Assalamualaikum,
dan selamat pagi,
hari ini 1 Disember 2010, hari pertama untuk bulan terakhir tahun ini!
pejam celik pejam celik dah masuk hujung tahun kan?
dan selesaikah semua agenda untuk tahun ini?
tahun depan dah tahun 2011,
lepas tu tahun 2012! tahun lalu, Ronald Emmerich pengarah filem 2012 telah menggemparkan dunia dengan filemnya..dimana sebahagian besar bumi akan musnah, akhir zaman telah tiba! lebih tepat adalah pada 21 Disember 2012? jika benar, dan jika masih panjang umur.. kita cuma punya lebih kurang 2 tahun 20 hari lagi untuk hidup?
benar atau tidak, yang pasti, sebagai umat Islam, kita wajib percaya bawasanya kiamat itu memang benar benar ada, kerana ia adalah satu daripada rukun Iman yang wajib diperaku. Dan tiada siapa pun yang tahu bilakah tarihknya kiamat, itu rahsia Allah..
Allah jelas menerangkan perkara berkaitan hari kiamat menerusi firman-Nya dalam al-Quran yang bermaksud:
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat:
“Bilakah masa datangnya?”,
katakanlah:
“Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia.
“(Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.”
Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah al-A’raf, ayat 187).
Dan, jika dilihat dalam beberapa hadis Rasulullah berkenaan hari kiamat, terdapat beberapa tanda yang dijelaskan
Antaranya menerusi sabda Rasulullah: Dari Huzaifah al-Ghifari r.a berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Rasulullah kepada kami lalu bertanya:
“Apakah yang kamu semua sedang bincangkan?”
Lalu kami menjawab:
“Kami sedang berbincang mengenai hari kiamat.”
Sabda Rasulullah:
“Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda: Dukhan (kabut asap), Dajjal, Dhab al-Ardh (binatang melata yang boleh berbicara), matahari terbit dari barat, turunnya Isa, munculnya Ya’juj Ma’juj dan tiga gerhana, gerhana di timur, barat dan Semenanjung Arab dan terakhir api yang keluar dari Yaman yang akan menghantar manusia ke Mahsyar.”
(Hadis Riwayat Muslim).
Allah yang Maha mengetahui segalanya dengan merahsiakan tarikh hari kiamat, kerana ingin kita semua umat manusia sentiasa bersedia walau dalam apa juga keadaan untuk menghadapi kiamat. Mustahil bagi manusia mengetahui tarikh sebenarnya kiamat. Cuma kita telah di tunjukkan dengan tanda tanda kecil sebelum berlakunya kiamat..
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang berada dalam kubur.” (Surah al-Haj ayat 7).
Ya Allah..
semoga kita semua sentiasa bersedia untuk menghadapi hari akhirat...
agak serius kah bicara ku untuk pagi ini? sekadar berkongsi dengan rakan rakan semua... semoga mendapat manfaat darinya..
:)
Wednesday, December 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam,
mmg serius tu... keke
kiamat pasti dtg... Allah swt maha mengetahui.
agak serius tapi ada isi penting..
kena bersedia menh=ghadapi janji2 Allah..
suke bace..saling memberi ingatan..:)
benar,kiamat itu rahsia Allah.Hanya Dia Yang Mengetahui.
terima kasih berkongsi info :)
Post a Comment