Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, December 17, 2010

|Rezeki|

Hari Jumaat ni rezeki sungguh murah..
sarapan tadi ada orang belanja..
makan tengahari pun orang belanja.. :)
terima kasih..

mesti semua orang perasan kalau hari Jumaat je, kalau pegi makan kat kedai..
mesti dapat pisang free kan?
pisang berangan tu..
sedap aku sangat suka!
tadi masa kat kedai makan tu, aku memang mencari pisang, aku tengok ada 2 meja je ada pisang!
satu meja nun jauh di sana.. satu meja di sebelah sini tapi dok ada orang tengah dok situ, baru abis makan..
fikir ku, tunggu sahajalah mereka beredar baru boleh rembat ..
aku dok usha je la sambil makan.. huhu..
pastu bila mereka beredar,aku tengok 2-3 orang amik 2-3 biji pisang sorang, bawa balik! oh!
kosong lansung pisang tu!
hmm..
oh, takpa la aku akan pergi ke hujung meja sana lah,
tapi baru je aku bangun, tiba tiba seorang mamat tu pergi situ amik semua pisang yang tinggal cuma tinggal 2 biji tu!
ahhhh..!!! kecewa nya!
memang takda rezeki aku la nak makan pisang.. takpela..
sabar sahaja...
kebetulan kat kedai masa tu tak ramai, ramai yang pergi semayang Jumaat!
pastu tiba tiba datang seorang pekerja kedai,
datang bawa sepinggan yang penuh pisang! agak2 dalam 10 biji kot.. letak atas meja kami..
wah.. aku tengok dia.. dengan mata yang bersinar sinar...
lalu dia kata..
" ini pisang baru.. saya tahu awak cari pisang kan.. "
" eh, hehe.. terima kasih ya, tahu tahu je.. " sambil memberikan senyuman dengan mata yang bersinar sinar..
" tak pe free je, makan la..."
" hehe.. ya ya akan makan... kalau nak amik semua boleh?" saja berseloroh pula dengan nya!
" eh.. boleh... boleh.. boleh amik semua, apa salahnya.." lalu dia beredar ke belakang...
fikirku, dia ni perli aku ler nih..
pastu aku tengok dia datang balik, bawa plastik! lalu di isinya semua pisang dalam pinggan tu dalam plastik sambil hulurkan padaku!
" nah ambilla.."
" eh, betul ke ni, tadi saya gurau je.. berapa kena bayar ni.." aku dah terkebil kebil!
" betul la ni, tak payah bayar.. kan pisang hari ni free.. kalau hari lain kena bayar..." sambil tersenyum
oh... rezeki betul.. terima kasih..
Alhamdulillah..

aku tertanya tanya juga, siapa yang mulakan tradisi ini ya?
setiap Jumaat mesti ada pisang free..
kenapa Jumaat? ya mungkin hari penuh keberkatan kot..
tapi kenapa pisang?
kenapa tak buah lain?
hehehe...banyak kira pulak! dah dpat pisang free lagi mau ckp banyak! hoho..

***************************************************

tadi kat pejabat, aku dapat emel.. di forward kan oleh seorang sahabat ke sahabat sahabat yang lain...
emel berupa video! video seorang kanak kanak yang dilayan kejam oleh seorang amah!
aku dah pernah melihat video itu, melalui blog deena dan aku memang tak sanggup untuk tengok sekali lagi! nanti air mata menitis lagi.. sangat sedih dan marah juga! sangat kesian budak tu! ya Allah..tak sanggup melihat seorang wanita sanggup memperlakukan seorang budak kecik hingga sebegitu rupa! sedih siot! meruntun jiwa aku yang sememangnya sensetif ini!

dan bermula la sesi membalas emel..
ada yang kata..
" gila la pompuan ni.."
" ini jalang babi.. namanyer.." marah betul.. memang patut pun!
" saya doakan andai pompuan jalang itu masih hidup..biar Allah laknat dan siksa dia lebih da apa yang dia telah siksa budak tu.. jom kita doa sama sama" aku juga turut berdoa Allah berikan petunjuk pada wanita itu..
" memang takda perasaan belas kasihan lansung!" betul! tiada peri kemanusiaan!

dan aku juga mula membalas pada semua.. baru taip " sedih! tak sanggup melihat budak tu...."
belum abis ayat aku taip tiba tiba seorang lagi mereply emel itu.. katanya..
" sebab pompuan ini tak pernah mengandung! tak pernah beranak! itu sebab dia tak rasa!!!"
terus tersentap aku disitu.. jari jemari tak dapat meneruskan kata kata yang nak reply tadi...
tiba tiba mata bergenang dengan sendiri...
oh.. walau aku belum punya anak dan belum pernah mengandung.. namun aku masih punya hati...
sedih nya....
abis macamana orang yang mengandung dan gugur.. beranak dan buang tu?
:-( kesian beby tak berdosa..

nak buat macamana..belum sampai rezeki untuk itu..aku percaya ketentuan Allah...

dan emel itu berhenti di situ sahaja.. tiada sesiap yang membalasnya lagi...

********************************************************

di kesempatan ini juga aku nak ucapkan tahniah! pada sahabat yang ku anggap bagai kakak ku , Kak Azi!
tahniah sebab dimurahkan rezeki selamat mendapat anak lelaki setelah 7 tahun menunggu..
Alhamdulillah... rezeki dari Allah..

********************************************************

jodoh pertemuan dan rezeki semuanya ditentukan oleh Allah..
dia yang memberi dan dia jugalah yang boleh mengambilnya semula..
rezeki yang kita ada sekarang ni pun bukannya kekal milik kita..
ianya hanya pinjaman Allah..
terus bersyukur dengan pemberianNya dan redha dengan ketentuanNya..

12 comments:

Rohani Hashim said...

TAHNIAH jugak...Alhamdulillah....


kella, sabar eh...jgn sedey2 k..hany pun sama mcm kella...xpe kite usaha k...


area hany xde pun pisang free hari jumaat.uuu sedey. budak2 laki opis kata kat masjid je ada pisang free hari jumaat.

kella said...

Hany... tengkiu... usaha tangga kejayaan kan?:D

ye ke takda pisang? sini memang selalu je jumpa pisang kat mana2 kedai.. diorang letak sepinggan..sepinggan setiap satu meja.. penuh ler... heheh...

kalo hany dekat boleh kita share! hehe..

tq hany..

Unknown said...

salam..

kella...itulah rezeki jumaat untuk kamu..kalau kita ikhlas insyallah...pasti tuhan akan membalasanya


PSSt...pasal...hal bb dan amah tu. kak ayu mmg sakit hati...sanggup dia buat mcm tu...video tu buatkan kak sakit jiwa dan menangis tau..

kella...biasalah..org tak menjiwai apa yang kamu rasa...sebenarnya apa yang kamu rasa..kak ayu rasa hingga kini..percayalah..ada rahsia diantaranya...

nanti kak beritahu kalau tiba masanya..

opss..ada tag untuk kamu..jom join contest

Kakzakie Purvit said...

Salam kella,

org kedai tu tahu kella dok tercari-cari pisang, nah... ambil semua masuk plastik bawa balik makan puas-puas. Hee... tak malu ke? (gurau...)

Tahniah buat kakak kella. Ahlmdulillah, penantian yg lama tu... akhirnya membuahkan hasil.

nabilah_2908 said...

teringt time study dulu..

suka pergi makan kat kedai sorang pakcik ni..mmg tiap2 jumaat ada pisang free...

oh...rindunya kat PJ...kt sini tk jumpa lak.. :(

moga Kella sentiasa dimurahkan rezeki...mungkin berkat kesabaran Kella...tahun depan giliran Kella pulak dpt baby... ;)

jom joinBLOG LARIAN

cik dah ganu kiter said...

beshnyer dpt pisang free..sebijik pun dah kenyang kan..kalau beli kat kedai mkn 0.60 sen sebijik..huhuhu

ciK LyndaWawa said...

klu hari2 ade org belanja...seronok tu..hehe

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
tahniah..muga ari hari lain pun murah rezeki

LYaFRINA said...

TUHAN LEBIH MENGETAHUI BILA MASA YANG SESUAI UTK KITA MEMIKUL TANGGUNGJAWAB ITU. PERCAYALAH.. REZEKI ITU ADA.. CUMA BILA?? KERANA TUHAN TELAH MENGATUR SESUATU Y TERBAIK DLM HIDUP KELLA.. SEMUANYA ADA HIKMAH Y TERSEMBUNYI.. KADANG2 KITA MENGELUH.. SBB KITA X NAMPAK HIKMAH ITU.. KADANG2 BILA KITA MULAI SEDAR TTG HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN ITU, KITA SUDAH TERLEWAT.. SBB ITU, ALLAH MENYURUH UMATNYA BERSABAR...

kella said...

kak AYu: terima kasih sangat... :)

tk sabar mahu mengetahui apakah cerita itu agaknya..
moga boleh la kita berkongsi nanti...
mari kita koling koling kak! :D

Kakzakie: hahahahah.. mmemang ler malu gak kak zakie weh... rasa cam diperli perli je! hahaha.. tapi dah rezeki kan.. jangan di tolak kan..
heheh amik je la..
terima kasih kak.. dia tu teman sepejabat tapi dah macam kakak kita sendiri..maklumler keme takdok kakak.. abis semua kakak nak dijadikan kakak! mahujadi kakak saya? :D heheh..

nabilah: terima kasih... amin.. amin.. berkat kata kata nabilah.. kot2 masih mulut tu! hehehe... tengkiu ya!
tunggu jumaat ni pula .. nak amik pisang.. hehe

Cikdah: mahal nye 60 seng sebijik je? dok tahu tentang rega dia sekarang.. dulu mase zamang sekoloh.. dua oseng je se pisang!
sekoloh ngecang (merchang) dulu.. sekoloh kapung ... :)

CikLynda: mahunya tak seronok.. memang seronok der... mmurah rezeki orang yang dibelanja.. makin murah juga rezeki orang yang berbelanja.. :)

BrutalSolo: ya.. mudah mudahan hendaknya.. moga hari hari lain juga dimurahkan rezeki olehNya..

kella said...

Lya; betul tu lya! kesabaran adalah kunci utama sesebuah kejayaan! terima kasih lya..
sebenarnya yang kita rasa terbaik itu mungkin adalah yang terburuk untuk kita.. dan yang kita rasa terburuk itu, adalah sebenarnya yang terbaik untuk kita..
kita memang tak tahu..
tapi Allah telah aturkan semuanya!
terima kasih lya atas kata katamu itu... sangat hargainya.. :)

Mimy Hamid said...

murah rezeki aku pun lately ni lunch je ada org belanja


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker