Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, November 26, 2010

Semenjak Dulu Lagi

Arrgghh... 'tention' nya! umur aku dah meningkat ni! tapi calon suami belum ada lagi!
aduhhh... aku taknak nanti di chop anak dara tua!
macamana ni, mana nak carik calon?

Samsul di arkitek tu? ishh 'anak emak' tu, maknya kata nak cari jodoh orang se negeri dan dia tak mahu menantu dari negeri selain negerinya sahaja.
maka hubungan itu setakat di situ sahaja, No heart feeling! tiada cinta.
Ayah bilang " tak payah lah berharap lagi, jika orang pun tak sudi, kita jgn terhegeh hegeh..petunjuk dari Allah..bukan jodoh kamu.."

hmm..

Khairul si jurutera tu?  duda lah pula, aku kenalnya sebagai 'client' syarikat ku.  Dari hari ke hari kelihatan lain benar layanannya pada aku, cara dia melayan pun sangat manis, rupanya baru aku tahu dia seorang duda.. oh.. patutlah...
Ayah seperti tidak berapa berkenan. "fikir masak2 dia tu duda, ada anak satu, nafkah semua kena bagi, tanggungjawab lain masih banyak tu, di kemudian lagi kita tak tahu.."
begitulah bunyi ayah, walaupun dia tak kata direct, tapi aku tahu dia tidak setuju jika aku serius dengan hubungan ini.
dont worry ayah, im not in love with anybody.. im just be friend... :)

Izuwan, engineer Petronas.. hmm... dia seperti aku, berkawan, suka, tapi tidak mahu beri komitmen..
teman tapi mesra, tergantung gantung di awangan.  Tiada cinta.  Cuma suka.

semua kawan kawan aku akan ku kenalkan pada Emak, aku akan ajak mereka datang rumah.  so mereka tahu aku berkawan dgn siapa, kwn2 peerempuan juga begitu..
mereka datang eebagai kawan..
Ya, sebagai kawan,  selama aku berkawan dengan semua lelaki, belum pernah aku 'declare' hubungan itu sebagai hubungan cinta, smuanya hanya teman sahaja.  Tidak mahu komitmen.  Ya, buat apa berkomitmen jika tidak sedia, nanti ada hati yang terluka pula! Sebetulnya tidak berjumpa yang benar-benar aku percaya.  Semuanya tidak memuaskan hati,
ada yang nak pegang pegang? huh sorry, you're out!
ada yang asyik nak pinjam duit, sekali dua boleh la bro.. apa kes asyik pinjam! get lost!
ada yang sikit sikit nak marah, eh.. aku belum apa apa dengan kamu, kamu boleh marah marah sebegitu? ini belum kahwin, kalau dah kahwin? ohh.. tidak sanggup, bye bye ler..

Ishk! aku tidak berjumpa yang betul betul sayang aku, semuanya ada kes tersendiri.
pernah aku buat buat terima, namun sepanjang itu aku merasa berat hati, tak tenang, dan bila dilepaskan rasa lega pula!
hmm.. orang kata aku terlalu memilih.  Ya, memang betullah kita kena memilih, takkan kot nak main rembat sahaja di tepi tepi jalan buat suami?  Kahwin bukan perkara main main, ini ialah perhitungan sepanjang hidup..

tiba tiba " always there when u call, always on time, give u my (all)..baby be mine.." jarule menyanyi nyanyi lagu 'always on time' di telefon bimbit ku! lamunanku terus terhenti di situ.

"Assalamualaikum, ganggu ke ni, aku ni Amy?"
"haah,ko... ko mmg suka ganggu aku kan?"
"sorry la.. saje je nak test nombor ni, kot kot masih guna atau tidak.."
" hehe aku masih guna, kau macamana sekarang ni? kerja mcmana? lama giler tak dengar citer ko kan"
"biasa je, weh, esok aku nak driving test, untuk kali ke 2 ni weh, ko doakan aku ya? aku nak kerja kat kl ni kena ada lesen."
"wooh.. ok ok aku doakan untuk kau nanti ya, insyaAllah lepas tu..."
" ko dah kawin ke?"
" aku? belum lagi.. kau? dah ada girlfren dah?"
" err.. belum lagi.."
" hmm aku pun belum weh, ntahla.."
" eh, aku ada cadangan, apa kata kalau la umur kita dah sampai 30 tahun, dan masing2 belum kahwin, belum ada teman, kita kawin je berdua nak?"
" hahahaha.... yelah tu kau.. hahahahaha ok, ok , boleh2.. ala.. tapi ko mesti ada awek punya nanti.."
" ok kita tengok, aku kol ko lagi nanti k!"
" ok chow"

itulah dia Amy, seorang kawan baik dari universiti dulu! dia pernah meluahkan rasa hati pada aku lepas habis belajar dulu! terkejut beruk masa tu, tapi aku tak boleh terima dia, 'cannot go' masa tu, sebab aku anggap dia kawan je..tidak boleh nak lepas lebih dari itu..yang sebetulnya aku tak mahu berkomitmen.
lagipun dia jauh, lepas belajar, dia balik ke hulu aku ke hilir... jarak kami jauh, dan aku tidak percaya dengan cinta jarak jauh...

si Amy ni selalu je 'call' aku, tapi aku tak save no dia, kenal nombornya yang angka 012 5 tu je kat depan, dia sorang je. Dia ada gak sms/kol.. dah dapat keja baru la, nak amik lesen la, gagal test la, selamat buka posa la, selamat hari raya la..  kadangkala tu , dia 'call' masa aku tengah minum/makan bersama kawan2 lelaki, selalu mcm tu, kebetulan agaknya, bila aku keluar dengan kawan lelaki, mesti aku akan terima panggilan telefon darinya, yang hanya ingin bertanyakan khabarku..
dan kawan2 lelaki tu pula wajib akan bertanya siapa? lalu aku memberitahu .. namanya Amy, kawan baik aku masa di universiti dulu, tak perlu cemburu, dia hanya kawan biasa... dan seringkali juga aku akan mencerikan perihal Amy ni pada mereka dalam sedar tak sedar! dan kadangkala menimbulkan rasa cemburu pula! la... aku dan Amy kawan baik ma.. dia jauh di sana dan aku di sini, hanya telefon menghubungkan kami.. lama dah tak jumpa... itu pun nak jeles? ish.. ish.. ish..

**********************************

masa berlalu, aku sibuk dengan kerja.. dan pergaulan rakan2 adalah seperti biasa. Status? masih solo, namun sedang berkawan juga.. aku sebenarnya ramai kawan lelaki, tapi sekadar kawan.
sedar tak sedar dah setahun pun berlalu..
aku makin merasakan diri ini semakin tua, dek kerana seorang demi seorang kawan kawan ku telah melangkah ke alam perkahwinan..

"isk! betul betul tak boleh jadi ni ' bentak hati ku!
rasa macam 'desperate' sangat ni!
wahh... tak laku sangat ke aku ni!!

tetiba fikiranku mencatur kembali senarai senarai calon yang ada! uh.. semunya tidak sesuai!
tiba tiba aku teringatkan seseorang!
Amy? entah dari mana munculnya namanya? dia sebetulnya tidak pernah tersenarai dalam list aku...
eh, lama benar tak dengar khabar dia! ohh... betullah,... aku dah tukar no phone! mestilah dia tak tahu..
emel emel darinya pun dah tak kelihatan lagi.. walaupun aku sebenarnya tak pernah peduli tentang emel emelnya itu! (teruknya aku nih!)
entah entah dia dah kahwin kot sekarang, tu yang senyap tu..
huh, tak boleh jadi ni.. mesti nak cari no telefon dia la!
mula la aku selongkar sana selongkar sini, mencari no telefon si Amy, minta minta lah jumpa..
cari punya cari terjumpa di dalam satu buku nota kecil zaman belajar dulu!
huh, minta mintalah dia tak tukar nombor! minta minta laaa......
aku terus mendail nombornya... dan,
seseorang mengangkat!
"hello?"
"hello boleh cakap ngan Amy?"
"ya saya siapa ni?" balasnya

" weh ... aku ni la!! As!" tetiba teruja pula

" laaaa... As ke??" nampak sangat keterkejutannya itu! dan dia menyambung..
" weh.. lama aku carik ko, aku kol no yg biasa tu tak dapat, jenuh dah mencari! aku ingat dah tak dapat contact kau lagi!"

" haa.. aku dah tukar nombor la Amy, sorry la aku lupa nak kasi tau.."

" lupa? dah lama pun weh.. ye lah ko bukan nak ingat kat aku , siapa lah aku ni.." nadanya rendah..

" sorry lah, nasib baik sangat kau masih pakai nombor ini kan? ha.. ko kata tadi kau mencari aku? kenapa?"

jeng jeng jeng.. adakah untuk memaklumkan yang dia telah berkahwin? ataupun sedang bertunang? ataupun akan melansungkan perkahwinan?
nantikan episod seterunya.. :)

11 comments:

Unknown said...

kella..

wow...boom bastik......kak baca ala2 berdebar gitu..


psst.....minta2 pilih yang terbaik...hehehehe

kak nak tahu selanjutnya...boleh post entry hari isnin tak> heheheheh..

kak ke pahang sampai hari ahad....

Unknown said...

psst;..

http://ruhayurazali.blogspot.com/2010/11/saya-suka-blog-awak-lapercayalah.html

ct_nurmarlissaa said...

darling....manerr dapat cete nieee....cam beshh jerr

kella said...

kak ayu: ke pahang? nanti kalau pergi eastcost mall ke megamall ke kim salam ye.. pahang tempat kita mebesar bagai johan gak tu! hehehe.. kalau jumpa adik kita pun kim salam jugak! hohohoho...

laa.. sampai berdebar lak kak ayu... hehe..

Kak Mas: ini cerita orang yg nak buat novel ni, tapi kena reject! bahasa fail katanya! ;p

ZR said...

cissss...potong betuiii

Unknown said...

adoi..tgh syok tetiba bersambung pulak.. huhuhu

kella said...

KT: terima kasih, sudi baca! nanti kita sambung.. tungggu.... ok! tengkiu. tengkiu.. :)

najihah said...

ada sambungan la pulak..tgh syok2 baca nihh :D

ya,saya menanti :)

MOMMY CGG said...

cgg shuke entri nie

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
terbaek..
err aku solo lagik

kella said...

matahati: tunggu ya! nanti kita post! terima kasih sebab sudi membacanya! tq!

CGG: terima kasih sangat! nantikan sambungan nya.. terima kasih sudi singgah sini! salam kenal.. :)

BtutalSolo: tahu ko solo lagi brutal kan? hehehehe... terima kasih ya! :)


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker