Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, December 24, 2010

Oh Wanitaku.. kalau berpacaran..

Di satu tempat di pusat membeli belah, 2 orang lelaki dan perempuan yang begitu mesra berjalan seiringan dan berjalan masuk ke satu ruangan pakaian lelaki.. sambil mereka memilih milih datang seorang salesgirl melayan pelanggan..
..........
" ok, yang ini nampak sangat sesuai dengan boyfren u" sambil tersenyum
" ha.. boyfren i? yang mana? yang itu ke...?" sambil menunjukkan pada lelaki yang sedang ralit membelek baju di sudut yang lain..
" ye la.. u jgn tipu ai la.. ai nampak u pegang pegang tangan tadi..mesra mesra.. mesti itu paktoh u.."
" aiya.. u ah.., itu suami ai la! boyfren boyfren tak main la.." hehe.. sambil tersengih?
" ha.. ye ah itu suami u? aiyaa.. biasa ah i tengok orang mesra2 macam tu ialah kekasih sahaja, kalau suami isteri ah.. mesti jalan jauh jauh, tak pegang2 tangan munya...."

hoh? macam tu pulok? huuu

*********************************************************
rentetan dari membaca entri cik Rima kita.. dari blog CIKEDIS
aku teringat peristiwa di atas tu.. :)
(jom! mari sama sama ke blog Cik Rima kita.. :)

betulla kata Rima tu..
kebanyakkan nya ingin tunjuk rasa kasih, sayang dah cinta lebih lebih sebelum kahwin..
tak boleh tahan..
bila ada pasangan untuk bercinta, hati jadi girang gembira. semua jadi manis belaka..
halal haram tolak tepi
dan bila perasaan kasih telah bercampur dengan keinginan dan nafsu..
sanggup serahkan segalanya..!
Nauzubillah..
Aku juga bukan pandai berkata kata sahaja, masih perlu perbaiki diri juga..Moga Allah ampunkan dosa dosa lalu.. dan melindungi kita semua dari perkara perkara yang boleh mendatangkan maksiat..

Aku masih punya adik adik.. dan adik adik perempuan lah yang amat merisaukan..
apa yang seringkali aku ucapkan pada mereka..
adalah supaya mereka jaga maruah mereka sebagai perempuan..
biar mahal jadinya.. jangan jadi terlalu murah, nanti orang cuma pakai buang!
orang akan lebih menghargai pada sesuatu yang berharga!
wanita yang berharga ialah wanita yang suci.. menjaga maruah, air muka dan martabat keluarga..
wanita yang berharga ialah wanita yang tahu menolak segala kemahuan nafsu cinta duniawi yang tiada ikatan sah..
wanita yang berharga ialah apabila dia mendahulukan Allah dan seterusnya tidak membelakangkan restu orang tuanya..
kalau nak cari yang soleh.. kenalah jadi solehah dahulu, betul tak?

dan juga..
Cintailah diri sendiri sebelum mencintai orang lain..
masakan kita boleh mencintai orang lain, jika kita tidak mencintai diri kita sendiri?
kita mencintai diri sendiri dengan tidak menzalimi diri sendiri dengan sesuatu,
kita mencintai diri sendiri dengan mencintai Allah terlebih dahulu..
jauhilah segala terlarang yang haram
maka Allah akan permudahkan dan memberikan sesuatu yang diingini mengikut cara yang halal..

Percayalah lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, manakala lelaki yang tidak baik adalah untuk perempuan yang tidak baik..

Untuk adik2 lelaki ku juga begitu!
serupa sahaja!
kalau kamu mahukan si solehah..kamu perlu jadi soleh dahulu!

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:

“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242),




~gambar kredit to google (alistiqamah)~


Dengar ini....
'tidak perlu bersentuhan tangan pun jika sudah bersentuhan hati dan tidak perlu berbalas kerlingan mata jika telahpun berbalas balas doa..'
:)

4 comments:

My Little Diary said...

salam,

good info for sharing with all our frenz out there... lebih2 lagi yg sedang hangat bercinta or bercouple...
& thx promote my blog... hehe
luv u!

ciK LyndaWawa said...

betul tu... boleh bermesra2an bila sudah sah,,=]

najihah said...

Allah! sampai ke hati penceritaan kella ni lagi-lagi dgn ayat 'tidak perlu bersentuhan tangan pun jika sudah bersentuhan hati dan tidak perlu berbalas kerlingan mata jika telahpun berbalas balas doa..'

indah. terima kasih ya! :)

Anna Zanna said...

salam...
Entri yang menarik...Keindahan cinta akan lebih besar jika ia dijaga dengan sempurna....


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker