Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, January 24, 2011

Dia Bukan Maryam

Tadi sempat melihat cerita ini,
Aku tertarik dengan cerita yang berkisarkan 2 orang sahabat yang bersahabat baik!
keakraban mereka mengingatkan aku kepada kawan kawan ku..

Tiba tiba aku menjadi rindu pada zaman itu..
aku teringatkan kawan baik ku ketika dulu..
namun semua itu cuma tinggal kenangan..

Persahabatan yang ikhlas sepatutnya berkekalan..
persahabatan yang jujur sepatutnya akan dikenang sampai bila bila..
namun?
jika semua itu tidak ada?
apa erti persahabatan?

aku lebih suka mengingati sahabat tika zaman kanak2 ku..
masa tu.. yang penting ialah kesetiaan..
hati sentiasa terbuka..
tak kenal erti hipokrit
tak kenal erti dengki
suka duka sentiasa bersama..

bila meningkat dewasa..
sentiasa mencari kawan yang boleh dipercayai..

namun..
hmm.. tak semua orang adalah sama seperti kita..
tak semua adalah seperti yang kita mahu..
tak semua tanggapan kita sama dengan tanggapan orang lain..

hmmm

sejenak.. aku merasa kasihan dengan diri sendiri..

uhhh.. kenangan lama yang tak perlu di kenang..
buat apa dikenang jika orang lain tak pernah peduli?

sedih, sedih, sedih.. sampai rasa nak putus asa?

ohh.. dia kata.." kamu sebenarnya tak pernah punyai teman rapat yang baik! kasihan.."

hmm who care? u care? i care!

Ros, Nor, Emma, dee, sab, mady, heryzal, didi, zul .. miss one sweet day..

dah la membebel.. ada yang sedang menggaru kepala sebab tak faham apa yang cuba aku sampaikan...
takpe la.. faham tak faham pun, aku dah tulis..
malas nak redo redo.. malas nak delete delete..

yang penting... aku sayang semua kawan kawan aku! dulu kini dan selamanya.. tetap di hati..
siapa aku untuk menilai..
cuma buat yang terbaik..
Ada yang Maha Menilai..

no heart feeling..

ya! mari layan, sinopsis cerita ini! lagi bagus!

silakan..




Dia Bukan Maryam


Dia Bukan Maryam arahan Erma Fatima menceritakan tentang perasaan kasih dan sayang serta pengorbanan antara cinta dan persahabatan. Perasaan sendiri diketepikan lalu membuat keputusan melupakan hasrat hati. Cinta tiga segi antara tiga sahabat, Sarah(Eja), Nazir (Fahrin Ahmad) dan Zaimah (Lisdawati) membawa kepada suatu pengorbanan yang ikhlas lalu memendam kekecewaan.
Drama ini bersiaran sebanyak 26 episod yang bermula dengan pernikahan antara Sarah dan Nazir.

Mereka selamat diijabkabulkan manakala Zaimah membawa diri mengubati kekecewaan. Zaimah menaruh perasaan terhadap Nazir tetapi berkorban demi Sarah, sahabat baiknya, sehingga sanggup mengetepikan perasaan sendiri demi melihat sahabat baiknya kembali tersenyum. Sepanjang dia menhilangkan diri demi mencari ketenangan, Zaimah telah bertemu dengan Shafik (Aqasha) yang juga baru lepas putus cinta ketika itu.

Manakala Nazir menyukai Zaimah dan berusaha mendekatinya. Malangnya, Sarah ditimpa kesusahan apabila dituduh membawa malang dan sial yang menyebabkan kematian Kamal (Rusdi Ramli). Kamal ditimpa kemalangan lalu meninggal dunia sewaktu menemani Sarah ke Genting Highland. Selepas kejadian itu jiwa Sarah tertekan, menyalahkan dirinya punca kematian Kamal dan sering meracau. Apatah lagi ibu Kamal menuduhnya sebegitu menyebabkan keadaan dirinya semakin merosot.

Sarah tidak kuat menerima dugaan membuatkan Zaimah hampir berputus asa memberi semangat kepadanya lalu Sarah pergi mencari Nazir. Nazir membantu Sarah seikhlas hati dan berjaya mengeluarkannya dari kekalutan itu dan dia kembali pulih. Nazir dan Sarah semakin akrab membuatkan Zaimah berkecil hati dan menjauhi mereka.

Pelbagai konflik dialami dan persoalan demi persoalan bergolak dalam diri tiga sahabat ini. Realiti kehidupan perlu dihadapi dengan pengorbanan, kekecewaan dan cinta yang terpendam.

Sumber: http://www.tv9.com.my/


Tapi aku juga ada deena, lya, mimy, nadine, kak ayu, rima, maksu, kak zakie, nabilah, hany, k lynn, cik amy, kak zie, dan lain lain lagi..
mereka sentiasa ada bukan?..

6 comments:

Rohani Hashim said...

kella, betol masa kanak2 dulu kita kawan betol2 kawan kan. kalau gaduh tu merajuk hr ni jer, esok dtg balek panggil kita kat umh ajak main, takpun kita g panggil dia ajak main kan...hepi jer, tertonngeng tertunggang la...seyes no heart feeling langsung

tapi,
dah beso panjang ni...hurmmm hati manusia siapa boleh baca kan. kita ni sikit punya ikhlas kawan betol2, amek berat sudahnya dia buat hal kt belakang, maaf mmg maaf, tp jauh disudut hati kecik ati ooo...

hrp2 persahabatan maya ni tak jadi macam tu kan....ameen....

Unknown said...

sempat tgk sekejap jer. tak sampai seminit dah habis..kui kui kui

LYAfrina said...

yeppp..LYA selalu ada utk KELLA!!

lya x ingt nk tgk drama ni...ada tgk iklan tv. td syok tgk gemilang..

ardinihumaira said...

lom tengok lagi :D

nabilah_2908 said...

sy pun tgk juga ceirta ni..tp tak berapa faham...kejap2 tukar tv7..lepas tuk tukar tv3..tukar balik tv9..rambang mata...cite sume best.. ;)

dah baca sinopsis ni baru tau kenapa la si Zaima sedih je masa Sarah kawin..

----

sy ramai kawan...tp kurang kawan rapat..boleh kira dgn jari...huhu..

enth la..ada kalanya sy rasa..kawan2 di sini/alam maya..lebih memahami..dr kawan2 di alam yg sebenar... ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
SI PENGGEMAR NASI GORENG

Mimy Hamid said...

yer yer yer kamu ada aku..jgn risau...nak apa bgtau jek...terus jadi ultraman gi kat ko..hahaha


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker