dah lama dah sebenarnya aku mendapat permintaan dari abbi.. minta aku masak lemak labu!
OMG! aku tak pernah buat pun ni.. family aku pun kureng makan labu2 ni,
aku mantain cool sahaja dan tekad untuk mencuba membuatnya!
sebab aku tahu kat mana nak carik resepi masak lemak labu ni!
tak lain tak bukan, kat blog Cik Mat Gebu! syukur sangat sebab dalam blognya tu ada resepi ni!
Cik mat Gebu, kita minta untuk siarkan resepinya di sini ya!
~ini hasilnya...~
so Jumaat lepas aku buat ni! boleh tengok resepi kat bawah ni , copy dari blog Cik Mat Gebu!
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji labu sederhana besar
1 cekak pucuk manis
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan (aku takda udang kering, maka ku gantikan dengan ikan bilis, ditumbuk)
700 ml santan cair (santan semuanya aku agak2 je)
250 ml pati santan
1/4 camca teh serbuk kunyit
2 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, dihiris
3 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan secubit gula
CARA MEMBUATNYA :-)
1.Kupas labu, kerat, asingkan bijinya, potong dadu besar2 labu tadi. Pucuk manis diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. Udang kering ditumbuk kasar. Ketepikan.
2.Dalam periuk, masukkan labu, bawang besar, bawang putih, serai dan udang kering. Tuang santan cair dan jerang atas api hingga mendidih.
3.Masukkan serbuk kunyit dan daun pucuk manis (nak sedap, ramas daun tu sebelum dimasukkan dalam periuk), gaul rata dan biar mendidih.
4.Masukkan pati santan dan tambah secubit gula serta garam secukup rasa. Biar mendidih perlahan hingga labu empuk dan pucuk manis lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidang
Terima kasih sekali lagi untuk Pemilik Dapur Tanpa Sempadan.. CMG! resepi2 mu sungguh mengancam! jom la ramai2 jengah blognya untuk apa apa jenis resepi!
10 comments:
sedapnya! kita suka tau lauk lemak labu..lawan pulak dgn ikan masin sepat. aduh, terangkat ;)
serius cakap akak laparrrrr....
feberet akak jugak ni tau. kalau ada ikan kering confirm bertambah-tambah nasi....
sedapppp....
BLH BG RESEPI NI KAT MAMA LYA.
SBB DIA SUKA MKN LABU
kella..
wow...terbaiklah..semakin maju dalam dunia masakkan...suka2..
psst: kalau masak kacang pjg pun okey..campur labu..tapi kena masukkan time labu seperuh masak..kalau daun pucuk manis setelah labu betul2 masak.
tahniah sayangku
salam kella..
wawaaaa..sedanyaa, paling tak tahan pinggan antik mu ituuu...mengancamm.
sedapnya...kalau sy lak..sy suka letakkan daun kunyit... :)
agak konpiuss sikit pasal Cik Mat Gebu ni...dia ni lelaki ke perempuan..apa kaitannya dia dan Ben..or org yang sama..?
jom ke APA KATA HATI pulak,
BERSIARAN DARI UK - PART 2
nadine: nadine pun suka ngan sayur ni rupanya? hhihihih.. tak sangka ya! kita tak suka sangat mula2nya tapi bila si abbi nya suka sangat makan.. so terpengaruh dengannya...
KAin: laaa.. pun suka juga? ngan ikan masin? serupa pulak ngan nadine kawan kita kat atas tu... huhuhu.. nmpaknya kita sorang je yang jakun.. hoho
Lya: boleh je, lya tak pun kan.. lya je buatkan untuk mama lya.. sure dia terharu.. hehe
K Ayu; ini ialah berkat resepi CMG la kak ayu.. huhu... kita sekarang ni memang cari resepi kat blognya aja.. hehehehe... terima kasih tq.tq.. :)
MatGebu: haaa!! alamak! tuan punya resepi singgah la!! malunya ai... hehehe... terima kasih sekali lagi kerana sudi singgah dan memberi komen! sangat hargainya! terharu ni orang femes datang komen kat sini.. tengkiu so much!
nabilah: ha.. kan dah ada orang konfius pula.. ben ashaari adalah orang yang berbeda.. CMG pula orang lain..dan dia adalah seorang lelaki... hubungan antara mereka adalah kawan rapat... bukan orang yang sama eh.. heheh.. sampai ada yang terkonfiuss nih! mereka berdua memang aliran yang sangat berbeza.. cuma yang sama ialah.. mereka berdua blogger yang femes ames sekali! tip top.. :D
uwaaa sedapnyerrr..melelehhh air liur tengok nehhh...Labu adalah peberet kuu...wufwufwuff...
saja bagi wa lapar...
shiela: alamak.. soryy la.. buat terliur pula!
terima kasih ya shiela sudi singgah sini! :)
Alvin: aku sukeee.... ngehhh... ;D
Post a Comment