Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, December 21, 2010

Emneya Contest Giveaway

Bismillahirrahmanirrahim..
(ini sticky post utk beberapa hari.. :)

Kali ni mahu join contest yang di anjurkan oleh Pena Farhana aka Deena Farhana..
Deena dah jemput hari tu, tapi hari ni baru sempat untuk join!

Mungkin ada antara korang dah kenal Deena samada di blognya sendiri atau di blog aku di entri ini
dan Alhamdulillah, Deena semakin sihat.. rasa lega sikit hati..

Deena Farhana Nurman ialah nama penuhnya, seorang penulis blog yang hebat bagiku..
penulisannya mudah untuk difahami, walaupun pada sesetengah topik yang agak serius, tapi kita akan teringin meneruskan pembacaan kerana tulisannya yang santai dan ringan, mudah difahami dan tak sarat! yang penting 'point' nya tu sampai!
aku juga suka ke blognya sebab banyak ilmu ilmu kemusykilan tentang agama, walaupun Deena sebenarnya berdarah campuran Cina+Kadazan+Katholic, tapi itu tidak menghalangnya untuk terus mendalami Islam..
Deena ni pernah belajar di Mesir.. so mesti tahu cakap Arab kan...!
tapi jangan terkejut, Deena pun tahu kecek kelate juga! terkejut bila tengok dia kecek klate.. fasih sungguh deh.. panda sungguh mu deh! hehehe...

banyak lagi tentang Deena, nak cerita di sini tak cukup kertas kang! ( macamla pakai kertas! ;p )
tapi yang penting aku sangat suka penulisannya..
dan terbaru Cerpennya kisah Emneya! Aku baru khatam baca cerpennya tadi!
memang menusuk kalbu, maklumlah.. penulisan dari seorang penulis yang berpengalaman..
mari aku ceritakan sinopsis Emneya..







"Emneya adalah seorang gadis cantik yang dilahirkan tanpa mengetahui asal usulnya, tapi dia bertuah kerana telah dibesarkan oleh Mak Wa selama 21 tahun, Mak Wa lah yang mengambilnya yang ditinggalkan di tepi jalan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Malangnya Mak Wa meninggal dunia semasa dia masih memerlukan perhatian seorang Ibu.

7 Tahun berlalu.. Emneya atau Neya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang berjaya mencuri hatinya, Syed Erman Haikal bin Syed Hanief. Erman sangat menyayangi dan menganggap Neya sebagai permaisuri di hatinya, tetapi hubungan mereka tidak disenangi oleh ibu mertuanya, Sy Nur Zalia, yang sering mencari kesalahan Neya.
Melihat pada keadaan Neya dan Emran yang masih belum mempunyai cahaya mata setelah 3 tahun berkahwin, ibunya menggunakan alasan itu untuk memecahbelahkan hubungan mereka.
Bermulalah episod duka hidup Neya apabila Emran berjaya dipengaruhi oleh ibunya untuk berkahwin lain, Emran yang telah mula dingin dengan Neya bersetuju dan majlis pertunangan antara Emran dan Ku Sarah berlansung dengan ketiadaan Neya di rumah itu, kerana ibunya tidak mahu dia berada di dalam rumah ketika majlis berlansung. Kesian Neya.. dia terpaksa keluar walaupun hatinya menangis merintis..walaupun berat hatinya untuk melepaskan Emran kepada wanita lain, tapi dia tetap beralah kerana memikirkan dirinya yang belum mampu untuk berikan zuriat untuk Emran.
Emneya juga dipaksa untuk memindahkan barang2nya ke bawah.. disebelah bilik stor.. dan walaupun Emran bersuara namun dia tidak mampu untuk menghalang perintah ibunya itu! Neya pasrah.. pasrah dalam airmata...

Rancangan ibu mertuanya untuk menghancurkan Neya tidak berhenti di situ!
Neya difitnah mempunyai hubungan dengan lelaki lain! gambar2 dan video yang telah dirancang itu telah membuatkan Emran bengang!
Saat itu tiada apa yang mampu Neya lakukan untuk mempertahankan dirinya.. kesedihan di hati makin dirasa.. sama rasanya waktu ibunya meninggalkan nya dulu.. "

amacam best tak cerita nya?
agak agaknya..
apakah kesudahan cerita ini?
sama samalah kita nantikan episod ke 4 dan seterusnya...
Mungkin Deena juga dah mampu menulis.. :)

Syarat seterusnya kena tag kawan kawan!
Aku tahu ada antara kawan kawan ku yang suka membaca cerpen, makanya aku tag contest ini pada Kak Ayu, Lya Farina, Kak Lynn, Maksu, Nabilah, Zanna Rohim, Kazaztan Team, Kak Zakie dan my lil diary.. dan semua yang mahu join ini contest pun boleh... no problem.. mari sama sama kita memeriahkan contest giveaway dari Pena Farhana ini!
(jgn lupa tinggalkan komen di sini juga ya! ;p )

Klik Emneya Contest Giveaway untuk maklumat lanjut.. dan boleh juga klik di banner sebelah.. :)

All da best..

terima kasih Deena dan kawan kawan semua.. :)

7 comments:

My Little Diary said...

salam,
semoga berjaya... :)

Kakzakie said...

salam kella,

tepat kata kella itu. kakak memang meminati novel dan cerpen. susahnya anak dah ikut jejak. cuti sekolah nie dah beratus ringgit novel dibeli utk 3 anak. tapi kalau baca buku pelajaran tak sampai satu jam dah bangun. susah. sekejap ke dapur buka peti ais la... sekejap masuk masuk bilik air la.... (mamanya tidak macam tu. he..he..)

Oasis said...

Ni kalau buat filem pun best ni. Sekali baca cam citer ombak rindu. Hehe. Dah lama ✘ layan sastera ni.

kella said...

Rima: mari join ya! :D

kakZakie: hehehe.. peturun dari mamanye la.. hehe.. sampai beratus habis tu ya kak zakie? hebat.. memang hebat.. :)
so apa tunggu lagi.. nanti kak zakie join ler yer.. :)

Oasis: kan? kalau filem pun best gak! join la contest ini oasis! leh memang adiah! ;p hehehe..

terima kasih sudi singgah sini ya! :)

Zanna Rohim said...

Salam..
Bestnya jaln cerita respek tul dengan penulis-penulis mampu melahirkan karya -karya tak smeua orang boleh melakukan
P/S: Blog saya Lafazjiwaku telah ditutup Blog baru Zanna rohim. Tq

aiDieNa said...

Hmm menarik contest nie.. best of luck to you ;)

cun09 said...

salam kella...

tahniah!!! ^___^

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker