu.. dah lama dah ni.. aku kol bila terima bungkusan tu dan tak kenal pula dgn nama itu, so kol untuk kepastian! oo.. rupanya si hanny ni..dia begitu bermurah hati memberikan kerepek! pakai pos lagi.. sangat terharu.. terima kasih hanny.. takkan lupa punya..

Lya, memang ada kol Lya ni dulu, masa dia tengah sakit, getik sangat hati ni nak kol, tapi masa kol tu, Lya sedang berehat, sedang tidur, suami Lya, Fain je yg angkat... so takdapat ler cakap ngan lya, takpe sampaikan salam untuk lya melalui fain je.. nak jugak kol lagi tapi cam segan2 lak! ;p

Blogger berhubung surat/emel

Blogger AllAbout Us, kk lynn! masa ni aku menang contest yang dia anjurkan! dapat tempat ke 3 rasanya! hehehe... bertuah jugak! dapat hadiah kain sembahyang.. terima kasih sangat, sangat2 hargainya!

Nabilah, nabilah pernah kasi kad raya! cantik sangat kad raya tu, sampai sekarang masih melekat kat pejabat ku ini! terima kasih atas ingatan tulus dari mu itu! :)

FaceBook,
Lya, Mimy, kak Ayu, Kak Mas, Kak Azi.. dan terbaru..

Nadine: oh nadine.. nadine.. aku suka baca blog nya yang dicoretkan dalam Bahasa English! i like! nad ada sorang anak lelaki, si kecil yang bernama Faaz.. sekarang dah makin besar dah dia.. seronok membaca perihal dan melihat keletah faaz yg makin lama makin cerdik! comel lak tu! bertuah nadia dan hubby.. :) nadia juga selalu keluar dengan resepi2 unik, simple dan marvelicious! yummmi! :D
thanks nad!

itu sahaja lah, yang aku pernah berhubung di luar dari blog ni! yang lain komen2 di blog2 je.. belum pernah bersua..
hmm.. lgpun aku ni pemalu orangnya... huhuhu..

bagaimana dengan korang?
aku percaya, ramai kawan2 blogger di luar sana yang sering berhubung dan sering bertemu kan?, kan ke ada geng blogger buat perjumpaan tu kan? ramai jugak yang hadir.. sonok je tengok..

well..
yeah.. im proud to be a blogger..

what say u? :)

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker