Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, December 7, 2010

Santapan Nurani Tenggiri vs Masak Lemak

Selamat malam semuanya!
mesti semua dah kenyang makan malam kan?
pastinya sedang rileks2 sambil layan tv.. :)

malam ni masak yang ringkas ringkas juga..
tapi ini kali pertama aku masak lemak seperti di bawah ini...

~ Masak Lemak Sayuran (fucuk+soo hoon+ kentang+ lobak merah+ bunga kubis)~
abbi yang request nak makan ni..
tadi ke pasar,dia yang amik fucuk dan soohoon nih! katanya nak makan ini!
hmm.. godek2 la internet tadi, cari resepi... ubah suai sikit.. jadiler masak lemak cam gitu.. :)
yang penting ialah apa? hehehe.. sedap katanyo... huhuhu..
tengkiu..tengkiu..

~ gabung dengan Ikan Tenggiri Goreng.. dan jangan lupa bawang goreng penambah seri dan rasa.. ~
ngam kan gabungan mereka ini?


~ Betik pun ada... hmmmm best... ~

~ lepas makan pekena pula teh hijau panas....~
huuuu... lega je rasa...

ok..! sekarang nak  layan dvd citer 'Expandable'

oh, sebagai rujukan ku juga di masa hadapan aku nak letak resepinya Masak Lemak di sini..

Masak Lemak Sayuran

2 buji bwg besar ( sederhana besar sahaja) - di hiris
3-4 ulas bwg putih -  di ketuk ketuk
lada besar - di hiris
1sb udang kering ( rendam dan tumbuk kasar)
Fucuk (rendam dan tos)
Soo Hoon (rendam dan tos)
lobak merah
kentang
bunga kubis
2 btg serai ( titik)
Santan secukupnya
garam secukupnya

cara:
masak santan bersama, bebawang, lada dan udang kering, masuk sekali serai, bila dah agak gelegak masukla satu persatu sayuran.. lobak merah, kentang, soon, fucuk dan bungan kubis,
masak hingga lembut dan empuk semua sayuran itu..
masuk garam sebagai perasa secukupnya..

:)

IringJeling:Sekian resepi malam ini.. :)



3 comments:

Unknown said...

kella,...bestnya menu awak tu..mmg ngan lah,..lauk kering dgn sayur lemak..

kak tak makan malam..dah terbiasa..hanta makan oat jer...

LyNn HaMzAh said...

simple jer tapi nampak sedap...

Mimy Hamid said...

sekian resepi yng akan jadi rujukan aku jugak..heheh maklum la


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker