Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, January 11, 2011

STICK!

" err.. maafkan saya tuan, saya tidak dapat turut serta untuk makan tengahari ini"

" kenapa?? tidak, awak mesti ikut saya.."

" saya tak boleh.. suami saya tak izinkan saya untuk keluar makan berdua bersama lelaki lain.."

" ishh.. bukan kita berdua pun.. kat kedai makan tu ramai lagi orang lain.. bukan tempat sunyi sunyi.."

" errr.. lagipun, saya ni kalau nak keluar kemana mana saya akan minta izin dari dia dulu, dan dia perlu tahu ke mana saya pergi.."

" alah! kita bukan pergi jauh pun... dekat tu ja! lain la kalau pergi jauh jauh.. hm, saya tak kira, awak mesti ikut juga.."

" saya betul betul minta maaf.. saya tak boleh..."
tetap dengan keputusan.

" kita bukan nya pergi berdua naik kereta pun.. kita pergi asing asing, awak pergi dengan kereta awak dan saya dengan kereta saya, kita jumpa di sana.. lagipun bukan buat apa pun... kita pergi makan tengahari je.. semua orang pun makan tengahari kan? bos ajak staff makan.. itu perkara biasa.."

(huh.. ada sahaja jawapannya..)

" kalau bersama teman teman lain, saya boleh je.. tapi kalau berdua betul tak boleh.."

" saya boleh ajak yang lain, tapi kali ni saya cuma mahu ajak awak seorang sahaja.. salahkah kalau pergi makan tengahari? bukan ada apa apa pun.. makan je.. kat kedai tu sikit punya ramai orang.. bukan kita berdua je.. haa..."

" saya tak mahu jadi isteri ingkar.. berdosa! saya takut!"

" tak payah la bgtau... bukannya jauh pun.. dekat tu je.."

(amboi.. mengajar untuk tipu suami ke ni?? hmmm apa nak jawap ni! tembak sebijik...!)

" hmm contohnya.. kalau la isteri tuan di ajak oleh bosnya yang turut mengajaknya makan sama.. dan 'niat'nya sama je macam tuan.. tuan boleh izinkan tak..? "

" niat apa?"

" niat seperti tuan pelawa saya ni sekarangla.."
(dia sendiri tentunya tahu dengan niatnya tersendiri..kalau buruk niatnya.. dia akan gusar untuk menjawab..)

" hmmm takpa la...tapi saya terasa hati.."
bla..bla..bla n blaa............. bla n bla... (muak dengarnya..)

"( oh.. terasa hati ke? tidak pula terasa seperti mbuat salah apa2.. biarlah tidak dapat makan makanan yang super delicious pun! biar tak dapat makan makanan yang mahal2 pun.. namun untuk mengecilkan hati suami yang satu tu... tidak sekali!)"  cakap dalam hati je...

Situasi  ini berlaku pada seorang wanita yang berstatus isteri dan seorang pekerja,
dengan perihal bosnya..
seorang isteri yang sentiasa mahu taat pada perintah sang suami
dan seorang pekerja yang sangat menghormati pada bosnya
dan sangat komited pada kerjanya..

hendak di jerit tetap tak mampu,
tak ingin juga cepat melatah!
jadi tolak dengan berhemah...

Boleh sahaja jika ingin buat tak tahu.. terima sahaja..
memang ianya nampak ringan.. nampak biasa sahaja..
tapi tahukah impak jika mereka keluar bersama?
Syaitan akan turut bersama..
Fitnah akan keluar..
jika terdedah, ada hati yang akan terluka..
pelawaan lagi untuk kali kedua pula, akan menjadi tidak mustahil!

oh ya!!! katanya.. hari ini cukup istimewa! dia mahu menggunakan tarikh 11.1.11 ,  mahu ada kenangan di tarikh ini!!?

"what the frog?? go to hole la u..." hanya mampu menyumpah di dlam hati!

oh..
rindu pada sang suami terus memuncak!
tak rela menyakiti hati si suami yang super kacak itu!
tiada yang lain..
hanya dia.. owhh..

betapa izin suami sangatlah penting!
jika suami tidak redha..
maka Allah juga tidak redha!

oh.. seharusnya perkara sebegini tidak perlu diribut ributkan...
tetapkan sahaja hati!
berani kerana benar!
usah risau apa yang akan datang, selagi kita berpegang pada jalan yang benar..
walau kedudukannya yang tinggi itu mampu mengganggu gugat, namun ketahuilah kedudukan Allah lebih tinggi dari segalanya!

yess!!

cerita akukah?
atau cerita dia kah..?
itu tak penting..
semoga dapat manfaat darinya..

10 comments:

deena farhana said...

salam sahabatku yg tersayang..

senyum membaca entri ini..betapa manis sekali akhlak si isteri itu...moga syurga sbg ganjarannya :)

syg kella..

nabilah_2908 said...

bila semuanya di pandang remeh..betul n salah dia main langgar jer...

beruntung si suami dpt isteri mcm dlm cerita ni..moga menjadi tauladan kepada semua.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
KEBAYA BIRU

ZR said...

pernah juga bersituasi begini...jawapan saya..ganti puasa...ehehheheh

Unknown said...

salam..kella
kak singgah walau kurang sihat..
nak lepaskan rindu kepada kamu

ttg berkaitan entry kamu tu...kak pernah alami tapi pada ketika itu status kak hanya anak dara orang..

apa yang penting..tindakan dalam dialog utk pekerja perempuan/isteri orang itu adalah betul.
semoga dia dilindungi dari perbuatan yang membelakangkan suaminya

terima kasih berkongsi cerita..

Mimy Hamid said...

nasib aku takde situasi camni...harap tak ada la....

kella said...

Deena: hai..deena! terima kasih datang sini..
amin amin.. moga moga syurgalah tempatnya.. :)
sayang awak juga... :)

Nabilah: langgar macam buldozer... huhuhuhuh...

KT: hehe.. bagus juga idea tu! buleh buat! terima kasih..

kella said...

Kak ayu: terima kasih! kesian akak tak sihat.. kita doakan kak ayu cepat sembuh hendaknya...

ya la.. dah kawin2 pun dugaan ada lagi.. tapi lagi hebat rintangannya bila dah kahwin..

semoga dapat ditepis selalu..

Mimy: mahu sok sek sok sek dengan kau lah!

Akak Kembang said...

Salam kunjungan bls Kella..

info menarik...

sW33tdARLiNG said...

kadang2 menda2 macam ni kita lalai kan..? maklumlah dunia dah moden, isteri2 dah bekerja... saya sendiri mcm tu, waktu keje sesuka hati jer keluar ke mana2.. tp insyaAllah, suami saya tahu dan redha apa yg saya buat tu tuk keje
Tinggal 3 hari lagi jer GA PILIH THEME BLOG

ct_nurmarlissaa said...

ermmmm:-)good girl...


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker