sejuk kan pagi ni? untunglah sesiapa yang dah mula bercuti mula hari ini..
KL hujan dari pagi semalam hingga lah ke pagi ni...
nasib baik hujannya tidak begitu lebat.. sebab KL ni kalau hujan lebat sikit mesti kena banjir kilat..
so apa cerita yang ingin dikongsi?
tiada apa yang luar biasa.. semuanya biasa biasa sahaja..
semalam ke TESCO, memang silap hari la, sebab tesco pun sesak jugak! jemm..
masing masing pulak tu dengan troli yang besar besar punya..
aku pula cuma nak beli satu 2 barang je!
teringat kata si Ah Heng..
" aiyaa.. kalau pegi pasalaya time laya cina, mesti orang melayu dan india pun sibuk membeli belah juga..rrammai ooo.."
kata si Aku pula..
" aiii... u lupa ke kalau time Hari Raya... siapa yang meramaikan pasaraya tu kalau bukan cina dan india? siap berebut rebut lagi tu!"
hehehehehe..
biasalah.. kita dah dok kat Malaysia ni berbilang kaum..
kita terima lah seadanya..
siapa taknak membeli belah kalau ada tawaran harga yang jauh lebih murah kan? promosi sana sini..
siapa taknak kan..
lagipun pasaraya memang suka sangatlah kalau orang ramai serbu... tak kita la kau bangsa apa pun..
dia takda pun cakap;
"haa.. ini promosi untuk orang cina aje..., haa.. yang dapat diskaun ini untuk melayu sahaja.. haa.. yang murah ni untuk india sahaja..." ada ke?
hmm... yang mereka mahu tahu.. barang mereka larissss...... habisssss..... tu je.
Oh, ya!
mahu juga aku bercerita tentang jiran tetangga ku!
masa mula masuk rumah ni dulu, aku selalu doa.. moga moga aku dapat la jiran yang best.. yang baik hati...
tup tup sebulan lepas ada orang baru pindah.. melayu.. (sebab sebelum ni negro!)
ohh.. akak tu baik sungguh la..
bukan apa dia tu suri rumah sepenuh masa..
dia kalau masak apa2 suka kasi kat kami!
masa aku outstation hari tu, dia kasi nasi ayam kat abbi, kebetulan, rezeki b la tu..
dia pernah kasi rendang, kuih muih, bubur nasi,
huii.. naik segan dah aku..
yelah.. kadang tu, dok kira mana pinggan dia yang kita tak pulang lagi.. takkan nak pulang kosong kan..
sekarang ni, kami kalau dengar bunyi loceng rumah disertai bunyi anak anak kecil, kami dah dapat agak dah.. mesti akak tu punya.. :)
terima kasih kak Nor.. masa kita demam pun akak datang bawa makanan.. terima kasih kak.. :)
jiran jiran yang lain pun sangat baik weh..
(baik tu .. bukan nya tang makan je... aisshhh..)
pastu nak ucapkan tahniah kat abbi..! :)
teruja dia dapat melaungkan Azan kat surat kawasan rumah kami ni..
balik rumah tanya.. aku dengar tak suara azannya..
yaa..aku pun teruja mendengar suaranya, tapi tak tunjuk sangat kat dia..
cakap kat dia yang penting sekali niat tu.. azan sesedap mana kalau tak diterima oleh Allah.. tiada guna..
dia faham katanya.. semoga bertambah baik semuanya.. Amin.
lagi satu teruja ni..
terujanya nak balik kampung!
rindunya papa n mama... adik adik...
banyak gak misi nak dapatkan kat sana..
daun ketereh, beras, nak ngurut kaki abbi, jahit langsir..
wah.. si achik dah booking awal2 suruh buat cheese kek bagai...
" Ya Allah.. kau selamatkanlah perjalanan pergi dan pulang kami semua.. semoga perjalanan kami dipermudahkan.. Amin.."
wah panjang juga cerita aku kali ni...
jenuh juga nak menaipnya..
ya, sekejap lagi aku nak balai polis, sahkan laporan beg duit hilang tu dan, pegi buat lesen baru pula!
nak balik kampung macamana nak jalan kalau tiada lesen! kesian kalau abbi seorang yang bawa kereta..
hari ni pun aku ada misi penting untuk bilik pejabat aku ni!
aku nak buat 5S! uhhhh... sepah sepah bilik ni weh..
tak terurus..
ok lah sampai sini dululah taipan ku..
sampai bertemu kembali..
jaga diri..
jaga peribadi..
senyum selalu..
Alhamdulillah..
:)
perasan tak ? kalau nak tahun baru cina mesti hujan kan?
suratan atau kebetulan..
Allah Maha Mengetahui..
8 comments:
hehe.. pastikan buat laporan kecurian.. kang nak buat ic kena bayar.. kekeke...
Saya pon ke TESCO smlm. punyalah ramai orag. baru lps gaji katakan....:)
terbayang2 wajah ceria kella semasa bercerita :)
okie, selamat ke balai polis dan buat apa yg patut :)
mmg selalu ujan, tp maksu ingat ingat ler, ujan ni selepas depa raya, now belum raya pun dah ujan ;)
Salam kella,
Di JB hujan memanjang dari sabtu hingga kini. Harap tidak selamanya. Kota Tingi dan banjir, Segamat kawan kakak tak dapat balik JB. Semalam dari Muar sampai JB memanjang hujan. Ramai yg cuti emergency hari ini. Sekarang kakak kerja tinggal bertiga. Sunyi kerana ramai tak dapat datang kerana banjir. Ada yg memang dah bercuti....
;) semoga segala urusan cepat selesai, amin
;) semoga segala urusan cepat selesai, amin
selamat pulang ke kampung...
hati2 dijalan raya..
BAlik KG tu...Hati2 dijalan raya k...
Post a Comment