Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, December 6, 2010

1 Muharram Detik Permulaan | Salam Maal Hijrah 1432

Maal Hijrah

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah


Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta


Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan


Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman


Untuk Sepanjang Zaman....

Biasa dengar lagu di atas?
kalau dulu, zaman sekolah, aku dan rakan rakan akan sibuk menyanyikan lagu ini..
dulu, kami siap ada pertandingan nasyid, menyanyikan lagu ini, sempena Maal Hijrah,
lagu sememangnya sama, tapi kekreatifan mengolah melodinya, rentaknya yang diambil kira, tak silap dulu sekolah kami sentiasa berada si no 1 bila dan tukar guru muzik jatuh pula ke tempat ke 2.
dulu, mungkin kami cuma tahu nyanyi sebab nak menang!
aku akui, aku tidak begitu mengerti erti hijrah sebenarnya, yang aku tahu, mahu nyanyi dan mahu menang sahaja!

tapi, sedar tak sedar sebenarnya hijrah sentiasa berlaku dalam diri ku sendiri..
dari zaman kana kanak ke zaman remaja..kemudian dewasa..
dari zaman persekolahan ke zaman kampus kemudian ke alam pekerjaan..
dari kampung.. berhijrah ke kota..
dari gadis papa..ke wanita abbi.. :)
semua liku liku ini perlukan pengorbanan, perjuangan dan persaudaraan!

Justeru dengan kehadiran 1 Muharram iaitu Awal Tahun Hijrah, di mana, Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah). Jatuh pada hari esok, bersamaan hari Selasa 7hb Dis 2010, jadi, marilah kita sama sama menghayati konsep Hijrah yang pernah dilalui oleh Nabi Muhammad SAW.


Sekiranya pada bulan Zulhijjah yang baru lalu, kita banyak menyentuh tentang pengorbanan suci yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anak kesayangannya Nabi Ismail AS ,
maka pada bulan Muharram pula, kita perlu memfokuskan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah sehingga berjaya mendirikan Negara Islam yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

dibawah ini ialah doa akhir tahun dan doa awal tahun yang boleh kita semua baca hari ni..sempena 1Muharam esok.


mari kita sama sama amalkan doa Akhir tahun ini yang bibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami di sepanjang tahun ini"


Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, Insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


semoga semua amalan kita yang lalu diterima dan diampunkan segala dosa dosa kita oleh Allah.. dan semoga hijrah kali ini adalah lebih baik dari sebelumnya, InsyaAllah..
Wallahua'lam..

segala yang baik datang dari Allah..

semoga mendapat manfaat darinya.

11 comments:

LYaFRINA said...

selamat tahun baru kella.
sama2 kt berhijrah k arah y lbh baik dr hari ke hari.

Unknown said...

selamat menyambut tahun baru islam

Mak Su said...

oohh... lagu ni, yang farah af nyanyi kat nasik lemak kopi o. ingat, masih ingat :)

kella, iya, insyallah, bakal jadik agen ikan pekasam dalam sehari dua ni or mungkin dalam 5, 6 hari lagi... tengah korek tabung cari modal, sekarang tengah get to know each other, me and the ikan pekasam

Anonymous said...

Salam MAAL HIJRAH... :)

kella said...

Lya: selamat tahun baru lya.. terima kasih lya.. sama sama kita hijrah ke arah kebaikan.. :)

Mata Hati: selamat menyambut maal hijrah.. untuk anda juga.. terima kasih..

Maksu: oh ya ke? lagu ni pula memang dok dalam memori kita..dulu2 masuk pertandingan lagu ni. sampai ke peringkat negeri duu... hehe
maksu! maksu! kita nak order tau kalau ada pekasam tu! hehe..

Iena: salam untuk iena juga.. terima kasih juga singgah ke sini ya ! :)

najihah said...

terima kasih kella,menusuk kalbu membaca entrimu.

moga penghijrahan kita kali ni ke arah yang lebih baik ya.moga Dia redha. i.Allah ameen!

kella said...

TK: sedang online ya? hehe.. terima kasih sudi singgah sini di malam hari..
moga Dia Redha.. ya.. moga moga..
ituyang penting sebenarnya..
keredhaan dari Allah.. :)

ciK LyndaWawa said...

salam maal hijrah..=]

Amieynna Amin said...

Salam maal hijrah untuk kamu..
semoga ia membawa seribu keberkatan kpd kita semua..
aminn

nabilah_2908 said...

slm maal hijrah Kella.. :)

Mimy Hamid said...

lagu ni juga mengingatkan aku zaman bernasyid...sama gak ar cam ko..ada pertandingan tu...pastu bila bertanding baju over memasing kan..salam maal hijrah 1432


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker