Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Sunday, November 14, 2010

Ayuh Berpuasa Sunat di Hari Wukuf kawan kawan!

mungkin aku agak terlewat untuk menyampaikan seruan ini! tadi aku menelefon mama.. dia yang ingatkan aku sekali lagi, ya.. sekali lagi .. tentang puasa sunat ini.. 3 hari lepas dia telah ingatkan aku, namun aku terusan saja lupa!nasib baik mama ingatkan kembali tadi! Terima kasih mama! mama sungguh2 minta aku untuk berpuasa sunat ini, kerana katanya ganjaranya sangat besar.. rugi kalau tak puasa..

Puasa hari Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah.
Maka Baginda bersabda:
“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:
Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah.

(Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha)

Cuma yang menjadi persoalan ialah 9 Zulhijjah dan jatuhnya hari wukuf sebenar tahun ini seperti yg diumumkan oleh Kerajaan Arab Saudi pada hari Isnin sedangkan bagi kita tanggal 9 Zulhijjah jatuh pada hari selasa, jadi mana satu kita nak ikut?

rata2 kedengaran ada kalangan Ustaz2 maklumkan bahawa puasanya ialah pada hari Selasa, 9 Zulhijjah..
tapi banyak juga yang bersetuju bahawa Isnin (iaitu esok) adalah masanya..kerana ketika itulah jemaah haji sedang berwukuf di Padang Arafah

Dan aku? insyaAllah akan berpuasa esok dan hari Selasa juga akan berpuasa..
ada juga yang menasihatkan agar puasa pada hari Isnin dgn niat puasa Isnin, dan puasa lagi di hari Selasa dengan niat puasa 9Zulhijjah.

Mudah-mudahan Allah terima.

wallahua'lam,

hanya Allah yang benar2 mengetahuinya..
apa apa pun, yang penting ialah niat kita..
mudah mudahan Allah SWT menerima solat kita, puasa kita dan permohonan kita kerana sesungguhnya Allah SWT adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Amin.

nota: kalau nak lafaznya ialah; "Aku puasa sunat hari Arafah esok hari kerana Allah"
tapi sebenarnya lintasan hati walau dengan apa sahaja bentuk caranya sebenarnya sudah memadai.. Allah Maha Memahami dan Maha Mengetahui..

6 comments:

Mimy Hamid said...

aku baru tau...tak terlewat..Insya Allah esok nak buat

deena farhana said...

mekasih kella, entri berupa peringatan dan saranan yg sgt baik..

Moga kite smua di berkati amalan dan sentiasa diredhai Allah :)

Unknown said...

kella--
terima kasih ingatkan...semoga dapatlah kita sama-sama tunaikan puasa sunat nie

kemara said...

hari selasa tu kan raya mana boleh puasa....

kemara said...

hari selasa tu kan raya mana boleh puasa...

Kella said...

kemara.. kemara.. ini kan post tahun 2010.. hehe..


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker