Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, January 19, 2011

cheese me

Assalamualaikum..

hai...ceria tak semua hari ni?
haaa.. aku ceria pagi ni, sebab semalam berjaya buat Cheese kek!
saja mahu uji diri.. pertama kali buat ni..

sebab tengok dia punya 'cheese cake' la aku terpanggil untuk buat juga..
tengkiu sifu! :)

maka terhasil la.. :)


~ baru keluar oven, panas2 agi.. tapi suku dah abis... kebetulan ada rakan abbi datang.. memang hidangkan la.. ~

~ ini tambah dengan blueberry sikit! hehe.. kasi cantik sikit..~

macam tak percaya je aku berjaya buat cheese kek ni!
abbi pun cam tak percaya..
(yelah dia keluar, balik je dah siap kan..)
banyak dia tanya..
kot kot aku buat yang segera kah?
mana ada segera bebe..
mesti mau putarrr sendiri punya!! hehe

resepinya aku amik yang Kak Ain punya:
cuma aku tak buat sepenuhnya bahan2 nya, sebab cheese ada sikit, loyang pun kecik kan..
so aku buat separuh dari resepinya..
so bawah ni adalah salin resepi kak Ain

Resepi Cotton Japanesse Cheese Cake

4-5 keping cheddar cheese ( aku guna separuh cream cheese philapedia, 125 gm)
200ml susu segar ( aku buat 110ml)
4 biji telur ( 3 Biji)
70gm gula halus ( 40gm )
70gm tepong kek ( 40-50gm )
70gm butter ( 40gm)
masa penyediaan: 20min
masa membakar: 1jam



Cara-caranya:
1. Koyak2kan ciz kecil2 dan campurkan dgn 200ml susu segar. Masak dgn api perlahan, kacau selalu. Masukkan butter, tutup api.

(hancurkan cream cheese tu sama ngan susu segar..)

2. Asingkan telur putih dan merah. pukul telur putih dgn 70gm gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. Kemudian pukul telur merah hingga kembang, masukkan dlm adunan ciz tadi ( 1 ).

3. Masukkan tepong sikit demi sedikit, kacau perlahan. Sekiranya berketul boleh di tapis. Kemudian masukkan adunan meringue tadi. Kaup dan sebatikan adunan.

4. Lapik acuan 7x3 inci loyang bulat. tuang adunan kedalam acuan.

5. Letak loyang dlm bekas yg telah di isi air panas. Masukkan ke dalam ketuhar yg telah di panaskan 20min pada suhu 170c selama 20min kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40min.

Teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar.

ok.. apa tunggu lagi.. selamat mencuba.. :)
senang derrr buatnya..
abbi kata sedap derr..
tu yang nak dengar..

15 comments:

Mimy Hamid said...

oh nice resepi...yg ku tunggu...tima kasih kawan ku..resepi ko mmg aku tunggu

Unknown said...

kella...
nak sepotong...

adeh...demam2 nie,,nak makan jer..gagagga

Kakzakie Purvit said...

sedap kan.... kakak kalau kek ok boleh buat. Tapi bila suruh masak macam laksa, mee rebus, mee kari mesti out punya...

nabilah_2908 said...

oh...tkpayah buat base tuk cake ni yer..?

jom ke APA KATA HATI pulak,
POPULAR ??

kella said...

mimy, ko harus coba tau.. mesti coba.. sebab senang je buat dia..
mesti suami ko tambah markah lagi.. :)

Kak ayu: alaa... kak ayu.. sedih lak kita tak dapat nak kasi kak.. insyaAllah.. ada jodoh pertemuan kita nanti ya..

kkZakie: hehe..ye .. itulah pasalnya... kita dah memang terminat dengan baking membaking ni... hehe... coba coba aja..

kella said...

nabilah.. haah tak payah.. buat yang senang senang je..
lagipun kita tak suka yang ada basenya tu... :) yang ini melting je dalam mulut.. uhhh...

LYAfrina said...

mmg febret lya cheese cake ni..
tp nk buat mmg xde bakat.lainla kella.. jari lembut.. smua mnjadi.. n terliur j tgk..

Unknown said...

tolong jangan tunjuk gambar cheese cake kat saya. tengah mendietkan diri ni..huhuhu

best ah cheese cake ni. ayah selalu buatkan masa sya kecik2 dulu. penuh nostalgia bila lihat cheese cake eni

My Little Diary said...

salam,

halamakkkk memang mengiurkannnn
yummmmyyyy

Miss PIJAOSIX said...

meleleh air liur tgk benda alah nih......

Rohani Hashim said...

sedapnyeee...kella nak sikit ;)

**kella, xsampai lg brg tu, xper tgk jumaat ni k**

azieazah said...

Wahh tahniah.
Bila dah berjaya buat kali pertama, mesti pasni nak buat lagi, kan?
Guna loyang yang besar plak yerrr...

perjalanan pulang said...

kau membuat air liurku meleleh.....

Ain said...

tahniah dearie...

macam ni la adik akak. senang dan sodappp kan....

tengok kella punya kek ni akak teringin nak buat lagi.

kejap lagi kena carik susu segar la jawabnya...

SITI NOARIZAH ARIS said...

kELLA...NAMPAK MCM MUDAH JE CARA BUATNYA...NAK CUBA BUAT GAK NI !!


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker