Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Thursday, January 20, 2011

Nak Komen Tak?

Assalamualaikum..

ada tak sape sape yg tak suka dikomen?
baik komen buruk atau baik.. komen secara lisan atau..
err komen di blogspot! hehehe

komen secara lisan ni, ramai juga orang boleh terima.. tapi ramai juga yang tak suka!
terutamanya kalau komen yang pedas pedas berapi tulah..
biasanya orang yang nak komen ni mesti berani.. mesti telus..
kalau tak buat orang kembang boleh buat orang naik angin..

Komen dalam blogspot pula?
siapa tidak suka sila angkat tangan!!
huh! seorang pun tak angkat?
haa.. tuuu ada! !
si peah sorang je angkat tangan!!
ooo...dia tak suka orang komen apa apa pun kat blog dia.. tu pasalla dia dah set 'not allow' to comment! haha..
so? yang lain lain tu.. suka lah ya?
hehehe... tahu...

dalam dunia blog ni, siapa tak suka dapat komen kan?

pemilik blog sudah tentu mendapat panggilan sebagai.. Pengomen dan Penerima komen

Penerima komen

- Bila mendapat komen, hati berbunga bunga, contoh nya aku si blogger picisan ni.. sangat sangatlah hargai setiap komen yang diberi!

- Bila terima komen pula, jgn la cuma gembira teramat, sampai lupa nak singgah maklum balas pada si pengomen! baru la si pengomen tu rasa dihargai juga! give and take la kan.. :) kalau kita bahagia.. apa salahnya buat orang lain bahagia juga.. kan?

- kadangkala jika terdapat komen yang agak kurang menyenangkan, janganlah cepat melatah, tapi terima dengan terbuka, selidik secara telus.. sebab, kadang kadang kita tak nampak apa yang orang lain nampak dan tak semua orang boleh terima apa yang kita rasa.. ya, mungkin ianya betul, atau tidak betul?
tapi disebabkan marah atau tidak puas hati, kita terus blok minda kita mentah mentah untuk terima! akhirnya meletusla perang2 kecil.. yang.... kadang kala... boleh membuatkan terbukanya pekung di dada sendiri... ups!

- Bila blogger popular datang komen? wahh rasa lebih bersemangat pula! hahaha.. yelah sudi juga dia singgah untuk komen kan..

Pengomen

- kebiasaan..memang setiap orang yang telah mengomen pasti menantikan untuk dikomen kembali.. dan kebiasaannya, kalau kita komen orang.. orang mesti komen kita balik kan!
tapi kadang kala 'frust' juga kalau kita hari hari komen kat dia.. secebis rasa tetap harap juga dia singgah la sini untuk komen.. tapi? haraaamm tak ada pun, tapi kena sedapkan hati sahajalah..
mungkin dia sibuk... (tapi kat blog lain dia komen je?)
ala.. mungkin dia tak perasan kot..( tapi kalau dah hari2 takkan tak perasan lagi? siap kasi gula gula lagi..tak datang pun? )
alaa mungkin tiap kali dia nak komen, system down pulak! ( aii.. semedang je down masa nak komen aku je ke? huhu)
ha! ataupun, dia memang tak suka kau!! ( hah? jeng jeng jeng... ala.... sedihnya...)
huhu..

-kalau nak komen tu, yang penting tu biarlah kita baca entri yang dia 'post' kan itu.. jangan pakai hentam kromo sahaja..
sampai ada yang aku terserempak tu, sampai kantoi! kantoi sebab tak baca entri, kadangkala tu kita tahu dia tak baca bila, dia komen bertanyakan kembali pada sesuatu perkara yang sememangnya telah diberitahu kat dalam entri kat atas tu! nampak sangat.. pastu ada kes tersilap nama pun ada..  huhu.. kantoi..

- bila komen juga, perlula gunakan kata kata yang elok.. yang sedap di dengar dan di baca..yelah.. kita nak cari kawan.. bukan nak cari lawan.. :)

- komen ikhlas dari hati..akan terkesan pada sesiapa sahaja yang membacanya.. terutamanya yang menerima komen la.
tak mustahil..hari yang suram boleh jadi ceria, dan hati yang sedih boleh jadi gembira.. :D

hmmmm...asalkan niat kita ikhlas untuk berkawan dengan semua..
namun sekiranya telah jauh terpesong.. tanya kembali apa niat kita ni berblog.. jika buruk niatnya buruklah kesannya..

aku membebel bebel pula di petang hari ni...
saje je bebel bebel sambil makan cakoi..

~Ini gambar cakoi yang aku buat hari tu, tapi hari ni buat lagi.. gambar tak boleh amik, kamera abis bateri dah.. huhuhu.. asyik sangat bergambar..sampai bateri habis tak perasan..~


lagi satu.. nak harapkan komen dari orang lain.. entri kena la menarik.. berkualiti
lainlah kalau blogger fofular.. buat entri taip 'Hai' je pun, berduyun duyun orang datang komen!
hehehe... tapi kena ingat mereka pun bermula dari bawah.. :)
tetap ada permulaan pertama..
seperti kata bidala.."masakan dapat sagunya jika tak dipecahkan ruyungnya.."
kan?
cheers... 
(^_^)v

(terima kasih en mamat, didi kerana sudi follow blog ini! weh didi.. jumpa ko ngan aku kat sini kan!hehehe shhhh..)

13 comments:

Amieynna Amin said...

setuju dengan semua point..
kdg2..tak de org komen bukan maksud xde org baca..
ye x?

Mimy Hamid said...

mestilah suka di komen...tapi aku tak kesah sgt...bair lah komen ikhlas ...org dah sudi baca pun bersyukur..


psst..resepi cakoiiii nakkk

Unknown said...

kella

kak kan...kalau member2 komen yang hentam2...kak buat dono jer..
yang penting kak happy..
lagi satu..kak pun kurang senang kawan2 yang komen tak kena dgn entry kita..

tapi nak buat lagu mana...tetap terima....

kak suka blog kamu, kak minta maaf kurang kerap masuk sini....
maafkan kak ayu yer sayang

azieazah said...

Terimakasih KELLA kerana sudi berkongsi info.

Nampaknya banyak lagi Kak Azie kenal belajar ni..

Maklumlah Kak Azie ni nak kata picisan pun tak sampai. Ibarat Semut Merah jerrr.

Rohani Hashim said...

a'ah betol tu kella, kena baca entri gak. ummm sesetengah org baca awal n last je, tp at least dia baca jugak kan....

cik mici said...

comment yang ditingglkan pada blogger baru macam kita nih...memang menaikkan semangat nak berblog kan...

LYAfrina said...

tak di akui... bila kt dpt komen,, hati berbunga.. itu tanda, ada y sudi membaca & menghargai hasil tulisan kita.

tp sbg manusia biasa pernah gak lya tercicir n3 kwn2.. especially bila time x sihat.. huhu..xleh buat apa r...

apa pon, kita komen mesti ikhlas dari hati... :-)

Unknown said...

SALAM,
KALAU NAK BERI KOMEN, BERILAH SECARA JUJUR DAN YANG BENAR SAHAJA

daela said...

dila pun x kisah..nak komen, komen la...agak2 mengarut komen tu..delete jer...hahahaha..tp alhamdulillah, x pernah dapat komen yg teruk2 buat masa skrg ni..x tahu la masa akan datang kan...:)

Kakzakie Purvit said...

biarlah kakak jadi pengomen setia jemu mata memandang silalah tutup mata
tapi kella kata kella suka
kakak memberi kata-kata
inilah dia beberapa patah katanya
Hahaha... ketawa kita sama-sama....

Mak Su said...

pandai buat cakoi! cayalah!

maksu x tahu nk ckp apa pasal komen ni, sbb maksu pun bizi lately, susah nak blogwalk :(

nabilah_2908 said...

hehehe...suka n3 ni.. :)

what you give...you get back.. :)

nadzirah razalli said...

suke je..sbb kite tau ade jugak org yg membace ape yg kite tulis kan kan :))


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker