*pic: kredit to manggaonline
Memang sudah lama aku nantikan peluang ini!
peluang untuk jejakkan kaki ke Istana Budaya!
Peluang untuk menonton teater!
dari zaman aku sekolah2 dulu lagi aku memang teringin sangat nak tengok teater!
dan
akhirnya peluang itu telah datang semalam!
Syukur,
ok, cukup cukup dengan keterujaan aku!
~ tickets for 2 ~
~ wah.. saat ini ku menantikan sahaja teater bermula.. dan ada pengunguman kata tak boleh ambil gambar sepanjang persembahan! alaa.. spoil sungguh ler!! ~
Intro dia mula mula memang mengujakan.. pentas bergerak dari belakang ke depan! pentas yang dipenuh bebunga! cantik gila! sekali dengan pengcahayaan yang sangat sesuai.. ala2 biru.. ungu2..
disamping Sofea Jane bermonolog di atas pentas bunga2 yang bergerak itu!
apa yang boleh ku katakan, intronya pun sudah cukup membuatkan aku tidak sabar untuk melihat apakah kelainan yang seterusnya! :)
Perjalanan cerita yang tidak membosankan! tapi ada scene yang mana 3 orang Natrah bermonolog, natrah remaja, natrah belia dan natrah 40 an.. scene dimana mereka bercakap! lama jugak kot, rasa kuyu pula mata masa tu! tapi lepas tu ok balik!
sempat juga aku mengalirkan air mata sebenarnya! shhh...!
tersentuh hati dan jiwa kecilku ini bila menghayati dan memahami jalan cerita Natrah..
Disamping itu.. sebenarnya..
dalam otak fikiran ku ligat berfikir..
wah.. besar sungguh la sebenarnya belakang tabir mereka ni..
props mereka hebat..
maklumlah, ini pertama kali aku menonton teater,
dengan latar belakang yang berubah ubah..
sekejap ke depan, kejap ke belakang..
sekejap dari belah kiri, sekejap dari kanan...
kejap lagi bangunan turung dari atas... pastu naik balik..
di tengah tengah pentas itu juga boleh menenggelamkan orang.. errr.. maksudnya, ada ruang pentas kecil yang boleh masuk ke bawah pentas.. underground..
best kan?
(kata kawanku, nampak pentasnya memang kecil, tapi dibelakangnya, sekelilingnya memang luas sangat, bawah pentas pun luas siap boleh masuk kereta.. ) oooo.....
sound? juga bagus sekali..
lagu dan muzik itulah juga yang memainkan peranan yang penting!
membuatkan penonton dapat menghayati setiap situasi persembahan yang diberikan
aku suka sekali dengan lagu.. "cantiknya si dia"
aku mahu lirik lagu itu!!
pelakon pelakon yang mantap sekali!
Maya Karin sebagai Natrah, dilihat begitu selesa dengan watak itu...
dia dan Remy Ishak, berjaya membawa penonton menghayati perasaan kasih dan sayang mereka...
yang paling best! tika melihat aksi Remy menari! wah! bukan senang tu!
bersemangat sungguh dia! syabass! :D
Sinopsis ringkas Natrah:
Natrah @ Huberdina Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang berusia 5 tahun ketika dia diserahkan oleh ibunya Adeline, kepada Che Aminah, di Indonesia pd tahun 1942. Keadaan ketika itu memaksa Adeline bertindak sebegitu memandangkan suaminya (bapa natrah) telah ditawan tentera Jepun.
Natrah kemudiannya di bawa ke Kemaman terengganu, kampung Che Aminah, dan membesar disana mengikut adat budaya Melayu dan ajaran Islam..dia di ajar mengaji, sembahyang..
kehidupan Natrah sangat bahagia disamping teman teman sekampungnya ,
sehinggalah pada tahun 1949, Natrah ditemui oleh wakil orang British ketika dia membuat persembahan di Sekolah Perempuan Melayu Chukai..
dan,
disinilah bermula lah episod duka Natrah..
~ketika inilah Natrah kantoi dengan omputih tu...membuatkan omputih tu tertanya tanya dan menyiasat latar belakang Natrah~ Pic,kredit to manggaonline
Sekaligus,
kenaifan Mak Aminah dengan membawa Natrah ke Singapura (atas percaturan yang dirancang oleh pihak Belanda) memerangkap Mak Aminah dan.. memburukkan lagi keadaan.
(Kesian mak Aminah.. sigh...)
perebutan hak penjagaan berlaku antara ibu bapa kandung Natrah dan Mak Aminah..
~sedih je masa nih!.. :-( *pic: kredit to manggaonline
Disember 1950, mahkamah akhirnya memutuskan Ibubapa kandung Natrah berhak ke atassnya sekaligus berhak menentukan agamanya
Kes menjadi semakin tegang apabila isu agama diperdagangkan..
Berlakunya rusuhan berdarah di Singapura demi untuk membela Natrah yang cuba dikristiankan dan membela Islam yang cuba dihina oleh akhbar propenjajah ketika itu.
tapi 'ending' nya aku tak berapa puas hati sangat, sebab dibiarkan begitu.. tanpa menceritakan bagaimana pula keadaan ibunya setelah sekian lama Natrah di bawa ke sana..
cuma yang ada, suaminya Natrah, Mansur Adabi telah berkahwin lain setelah 4 tahun berlalu..
sedih je Natrah masa tu.. aku pun sedih..
seakan aku dapat merasa perasaan Natrah ketika itu!
Dia menjadi mangsa keadaan..
Pengarah/ penerbit Natrah membiarkan penonton menilai sendiri..dan menjawab sendiri persoalan tentang kematian Natrah.. samada cara Islam kah atau Kristian kah..
dengan membuat 2 adegan di mana.. sebelah kanan ialah Islam- orang sedang bersembahyang berjamaah di dalam masjid,
dan di sebelah kiri ialah Kristian- paderi bersama rahib rahibnya di sebuah gereja, mereka menyeru nyeru Natrah kepada mereka..
dan pintu gerbang ditutup.. Wallahua'lam
(bila dah habis cerita baru boleh ku snap gambar.. skema kan aku? aku menghormati permintaan penganjur..)
~ antara pelakonnya, Pelakon utama; Maya Karin (Natrah), Remy Ishak (Mansur Adabi), Ummi Aida ( Mak Aminah), Aaron (peguam), Ziela Jalil (ibu Mansur), Nabila Huda dan lain lain.. ~
~ Sofia Jane (Natrah usia tua), Susan lankester ( ibu kandung Natrah), Sh Sofia (natrah di usia 40'an) dan lain lain lagi..~
~ dan ini dia pengarah Natrah! Eirma Fatima yang best!! best! best! ~
~ semua pelakon.. ~
~ di pengakhiran.. selesai sudah.. dah abis baru boleh snap gambar..~
Secara keseluruhannya, teater ini tidak menjemukan, kerana setiap adegan mencetuskan berbagai perasaan yang berbeda, supaya penonton tidak 'boring'.
ala ala teater muzikal pun iya juga! :D
Tahniah untuk semua yang terlibat dalam Natrah!
walaupun terdapat kontroversi antara Pengarah Natrah dan Penerbit Buku Natrah,
itu tidak menghalang penonton untuk datang ke Istana Budaya melihat sendiri teater itu..
Natrah..
dalam dirinya hanya tahu erti kesetiaan, kasih dan sayang..







