Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, January 18, 2011

AKU BUKAN LAGI ISTERI & SUAMI BUAT MEREKA...

 
Inilah aku... Lelaki alaf baru dengan azam dan tekat berbeza dari kehidupan lalu. Masa kelam mengajar aku banyak perkara. Aku akui bukan mudah untuk keluar dari masa gelap itu, lantas membuat transformasi menjadi Mr. Perfect pada diri, agama dan mereka yang sentiasa berada di sekeliling ku. Perjalanan yang dilalui sebelum ini, mungkin sahaja ada yang berkata aku mengalami masalah jiwa. Ya! Mungkin ada kebenarannya... Tetapi inilah perjalanan hidup ku, menjadi suami dan isteri pada satu masa dan ketika...
 
Sepertinya kehidupan malam dan siang, aku hidup dalam dua alam berbeza. Papa panggil ku ‘b’ nama manja ku sebagai baby. Mama panggil aku ‘B’ singkatan untuk hubby. Agak pelik bunyinya! Mama dan Papa yang aku maksudkan di sini, bukanlah dirujuk kepada ayah dan ibu yang membawa aku ke dunia ini. Mereka adalah insan yang pernah aku berikan cinta, nafsu dan topeng kehidupan. Biarlah aku mula bercerita tentang kemewahan hidup bersama papa terlebih dahulu... 
 
Aku budak kampung yang Berjaya menjejakkan kaki ke IPTA. Satu-satunya anak lelaki ibu dan ayah. Selain dari kepintaran otak geliga, raut wajah ku setanding model lelaki di pentas peragaan. Cuma bezanya, ketinggian aku tidaklah segalah mereka. Ramai yang kata aku comel, handsome, cute macam artis lelaki Korea. Huhuhu! Tersenyum aku mengukir kemanisan agar menyerlah kelebihan lesung pipit yang ada. Aku memang lelaki straight tetapi lama-kelamaan tanpa disedari terbentuknya u-turn dalam diri ku. Ini semua gara-gara terpengaruh dengan kehidupan gay boy sahabat baik ku Remy.
 
Hari minggu tiada kuliah, kami ke kelab songsang. Mula-mula dahulu aku terkejut beruk juga dengan keadaan ini, minta di simpang jangan terjebak. Tetapi bila terbabas sekali aku rasakan keseronokan berbeza. Ada ummpph! Dari situ aku mula mengenali seorang ahli perniagaan yang berjaya, Mr. J. Dia bujang berusia 34 tahun dan aku ketika itu 21 tahun, anak ikan katakan. Kami berkawan lantas bercinta, tinggal bersama dan dia membahasakan dirinya ‘pa’ dan aku dipanggil ‘b’. Inilah insan yang sebenarnya papa dalam hidup ku...
 
Papa cukup baik dan amat menyayangi aku. Kami saling faham memahami antara satu sama lain, termasuklah keakraban kala di ranjang. Masing-masing bermain peranan top dan bottom, ia berlangsung dengan jayanya. Sama-sama puas. Kami bahagia... dalam dunia yang kami ciptakan sendiri, kehidupan songsang. Papa banyak membantu kewangan aku di IPTA, sehinggalah aku tamat belajar dan mula bekerja. Hubungan ini telah menyusuri keindahan malamnya selama lima tahun. Sehinggalah pada suatu hari ibu dan ayah aku, membuka suara agar aku berkahwin dengan sepupu ku Riana yang cantik jelita. Bermulalah babak aku mengenali insan yang memanggil ku ‘B’ panggilan ringkas untuk hubby. Aku bersetuju dengan jodoh yang ditetapkan keluarga kerana bakal isteri aku not bad orangnya, walaupun tidak mempunyai kelulusan tinggi. Malah aku yang bernafsu besar, masih punya keinginan untuk kaum hawa. Aku bertuah rasanya memiliki pakej ini.
Pada awalnya papa tidak bersetuju dengan tindakan aku untuk memenuhi kehendak ibu dan ayah yang memaksa agar aku berkahwin. Biarpun dalam pada masa yang sama aku sendiri sudah menyayangi Riana. Namun papa akhirnya bersetuju, setelah aku berjanji biarpun ‘B’ sudah berkahwintetapi hubungan ini tidak akan putus. Maka, diraikanlah perkahwinan ini dengan penuh gilang gemilang. Aku kini menjadi seorang suami kepada Riana dan dalam masa yang sama kekal sebagaiisteri kepada Mr. J. Riana tentu sahaja tidak menyedarinya biarpun beberapa kali dia sudah bertemu mesra dengan Mr. J kerana baginya kemesraan kami ini adalah normal, tambahan pula dalam urusan perniagaan yang sama.

Setahun aku melalui kehidupan begini. Tanggungjawab ku pada mama tidak pernah ku abaikan dan sesekali aku bersama papa. Sehinggalah di saat mama ingin melahirkan zuriat pertama kami. Aku menemaninya sehingga bilik bersalin. Sewaktu kepala bayi kecil ini keluar dari rahim mama, hati dan perasaan aku cukup tersentuh melihat betapa indahnya ciptaan Tuhan. Kala aku mengazankan bayi kecil ini, aku terasa berdosa dengan kisah silam aku. Pelbagai perkara mula bermain dalam otak kepala ku.
Aku segera menuju ke surau, melaksanakan sembahyang sunat dan sujud syukur. Aku menangis tidak terkira rasanya. Ya Allah, betapa indah ciptaan Mu pada ku. Biarpun aku telah menyimpang dari kehidupan sebenar dan lalai kepada Mu, tetapi Kau masih jua memberi peluang untuk aku melihat keindahan dunia sebenarnya. Aku bersyukur kerana Kau berikan aku kesempurnaan dalam kehidupan ini dan terimalah hamba-Mu kembali yang sememangnya jahil dan hina ini. Aku ingin tinggalkan dosa semalam dan bertaubat untuk tidak berpaling lagi. Ya Allah... Tunjukkanlah aku jalan kebenaran. 

SELAMAT TINGGAL...  Dahulunya aku mencari kebahagiaan bersama kalian. Kini aku tersedar sendiri untuk mencari ruang cahaya dari kegelapan. Aku malu pada diri ini, aku dusta pada kamu, aku tunduk pada kuasa syaitan, aku hilang arah dan tujuan, aku hipokrit, aku mainkan cinta dan paling utama aku jauh berada di persimpangan kebenaran agama. Mama maafkan ‘B’... Aku tahu kau tertanyatanya apa yang telah merasuk dalam hidup ku, berubah secara tiba-tiba. Aku pergi tinggalkanmu, menunaikan Umrah agar dapat aku mencari kembali jalan kebenaran yang telah lama akutinggalkan. Ikutkan hati aku, malu untuk hidup bersama dengan mu lagi tetapi andai kata jodoh kita masih panjang, aku kembali. 
Dosaku di belakang mu, terlalu banyak biarpun kau tidak mengetahuinya tetapi aku mohon kau memaafkan setiap kesilapan ku. Papa maafkan ‘b’... kita telah jauh hidup dalam dunia jahanam. Noktahnya di sini. Aku bertaubat untuk tidak kembali melakukan perkara terkutuk ini lagi. Aku harus tahu bahawa aku adalah LELAKI SEJATI! Punya anak dan aku tidak mahu anak ku ini nanti ketahui perangai ayahnya sebenar. Aku harap suatu hari nanti kau jua akan berubah dan kembali pada fitrah kehidupan sebenar. Amin...

sumber dari: nona.my

1 comment:

Rohani Hashim said...

bertuah, kerana masih punya kesempatan utk bertaubat kan.. alhamdulillah...


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker