Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Sunday, December 5, 2010

Terasa bagai setahun lamanya pada ketikanya yang berlainan..

Assalamualaikum,

selamat malam..
wah, 2 hari tak bukan blog! tak update! sehari bagaikan setahun lamanya...
baru tadi juga publish komen kawan kawan..
terima kasih buat kawan kawan yang sudi singgah sini dan tinggalkan jejak di masa ketiadaanku!
:)
dan tak lupa terima kasih pada iena Farina dan Pelangi sebab ikut blog ini! :)
(wah macam ucapan pembukaan ikut skema je.. )

2 hari berlalu, banyak gak cerita yang ingin dikongsi!

nak cerita tentang semalam je dulu ni..
semalam...
aku telah mengalami sakit perut yang amat!
kejadian berlaku malam..
semasa di dalam kereta bersama keluarga makcik ku menuju ke uptown!
tiba tiba perut ku terasa sakit!
sakitnya lain macam sangat!
tapi aku tak mahu layan sangat! sedaya mungkin aku layangkan fikiran pada yang lain!
tapi rasa itu tetap ada!
ya Allah... sakit sungguh!
bila sampai sahaja ke uptown, semua pun keluar..
aku ada maklumkan pada abbi..
sangat sakit perutku ni.. sambil kami semua tetap berjalan..
kata abbi, cuba fokus tentang perkara yang 'happy happy'.. sambil dia membuat muka lawaknya!
katanya lagi, cuba ingat adegan 'punggung kejang!'.. ( bila ingatkan adegan itu, memang aku akan gelak sakan..
tapi, entah kenapa semua itu tak terasa..
ku gagah jua..
ku kuatkan juga..
tapi akhienya aku tetap akur dengan kesakitan yang amat sangat tu!
aku terduduk di tepi jalan..
keluarga makcikku memang tak perasan, sebab orang terlalu ramai.. maka mereka tetap terus jalan..
aku terus di bawa abbi duduk..
aku surender!
terlalu sakit,
sampai satu tahap, air mata mengalir.. kerana tidak dapat menahannya lagi!
nafas pula terasa tersekat sekat.. sukar untuk bernafas..
Ya Allah, ketika itu, perasaan ku bercampur baur..
fikir ku, mungkin inilah tanda sudah sampai masaku..
kesakitan itu membuatkan aku merasa inikah rasa nak mati?
adakah sampai di sini?
Ya Allah..
sambil aku bermain dengan perasaan begitu, ku lihat abbi senyap sambil melihat ku, kelu..
aku sebenarnya senyap sahaja menahan sakit yang teramat itu..
dan tiba tiba sakit itu makin memuncak dan aku tidak mampu untuk menahannya lagi..
" b sakit b.... tak tahan lagi ni! ya Allah sakit teramat ni,"
tanganku terketar ketar menahan sakit!
dia memegang tanganku, terlihat panik di wajahnya.. dalam masa yang sama, macam serbasalah, tak tahu apa yang perlu dilakukan olehnya..
dia genggam tanganku .. kuat.
dia menarik tanganku " jom kita pergi klinik!"
aku mengikut, gagahkan diri untuk berjalan..sambil di papah erat olehnya! (kalau tak,akulah orang yang sangat tak suka dengan klinik! )
tiba di klinik, semua dia uruskan.
aku pun teringin sangat nak jumpa doktor, nak tahu..sebab rasa sakit seperti ini bukan biasa bagiku!
kerana sakt perut ini bukan kerana nak buang air besar, bukan kerana period pain, nak kata salah makan pun, aku sorangkah yang rasa sedangkan yang lain seperti biasa sahaja!
Jumpa doktor, doktor periksa perut, agak agak ketuk dan picit2 perut je..
pastu dia tanya betulke tak sakit perut nak buang, betullkah tak sakit perut period pain..
tidak tidaklah.. doktor.. dia macam tak dapat nak bgtahu sakit apa, pastu akhirnya dalam tak pasti dia kata..
" mungkin gastrik ni.. saya cucuk lah ya, tahan sikit sakit. atau u nak makan ubat je"
abbi suruh cucuk, tapi aku kata ambil ubat sahaja lah...
doktor pun macam tak berapa nak layan sangat.. mungkin sebab dah tengah malam..lebih kurang 12 tghmalam..
kami ambil ubat dan beredar...
kami ke kedai mamak.. nak makan ubat.. abbi order mee goreng.. kena makan ubat 2 sebelum makan dan 1 selepas makan..
sedar tak sedar je.. aku terus tertidur di situ.. sambil menunggu keluarga makcik ku selesai mbeli belah, sengaja ku minta abbi jgn beritahu mereka, nanti mereka susah hati pula...
abbi kejutkan aku, ajak balik...
sakit dah kurang sikit, mungkin sebab dah ambil ubat tadi..
tapi badan rasa tak larat sangat!
lemah..

itulah pengalaman yang sukar dilupakan semalam!
tak pernah aku mengalami rasa sakit sebegitu rupa.. dan sehingga hari ini, apakah sakit itu aku pun tak berapa pasti!
kata doktor dalam pasti tak pasti.. gastrik? ntah.. tak pula ku tahu aku ada gastrik!
yang pasti aku harap sakit seperti itu tak datang lagi.. janganlah..
sakitnya hanya Allah sahaja lah yang tahu..
aku tahu.. mungkin sakit itu dapat menggugurkan dosa dosa kecilku...
terasa kerdilnya diri ini...

syukur aku masih lagi dapat bernafas..
masih diberi peluang oleh Allah.. untuk hidup..

IringJeling: bila bila masa sahaja sebenarnya kita semua akan dijemput Allah..

8 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam kella,

Kesiannya... nak shopping kena turn pulak ke klinik. Kalau gastrik biasanya di ulu hati. Rasa mual macam nak muntah, berpeluh-peluh dan sakitnya memang makin kuat kalau tak makan ubat.

Rehatlah dulu kella. Jangan makan pedas buat sementara waktu. Moga semakin sihat.

LyNn HaMzAh said...

moga kella cepat sembuh yer...kalau boleh gie la check semula utk dapatkan keputusan yang lebih detail...

Mak Su said...

kalu sakit peyut cek bebetoi, ada byk benda dlm perut yg kita tak tahu tak kenali....

and ini 2nd instalment utk tag, http://ceritakosong.blogspot.com/2010/12/my-minute-survey-de-part-1.html

LYaFRINA said...

kella ada gastrik ker.. lps ni kena jaga makan. jgn bg perut kosong.. take care yer

najihah said...

syafakillah.. kella da ok ke? saya setuju mmg betul sakit itu penghapus dosa,kafarah ya tak..

kella said...

kak zakie: betul ke ni kak? gastrik kah ? tak pernah tahu ada gastrik pun? tak pernah rasa sesakit itu kak.. memang sakit.. nafas turun naik aje..

terima kasih kak zakie atas tips itu! memang sedang rehat pun ni.. :)

KakLynn: terima kasih.. itulah, ada jugak rasa macam nak check semula ni, tapi cam takut je jugak, kita ni tak suka masuk klinik dan hospital.. tq..

Maksu: kan? itu yang merisaukan kita ni maksu, harap harap tiada apa yang serius..

kella said...

Lya: ntah lya tak tahu nak cakap sebab belum pernah rasa seperti ni tau.. doc tu pun macam tak sure je kata gastrik? dia kasi ubat tahan sakit.. untuk pengetahuan lya.. itulah pertama kali kita makan ubat tahan sakit! sebelum ini, kalau sakit apa pun tak pernah nak makan ubat! tak suka.. tapi dek kerana sakit yang melampau.. terpaksa makan ubat tu! tengkiu lya.. :)

TK:hmmm... sekarang dah ok dah... alhamdulillah.. terasa sesuatu sangat masa sakit tu..
Allah nak uji.. dia nak bagi peringatan tu... sekelip mata je terus sakit camtu je dari dok sihat sihat!
nasib baik masih diberi kesempatan meminjam nyawa yang ada sekarang.. syukur..
tengkiu singgah sini.. :)

Mimy Hamid said...

ko gastrik ni tak makan...aku pernah kena mencucuk cucuk...saketnyaaaa tak tau nak ckp...takpe yg pntg mkana jgn skip


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker