*pic: kredit to manggaonline
Memang sudah lama aku nantikan peluang ini!
peluang untuk jejakkan kaki ke Istana Budaya!
Peluang untuk menonton teater!
dari zaman aku sekolah2 dulu lagi aku memang teringin sangat nak tengok teater!
dan
akhirnya peluang itu telah datang semalam!
Syukur,
ok, cukup cukup dengan keterujaan aku!
~ tickets for 2 ~
~ wah.. saat ini ku menantikan sahaja teater bermula.. dan ada pengunguman kata tak boleh ambil gambar sepanjang persembahan! alaa.. spoil sungguh ler!! ~
Intro dia mula mula memang mengujakan.. pentas bergerak dari belakang ke depan! pentas yang dipenuh bebunga! cantik gila! sekali dengan pengcahayaan yang sangat sesuai.. ala2 biru.. ungu2..
disamping Sofea Jane bermonolog di atas pentas bunga2 yang bergerak itu!
apa yang boleh ku katakan, intronya pun sudah cukup membuatkan aku tidak sabar untuk melihat apakah kelainan yang seterusnya! :)
Perjalanan cerita yang tidak membosankan! tapi ada scene yang mana 3 orang Natrah bermonolog, natrah remaja, natrah belia dan natrah 40 an.. scene dimana mereka bercakap! lama jugak kot, rasa kuyu pula mata masa tu! tapi lepas tu ok balik!
sempat juga aku mengalirkan air mata sebenarnya! shhh...!
tersentuh hati dan jiwa kecilku ini bila menghayati dan memahami jalan cerita Natrah..
Disamping itu.. sebenarnya..
dalam otak fikiran ku ligat berfikir..
wah.. besar sungguh la sebenarnya belakang tabir mereka ni..
props mereka hebat..
maklumlah, ini pertama kali aku menonton teater,
dengan latar belakang yang berubah ubah..
sekejap ke depan, kejap ke belakang..
sekejap dari belah kiri, sekejap dari kanan...
kejap lagi bangunan turung dari atas... pastu naik balik..
di tengah tengah pentas itu juga boleh menenggelamkan orang.. errr.. maksudnya, ada ruang pentas kecil yang boleh masuk ke bawah pentas.. underground..
best kan?
(kata kawanku, nampak pentasnya memang kecil, tapi dibelakangnya, sekelilingnya memang luas sangat, bawah pentas pun luas siap boleh masuk kereta.. ) oooo.....
sound? juga bagus sekali..
lagu dan muzik itulah juga yang memainkan peranan yang penting!
membuatkan penonton dapat menghayati setiap situasi persembahan yang diberikan
aku suka sekali dengan lagu.. "cantiknya si dia"
aku mahu lirik lagu itu!!
pelakon pelakon yang mantap sekali!
Maya Karin sebagai Natrah, dilihat begitu selesa dengan watak itu...
dia dan Remy Ishak, berjaya membawa penonton menghayati perasaan kasih dan sayang mereka...
yang paling best! tika melihat aksi Remy menari! wah! bukan senang tu!
bersemangat sungguh dia! syabass! :D
Sinopsis ringkas Natrah:
Natrah @ Huberdina Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang berusia 5 tahun ketika dia diserahkan oleh ibunya Adeline, kepada Che Aminah, di Indonesia pd tahun 1942. Keadaan ketika itu memaksa Adeline bertindak sebegitu memandangkan suaminya (bapa natrah) telah ditawan tentera Jepun.
Natrah kemudiannya di bawa ke Kemaman terengganu, kampung Che Aminah, dan membesar disana mengikut adat budaya Melayu dan ajaran Islam..dia di ajar mengaji, sembahyang..
kehidupan Natrah sangat bahagia disamping teman teman sekampungnya ,
sehinggalah pada tahun 1949, Natrah ditemui oleh wakil orang British ketika dia membuat persembahan di Sekolah Perempuan Melayu Chukai..
dan,
disinilah bermula lah episod duka Natrah..
~ketika inilah Natrah kantoi dengan omputih tu...membuatkan omputih tu tertanya tanya dan menyiasat latar belakang Natrah~ Pic,kredit to manggaonline
Sekaligus,
kenaifan Mak Aminah dengan membawa Natrah ke Singapura (atas percaturan yang dirancang oleh pihak Belanda) memerangkap Mak Aminah dan.. memburukkan lagi keadaan.
(Kesian mak Aminah.. sigh...)
perebutan hak penjagaan berlaku antara ibu bapa kandung Natrah dan Mak Aminah..
~sedih je masa nih!.. :-( *pic: kredit to manggaonline
Disember 1950, mahkamah akhirnya memutuskan Ibubapa kandung Natrah berhak ke atassnya sekaligus berhak menentukan agamanya
Kes menjadi semakin tegang apabila isu agama diperdagangkan..
Berlakunya rusuhan berdarah di Singapura demi untuk membela Natrah yang cuba dikristiankan dan membela Islam yang cuba dihina oleh akhbar propenjajah ketika itu.
tapi 'ending' nya aku tak berapa puas hati sangat, sebab dibiarkan begitu.. tanpa menceritakan bagaimana pula keadaan ibunya setelah sekian lama Natrah di bawa ke sana..
cuma yang ada, suaminya Natrah, Mansur Adabi telah berkahwin lain setelah 4 tahun berlalu..
sedih je Natrah masa tu.. aku pun sedih..
seakan aku dapat merasa perasaan Natrah ketika itu!
Dia menjadi mangsa keadaan..
Pengarah/ penerbit Natrah membiarkan penonton menilai sendiri..dan menjawab sendiri persoalan tentang kematian Natrah.. samada cara Islam kah atau Kristian kah..
dengan membuat 2 adegan di mana.. sebelah kanan ialah Islam- orang sedang bersembahyang berjamaah di dalam masjid,
dan di sebelah kiri ialah Kristian- paderi bersama rahib rahibnya di sebuah gereja, mereka menyeru nyeru Natrah kepada mereka..
dan pintu gerbang ditutup.. Wallahua'lam
(bila dah habis cerita baru boleh ku snap gambar.. skema kan aku? aku menghormati permintaan penganjur..)
~ antara pelakonnya, Pelakon utama; Maya Karin (Natrah), Remy Ishak (Mansur Adabi), Ummi Aida ( Mak Aminah), Aaron (peguam), Ziela Jalil (ibu Mansur), Nabila Huda dan lain lain.. ~
~ Sofia Jane (Natrah usia tua), Susan lankester ( ibu kandung Natrah), Sh Sofia (natrah di usia 40'an) dan lain lain lagi..~
~ dan ini dia pengarah Natrah! Eirma Fatima yang best!! best! best! ~
~ semua pelakon.. ~
~ di pengakhiran.. selesai sudah.. dah abis baru boleh snap gambar..~
Secara keseluruhannya, teater ini tidak menjemukan, kerana setiap adegan mencetuskan berbagai perasaan yang berbeda, supaya penonton tidak 'boring'.
ala ala teater muzikal pun iya juga! :D
Tahniah untuk semua yang terlibat dalam Natrah!
walaupun terdapat kontroversi antara Pengarah Natrah dan Penerbit Buku Natrah,
itu tidak menghalang penonton untuk datang ke Istana Budaya melihat sendiri teater itu..
Natrah..
dalam dirinya hanya tahu erti kesetiaan, kasih dan sayang..
13 comments:
salam,
wahhhh!!!! bestnya, saya pun suke tgk teater.....
bila lah dpt pegi ni... :(
Rima: smpai 5 haribulan tau.. jom pegi! rasa cam nak pegi sekali lagi je.. cam tak puas! hehhee... (nampak sangat ler diriku ini yang perghak sungguh ler.. biasa la saya budak kampung .. ) :)
cerita ni memang best apalagi bila berdasarkan kisah benar. selalu baca buku pasal natrah ni tapi tak berkesempatan lagi nak tgk teater
x pernah tgk teater..
jd xtau mcmmana keadaannya bila tgk citer live gini..
kella tu bukan perghakkk... hehe
maknanya cite mmg best, sbb tu nak pegi lagi... eh! berapa harga tiket. kat mana nak beli tiket tu.. hehe
maksu gaks x penah smpi istana budaya, huhuhu
natrah ni yg baru2 ni ada lwt malaysia but she's no longer muslim , yg itu ker?
waaa beshnye kella tgk natrah...uuu beshnyer....
MataHati: ya, memang sangat layan.. sebenarnya masih terbawa bawa dengan Natrah.. masih ingin memahami dengan lebih lanjut mengenainya! bila difikirkan kembali.. dirinya sangat kasihan.. nanti nak explore lagi tentang Natrah...
Lya: ini pun pertama kali kita tau! sangat2 best! teruja sampai terlopong! hahaha.. memang mengujakan! tambah lagi, mereka berlakon di depan kita.. hidup..
nanti ada peluang Lya untuk tengok teater.. :)
Rima: nak tahu tak? memang rezeki kita lah sangat sebenarnya, ada kawan tu, dia lecturer.. dia yang offer katanya boleh dapat harga student! hnya RM 15 je katanya!
oh! terus ku chop je tiket tu! memang ler dinanti nantikan sangat! kalau tak, mahal juga tiketnya.. Alhamdulillah.. syukur.. :)
Maksu: insyaAllah, nanti ada peluang tuk maksu tengok teater.. ya, Natrah telah meninggal pun, 9 julai 2009, di Belanda. nanti kita nak review lagi tentang natrah ni lagi.. tunggu.. :)
Hany: memang best sangat hany.. tak dapat dibayangkan..heheh.. :)
wahh,,tahniah berpeluang ke IB. Saya tiada rezeki lagi mononton reater..i.Allah someday :)
Cerita Natrah sgt menyedihkan.Saya berdoa moga dia mati dlm Islam.
kella
kak pulak yang excited,,
awak dah olah kat sini..buatkan kak rasa agak2 tak paus hati..tapi biarkah ianya pergi.
kita yang menonton dapat nilaikan sendiri..
kafirkah natra atau islamkan dia..
waalahualam,.
jelesnye ngan die dpt g tgk teater..
;ama rasanya xtgk teater sejak dah abes study..
menarik citer ni..
lagi menarik sbb ada maya karin..
comell
seronoknya...kusyuk sy baca sinopsis cerita ni...menarik...
tk pernh lagi pergi tgk teater...teringn la pulak...huhuhu..
makcik sy pernah ceritakan kisah ni..dia kata...akhirnya natrah peluk agama kristian juga...bukan islam...tak tau la itu fakta atau tk sbb dia sekadar bercerita..
dia bercerita pun masa cerita ni keluar di iklan tv ;)
jom ke APA KATA HATI pulak,
CUTI SEKOLAH DULU DAN SEKARANG
Bestnya, I mmg teringin nak tengok teater. Tp blum ade kesempatan nak pegi lagi. Best tak lakonan maya? I suka tgk dia senyum..manis :)
Post a Comment