terkejut mendengar khabarnya bahawa dia tak sihat!
baru Jumaat lepas aku berborak dengannya!
patutlah Sabtu Ahad aku asyik teringatkan Deena, dan asyik berceritakan tentang Deena pada abbi ku... cerita tentang aku bertuahnya ada kawan sepertinya! cerita itu cerita ini..
semalam aku cuba buat entri lain tentang deena! sebenarnya aku dah pernah buat entri untuk Deena, teruja untuk bercerita tentang nya, teruja untuk berkongsi kegembiraan mengenali wanita yang bernama Deena ini, tapi tak publish.. semata mata kerana nak buatkan entri yang terbaik, so asyik dok edit2 tak publish pun..
lihatlah! ishk!
Pagi tadi, terlintas lagi tentang Deena,
rasa nak telefon, tapi aku sms je dulu!
dan hati ni luluh serta merta bila mendengar khabarnya yang tidak sihat!
tiba tiba aku rasa ralat yang teramat,
sebab Deena tahu aku ada entri untuknya!
dan dia tertunggu tunggu entri itu!
ralatnya terasa ya Allah..
Di bawah ini ialah entri yang aku 'perap' ! khas untuk Deena..
Surat Untuk Deena Farhana:
Terima kasih Deena kerana sudi menjadi kawanku!
aku tak tahu apakah sebenarnya erti surat ini..
tapi yang pasti, hati aku begitu ingin mencoretkan sesuatu untuk kamu..
terasa bahagia.. terasa tenang.. :)
Dan surat terbuka ini sengaja ku kongsikan bersama teman teman lain di blog ku..
supaya mereka juga mungkin boleh berkongsi rasa ini.. :)
Aku ada kawan bernama Deena Farhana Nurman
orangnya cantik.. putih.. campuran cina (sabahan)
bila mendengar suaranya!
lembuuut sangat!
terasa sangat kekasaran yang ada pada diriku ini!
suaranya halusss sangat!
awal perkenalan tidak terasa..
kerana bagai telah lama pula mengenali dirinya..
terima kasih kerana sudi menjadi kawan ku!
tidak sangka orang seperti aku ini,
mampu punyai kawan sepertinya...
dihargai sebegitu rupa hingga mengundang malu pada diri sendiri..
sungguh terasa rendah diri..
tapi Deena sehabis daya akan merendahkan dirinya..
tak pernah sedikitpun kata katanya yang meninggi diri...
aku bukan terlalu ingin memujimu Deena,
aku juga tidak terlalu mengagungkan mu..
cuma aku sangat menghargai dirimu..
Aku bersyukur kerana Allah temukan aku dan dirimu!
pernah aku ditimpa
permasalahan hati dan emosi yang membingungkan..
ya.. bukan senang untuk kita meluahkan pada sesiapa sahaja mengenai masalah yang melibatkan emosi..
kerana tak semua orang akan faham..
dan tak semua orang benar benar mendengar..
tapi
dia,
dia seperti dapat membaca kebingungan ku itu..
dan tiba tiba terasa seperti tiada halangan pula untuk ku berkongsi dengannya..
terasa ringan..
lalu aku menceritakan padanya..
fikir ku ketika itu, aku tidak mengharapkan apa apa pertolongan darinya,
cukuplah sekadar mendengar atau mungkin memberikan sedikit pandangan..
kerana perkara ini bukan sewenangnya diselesaikan,
tapi! ya..
aku terlalu memandang rendah padamu wahai sahabat!
kata Deena
dia berjanji untuk mula mendoakan keselamatan ku! mulai saat itu!
katanya lagi, dia akan tolong doakan sungguh sungguh untuk ku dan keluargaku..
tak cukup dengan itu..
dia mahu dirikan solat khas mohon plindungan Allah buat ku!
dia mahu mula bacakan 'yassin' 7 kali untuk ku?
subhanallah..
tapi, hati ku terdetik pula, " biar betul Deena ni?"
maafkan aku Deena, memang betul aku pernah merasa ragu ragu dengan ini semua...
maaf aku tidak sangka kamu menghargai aku sebegitu..
katamu lagi..
Kamu mahu bersahabat dengan ku hingga ke akhirat,?
"Jalan persahabatan hingga ke syurga bukan sekadar bertegu sapa kat blog, kat YM.. tapi.. ikhlas merasai setiap kesakitan dan kesusahan sahabatnya sepanjang hayat..
Deena tahu mungkin Deena takkan mampu,
tapi, biar Allah yang menilainya
ramai yang dapat sama merasa kegembiraan sahabat, tapi tak ramai yang dapat sama merasa kesusahan sahabat
ramai yang bersahabat hanya di dunia,
tapi Deena mohon dengan Allah.. Deena nak bersahabat sampai akhirat,
bertemu di dunia dan bertemu di akhirat"
maaf Deena aku memang 'save' perbualan kita tempoh hari melalui YM!
kata deena lagi..
"maafkan Deena kalau ini nampak keterlaluan bagi kella!"
errr.. seakan memahami segala persoalan yang bermain di hati ini, lalu menambah..
"Deena hanya mampu luahkan betapa Deena sama merasa kegusaran di hati Kella"
:(
dan ingin juga ku mohon maaf sekali lagi
kerana ragu dengan layananmu wahai sahabat.
bukan tidak percaya
tapi seakan sukar untuk diterima...
benarkah..?
kamu terlalu baik..
mungkin ada rahmatnya Allah pertemukan kita berdua..
aku juga tahu kamu punyai teman teman yang ramai..
dan aku cuma rasa bertuah termasuk di dalam salah seorang daripada sahabat mu..!
dan aku juga ingin jadi wanita sebaik kamu!
terima kasih wahai sahabat!
terima kasih tak terhingga..
InsyaAllah aku akan jaga persahabatan dan kepercayaan mu ini..
Moga Allah merahmati hubungan ini!
Moga kamu sentiasa ada untukku.. dan aku sentiasa ada untuk mu..
surat itu berhenti di situ.
tapi cerita ku tidak berhenti lagi...
Aku telah didoakan oleh Deena!
bila aku membaca setiap bibit perkataan dalam doa itu!
air mata ini terus mengalir dengan derasnya!
"ya Allah yang maha kuasa, Kella (ada nama penuhku di sini) adalah sahabatku, daku mohon dengan nafas hina sebagai hamba, muliakanlah kehidupannya, cantikkan sifat luar dalamnya, kurniakan kebahagiaan dunia akhirat padanya, jadikanlah ia bidadari suaminya dunia akhirat, bilamana Kau timpakan ujian, Kau kuatkanlah hatinya, senaraikan ia sebagai calon bidadari di syurga..dan senaraikan ukhuwahku dengannya sbgai ukhuwah yg terpatri di akhirat sana..Kau ampuni dosa-dosanya, dan Kau pimpinlah dia, jangan lepaskan dia walau sedetik pun tidak berada dlm pndangan rahmatMu..semoga dia beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhiratMu..Ameen Ya Allah, Ameen Ya khaliq, Ameen ya rabbal izzah"
Deena!
:'(
Moga kau sembuh kembali!
kuatkan dirimu wahai sahabat!
kuatkan diri untuk kamu membaca surat yang aku janjikan untuk mu ini!
kuatkan dirimu untuk teman teman mu yang lain juga..
yang masih mengharapkan mu..
aku akan sentiasa doakan kamu Deena..
Allah maha mendengar, dan semoga Allah makbulkan doaku..
semoga kau sihat kembali..
aku tidak dpat meneruskan kata kata lagi...
Moga kawan kawanku di sini juga dapat doakan Deena cepat sembuh..
air mata menjadi semurahnya... :'(
20 comments:
tearing...
sayunya entry ni. nadia doakan kawan kella cepat sembuh, amin ya rabbal alamin...
Kella betul2 menghargai kawan Kella...
sy juga doakan moga Deena kembali sembuh sepertia biasa...Amin...
jom ke APA KATA HATI pulak,
IKAN BAKAR
kella
syahdu sungguh kak baca luahan surat utk deena...terasa denna terlalu rapat denganmu..susah payah bersahabat denganmu
oh kella..kenapa kamu menyimpan draf untuk sahabat sebaik denna...
sungguh mulia hati denna
selalu berkongsi cerita, lagi-lagi denna mendoakan kesejahteraan kamu..
wahai kella ku sayang, sudahlah bersedih...doakan kesejahteraan tubuh badannya..
jangan sesekali kamu menyesal atas kelewatan,u itu..kena pada kak...denna tahu, dihatinya kamu sahabat sejati
PS: buat peringatan pada kak ayu, jika punya teman yang serapat...jangan memendam rasa...selalu lah menyegerakan kata-kata dan ucapannya utk sahabat kak ayu (sebenarnya tiada) mana tahu?..suatu hari nanti
ohh macam tu rupanya.. saya doakan agar Deena cepat sembuh seperti sedia kala..amin
Hairil: bila ia menyentuh hati.. air mata menjadi mudah mengalir..
nadia: terima kasih nad... moga moga dia cepat sembuh!
Nabilah: terima kasih atas doa itu.. semoga dapat tulis entri sekali lagi mengenai kesihatan dia yang dan sembuh pula.. tqq
Kak ayu: bukan berniat untuk menyimpan tapi, memang nak publish tapi hold dulu sebab macam tak setel lagi je entri nya...hmmm.. apa pun, syukur.. deena dah dapatnya... deena memang baik orangnya! kita bertuah dapat sahabat sepertinya..
terima kasih kak atas peringatan itu...
memang sahabat yang sejati susah dicari..
terima kasih untuk kak ayu juga sebab sudi menjadi sahabat ku!
sentiasa ada di setiap ketika.. :)
semoga kita sentiasa bersahabat.. dunia dan akhirat.. :)
siyes..
wa terdiam sayu..
wa nak jd kwn deena jugak bole??
kella, slps membc surat ini, mksu lihat betapa bertuahnya seorg kella ini, krn dikurniakan seorang shbt yang benar2 ikhlas dlm persahabatan. agak sedih bg mksu krg tiada @ belum mendpt seorang shbt sebagaimana Deena itu. dlm kebaikan ada dugaan, ini adalah dugaan buat kella samada ingin terus kekal atau menjauhkan diri, krn dlm dunia kini, ramai ngaku shbt, tp bila shbt dlm kekurangan, mereka lari. mksu doakan persahabatan kella dan deena dalam rahmat Allah senantiasa dan Allah mengurniakan kebahagiaan dan kebaikan buat Deena, kekuatan utknya hadapi ujian hidup dan rasa kekayaan dan kecukupan dlm setiap keadaan, wish both of you all the best, aminnnn
moga deena cepat sembuh...dia sakit apa kella?
Salam kella,
Doa yang ikhlas Insya-Allah akan dimakbulkan Allah jua.
Semoga persahabatan ini berkekalan dan sentiasa dirahmati Allah jua.
Buat Kella:
Yakinlah dan percaya tiap apa yang kau pendam tiap apa yang kau rasa dia juga merasa dan saya mendoakan kebaikan buat dia dan juga kamu.
Aminnn
sedihnya :(
sampaikan salam buat sahabt mu..
ku doakan yang terbaik juga untuk dia ya..
kamu juga kuatkan semangat wahai sahabat..
Matahati: terima kasih..moga Allah makbulkan doa doa kita..
Alvin: boleh... kau kan kawan aku.. dan kawan kawan aku semuapun boleh jadi kawan deena...
deena ni suka cari kawan.. bukan cari lawan...
Maksu: sayu membaca entri maksu ni! maksu, memang kita sangat bertuah punya kawan sepertinya! dan kalau boleh kita juga mahu menjadi sepertinya! maksu jangan sedih... kita kan kawan maksu juga...insyaAllah... kita juga mahu jadi seperti deena.. berkawan atas di dunia dan akhirat.. boleh kan maksu?
terima kasih atas doa maksu tu!
terima kasih.. semoga Allah yang membalasnya.. dan semoga kita semua saling bersahabat selamanya
Kaklynn: kesian dia kak lynn.. terima kasih doakan kesihatan dia..
kakzakie: terima kasih.. insyaAllah semoga dimakbulkan..semoga kita semua pun dirahmati Allah..
Zanna:Amin.. ya.. yakin pada Allah..
terima kasih...
ati: terima kasih sahabat...
moga doa mu juga dimakbulkan Allah.. Dia yang Maha Mendengar lagi Maha mengetahui.. InsyaAllha..
terima kasih ..
assalamualaikum kella..
lya mtk maaf sbb terlalu lewat sampai disini.. snarnya lya aru jer keluar wad... late ni... terasa tersungkur sikit...
bertuah kella, ada sahabat sebaiknya. Drp namanya, lya tahu msti dia secantik & selemut sperti y kella katakan. insyallah.. lya akan doakan keselamatan & kesejahteraan sahabat kella. semoga dia sembuh. Sg saudara sesama muslim seharusnya beginila.. sama2 membantu, mendoakan kesejahteraannya. amin.
Kella....macam mana dgn kawan kella...dah ok ke dia...?
sudi2 lah join yer :)
http://fiverul.blogspot.com/2010/12/giveaway-edy-terbang-jauh-jauh.html
kau memang seorang kawan yang baik pada mata aku..
salam kella...
syahdu entry ni..
sangat menghargai sahabat..bagus..
btw, sis deena farhana sakit apa..
tak tauu pun dia tak sihat..
kalo kamu cntact dia..
KIRIMKAN SALAM ASSALAMUALAIKUM SAYA PADANYA...KATAKAN INI DARI CIK AMY...
Lya: lewat mambalasnya di sini... terima kasih atas perhatian lya juga.. terima kasih untuk lya juga kerana sudi menjadi kawan kita juga ya! :D
tak rugi kita berbaik baik sesama kita.. :)
Nabilah: terima kasih atas keprihatinan nabilah.. alhamdulillah deena semakin baik.. :)
Mata Hati.. :) dah..
Mimy: alhamdulillah.. moga aku sentiasa baik untuk mu mimi.. baik di mata dan baik di hati.. :)
Cik Amy: terima kasih sudi singgah sini! tapi kita tak boleh masuk link cik amy la... ngapa ya? apapun, insyaAllah.. kita akn sampaikan pada deena.. deena pasti gembira...
dia pun dah semakin sihat sekarang ini...
tq cik Amy! :)
Post a Comment