tahukah kita semua bahawa Malaikat Maut datang merenung wajah kita sebanyak 70 kali sehari..setiap hari! jika dikira lebih kurang setiap 20 minit Malaikat Maut akan turun.. merenung wajah kita.. melihat apa yang kita lakukan pada waktu itu.
Subhanallah..
Namun kita tidak akan sedar kehadirannya kerana ianya berada di Alam Ghaib..
cukuplah kita mengetahui dan percaya tentang kehadiran nya dan mampu membuat kita sentiasa mengingati kematian..
kerana perkara yang paling hampir dengan kita ialah kematian..
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
“ Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.
Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.
Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh
Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak
ketawa.”
Kita manusia tidak akan sedar bahawa Malaikat Izrail sentiasa memerhatikan kita dan membuatkan kita seringkali alpa dengan kehidupan seharian kita..
Astagfirullah..
Marilah kita semua saling ingat mengingati, semoga ingatan tentang kematian ini dapat menjadikan kita manusia yang tidak lupa pada Allah.. InsyaAllah..
Firman Allah Taala yang bermaksud :
“ Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya. “
( Surah Al-A’raf ayat 34 )
IringJeling: entah saat ini Izrail berada di depan muka ku! melihat aku menaip ini semua untuk disampaikan kepada kamu semua..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
subhanallah...
semoga kita sentiasa mengingati mati
entry terbaru "disana menanti disini menunggu"
oh..subhanallah...rupa rupanya...tetiba terus aku tergamam
wa caye ..
tiap kali kita ingat mati
Allah nak bg kita peluang
>>___<<
rebut ler peluang.
alangkah malangnya, bila renungan terakhirnya ketika kita masih dalam ketawa berdekah2 dan lalai kepada Allah.
na'uzubillah...
sesungguhnya mati itu benar!!
rasa insaf..
rupa2nya kita selalu d perhatikan..
maknanya setiap saat, kita harus bsedia, krn bila2 masa y ditetapkan.. malaikat akan menarik nafas kita...
subhanallah...
*insaf*
tq for sharing, dear..
Mylittlediary.. mati itu pasti... semoga kita sentiasa ingat mengingati..
Mimy: aku pun tergamam juga.. aku dapat ni masa morning talk pagi tadi, bos baru yang kongsi ini semua dengan kami.. :) so aku kongsi dengan korang..
Frodo: yup! tuhan ingatkan kita..kerana tuhan sayang kita..:)
PieWahid: betul tu.. semoga kita semua dalam keadaan beriman ketika tuhan ambil nyawa kita.. InsyaAllah..
Misz..: terima kasih singgah sini.. :)
Lya: betul lya.. rasa seinsafnya.. hmm.. moga kekal la rasa begini, ingat mengingati sesama kita..tak rugi kan.. :)
Nad: memang insaf ler juga, sebab baru tehu gak tentang 70 kali ni! dalam kita sedar tak sedar kan? kita dilawati Malaikat Izrail..
Astaghfirullahalazim..
terima kasih berkongsi.
subhanallah...
syukur sebab dapat peluang baca entry ini
terima kasih kella..
TK: sama-sama.. kita saling ingat mengingati.. kongsi berkonsi ilmu.. tak rugi.. semoga kita semua mendapat manfaat darinya.. terima kasih singgah ke sini.. :)
kak Ayu: terima kasih kak sudi membaca di sini.. Alhamdulillah.. yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu dari diri kita sendiri..
slm kella..pekaba..hrp sht..seriesly, bace ni trus jd cmni (T_T)
mekasih entri ni..
Post a Comment