di satu petang yang indah..
di sebuah bank, kelihatan begitu ramai orang beratur.. hingga sampai ke luar pintu!
tengok tengok, alamak.. 1 je mesin deposit yang boleh pakai... mahu atau tidak si mathari terus turut sama beratur! terlintas juga untuk batalkan saja niat untuk mendepositkan duit, isk! tapi nanti lambat pula boleh dapat roadtax nanti! si mathari ni buat roadtax pakai MyEG, jadinya kenalah masukkan duit untuk pihak mereka menguruskan proses seterusnya...
tungguh punya tunggu.. sampai lah turn 2 orang akak ni...
sebenarnya mereka ni dari tadi dok berborak.. sambil gelak gelak, ish, macam tak perasan pula orang sekeliling ramai perhatikan mereka bila mereka gelak kuat2 tu..
tiba di mesin.. mereka masih berborak.. gelak gelak lagi.. sambil akak yang sorang tu tercari cari sesuatu dalam beg nya.. dok mengagau tak jumpa jumpa... pastu bila jumpa, dia pun mulakan lah proses nak masukkan duit.. cari no akaun lah tu kot... lama kemain dok beratur, kenapa tak sediakan dari tadi! isk! dah makan masa jugak tu!
orang pula semakin ramai beratur ni!
5 minit telah berlalu..
namun akak berdua tadi masih di situ.. di lihat mereka seperti tidak peduli tentang orang yang menunggu di belakang! tak sedikit pun mereka kisah.. malah mereka makin rancak berborak sambil gelak2..
Si mathari ni tengok mereka macam main main aje kat mesin tu, tekan tekan..tapi tak selesai selesai pun!
seorang pakcik india di belakang mereka dah macam tak puas hati..
orang lain juga macam terjenguk2 apa yang dibuatnya! lama sangat!
si mathari pun naik bengang jugak ni! dah le ujan kat luar nih!
tambah lagi 5 minit.. berlalu lagi..
isk! aku rasa aku nak pergi jerkah je mereka ni! (bentak hati kecil si mathari )
lantas kakinya ringan je melangkah ke hadapan dan akhirnya sampai pada mereka..
" kak.. kak ada masalah ke? dah lama sangat ni, orang ramai tengah tunggu ni kak.." lembut pula bila berbicara.. sambil mengukir senyuman..
" eh takda masalah la, ni ha, mesin ni yang masalah, aku tekan dari tadi lagi tak mahunya!"
"haah.. tak nampak ke kirorang sedang nak masuk duit ni..?" sambil mereka berdua menjeling tajam pada si mathari
"memang aku tak nampak! yang aku nampak korang dok borak gelak2 kat situ dari tadi tak abis abis pun! apa kejadahnya!!!" errr.. itu cakap dalam hati si mathari je.. ;p
" tengok kak.. apa masalahnya.."
dia pun menunjukkan nombor, dia nak masukkan duit kereta sebenarnya.. so si mathari ni pun ikutlah seperti arahan yang diberikan.. dan..
" haah la kak tak boleh.." kata si mathari...
" ha.. kan aku dah cakap! kamu ingat kami tak reti bank-in duit ke...pandai nak ajar orang pula! " dah menang boleh la dia marah...hmm
dan tiba tiba........ aku terlihat ada perkataan kecil di bawah nombor2 itu.. di atas nama seseorang itu..
tertulis 'no akaun ABB'.. lantas aku bertanya..
" kak ini ABB ni,.. bukan ke ini Affin Bank kan kak?"
" hah? Affin? mana? mana?" tanya nya dengan nada terkejut!
lantas terus ku tunjuk tulisan kat atas kertas tu..
" laaa bukan CIMB ke?" dia menoleh pada kawannya! mbulatkan mata..
" laa.. kat sini bukan Affin bank ke.. ingatkan Affin tadi! " balas kawannya pula! sambil melihat persekitaran... (konon!)
eh, nak cover malu ke? yang sorang kata ingatkan kena bank-in ke CIMB yang sorang lagi beranggapan mereka sudah berada di Affin bank pula!
pastu apa lagi... menjeritlah orang orang kat situ! pakcik yang India tu memang tunggu masa nak lepas geram je..
semua orang yang sedang menunggu kat situ bersuara...
"tennyeh sampai pagi pun takkan dapat kalau mcm tu!!" booo.. salah seorang lelaki muda pada akak berdua itu!
dan akak berdua tu tadi, jalan teruss je sambil menyorokkan kepalanya dalam 'cengkerang' masing2 macam kura kura tu! merah padam yu.. tiada lagi gelak tawa seperti tadi.. (tidak terniat pula untuk mengenakan akak itu..)
itulah..
sebagai pengajaran buat semua,
prihatin la dengan persekitaran.. prihatin dengan masyarakat sekeliling. jangan cuma mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang orang lain.. jangan sombong..
dan mathari pun berjaya memasukkan duit berkenaan dalam masa lebih kurang 2 minit sahaja..
simpan resit untuk bukti pembayaran!
yahoo.. esok boleh dapat roadtax!! :)
Wednesday, December 1, 2010
'tercium cium katak, tak jelma jelma pula putera raja!'
Labels:
APe APe AJe,
Komentar,
Take a break..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
kalau sy ada kt situ pun panas hati..
siap boleh berlagak lagi..konon tau masukkan duit...
pengajaran buat semua juga..jgn pntgkn diri sendiri..jgn bodoh sombong..jaga harga diri kita sebagai seorang perempuan... :(
jom ke APA KATA HATI pulak,
BLOG KEMAS
aduh akak itu..
nampak dah 2 2 terkena...
nasib baik tak jadi pergaduhan kat situ eh..
nasib baik cik mathari ni penyabar orgnya..
NIE PENANGAN CERITA TV3 TU KE
yg nie mmg panas hati...satu lagi yg jenis beratur rapat2...hangin jugakk..tah ape yg nak ditgk ye ...
hehehe..serve them right ;)
p.s: i pun br masukkan duit bayar roadtax. hihi..sama la kita :)
nabilah: hmm.. memang pengajaran.. kengkadang tu macam tak sangka ada orang macam ni tau... letih rasanya..hmm... ntahla, mungkin dia tak pernah merasa susah kot.. ntahla nabilah.. lain orang lain ragamnya.. tq.. :)
Amieyna: si Mathari tu buat buat sabar, kena sabar, kalau tak jatuh lah martabat seorang wanita kan... cuba untuk menyelamatkan mereka sebenarnya.. dari terus terusan menjatuhkan martabat mereka sndri.. malu..
CGG: hehe..sebenarnya belum sempat tengok citer tu pun,, tapi tahu ada cerita tu.. baru lagi kan..
Kazaztan T: haah! kengkadang tu terjenguk jenguk je! ai.. takkan kita nak kepong mesin tu kot kan.. haha.. macam mcam
Nadine: oh.. sama ye? senang kan guna Myeg ni, diorang poskan aje! tak perlu kita nak kuar kuar, cuma bila ada masa lapang tu, bawa geran utnuk di chop sahaja la.. :)
heheheh..tapi aku salute ko berani menegur..tapi agak kerek beb 2 orang itu...
Post a Comment