Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, January 5, 2011

Kenapa Berblog?

kenapa aku suka berblog?

kerana aku suka bermonolog sendiri..maka aku rasa perlu ada blog! :p
aku suka menulis sebetulnya, tapi menulis dan menaip sangat banyak perbezaannya walaupun tujuannya sama.
aku mula berblog sebab pengaruh dari blog2 lain juga..
masa awal berblog memang aku tak ada niat untuk berkongsi, saja suka suka taip..
cerita masa tu tentang diri sendiri je.. tu yang agak malu untuk didedahkan :)
tapi sekarang dah macam macam cerita pun ada..

Pengaruh blog lain
awal dulu, bila aku mencari maklumat je, aku selalu ter masuk ke dalam blog orang, banyak maklumat yang aku jumpa rata rata adalah dalam blog!
aku perhatikan, tulisan tulisan mereka sangat santai dan bersahaja.. ada yang gunakan bahasa rojak.. ada juga tulis bahasa singkatan sahaja.. fikirku; "macam senang je diorang ni ada web sendiri"
dan ramai yang aku tengok web diorang ada dot.blogspot.dot. com.
so timbul dalam hati nak buat laman web juga.. rasa terpengaruh dengan blog2 mereka mereka ini..
namun.. bolehkah?
bila godek godek rupanya blogspot ni 'free'.. makanya aku ciptalah blog aku sendiri.. :)
rasa seronok je masa tu... huhuhu.. aku ada blog sendiri.. yahuuu!

Suka bila dapat komen
ini memang salah satu sebab aku teruskan berblog dan melangkah selangkah kehadapan untuk naiktarafkan isi dan penulisan dlm blog ini.
sebelum ini cuma rakan2 pejabat sahaja yang komen,
tapi bila tiba2 ada dapat komen dari blogger lain, semacam rasa gembira lain macam! ;p
beri semangat. terima kasih..

Maklumat terkini dan ilmu
memang banyak aku dapat info dan ilmu berguna juga.. tak kurang la gosiping pun ada..
(takut juga bila tengok sana sini orang berperang, bergusti, saman menyaman! eii gerun..)
tapi yang baik jadikan teladan dan yang buruk pedoman..
dan semestinya jika ada dapat ilmu atau maklumat penting aku akan kongsikan dengan orang sekelilingku..

Pengisi Masa/ memberi kegembiraan
cheee.. ayat bodek blog tu..
ya, daripada aku dok melangut tak tentu pasal
daripada aku join 'menganyam ketupat'
atau daripada membuang masa pada yang tak sepatutnya,
baik aku buka blog aku, menaip disitu.. mencurah apa yang boleh dikongsi bersama teman teman maya..
ada juga kegembiraan di situ... :D

Nuffnang?
sebelum ni aku memang tahu yang nuffnang ni boleh kasi duit, tapi apalah sangat blog aku ni kan.. jadi aku buat 'donno' aje pada nuffnang ni.
'Then' atas saranan sahabar blogku mimy, aku pun pasang la.. '
itupun dia dan sahabatnya yang tolong buat, aku buat asyik tak jadi je! :p .
aku baru je pasang nuff ni tengah tahun lepas, bila tengok angka 'uang' itu meningkat rasa gembira.. walaupun dia naik sikit sikit je.. tapi sikit sikit lama lama jadi bukit kan.. :)

Rakan rakan blog
ini paling utama ni!
bila aku berblog aku dapat ramai rakan!
rakan2 yang prihatin, baik hati, peramah dan pemurah pula aku jumpa kat sini.. ( aku penah dapat hadiah dan cenderahati dari blogger2 yang baik hati..)
tak sangka dengan hanya bertemu di alam maya, perasaan sebagai seorang sahabat itu dapat dirasa dekaaat sungguh di hati.. :)
bahagia merasai dan berkongsi kegembiraan dan kesedihan bersama..
aku sangat hargainya!

********************
paling segan sekarang ni bila ramai kawan2 tahu aku ada blog! dan dok gelar aku sebagai 'blogger'
betullah aku blogger sebab aku ada blog kan.. hehe.. tapi perkataan 'blogger' tu cam segan je.. cam tak layak je.. huhu..

si abbi pula slalu promosi kat saudara mara, contohnya..
" jangan tak tahu dia ni blogger tau.. korang jangan macam2 nanti ada yang masuk dalam blognya, glamer je nanti..."
" oh.. jangan main main tau.. dia ni blogger tau.."
dan kebanyaakan saudara mara pula akan terpinga pinga bila dia cakap begitu..
haha..sebab dia anggap abbi ku bergurau je.. ;p
yang aku pula? heh..senyum2 sambil buat2 macam tak tahu menahu.. hehehe..
abbi pun baru je ambil endah kat blog aku, dulu mula mula dia tak rasa aku serius..
tapi,bila dah selalu berkongsi cerita kawan kawan dan selalu minta idea dari dia.. mula dia pun sokong.. banyak gak perkara2 yang dia minta aku konsi dan tulis kat blog..
sbnarnya adik adik aku jelah yang ahli keluarga yang tahu tentang blog aku ni...
ada juga aku suruh diorang buat blog! banyak je alasannya.. tiada idealah, tak tahu apa nak tulis la, takut takda orang baca la, seganla, malu la.. (haha.. my sis n bro, kalau korang baca ni , haa..hambik ler.. huhuhuhu)

masa awal2 berblog dulu selalu jugak tunjuk tunjuk gambar diri sendiri
tapi bila dah ada ramai kawan, rasa segan nak letak muka pula,
aku ni penyegan orangnya!
haha.. paling kelakar, sampai ada orang ingat aku ni lelaki bila pertama kali jenguk sini..
bila dia dah ikut, lama2 baru tahu aku ni perempuan.. hehe
jadi..? inilah blogger Mathari!?
uhhh.. pendedahan berani nih!
hehehe..
takdo maknonyo...! saya cuma blogger picisan sahaja..

=)

korang pula? mesti ada sebab sebab tersendiri mengapa berblog kan?
kongsilah, jom!



update: lupa nak ucapkan terima kasih pada aidaRyzal, tatabear, kamilkamil dan ahmad jo yg baru ikut blog ini.. tq.. :)

Aku ada sesuatu untuk sahabat2 setia ku.. hehe.. nantikan..di next episode..

19 comments:

cik dah ganu kiter said...

dl idah suka baca blog cerpen..pastu tgk2 mcm besh jerk pastu free register..tu yg terhsl blog mamaizzya..
seronok share citer ngan kawan2..pastu bila ada sudi komen lg semangat...
lg2 skg meriah ngan kontes n gway

Kakzakie Purvit said...

salam kella,

mana org tak kata lelaki sebab gambar tu excavator bukan gambar bunga... tapi sebenarnya kalau baca isi, style penulisan kita boleh tahu kella wanita orginal kan ha...ha...ha...

Unknown said...

ye. sbb blog la kita jumpa kan. huhuhu

kella said...

cikdah: hehe...haah... dulu kita rajin gak join kontes montes ni.. tapi sekarang dah kurang masa boleh join.. apa pun terima kasih ya cik dah sudi jenguk2 blogku ini.. :)

kakzakie: huhuhu.. itu gambar baru tukar tu kak, baru 2-3 bulan je pakai gambar tu, selamat ni pakai gambar lain.. huhu.. mungkin dulu penulisan kita agak kasar kot.. lani je cam lemah lembut sikit...
heheh.. kita ni memang kasar orangnya... tapi hati lembut.. :)

asfa: ya! tepat sekali! sebab blog la.. sebab blog.. huhuhu..
terima kasih juga sebab sudi memeriahkan blog picisanku ini.. :)
semoga persahabatan alam maya ini berkekalan.. panjang umur murah rezeki buleh kita bersua.. :)

ZR said...

pjg history berblogye

LYaFRINA said...

lya tulis blog sbb asya.. sbb keadaan lya.. dan mybe ada pgalaman y blh dikongsi.

1st n3.. tnpa apa2 intro trus masuk bab masa pregnantkan asya.. xde ucap2 salam pun.. malu plok bila imbas balik..

tp itula.. bila semua dtg dr hati..kt akn buat ikut kata hati tnpa pgruh y lain..

y psti lya jumpa ketenangan di sini. n lya jumpa ramai kwn2 y best mcm kella :-)

y penting... jujur dlm penulisan

Rohani Hashim said...

waa beshnye hubbby siap promote lagi hehehe.

umm, hany pun suke sbb ramai geng kan,[astuh kalau bebrlog ni, mcm ada ape2 kita nk ty kan, mesti ada yg sudi bg pendapat itu yg besh tuh...

My Little Diary said...

salam,

hah!!! akhirnya tunjuk muka daaa... hehe

DrSam said...

selamat berblog dan teruskan berblog. Jika dilakukan dengan betul, berblog boleh mendatangkan banyak munafaat. Juga ia bergantung kepada niat.

CikSpek said...

keep bloging ya. tq follow. dh follow kamu juge. follower ke-100 lagi.*wink*

kella said...

kazazstan T: hihi.. banyak cerita yang tersurat dan tersurat dalam berblog.. :)

Lya: ya, betul cakap lya tu.. yang penting kejujuran dalam tulisan...
kita mengenali lya lebih dalam pun melalui blog juga..
cerita lya dan asya memang sangat2 menyentuh perasaan..
banggu punyai kawan yang kuat macam lya..
sedikit sebanyak pengalaman lya tu dapat membantu muhasabah diri..

begitu.. semoga hubungan ukhwah ini kekal selamanya.. :)

im glad to be your fren.. =)

kella said...

Mzhany: hehe.. tak tahu ler samada dia perli atau apa tu.. hehe.. ntah ntah saje perli je.. huhu
betul betul betul tu hany!
yang itu memang sangaat diakui!
semua mereka ni tak lokek ilmu kan, kalau kita tanya je, mesti ada orang yang baik hati akan tolong!
itu satu kelebihan lagi...
:)

DrSam: terima kasih!
banyak kebaikannya jika dimanfaatkan dengan betul! saya setuju!
niat mesti mau bersih.. :)
terima kasih..
semoga sentiasa berhubung..

Rima: errrr eh, hehehe.. den sogan sebona ehh.. tapi saje je la exspose sikit..
terima kasih ya rima! :)

Miss Pikon: terima kasih kasih sudi ikut blog ini! terima kasih kerana jadi yang ke 100! mungkin ada habuan ni! insyaAllah.. :)

Unknown said...

salam

yang pasti...kak ayu suka blog matahari

ianya bersinar...dan menyerlah........ i like kella

ct_nurmarlissaa said...

blog i wujud..bcoz....
nak catat kan perjalanan hidup...tapi kini blog i jadik medium untuk menambah kenalan..
beshh kann

My Special Mall said...

yea! selamat berkenalan! dulu ikut2an, sekarang dah suka :)

[maksu]

dan sekarang nak buat sebagai sumber kewangan pula

Redbloodsnow said...

HEHEHE...HAMPIR SAME WEH SEBAB MENUSABAB KTA KENAPA SUKA BERBLOGGING..HIKSS

kella said...

kak ayu: terimasih..terimasih..terimasih..
niat kita berkawan baik baik dengan semua.. niat untuk berkawan selamanya..
terima kasih sebab dari dulu kak ayu support kita.. :)

kak mas: betultu! lagi ramai kenalan lagi luas pandangan.. :)

Maksu! kita ingatkan sape la tadi.. lupa tentang 'mall' ini.. hehehe.. terimakasih le maksu sudi ikut kita.. kita pun suka kat maksu jugak! :D

Zie: sameler kite ye...
terima kasih juga sebab selama ini menceriakan blog inij uga.. :)

Mimy Hamid said...

beb aku rasa aku plg lama follow blog ko kan...heheh smpi skrang aku nak tau why mathari bukan matahari...

Ain said...

akak dulu dapat inspirasi berblog bila terbaca blog somebody....

seronok ikuti kisah dia, pastu mula la berangan nak ada blog sendiri...

sayangnya blog tu dah tak wujud lagi, sedihnya.....huhu


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker