Mama yang telefon rupanya!
" kak ila, esok 10 Muharram tau"
" eh ye ke ma.. (blur..)
" kan 2 hari lepas mama dah bagitau.. masuk telinga kanan.. keluar telinga kiri!"
" yelah ma.. kekla ingat..esok ya! alamak.. patutnya malam ni buat makan2 jamu orang ya ma?"
" ha la.. boleh juga... tapi esok seeloknya puasa sunat 10 muharram! lagi satu esok pagi pagi masa mandi tu.. mandi sunat.. kelebihannya dijauhkan kesakitan pada tahun ni.."
" oh.. mandi masa bila ni ma? kena bangun awal pagi kul 3 pagi ke..?"
" hok aloo.. mandi masa sebelum subuh la, masa nak sembahyang subuh tu..."
" niat lagu mano..?"
" niatla.. sahaja aku mandi sunat hari Assyura kerana Allah.."
" oh.. ok ma! kekla nak bgtau kat orang la! kek la betul2 lupa.. tapi dah lewat ni ma... "
"niat baik mudah mudahan la..."
" ok kekla nak buat masuk blog dulu! kirim salam semua.."
Assalamualaikum..
kawan kawan ku! esok 10 Muharram.. banyak kelebihannya! mari kongsi semua...
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram): |
|
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda :
"Barang siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan barang siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W :
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W :
"Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?".
Maka berkata Rasulullah S.A.W :
"Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".
semoga mendapat manfaat darinya! Niat hanya kerana Allah...insyaAllah..
update: lupa nak ucapkan teriman kasih pada IbuIntan , Iena Farina dan nadzirah Razalli kerana mengikut blog ini! :)
update: petik kata kata kakZakie: .....sebenarnya ini tak ada dlm hukum-hakam, sekadar amalan bersyukur dpt menjalankan ibadah puasa mengingati banyak kisah sedih sejarah Islam berlaku pada hari ini.
Betul tu.. yang penting kita bersyukur dan menghayati erti sebenarnya hari assyura ini.. terima kasih kak zakie.
8 comments:
salam..
kella...thanks berkongsi maklumat...nasib mama ingatkan kella.. dan kella ingatkan kami semua..
luv u..
sama-sama berbuat kebaikan..insyallah
haah.. tapi dah lewat dah bgtau..
:( mesti orang tak ramai tengok blog memalam...hu...
Salam kella,
Keluarga kakak sentiasa ingat bulan Muharram ni dari awal hingga akhirnya, Insya-Allah....
Kakak pasti memang ramai yg berpuasa hari ini. Hubby kakak siap cuti lagi. Anak-anak pun dah dok tunggu petang ini mesti ada bubur Asyura... itu yg mereka suka tu.....(sebenarnya ini tak ada dlm hukum-hakam, sekadar amalan bersyukur dpt menjalankan ibadah puasa mengingati banyak kisah sedih sejarah Islam berlaku pada hari ini).
Salam...
sama-samalah kita mengambil berkat untuk bulan ini aminnn
terima kasih kella..sudi share... ;)
jom ke APA KATA HATI pulak,
SERIBU KALI CINTA
dah 10 muharram rupanya.. sekejap betul masa berjalan..
terima kasih kerana berkongsi entry yg menarik ni
kak Zakie, terima kasih, bagusnya sekeluarga berpuasa dan siap bercuti lagi tu.. Alhamdulillah.. keluarga yang diredhai.. inyaAllah.. wah, mana nak dapat assura ni agaknya.. rindu nak makan assyura la kak zakie, kita suka assyura yang ada banyak kekacang tu.. :) erk! posa.. posa.. jgn sebut pasal makan..kang meleleh..
Zanna Rohim: ya betul tu... sama sama kita ya.. terima kasih.. :)
Nabilah: terima kasih juga atas kesudian membaca dan mengomen.. :)
Matahati: haat memang sekejap je.. tik tok tik tok je.. :)
aku terlepas pandang beb..astagfiruallahalazim..aduhhh...patut ramai pose semalam
Post a Comment