Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, November 12, 2010

are u a blogger?... please raise your hands up!

salam Jumaat..
salam penuh keberkatan..
pagi yang nyaman dan indah..
pagi ni... KL hujan kan..
best je, rasa cam terus terusan mahu sambung tidur..
tapi apakan daya, dek kerana tanggunjawab bekerja.. "bekerjalah kita sekueknyo"

tajuk entri pagi ni adalah rentetan perbualan telefon ku semalam bersama pemilik blogger Citarasa Rinduan.. :D tak sangka pula.. sebab melihat personalitinya yang ayu..(sesuai dgn namanya Ayu..) ala2 perempuan melayu terakhir gitu.. pastu mambaca kisah2 hidupnya yang penuh mencabar dengan kedainya yang sentiasa sibuk tu.. tak sangka orangnya adalah sangat periang! cam happening je pulak! aii.. tak sangka betul la! pastu kita takkan rasa kekok sebab ada sahaja modalnya nak bercerita.. mcm dah kenal lama pun ada, pdhal baru pertama kali mendengar suara, kalo jumpa tak tahu lah.. hahahaha... do keep in touch ya sis! tq..

dan sepanjang aku berada di dunia blog ni.. aku kenal ramai blogger yang baik2 semuanya!
walaupun, tidak bersua wajah, tapi melalui blog ni kita telah mencipta satu laluan lain untuk saling bersahabat..

ramai dah blogger yang aku kenal.. dan..
blogger yang aku sgt kenal dan pernah bersua antaranya ialah..

Mimy! of course la...sebab ini kawan aku, pulak tu satu kompeni je, dia yang banyak tolong aku dlm hal blogger ni, asal tak faham je, mesti kol atau emel! hahaha tengkiu so much! dia juga yg suruh aku join nuffnang! so aku baru je join nuffnang awal tahun ni kot tak silap aku..
dan dia dah nak kawin dah ni.. menghitung hari je nih.. 27hb November! welkam to da club babe..

Kak Azi, ni kakak aku sorang ni.. tersangat ler kenal, sebab kami sama2 buka blog! satu ofis lagi masa tu.. tapi sekarang dia dah kat opis lain, tengah sarat mengandung! dan lama gak tak update blog..
tak sabar nak tengok beby dia! semoga semuanya dipermudahkan.. Amin.. (sayang aku kat kakak aku sorang ni!)

Kak Mas, hahaha.. ini kalau kena masanya memang hari2 boleh jumpa! heheh.. sebab pejabat akak ni kat ground floor dan aku di tingkat 2, bole jerit2 je.. tp sekarang dia agak sibuk kot, tu pasal blognya tak update beberapa minggu.. tahu.. kak mas sangat sibuk.. kan kak mas kan? :)

Ika, ini baru sekali kot jumpa, satu kompeni juga.. dia satu pejabat dengan si mimy.. dia yang tolong setting nuffnang dalam blog aku.. hohoho.. cek tak reti ler.. tengkiu ya ika.. Ika ni bujang lagi.. cun! tapi tak tahu ler available lagi ke tak..? ;p

hahaha.. semua yang aku pernah jumpa adalah bekerja di bawah satu syarikat yg sama!

Blogger yang pernah berhubung melalui telefon pula..

MZhanny,aku pernah kol, dulu.. dah lama dah ni.. aku kol bila terima bungkusan tu dan tak kenal pula dgn nama itu, so kol untuk kepastian! oo.. rupanya si hanny ni..dia begitu bermurah hati memberikan kerepek! pakai pos lagi.. sangat terharu.. terima kasih hanny.. takkan lupa punya..

Lya, memang ada kol Lya ni dulu, masa dia tengah sakit, getik sangat hati ni nak kol, tapi masa kol tu, Lya sedang berehat, sedang tidur, suami Lya, Fain je yg angkat... so takdapat ler cakap ngan lya, takpe sampaikan salam untuk lya melalui fain je.. nak jugak kol lagi tapi cam segan2 lak! ;p

Blogger berhubung surat/emel

Blogger AllAbout Us, kk lynn! masa ni aku menang contest yang dia anjurkan! dapat tempat ke 3 rasanya! hehehe... bertuah jugak! dapat hadiah kain sembahyang.. terima kasih sangat, sangat2 hargainya!

Nabilah, nabilah pernah kasi kad raya! cantik sangat kad raya tu, sampai sekarang masih melekat kat pejabat ku ini! terima kasih atas ingatan tulus dari mu itu! :)

FaceBook,
Lya, Mimy, kak Ayu, Kak Mas, Kak Azi.. dan terbaru..

Nadine: oh nadine.. nadine.. aku suka baca blog nya yang dicoretkan dalam Bahasa English! i like! nad ada sorang anak lelaki, si kecil yang bernama Faaz.. sekarang dah makin besar dah dia.. seronok membaca perihal dan melihat keletah faaz yg makin lama makin cerdik! comel lak tu! bertuah nadia dan hubby.. :) nadia juga selalu keluar dengan resepi2 unik, simple dan marvelicious! yummmi! :D
thanks nad!

itu sahaja lah, yang aku pernah berhubung di luar dari blog ni! yang lain komen2 di blog2 je.. belum pernah bersua..
hmm.. lgpun aku ni pemalu orangnya... huhuhu..

bagaimana dengan korang?
aku percaya, ramai kawan2 blogger di luar sana yang sering berhubung dan sering bertemu kan?, kan ke ada geng blogger buat perjumpaan tu kan? ramai jugak yang hadir.. sonok je tengok..

well..
yeah.. im proud to be a blogger..

what say u? :)

8 comments:

LyNn HaMzAh said...

wah...terselit nama kak lynn kat situ la...hehehehe...

nabilah_2908 said...

seronok kan berblog...? kita dpt kumpul ramai kawan...bertukar2 cerita.. :)

x sama macam kita join FB or yg lain2.. :)

seronok juga dpt kenal dgn Kella.. :)


jom ke APA KATA HATI pulak,
CHEATING IN EXAMS

kella said...

k lynn: mesti terselit punya! lama dah kita bersama kan.. harap dapat berjumpa pula.. hehehe... :)

Nabilah: ye betul tu.. sokong sangat.. sebab kita boleh cakap banyak sikit kat sini..
pastu kawan2 pula selalu komen2.. kasi pendapat bertukar pandangan..
ada plak kawan2 yang suka kasi giveaway.. macam nabilah tu! hehehe.. tengkiu so much!

Rohani Hashim said...

kella, bila lak kite nak jumpe eh..hihihi

deena farhana said...

i wish to see u too kella :)

Mimy Hamid said...

we know each other dear...yeahhhhhhhhhh

kella said...

Hany: InsyaAllah.. panjang umur leh kita jumpa, eh..hany dok kat kl je kan.. tolong bagi no fon boleh? leh kita jumpa2 bila kelapangan ..kot2 ada jodoh kita bertemu.. :) tinggalla no fon hany..

Deena: how i really wish to see u too! sangat sangat... :).. drop ur phone number here.. :)

Nadine said...

owh, Kella ngan Mimy sama2 keja TM ke...ingat kawan2 blog jugak. Hihi.

Kella, thanks a lot sbb sudi jengah blog i dulu and sudi bertegur sapa. kalau tak mungkin kita tak dpt berkenalan, almaklumla, i ni kn sgt pemalu (ececeh)...nak blogwalking pun malu. hehe.

glad to know u and wish that we can finally meet up one day! take care my friend :)


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker