Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, December 17, 2010

Peluang untukku dan untukmu..

Assalamualaikum, salam Jumaat..
pagi pagi Jumaat yang tenang ini..mari sama sama kita panjatkan kesyukuran kerana masih diberi nyawa untuk bernafas..
diberi peluang untuk hidup..
mari sedekahkan juga Alfatihah untuk kedua ibu bapa kita samada yang masih hidup ataupun telah tiada..

sejenak mari kita berfikir..
tujuan apa hidup kita hari ini?
Allah telah beri peluang hidup lagi hingga kesaat ini kenapa?
sedari lah...
bahawasanya kadang kala kita seringkali lupa..
sebenarnya Allah beri kita hidup ini, beserta dengan sebegitu banyak kesempatan dan peluang! 

mari kita lihat untuk kehidupan seharian kita..
tidakkah terfikir bahawa peluang yang begitu banyak Allah beri walau hanya untuk nyawa hari ini!
ya hari ini ..

peluang untuk kita membaahagiakan ibu bapa kita.. kawan kawan.. suami isteri..anak anak...
peluang untuk kita meminta maaf
peluang untuk kita berbuat baik..
peluang untuk memberikan bantuan dan bersedekah
peluang untuk memberikan senyuman
peluang untuk memberikan ciuman dan pelukan (halal)
peluang untuk kita meluahkan perasaan sayang kepada sesiapa..
peluang untuk kita menyatakan hasrat murni yang lama terpendam
peluang untuk membahagiakan seseorang
peluang untuk mendoakan seseorang
peluang untuk bertegur sapa
peluang untuk menghayati dan menikmati keindahan alam..
dan banyak lagi peluang yang ada..

kerana..
jika tiada lagi nyawa...
tiadalah juga semua peluang dan harapan..

dan yang penting sekali ialah..
peluang untuk kita menambah bekalan..
untuk hari akhirat!
semua mahu masuk Syurga!
maka gunakan peluang yang ada ini sebaiknya!

Ya Allah itu Maha Pemurah..lagi Maha Penyayang!
Subhanallah...
Allah dah beri!

peringatan untuk diriku yang selalu juga asyik dan leka dengan keseronokan duniawi..
tak sedar peluang yang ada ini akan terlepas nanti...
maka ambil kesempatan..
ayuh!
gunakan peluang yang Allah beri ini...!

untukku..untukmu jua..

kerana sayang..

6 comments:

Mak Su said...

alhamdulillah utk semua nikmat dari Allah swt

Anonymous said...

salam...tq ingat kembali kpd semua...maklumlah kita kekadang begitu asyik dgn duniawi..:)
kella jomlah join mana2 G.A... :)

nabilah_2908 said...

sy pun selalu leka...huhu..sama2 lah kita saling ingat mengingati.. :)


jom ke APA KATA HATI pulak,
DI KALA HUJAN

Anna Zanna said...

Salam.

Memaklumkan blog lafazjiwaku telah bertukar ke Blog Zanna Rohim atas sebab-sebab teknikal teruskan kunjungan anda. Terima kasih

ZR said...

krn syg juga...terima kasih...

ciK LyndaWawa said...

untukmu sayang..best! hehe


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker