Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Thursday, December 9, 2010

Terasa Diri Dekat PadaNya

Malam terus berlalu hingga larut...
tepat jam 2.30 pagi 'alarm' dari telefon bimbit itu terus menjerit!
ahhh... malasnya nak bangun..
berat sungguh nak buka mata ni..
oh... sejuknya terasa.. memang masa ni syok layan tidur je...
mata makin layu semula.. (semacam ada dorongan minta tidur semula... )
sikit demi sedikit mata nak terpejam.. mimpi mimpi pula berebut rebut ingin masuk ke dalam tidur itu!
namun..
tiba tiba teringat tentang seseorang! tergambar pula wajahnya!
wajah orang yang mendorong aku untuk bangun!
terus dikuatkan diri ini untuk bangun..
lawan perasaan mengantuk!
huarrrrghhhhh!
bangun!
bangun!
lantas kaki ini terus menuju ke bilik air...
bila kulit tersentuh air... uhhh... sejuk nya.. tambah lagi semalam hujan turun...
namun perlahan lahan diteruskan juga.. dan serta merta badan jadi segar pula apabila selesai sahaja mengambil wudhu..
membuatkan diri terus kuat untuk meneruskan misi...

sejadah dibentang..
Subhanallah...
dalam suasana..senyap sunyi..
tiba tiba terkesan di hati...
rasa sebak.. sayu..
kini diri ini sedang menghadapMu..Yang Maha Esa..
perasaan ketika itu sangat berbeza..
beza dengan waktu waktu yang lain sebelum ini..
terasa sungguh!
ada nikmat di situ...
semuanya berjalan lancar dengan hati dan jiwa yang sungguh damai dan tenang sekali...
kusyuk..
di akhiri dengan sujud yang dibaca.. Laa ila ha illa anta, subhanaka inni kuntu minalzolimin.. sebanyak 11 kali... kemudian salam diberi...
lantas sujud sekali lagi.. dan kali ini.. ketika sujud yang terakhir ini...
air mata tidak dapat dibendung lagi..mengalir membasahi pipi
terasa sungguh keberadaan diri ketika menghadapNya..
kerdilnya diri terasa ketika itu...
tahu, bahawasanya ketika itu tiada siapa yang tahu.. kecuali Dia..
maka menangis semahu mahunya...
mahu berlindung dan terus mengharapkan bantuan dariNya..
mendambakan keredhaan dariNya..
kebahagiaan didunia dan akhirat..
terasa ingin terus sujud di situ..
sujud atas kehinaan diri..
sujid atas kekurangan diri..
sujud atas kekhilafan diri..
sujud atas hajat dan pengharapan yang tinggi..
yang hanya Dia sahaja yang mampu adakan...

Setelah Zikrullah serta selawat membasahi bibir..
dan malam itu tetap berlalu pergi..
meninggalkan sekeping hati yang gembira dalam kesyukuran..
malam itu terasa hidup..
terasa penuh nikmat..
nikmat yang lain dari yang lain..

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda:
“ Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu ketika sepertiga malam yang terakhir, Dia berfirman: sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan, siapa yang meminta kepada-Ku, maka akan Aku berikan, siapa yang memohon ampun kepada-Ku, maka maka akan Aku berikan, siapa yang memohon ampun kepada-Ku, maka akan Aku ampuni.” (HR Bukhari dan Muslim).

Subhanallah....Syukran Ya Allah..

Syukran Deena Farhana ku..

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker