Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, January 10, 2011

Tumpang ! :D

Tumpang sahaja.. boleh?
nak tumpang gembira sebenarnya... :)

sana sini aku dengar khabar yang gembira dari kawan kawan..
sungguh perasaan aku turut sama gembira...

tahniah aku ucapkan  pada sahabatku Nadine, kerana mendapat perkhabaran mengandung untuk kali ke 2! kali ni lebih 'grand' kerana dapat kembar! rezeki dari Allah untuk Nadine sekeluarga.. lepas ni Faaz dapat main ngan adik adik la... :)
tahniah Nad, ku doakan semoga kandungannya sihat, mommynya pun sihat dan sentiasa kuat! InsyaAllah moga moga Allah permudahkan segalanya..
im happy for u..

Dengar pula cerita dari Kak Ain!
dia juga mengandung!
mama kepada Danish dan Sarah nih! kandungannya dah masuk 7 minggu dah..
syukur..
doa kita tetap ada untuk kak Ain sekeluarga! semoga semuanya berjalan lancar.. :)

Kak Lynn juga sedang mengandung sekarang ni!
rasanya dah lebih 15 minggu kan? hehe..
anak kedua! tahniah ye.. jaga diri.. jaga kesihatan tau.. :)

Liessa juga! tu yang lama dah dia tak update.. rupa rupanya dia sedang mengandungkan anak ke 2 juga!
tahniah liessa, patutla lama tak update..
takpe takpe.. rehat secukupnya..
kawan kawan sentiasa doakan liesaa dan kandungan selamat hendaknya..

Kat Fb pun ramai gak kawan kawan yang punyai berita gembira serupa itu!
tahniah buat Su, Nor dan Along... semuanya anak sulong! wah!!
sekian lama menanti kan?
Alhamdulillah...

ohh..teman sepejabat juga ada! baru dengar berita yang dia mengandung! gembira dia tidak terkira.. kerana setelah 4 tahun menanti.. akhirnya usaha berterusan telah membuahkan hasil.. :)

wah.... ramainya kan?
tiba tiba je aku dihujani dengan berita yang menggembirakan ini...
turut teruja dan gembira!
tahniah dan Alhamdulillah..
rezeki..
tumpang gembira untuk rakan rakan..
semoga semuanya diberi kemudahan dari Allah..
di selamatkan dunia akhirat..




Anak itu rezeki dan anugerah tidak ternilai kurniaan Allah...
Allah telah memilih kamu semua untuk menjadi ibu..
satu penghargaan yang besar buat seorang wanita..
dan ketahuilah..
anda semua adalah wanita wanita terpilih...
di pilih Allah untuk merasai nikmat menjadi ibu..
nikmat yang bukan semua orang dapat rasa..
:)

7 comments:

ardinihumaira said...

rezeki.. Alhamdulillah..

;) tumpang bahagia juga

nabilah_2908 said...

wah..tumpang gembira juga...rezeki tahun baru.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
MAKAN-MAKAN SEPENA AJL25

Kakzakie Purvit said...

gembira bila mendapat berita mengandung tak kira anak ke berapa pun. Tapi akan lebih gembira lagi bila dapat baby!! Wah.... hati berbunga-bunga....

selamat hendaknya semua sahabat2 itu.

LYaFRINA said...

Tuhan kurniakan rezeki padanya kerana inilah waktu y sesuai utknya..

Macam lya... walau tahu agak mustahil.. tapi ttp berharap. Apa y pasti, tuhan tahu mana y terbaik utk lya.

Dan utk kella.. Dia lbh mengetahui. Sesungguhnya, anak adalah anugerah y tak terhingga. Ini salah satu dugaan allah. bila tiba masanya, hadirlah penyeri hidup dlm kehidupan kella & suami. Insyallah... sama2 berdoa :-)

Mak Su said...

ramainya nanti anak2 2011 , tahniah to them :)

Nadine said...

Terima kasih Kella, teman yg sungguh baik hati, buat I sungguh terharu :)

InsyaAllah, bila sampai masanya Kella juga akan turut serta dgn kami. I dan kawan2 lain sentiasa doakan you :)

Take care dear..*hugs*

Mimy Hamid said...

aku amat faham situasi ko skrang..sebab aku pun dah rasa seperti ko...sama sama kita berdoa moga rezeki itu ada untuk kita.


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker